Saturday, January 14, 2012

MENARA KUALA LUMPUR - TELEFON BERBUNYI ... RING ... RING ... RING [Part 3]

Assalamualaikum ...




Selamat pagi pembaca! Dah masuk part 3 dah perihal Menara Kuala Lumpur. Jenuh juga aku gigih menghapdet, mengedit dan menyusun segala gambar. Bagi yang belum lagi tengok entry sebelum ini korang boleh tekan [di sini] untuk Part 1 dan [di sini juga] untuk Part 2. Bukan senangkan jadi blogger, masa dan usaha perlu ada. Tapi bergantunglah korang jadi blogger untuk apa dan konsep apa blog korang.


Okeh, back to the story, hari ini aku bawa korang meninjau jenis-jenis kemudahan telefon awam yang ada. Lokasi pameran adalah di ruang legar Menara Kuala Lumpur. Kebanyakan telefon awam ini ada yang memang aku tak pernah tengok dan tak pernah guna juga. Dan ada satu dua yang pernah tengok kot. Sebab aku bukan muka jenis bergayut dekat telefon awam, mampus kena marah ngan bapak aku. Jangan cari nahas .... kecuali zaman dekat kampus, itupun sebab nak call balik rumah je cakap ngan mak. Maklumlah boifren pun takdooo masa tu. ha ha ha. Melalut sudah!



Telefon awam model JT 103 ML nie aku tak tahu dia lahir tahun bila. But sangatlah comel dengan warna kuning cairnya. Selalu yang aku jumpa sepesen warna sudu garfu stainless steel je. Erhh betul tak aku eja? Lantaklah! Telefon ini boleh masuk coin 20sen dan 10sen je. Pastu pusinglah nombor sampai patah jari ... ngeh ngeh.



Telefon awam nie pun smart juga dengan warna merah yang garang!! Auuuum! Model Tamura 52 SP. Still nak kena pusing nombor juga. Sila pusing sampai pening! Cuma aku tak perasan coin kena masuk celah mana, yang nampak coin return je. hik hik ... mungkin celah empat segi atas sebelah kanan tu kot? kot ajelah ...


 


Telefon warna oren nie jenis table top. Eh! ada juga telefon awam jenis table top nie ye. Ke untuk hotel zaman-zaman dulu je kot. Kot ajelah!  Telefon nie tak perlu pusing-pusing nombor dah, boleh tekan-tekan je. Senang sikit. Tak perlulah tersangkut jari. Aku dok bayangkan yang jenis pusing nombor tu, kalau jari dia besaq memang tak muatlah. Dah satu hal nak kena cari macam pen, chopstick ke ... untuk pusing. Ye dak??



Yang nie pulak telefon awam model JT. Biasa-biasa je. Lebih kurang telefon sekarang nie. Cuma yang sekarang tempat letak coin dia satu. Takdelah pisah-pisahkan lubang tu kepada 10sen, 20sen dan 50sen.



Telefon awam model RCCB Jenis GPT Diamond. Biru lagi. Telefon nie pun nampak dah moden sikit. Biasa sahaja kot bagi aku. Teknologi sentiasa berkemas, makin lama makin memudahkan. Tekan-tekan aje!



Dari semua jenis telefon awam yang aku tunjuk, ada satu yang berkenan! Berkenan sebab colour dia cantik mata memandang! Comel pun ye jugak .... he he he! Okeh meh aku tunjuk dekat korang semua ...


jeng

jeng

jeng





.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





















































.
.
.
.
.
.
v


Ini dia telefon awam yang menawan hati aku ... jenis tamura TII600E! Comel dengan warna dia. Suweeeet je!





Habis bab telefon awam, kang sambung part seterusnya. Aku rasa mungkin ada part 4 dan 5 aje kot. Rasa-rasalah....bergantung kepada gambar yang ada. Okeh, terima kasih singgah. Datang jenguk lagi ye! Tata ..





CK : Semalam aku agak stress dengan boss aku ....

3 comments:

  1. nostalgia ni... sekarang orang tak pandang dah public phone ni!

    ReplyDelete
  2. sungguh kelasik, tak sangka ada telipon public begini.yg warna oren model JT tu jer pernah lihat. yg baru2 mcm sekarang nie dah biasa tgk.

    ReplyDelete
  3. Leider ist das nicht immer naturgegeben und Luecken sowie unschoene Verfaerbungen stoeren das Gesamtbild. Mit Veneers besteht die Moeglichkeit, Makel an den Zaehnen zu korrigieren. cep telefonu takip programı

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!