Sunday, January 1, 2012

TAHUN BARU DENGAN MISSION IMPOSSIBLE

Assalamualaikum ...





Hari pertama di tahun 2012, aku habiskan masa dekat rumah. Tengok Ombak Rindu sampai lebam, masak, basuh baju dan kemas rumah. Oh! aktiviti sangat biasa. Lepas tu, petang tadi aku tertidur sekejap, dalam 45 minit kot aku punya sekejap tu. Boleh pulak, sambil layan TV terus tertido macam itu je. Buruk perangai! Jangan tiru.


Kejap lagi, aku nak pergi layan movie dengan MB. Dah lama tau tak layan movie. Last movie yang kitaorang tengok, Hantu Kak Limah Balik Rumah .... rasanya. Masa ada, tapi asal plan nak tengok movie, MB sibuk dengan aktiviti masyarakat kat kampung dia. So, aku mengalah je! Movie je pun ... tak adalah aku nak sentap bagai. Buang masa nak merajuk hal kecik-kecik camnie. ha ha ha


Macam hari ini pun, MB baru habis jadi pengacara majlis untuk program yang dihadiri oleh Dato' Seri Utama Mohamad Hassan. Majlis pula habis lewat daripada apa yang dirancang. Sekarang aku rasa dia tengah drive dekat highway Seremban lagi. Tiket MISSION IMPOSSIBLE-GHOST PROTOCOL, semalam lagi aku dah beli melalui GSC e-payment ticketing. Nasib baik dapat beli. Selalunya kalau guna e-payment memanjang problem! Ini kali ke-2 aku berjaya guna e-payment, lain-lain masa hampeh memanjang!


Tak sabar aku nak tengok Tom Cruise berlakon. Hui ... dah lama rasanya tak tengok movie lakonan dia. Masa sekolah dulu, memang aku minat sangat. Yelah, dulu asal habis buat kerja sekolah layan tv je keje aku. Sekarang nie, dah remaja purba banyak aktiviti yang nak dibuat. Tengok TV adalah pilihan terakhir kot sekarang nie. 



Oklah aku dah nak siap-siap. Dah tengok nanti, kalau rajin dan pandai review ... akan aku buat entry pasal MI nie, kalau tak, korang pergi tengok sendiri ye! Nah, aku copy sinopsis untuk korang layan dulu. Daaaa




  • Synopsis: This holiday season, two-time Academy Award®-winner Brad Bird directs, with producers Tom Cruise and J.J. Abrams, the action-packed spy adventure MISSION: IMPOSSIBLE - GHOST PROTOCOL. Blamed for the terrorist bombing of the Kremlin, IMF operative Ethan Hunt is disavowed along with the rest of the agency when the President initiates "Ghost Protocol". Left without any resources or backup, Ethan must find a way to clear his agency's name and prevent another attack. To complicate matters further, Ethan is forced to embark on this mission with a team of fellow IMF fugitives whose personal motives he does not fully know. Tom Cruise returns in the starring role as Ethan Hunt and is joined by an international cast that includes Jeremy Renner, Simon Pegg, Paula Patton, Michael Nyqvist, Vladimir Mashkov, Josh Holloway, Anil Kapoor and Lea Seydoux.






Translate sendiri ye ... aku pun faham sikit-sikit je. Selebihnya aku buat-buat faham. he he he. Bye-bye and tq singgah sini.






CK : Jangan tertidur masa tengah layan movie sudahlah .... aku nie bukan boleh harap sangat. Kang, zip zap je lebih.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!