Sunday, January 8, 2012

SANTAPAN PENAMAT TENGOK AKU

Assalamualaikum ...




Petang tadi, aku habis Program Jelajah Francais 1Malaysia, di Rantau N9 lebih kurang jam 5pm. Tengok budak-budah kecik main bola dekat padang depan Dewan Orang Ramai Rantau, then dekat 6pm baru gerak pergi kedai mamak untuk minum. Aku memang dah plan nak sampai Putrajaya awal, sebab aku nak tengok Santapan Penamat Masterchef Malaysia. Memang gegas sungguhlah sebab dah set tak mau ada sebarang aktiviti!


Aku sampai Putrajaya lebih kurang 7.30 camtu. Sampai je rumah terus buka TV channel Astro 104. Serius hari ini aku amat letih sangat-sangat. Dengan malam tadi tidur lewat. Bangun pula awal. Dalam dewan masa ceramah boleh aku tersenguk-sengguk. Huh! nasiblah sapa tengok aku. Nasib baik tersengguk pun kejap je. 

Bila dah on TV segala, tukar baju ... aku pun baring depan TV. Semangat neh, nak tengok Masterchef akhir antara Ezani dan Wahidan. Puas aku sengkang mata. Sebab aku terlalu penat. Sambil tengok tuh, boleh aku terlelap. Santapan Penamat tu yang tengok aku, bukannya aku yang tengok Santapan Penamat! Bila aku tersedar, dah keluar AC Mizal .... Money Drop!



Haish ... sapa monang nie? Geramnya aku ... macam mana aku boleh tertido plak. Rugi rasa. Sebab inilah saat yang aku tunggu. Last-last aku boleh tidur!


Aku terus on lappy, buka FB ... semua pakat update Dr. Ezani juara Masterchef Malaysia Musim Pertama! Hadiah RM100,000! Dan lain-lain hadiah ada juga kot ... aku tak pasti. Wahidan dapat naib juara! Aku tak tahulah Wahidan dapat hadiah apa. Info yang aku dapat nie pun dari FB kawan-kawan aku.


Manisnya sonyum seorang juara ... kan! Doktor gigi dah boley buka cafe nie ...



Sia-sia je kosongkan daripada program malam ini. Tup-tup aku sendiri yang hancurkan segalanya untuk malam nie. Rasa terkilanlah sikit sebab tak dapat tengok final nie sepenuhnya. huk huk huk ... lain kali bantai tidur lagi!



Realitinya, aku memamg letih sangat hari nie. Tak cukup tidur dan rehat ....







CK : Suka aku dengar ucapan dari Y.B MB Negeri Sembilan ... bersahaja tapi mesej mendalam! "Antah sama antah jangan berlaga ...."

2 comments:

  1. xpe msti ada ulangan hehehe rzki die jd juara alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. Rehat yang cukup dan tidur waktu diperlukan lebih berharga dari program tu...Program tu ada ulangan, tapi rehatkan minda dan tubuh kalau berlalu, sayang sungguh...
    Oh yer, Tok Mat memang seorang pemimpin yang bagus... Err...dewan org ramai Rantau? Wan sedara akak di sekitar situ jer...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!