Monday, January 16, 2012

Jalan, Order dan Makan : PERANTAU HILL, SUNGAI MERAB BANGI, SELANGOR

Assalamualaikum ....





JOM jalan cari makan pula. Dah lama juga stop edisi ini. Perlu diteruskan semula. Kali ini aku bawa yang dekat dengan Putrajaya sahaja. Senang aku nak balik. he he he. Akhir-akhir nie aku dah jarang J.O.M ke lokasi yang jauh. Satu sebab sibuk dengan kerja. Dua sebab kesihatan aku yang kurang mengizinkan ia berlaku. So, aku update untuk tempat-tempat yang dekat dengan persekitaran aku sahaja. Insya-Allah, lepas nie mungkin aku akan review tempat makan yang jauh-jauh sikit ...



Okeh JOM kita ke Perantau Hill, Sungai Merab, Bangi. Mudah sangat cari tempat makan kali ini, sebab Perantau Hill betul-betul tepi jalan. Kalau korang dari KL semestinya kena lalu hadapan Uniten, Pusat Latihan Maybank, Public Bank (ehem ehem Cik Hani) dan bagai-bagai pusat latihan. Korang jalan je terus dan melalui Kampung Abu Bakar Baginda, kemudian lalu traffic light Gate One, pastu  terus lagi sampai jumpa flyover .... kasi u-turn bawah flyover tu. Sebabnya kalau korang dari KL, dan melalui Uniten bagai sah-sah Perantau Hill sebelah kanan korang. Suka tak suka kena u-turn ye anak-anak.



Inilah Perantau Hill, sure korang boleh nampak punya dari tepi jalan. Disebabkan aku lupa ambil gambar hadapan Perantau Hill nie, so aku pinjam gambar ini dari blogger ini yang punya nama sama macam abang aku. Terima kasih ya, saya pinjam gambar okeh.



Aku order makanan yang simple sahaja. Sebab dah lewat malam. Masa ini baru balik kerja rasanya. Dan dekat 1.00am. Perantau Hill tutup 2.00am. he he he sempat lagi tu sejam. Aku cuma order bihun goreng. Korang nampak bihun goreng nie macam tak cun kan? Rupa je tak cun, macam kicap tumpah, but rasa dia memang sedap pada tekak aku. Takda rasa kicap tumpah pun. Memang cukup rasa!! Aku memang suka bihun style cenggini .... nampak simple but rasa mabeles.




Dan ini pula ialah kuewteow kungfu. Cuma aku agak  musykil, selalunya aku order kuewteow kungfu, keowteow itu akan digoreng dan diselaputi dengan telur sekali. Ini dah rupa kuewteow hongkong aku rasa. Tapi tak kisahlah, sebab sedap sangat habis licin. Rasa udang dan ayam dia yang segar! Memang menyelerakan. Aku sukakan rasa kuah dia yang tak berapa pekat dan tak berapa cair tu. Rasa tetap tip top macam dulu-dulu.



2-2 makanan nie bukan semua untuk aku, order lain-lain pastu tukarlah untuk rasa. Kalau aku tak rasa, macam mana aku nak review tentang semua food berkenaan ... kan kan...! Sebenarnya, dulu sebelum wujud Perantau Hill, aku dah memang selalu lepak dekat Restoran Perantau. Masa itu, belum ada hill lagi. Dulu, Restoran Perantau ini terletak sebelum tapak yang sekarang. Restoran tak luas mana jika nak dibandingkan dengan sekarang.


Sejak, Perantau Hill wujud lebih kurang 2 tahun lepas aku rasa. Inilah kali pertama aku jejak kaki ke sini. Pertama kali sejak dibuka. Selalu aku lalu, memanjang ramai. So, malas nak singgah. Dulu tempat kecik, sekarang dah luas. Siap ada bilik aircond bagai. Menu pun dah macam-macam.


But, ada satu benda yang terharu .... bila aku bayarkan harga makanan baru-baru ini, cashier lelaki berkenaan said;


Cashier : Dah lama tak datang sini ....?

MB (jawab bg pihak aku) : Memang tak pernah datang pun sejak buka yang baru nie

Cashier : Saya ingat lagi akak nie (sambil tunjuk pada aku) ... dulu rajin datang. Tulah nama tak nampak. Dulu study Uniten ke? Dah habis study ke ...(cenggitulah ayat dia)

Aku (jawab sendiri la plak) : Tak, dulu memang kerja dekat Putrajaya .... bukan student pun!





4 tahun lepas dah lama weh! Campur 2 tahun dah jadi 6 tahun. Aku pun dah berubah. Dari kecik kepada besar sikit. ngeh ngeh.  But cashier tu still ingat aku. Aku tahu aku nie kecik, rendah plak tu. Manjang bajet aku nie muka student. Student tua adalah! Actually aku still ingat muka cashier tu. Dan yang lagi sorang cashier abang yang rendah dan kira dengan calculator punyalah laju! Aku ngan MB panggil dia ABANG CALCULATOR. Sekarang abang calculator selalu jaga Perantau Sungai Ramal.


Kalau abang calculator laju kira, korang takyah risau .... 4 tahun lepas, aku selalu lepak kat Perantau Sungai Merab nie, abang calculator tu tak pernah kira salah. Bila dia kira, aku pun kira sekali. ha ha ha. Sebab mula tu aku terkejut dengan kelajuan jari jemari dia mengira. Risau dia salah  kira pun ada. So, aku manjang minta calculator dia nak kira balik, macam dah frenz plak. kah kah kah. Setiap kali aku kira, sama je macam dia kira. Lepas tu tak adalah aku minta calculator dia, minta dia ajaq aku kira laju-laju adalah. Itu MB yg suruhlah .... ha ha ha



Sekian lama tak datang, Perantau Hill tetap menyajikan makanan yang punya rasa sama macam 6 tahun dulu. Cayaaaalah!



Panjang pula aku bebel kali nie. Macam singkap memori plak. Okehlah aku stop dulu. Tata ya korang, thanks datang baca!





Makluman : Untuk edisi Jalan, Order dan Makan (J.O.M) ... segala rasa kesedapan dan ketidaksedapan adalah bergantung kepada deria rasa lidah dan tekak saya. Jadi setiap penilaian berkenaan adalah apa yang saya rasai dan nikmati sahaja. Jika anda pergi mencuba dan merasai sebaliknya, ingin saya tegaskan kita tidak mempunyai lidah dan tekak yang sama. Harap Maklum!
















CK : Kenapa boss suka buat staff dia kecik hati???

5 comments:

  1. abg kalkuleter tu aku rasa mcm nak belajar jer skill conggak dgn dia. mcm hebat jer, kuehtiow tu nampak mcm menyelerakan

    ReplyDelete
  2. kalau dah bagitahu masakannya sedap..bolehlah nak cuba di lain hari nanti..selalu gak ke arah bangi

    ReplyDelete
  3. sedapnya...kalau ada rezeki datang ke selangor....kancil nak ke sana gak tu

    ReplyDelete
  4. nanti try la.. bila-bila senang nanti.. :)

    ReplyDelete
  5. abang kalkulator tu nama dia junaidi, senang dipanggil ijun, pekerja paling pendek kat perantau haha, dia orang indonesia tp bila ckp benda ni semua tak percaya sebab dia ckp mmg 100% malaysian, siap pandai ckp kedah bak ang, sekarang dah berenti buat bisnes air asam boi, tp still, dari saya pendek dari dia sampai saya tinggi dari dia, dia memang banyak berjasa kat perantau :')

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!