2012 sudah. Siang di hari pertama. Putrajaya berlalu dalam 2012 dalam cuaca yang agak suram. Tapi, aku taklah suram. Pagi-pagi lagi aku dah langgan Ombak Rindu di Astro First. Orang lain dah habis tengok cerita nie, tapi aku baru nak layan. Biasalah, ada benda aku nie suka sangat ketinggalan kereta api. hu hu hu.
Disebabkan aku nie berperwatakan macam gangster, tapi hati aku macam agar-agar kadang-kadang. Keras di luar, lembut di dalam. Boleh pula feel semacam, dah meleh airmata. Erghhh .... malu! Nasib baik sorang-sorang dekat rumah.
Fine, jangan nak cerita hal mengarut apatah lagi nak ulas movie yang semua orang dah habis tengok. Aku nak review sikit pasal blog. Simple review je kot! Lagipun, blog aku bukannya gah sangat. But I love this blog so much. Macam-macam aku share dekat sini. Simple sharing! Just sharing about myself, my experiences, my activities, and ... my love jugak kot sikit-sikit. Biasalah perempuan, ada hati untuk disayangi dan cintai. Eaaauwwww!
Sepanjang 2011, aku dah buat 717 entry. Banyak bagi aku. Namun, ada juga entry yang dicopy paste dari mana-mana media online atau blog. Siap backlinks ye! Bukan aku copy-copy camtu je!
- Entry pertama di tahun 2011. Cerita pasal azam dan wishlist. Link di sini.
- Disebabkan aku tak tahu sangat apa itu BE, aku pun buat entry ini untuk Nuffnang. Selain itu, aku juga hantar ticket kepada Nuffnang. That time, aku cuma dapat kempen sahaja. Ish, tak salah aku tanyakan ... ??
- 2011, aku ada azam nak kurangkan berat badan. So, secara jujurnya artikel yang aku copy dari FB Pak Ngah Farid Ismeth Emir adalah untuk aku. Boleh klik di sini.
- Kecewa bila Nuffnang tarik balik status Glitterati dari akaun Nuff. Silap aku, sebab tercopy coding dari syarikat pengiklanan lain. Aku pun buat entry ini. Macam luahkan rasa kecewa kot. Selepas itu, aku terus delete entry yang ada coding berkenaan. Akhirnya, Nuff kembalikan status anak emas aku dalam entry ini. Terima kasih Nuffnang!
- Di entry ini, aku dapat 202 followers. Suke sangat! Dari hari ke hari followers bertambah. Alhamdulillah ... akhirnya aku dapat juga entry 4 angka di entry ini. Masa ini followers dah 1001 la. Entry aku buat pun dah 1001 sejak blogging dari Mac 2010. I like :)
- Bila tak tahu nak up entry apa, aku cerita sedikit pasal tips Nuffnang. Tips dari blogger yang biasa-biasa macam aku. Just sharing apa yang aku buat. Macam dekat sini, sini pun ada, dan sini. Eh! sini pun ada lagi tips. 2012, aku akan cuba yang terbaik untuk blog ini. Mungkin aku akan tetapkan matlamat yang jelas tentang hala tuju blog. Insya-Allah ...
- Aku dapat komen yang terbanyak, dan terus share dengan korang di entry ini. Seronok sangat bila tengok komen sebanyak tu!
- Nuffnang terus bagi aku BE hampir setiap bulan tanpa miss kot rasanya. Alhamdulillah. Walaupun, kadang-kadang hanya satu BE sebulan, but telah buat aku suka. Suka, sampai buat entry macam ini.
- Aku dapat UV tertinggi dalam tahun 2011, dah yang ini adalah yang terbaik ... sepanjang aku berblog. Syukur sangat. Sehari aku boleh dapat sebanyak itu. Tapi sekali itu ajelah, kemudian maintain macam biasa. But Alhamdulillah, aku dah mampu kul 1,000 UV untuk seminggu. Cukuplah dulu bagi blogger biasa macam aku. Usaha akan diteruskan untuk yang terbaik.
- Kalau aku nak share pasal blog ini, rasanya banyak lagi. Tak tertulis kot nak review semuanya. Panjang cerita. But, semalam aku buat entry terakhir aku di 2011. Penutup 2011 yang aman dan selesa dalam tenang bagi aku. :) Kebahagiaan dan ketenangan yang sukar digambar dalam kata-kata. Entry ini, yang terakhir ... review tentang 2011. Apa yang aku lalui serba sedikit dikongsi.
Done! Simple review ... aku bangga dengan blog ini. Masa aku, banyak yang tertumpu di sini. Aku dah ada cara untuk luangkan masa aku dengan lebih baik. Sambil layan Ombak Rindu, siap juga entry pertama aku di 2012. Sangat suka .... dan aku menulis sambil dibuai lagu ini.
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku ...
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku ...
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
(Lagu ini benar-benar menyentuh hati kecil aku .... ada cerita di sebaliknya. Cerita yang dah jadi kenangan. Alhamdulillah, aku dah sekian lama melalui kehidupan baru. Allah sentiasa bersama dengan hamba-hambaNya yang bersabar dan teraniaya)
SELAMAT TAHUN BARU 2012 YE ... semoga kita semua akan menjadi lebih baik dari semalam. Insya-Allah.
CK : Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah!
kami langgan ombak rindu gak.tgk smpai lebam.
ReplyDelete