Friday, January 20, 2012

"KAWAN AWAK DAH MENINGGAL DUNIA ...."

Assalamualaikum ....




MB : Kawan awak meninggal dunia! Awak dah tahu ke?

Aku : Sapa?

MB : Kawan awak yang penyanyi itulah .... sapa nama dia??

Aku : Eh! Izwan Pilus ke??? Betul ke nie??



Untuk kesahihan, aku terus google "IZWAN PILUS MENINGGAL DUNIA". Bukan aku tak percaya si MB. Tapi bab meninggal dunia nie bukan perkara main-main, suka-suka. Terkejut juga aku, sebab takda pula terdengar atau terbaca cerita arwah sakit. Bila aku baca, ramai yang update Izwan Pilus Meninggal Dunia, 6.15 petang tadi. Katanya kerana jangkitan kuman. Dimasukkan hospital pagi tadi kerana sesak nafas. Itu yang aku baca!



Al-Fatihah, arwah masih muda lagi. Sekarang ini aku masih boleh terbayang wajah dia yang cute masa dalam kelas Pelancongan di UUM dulu. Kami satu course. Cuma aku tidak ingat arwah ambil major apa. Masa dia jadi penyanyi pun aku macam terkejut jugalah, terus aku tanya sorang member yang baik dengan dia yang kerja dekat Tourism Malaysia. Dia cakap penyanyi Izwan Pilus tu memang coursemate kita pun. Cuma kepastian aku masa tu, sebab wajah dia masa penyanyi dah lain sikit berbanding masa student.



Arwah budak matrik kalau tak salah aku. Walaupun bukan satu geng dan bukan juga satu group, tapi pernahlah bertegur sapa dengan dia 2-3 kali masa kelas setiap kali ada paper pelancongan yang sama kelas dengan dia. Secara peribadi, aku tidak kenal arwah sangat. Cuma masih ingat keletah dia dalam kelas dan senyuman arwah yang manis. 


Tak sangka dalam usia yang muda, arwah telah pergi. Ajal maut ketentuan Allah. Tiada siapa yang dapat menghalangnya. Ketentuan telah tertulis begitu. Doa aku moga roh arwah Izwan Pilus ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan beramal soleh. Masa dia telah sampai. Telah akhir di dunia ini. Masa kita tidak tahu bila. Adakah kita cukup bersedia menghadapinya? Diri aku sendiri ... masih lagi rasa kosong. Persiapan pun rasa masih lagi terawang-awang.


Senyum manis Allahyarham Khairil Izwan Pilus pernah mewarnai kelas Pelancongan UUM, 1998-2001





Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Takziah buat keluarga Khairil Izwan Pilus.
Semoga tabah menghadapi kehilangan insan yang disayangi.






CK : Pergi tidak kembali ....

4 comments:

  1. Innalillah...moga roh beliau diberi keampunan dan rahmat dari-Nya..amin

    ReplyDelete
  2. sebaya rupanya kita,Al-fatihah..terkejut juga.Semoga rohnya diberi rahmat dan keampunan dari Allah

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!