Tak semua blogger punya cukup masa, walau semua daripada kita ini dapat 24jam sehari untuk seorang. Pengagihan masa semua sama. Tak lebih dan tak kurang. Cuma kita ni sahaja kadang-kadang tidak bijak untuk uruskan masa dan apa yang ingin kita lakukan. Kadang-kadang mesti kena buat kerja lain jugakan dan bukannya nak mengadap lappy 24/7.
Kalau student, perlu baca buku dan buat ulangkaji. Perlu juga pergi kelas. Kalau dah kerja, perlu siapkan tugasan biasa dan tugasan yang ada dateline. Dan macam-macamlah. Lagi satu, kita pun nak solat, bersosial, beriadah ... dan macam-macam ber lagi!
So, aku nak share cara aku update blog hari-hari. Kiranya sebagai tips jugalah dalam dunia blogging nie. Walaupun orang tak kenal pun blogger Cik Kamoo tu. Eh! Siapa dia yek?? Ramai tak tahukan? Layak ke dia bagi tips kat bloggers lain. Okeh tepuk dada jangan bagi bersepai, tanyalah diri sendiri. he he he
Tips nie untuk bloggers yang sibuk je macam aku, kalau korang jenis bloggers yang ada banyak masa, tak payahlah cuba tips aku nie. Memang tak berguna dekat korang pun.
Okeh berbalik kepada tips. Kebiasaannya, aku update blog 2 hari sekali. Memang kebanyakan entry aku adalah autopublish. Terutama entry di pagi hari. Malam, aku dah siap-siap taip untuk esok punya. Time mesti aku letak 7:30am. Pagi-pagi memang ramai jalan-jalan baca blog dulu sebelum breakfast dan buat kerja. Aku tahulah, jangan nak tipu aku!
Cara aku rancang dan jadualkan entry blog. Biasanya ini yang aku buat;
- Belek gambar-gambar yang baru diambil untuk diedit;
- Rancang entry yang sesuai dengan gambar yang dah diedit;
- Spent masa 1-2jam setiap malam atau 2 malam sekali untuk taip sekurang-kurangnya 4 entry untuk 1 malam, tapi bukan dipublish malam tu juga. Schedule setiap entry berkenaan;
- 4 entry untuk 4 hari dan ke semua entry adalah untuk dipublish waktu pagi. Kalau korang sibuk ke, 3 hari akan datang dah ada entry walaupun cuma 1 entry sehari. Lebih baik 1 daripada tak ada langsung;
- Malam berikutnya atau sehari selepas tu pula, korang taip lagi 4 entry untuk disiarkan pada jam 12:30pm. Time nie sebelum waktu rehat, kebanyakan pembaca akan jalan-jalan dulu cari entry yang fresh sebelum keluar pergi lunch;
- Kemudian, kalau kat office sebelum balik kerja rasa tak busy sangat, buatlah satu entry untuk dipublish pada malam hari yang sama;
- Ulanglah kesemua langkah di atas. Jadi korang takkan update blog hari-hari kalau sibuk. Standby entry siap-siap kalau rasa akan berlaku kesibukan.
- Contoh macam dekat bawah nie, aku dah tahu minggu depan aku sibuk ... so, untuk hari bekerja aku dah siapkan entry awal-awal lagi supaya tak ganggu waktu office aku! Jangan cakap aku update entry waktu office .... tidak! tidak! Kecuali, kerja aku takda sangat baru aku update entry on the spot terus publish!
Entry untuk minggu depan dan Tahun Baru Cina juga. |
Ingat yang kita bukan 24/7 menjadi blogger. Walaupun kita memang minat menulis, mengarang dan mengarut di blog. Tapi tidak bermakna kita perlu mengabaikan tanggungjawab sebenar kita terhadap kerjaya dan pelajaran jika diri anda adalah student semata-mata kerana blog. Macam aku dah kerja, jadi aku hanya update entry pada sebelah malam dan hari cuti sahaja kalau tidak ke mana-mana.
Kadang, ramai yang anggap blogger nie 24/7 hadap blog. Time office pun hadap blog. Dan macam-macamlah orang cakap. Kadang orang tak tahu, yang blogger nie boleh jadualkan setiap entry dia. Semua ini adalah memudahkan bloggers untuk merancang. Walaupun entry berkenaan dirancang dan dijadualkan, tak semestinya entry berkenaan tidak memberikan manfaat dan maklumat kepada pembaca. Tak semestinya entry memang benar-benar fresh, taip terus publish itu memang bagus sangat-sangat. Oh! tidak, ia sememangnya bergantung kepada penilaian pembaca itu sendiri.
So, lepas nie kalau korang rasa macam sibuk dan akan rasa sibuk. Rancanglah jadual entry berkenaan. Tak rugipun. Malah aku rasa ia lebih memudahkan diri kita sebagai blogger. Itu, akulah yang rasa. Korang aku tak tahulah rasa apa....kan? kan?
Okeh, itu jelah kot tips aku. Kalau berguna ... silakan cuba. Kalau rasa macam kosong je tips aku nie, sila abaikan. Adiooooooooooooooooooos!
#masa sengkang aku memang selalu dipenuhi dengan blogging. itusahaja minat yang aku ada selain memasak. :)
CK : Merancang lebih baik ..... walau ketentuan kita tidak tahu bagaimana?
trime kasih bagi tips ni :D
ReplyDeletebagus. sentiasa mengingatkan. tq2
ReplyDeleteVisit and follow back please..
ReplyDeletein www.faktakita.com
Thanks ^^
nk try gk la buat cm ni...
ReplyDeletenk try gk la...
ReplyDeletekadang2 buat jugak autopublish,kdg2 entry tak dak,jgnkan 4 entry,1 entry pun belum tentu..
ReplyDeletetips yg sangat bagus,,,tp tak ckp pulak nak wat autopublish tu camne ek?penah gak tertanya2 camna wat tu,,tp tak jumpa sumber nye,,tp kdg2 idea pun takde nak draft dulu,,huhu,,thanks
ReplyDeleteVery good tips.
ReplyDelete