Thursday, January 5, 2012

RESEPI : PES CILI (HOMEMADE)

Assalamualaikum ...





Aku nie kalau bosan dengan makanan dekat cafe office, mesti rasa nak bawa bekal pergi office. Kalau boleh hari-hari. Senang sikit, tak perlu nak beratur panjang dan tak perlu hadap makanan yang kadang-kadang tekak boleh hilang selera. Sekarang nie, aku jarang buat breakfast. Bukan malas, tapi  mata aku susah nak buka pagi-pagi. Masuk tahun baru, terus nak bagi semangat sikit.


Memandangkan kalau boleh aku nak buat breakfast setiap pagi pergi kerja, so aku cari jalan mudah bila bangun pagi tak perlu tunggu lama nak masak. Aku terjumpa resepi buat pes cili homemade dari Resepi Raidah. Terima kasih kak share resepi nie. Sedap! Tapi sorry, sebab saya dah upgrade sikit resepi ini ikut citarasa sendiri.



Resepi : Pes Cili (Homemade)
Sumber : Resepi Raidah
Bukan Chef Yang Masak : CK



Cili, bawang besar dan bawang putih yang sedang digoreng



Bahan-bahan:

100 gm cili kering (bergantung kpd kepedasan cili yg diperlukan) ~ potong kecil dan direbus, basuh dan toskan
1 kg bawang besar ~ belah 2 dan dihiris
300 bawang putih ~ belah 2
Sedikit garam dan gula (aku pakai gula melaka)
Segenggam ikan bilis (aku tambah)
1/2 liter atau secukupnya minyak.

 

Cara saya menyediakan:
1. Panaskan minyak, goreng bawnag putih sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bawang besar dan goreng sehingga bawang agak layu.
3. Masukkan pula cili yang telah direbus tadi dan goreng sehingga cili tersebut masak dan airnya kering. Angkat dan biarkan sejuk seketika.
4. Kemudian kisar semua bahan yg telah digoreng tadi bersama minyak gorengan.
5. Kemudian goreng semula bahan yg telah dikisar dgn menggunakan api perlahan sehingga terbit minyak. Tambahkan sedikit garam dan juga gula. Sedia untuk digunakan.





Tadaaaa, dah siap! Nanti kalau nak goreng bihun atau apa-apa senanglah. Aku tak masukkan bawang besar sampai sekilo macam Kak Raidah. Aku cuma letak 5-6 labu bawang besar. So, pes yang aku buat ini agak pedas! Gula biasa aku gantikan dengan gula melaka. Kasi kaw-kaw sket rasa dia.




Dan lagi satu, rasa dia lebih enak sebab aku letak ikan bilis. Terasa akan ikan bilisnya. Pes ini memang sudah siap dimasak. So, bila korang nak buat sambal apa-apa tak perlulah masak lelama ... kan mudah! Lagi satu, semasa aku tumis pes ini ... aku masak sampai sejam! Untuk pastikan cili dia benar-benar masak. Tak masak kang, ada pulak yang sakit perut. Dah satu hal nak ke klinik. 


Aku buat untuk cukup 2 minggu kot. Lepas nie, kena pi cari cili kering banyak-banyak. Nak buat stok. Kalau aku rajin, ingat nak jual sekali ... erghhh ada yang nak order ke dengan aku? he he he nanti aku boleh jadi tauke pes cili. Agak-agak kalau jadi tauke pes cili, boleh jadi jutawan ke?? muahaaa muahaaa muhaaaa ...



Kalau tak mau order dengan aku, sila salin resepi dan cepat ke dapur! Pantas ....






CK : Pagi aku lebih mudah bila ada resepi shortcut macam ini. Alhamdulillah.

5 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!