Monday, January 23, 2012

ALLAH MASIH SAYANGKAN AKU !

Assalamualaikum ...





Pagi tadi aku bangun macam biasa. Tapi lebih awal dari pagi sebelumnya. Terus ke dapur dan masak. Malam semalam aku dah siap marinate ayam untuk dipanggang pagi tadi. Terus buka peti sejuk dan keluarkan ayam. Panaskan oven dan terus memanggang. Kemudian aku buat tortilla nugget lagi macam pagi semalam. Untuk breakfast aku dan adik aku. Dan bekal untuk aku pergi pejabat.


Siap-siap semuanya, aku pandu kereta jemput MB. Gelak-gelak ketawa dalam kereta. Kemudian aku seorang diri menuju ke lokasi kerja aku di luar pejabat. Siapa sangka dan aku sendiri tak menduga, pagi tadi aku menerima musibah. Ya-Allah, rasa gugur jantung, muka tiada darah, kaki seolah tak jejak pun ke tanah ciptaanMu Ya-Tuhanku. 


Kereta aku dilanggar dengan kereta yang sama species dengan aku dan punya warna yang sama. Oh! Tuhan, baru semalam kereta yang berkhidmat hampir 5 tahun itu telah cukup 100,000km. Hampir 5 tahun aku jaga dengan elok. Sebab betapa susahnya aku nak dapatkan sebuah kereta itu. 5 tahun aku kumpulkan duit kerja aku dan bagi ayah aku simpan untuk dapatkan si hitam itu. 5 tahun!


Bila aku dilanggar pagi tadi. Bukan soal aku nak marah sesiapa. Yang langgar aku sudah sedia salah dan telah mengaku salah! Tapi aku rasa seolah nyawa aku hilang sekejap. Bukan teruk pun sangat accident tu, tapi rasa degupan jantung aku terhenti bila kereta aku dihentam agak kuat oleh sebuah kereta lain. Aku mengalami panik yang melampau sebab memandu seorang diri ketika itu. Lagi satu, sebab aku perempuan. Perempuan suka panik melampau dan kadang hilang kawalan diri. Dan perkara itu terjadi dekat aku pagi tadi. 



Kereta aku kemek sebelah pintu penumpang dan calar sehingga ke pintu belakang. Sah-sah perlu diketuk dan dicat semula. Masa aku kena langgar, bukan soal duit yang akan melayang yang wujud dalam kepala aku. Juga  bukan soal nyawa aku yang akan hilang sebab selepas dilanggar aku seolah "kelam" sekejap! Aku terdiam dalam kereta lebih kurang 5 minit, sebelum keluar. Benda pertama yang aku fikir, "musibah ini adalah satu ujian Allah dan pastinya ada kelalaian aku jalani hidup ini!".  Aku fikir, "Allah masih sayangkan aku". Kalaulah kereta yang langgar aku laju sama macam kelajuan kereta aku ketika itu, pastinya aku dah tersepit pada tiang lampu isyarat!



Pucat lesi muka aku. Hilang darah. Sejuk dari kepala hingga ke kaki! Sehingga entry ini aku tulis, aku tak fikir pun cara untuk selesaikan keadaan kereta aku. Sebab aku tak mampu pun berfikir lebih jauh. Aku mengalami panik yang melampau. Semuanya telah diuruskan oleh sahabat aku, MB. Dialah temankan aku buat report polis. Dialah yang pujuk aku untuk kuat semangat. Sepanjang perjalanan aku dengan dia, pergi report dan cari bengkel (mana ada bengkel yang buka di hari CNY nie), aku diam dan hati aku tak henti-henti ucap, "Allah sayangkan aku ... Allah sayangkan aku!".



Selepas buat report polis, kami pergi cari bengkel kereta dan kemudian melalui Lebuhraya Utara Selatan di KM295 menuju ke selatan. Terdapat juga satu kemalangan .... dan kematian! Lagi dasyat dari apa yang aku alami sebelumnya, motor remuk dan penunggang motorsikal meninggal dunia di tempat kejadian. Lebuhraya dipenuhi darah dan sekujur tubuh berbalut plastik hitam di tepi jalan. Detik hati aku lagi, "Allah masih sayangkan aku!". 



Aku baru diberi "sedikit" musibah. Musibah yang sedikit itu telah buat aku terkedu dan panik melampau. Musibah orang lain lebih dasyat Allah turunkan. Jadi, atas sebab apa untuk aku tidak bersyukur lagi pada masa akan datang setelah berbagai nikmat, ruang dan peluang yang telah Allah beri pada aku selama ini?? 



Menjadi sesak ...


Polis traffic yang dibekukan cuti kerana OPS SIKAP! 
Aku salah seorang penyumbang untuk Ops Sikap hari ini.


Motor mangsa!



dan musibah mangsa ini lebih dasyat daripada aku! jadi tiada sebab untuk aku tidak menyatakan syukur pada Tuhan Yang Maha Esa!


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Dia meninggal di tempat kejadian. Tapi aku ..... cuma alami panik yang melampau sahaja!

Jadi, apa sebab untuk aku tidak menyatakan syukur lagi dan lagi!







HATI-HATI DIJALANRAYA, SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI DITUJU pesanan khas dari aku yang menjadi salah seorang mangsa kemalangan kecil hati ini.

SELAMAT TAHUN BARU CINA, 2012!









CK : Apa lagi yang aku nak dalam hidup ini? Syukurlah .... jangan berhenti menyatakan syukur lagi dan lagi.

5 comments:

  1. Ya ALLAH. Syukur awak takde pape. Kite pernah rasa macamane awak rase tu, tapi bukan dilanggar la, kereta yang kat depan tu betul2 eksiden depan mata.

    Cover handphone comel untuk handphone korang :)

    ReplyDelete
  2. kematian tu selalu memburu kita,cuma dia tidak akan menjemput kita selagi tidak tiba tarikhnya...time ksih utk entry ni,peringatan untuk semua manusia..

    ReplyDelete
  3. hati-hati ya dijalanraya. jangan lupa utk sentiasa baca doa menaiki kenderaan.

    ya...Allah S.W.T sentiasa sayangkan hambaNya. kita ja selalu melupakanNya.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... Cik Kamoo selamat. Semoga cepat pulih semangat...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!