Friday, January 13, 2012

BAHAGIALAH PTD DENGAN SBPA!!

Assalamualaikum ....




Sambungan petikan di bawah aku ambil dari sini. Sebelum baca perenggan di bawah, sila baca petikan awalnya dahulu. Baru tahu apa ceritanya. Penjawat awam mesti tahu SBPA telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diumumkan nanti. Penangguhan pelaksanaan SBPA telah diumumkan sendiri oleh PM semalam, 12 Januari 2012. Rujuk petikan awal ini.




Yang kenyang hanyalah pegawai PTD kerana merekalah secara majoritinya  yang akan mengisi jawatan Premier nanti. Kumpulan pekerja bawahan akan kekal miskin macam dulu dan juga kekal menjadi salah satu "faktor pengeluaran" selain tanah dan modal.

Tak hairanlah ada orang kata SBPA tu Saraan Baru Pegawai Atasan. Patutlah masa membuat opsyen yang diberikan amat singkat kerana tidak mahu ia diperbincangkan yang akan menjadi kontroversi yang akan melambatkah mereka menikmati kenaikan gaji. Syabas kepada Kerajaan kerana berani mengambil keputusan menyemak semula dan menangguhkan pelaksanaannya.

Cukup-cukuplah tu pegawai PTD. Kalau ikutkan nafsu, tiada sudahnya kecuali mati. Dan duit serta harta bukannya boleh dibawa mati...."



Kalau korang sudah baca entry dari Komensen, pasti tahu isi ceritanya. Kalau korang adalah penjawat awam, mesti lagi tahu apa isunya sekarang ini. Ramai yang tidak berpuashati dengan kewujudan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang belum dilaksanakan lagi. Bagi aku, terdapat banyak ketidakadilan berlaku dalam SBPA.



Aku tidak puashati (bukan aku sorang ... ramai lagi), dari segi penilaian prestasi (exit policy), gaji (sapa punya idea buat gaji sebaris, kemudian cara pengiraan gaji yang kabur, macam menipu pun ada. suka-suka main jumud gaji sampai ada yang naik gaji sikit dan ada naik gaji banyak!) dan macam perkara yang kabur. 


Jadi sebelum aku baca tulisan dan luahan Komensen, kami (merujuk kepada aku dan beberapa orang lagi) telah menulis email dan mengemukakan sebab-sebab mengapa wujud "ketidakadilan" dalam SBPA kepada seorang individu yang berpengaruh dalam dunia politik. Yang boleh menjadi perantara antara kami dengan pihak Kerajaan.


Ada hujah-hujah tertentu dalam email berkenaan yang akhirnya kami mendapat jawapan bahawa pihak yang merangka dan merekacipta SBPA ini (ramai mengatakan sistem bodek pegawai atasan .... hai! macam-macamlah rekacipta yang keluar) tidak berbincang bagaimana dan isi pelaksanaan dengan PM kita! Benar atau tidak, hanya Allah yang Maha Mengetahuinya.


Dan bila aku tahu keadaan berkenaan, siang malam juga aku (kami) berdoa agar SBPA ditangguhkan! Sampai ada yang cakap, tak kisah gaji naik ikut SSM pun tak apa, asalkan SBPA ini adil bagi semua pihak!! Tak kisah gaji sikit asal hati tak sakit .... sampai macam itu sekali kumpulan pelaksana dan sokongan meluahkan rasa. 


Apa golongan PTD yang buat SBPA ini tiada perasaankah? Jangan ingat kami tidak tahu mengenai kenaikan gaji melampau golongan atasan. Pernah diumumkan bahwa ada golongan atasan yang akan naik gaji 100% semasa satu perhimpunan akhir tahun lepas. Kalau gaji antara RM8K dan ke atas, naik 100% .... berapa ye agaknya?? Adilkah macam ini???


Bila aku fikir balik, ini bukan soal tidak bersyukur .... tapi soal hak dan keadilan. Bagi pihak yang ada kuasa, pangkat dan nama itu .... nama PTD kot, buatlah kerja, buatlah dasar ... dengan jujur, amanah, ihsan .... ingat yang dunia ini ada akhiratnya!!


Bila aku fikir balik, baru aku faham kenapa ada timbul isu sesetengah jawatan yang kenaikannya hanya beberapa RM sahaja? Beberapa RM ... bukan ratus RM bukan ribu RM kenaikan! Padanlah isu berkenaan diluahkan didada akhbar.


Mohon PM Najib, tengok balik isi kandung SBPA ini, jangan sampai kumpulan pelaksana ini rasa wujud "ketidakadilan" yang disengajakan! Lagi satu, bab gaji tu ... tak perlulah gaji sebaris pun, kesian yg jadi mangsa jumud tanggagaji. Baik buat macam zaman Pak Lah, naik gaji ikut % lagi bagus. Takda pun ramai yang bising macam sekarang.


Aku lagi kesian pada mereka yang pegang jawatan Pembantu Tadbir N17, asyik-asyik jumud post naik ke N17. Dulu N11, jumud jadi N17 ... selaras gaji sama N17. Sekarang pun SBPA nk jumud beberapa post dan dijadikan N17. Lepas tu buat pelarasan gaji, habis N17 nie bila nak naik gred?? Aku dulu dari N17, so .... aku faham perasaan mereka bagaimana. Pendam sahaja sebab tak ada kuasa. Terima dan telan!!



Bak kata KomenSen, "cukup-cukuplah tu Pegawai PTD!" ....... Kalau tak betul orang tak mengata, ye dak?? Kalau SBPA ini betul caranya, takkanlah Kerajaan minta kaji semula? Fikir-fikirkanlah.



# Doa hamba-hamba teraniaya dimakbulkan Allah ...., apapun yang kita buat dalam hidup ini jangan lupa kita ada Tuhan. Jangan lupa dunia ini akhirnya adalah akhirat! Sekian .....





CK : Mohon sesuatu yang baik ..... apa jua keputusan aku akan redha jika ia baik dan akan pasrah jika sebaliknya.

10 comments:

  1. rara actually tak paham sgt pasal ni.bila org kata tangguh rara ikut.org kata sain rara sain.masih tak paham.tp bab pegawai atas tu rara dgr.mmg naik banyak.dan dr gred11 jd 17 mmg tak adil sgt2.ntah lah CK.tak paham ngan dorg ni.

    ReplyDelete
  2. salam kenal. saya singgah sini..lega rasanya SBPA ni ditangguhkan... seelok2nya diorang fikir semula semak semula... sebab yang paling tertindas sekarang ni adalah kumpulan sokongan. lebih2 gred 17... harap2 ade perubahan yang takkan merugikan golongan rendah macam ni.

    ReplyDelete
  3. apa la nasib org2 bawahan mcm phat ni kan??

    ReplyDelete
  4. bertukar bidang kepada PTD..hehe

    ReplyDelete
  5. @Cikpuan rara Kita kena faham betul2 benda nie...rara. sebab inilah kerjaya yg kita pilih. tapi tak semestinya kita org bawah, boleh digelek sesuka hati. InsyaAllah ... Allah bersama kita utk dapat yg terbaik.

    ReplyDelete
  6. @lady scooter Terima kasih singgah. Betul tu, golongan bawah semakin tertindas...harap mereka ini berfikir lebih jauh dan mengambil kira tentang orang lain juga

    ReplyDelete
  7. @Phat samalah kita Phat. Kalau tak mampu bersuara, berdoalah kerana Allah Maha Mendengar dan Mengetahui.

    ReplyDelete
  8. dan yang paling tak setuju ialah bersara paksa 60tahun...umur gini org nak habiskan masa dgn cucu or ngaji je...

    ***salam kenal ***

    ^_^

    ReplyDelete
  9. @Rosniena Kalau boleh bertukar bidang ke PTD, jgnlah buat sesuatu yg buat org lain merana. Dalam usaha, mana tau dipanggil jadi PTD ke...hehehehe

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!