Tuesday, January 3, 2012

BUKAN DSLRLAH ....

Assalamualaikum ...





Masa aku up entry ini, BFF aku terus sms, "Dear, ko beli DSLR ye? Nanti ambil gambar aku!". ngeh ngeh ngeh. Senyum je aku. Nak reply kredit hp dah habis. Sorry!


Memang aku beli digital camera sebagai reward kepada diri sendiri, tapi bukanlah DSLR! Kan aku dah pernah war-warkan, aku kena tunggu Nuffnang kasi BE banyak-banyak then aku kumpul duit tu beli DSLR. Aku memang suka dengan DSLR, tapi rasanya baik aku biasakan diri dengan camera kecik aje dulu. Agak-agak dah bijak pandai dan duit dah cukup, rasa nak beli ... baru aku beli nanti. Insya-Allah!


Cerita pasal reward aku nie, sehari sebelum tahun 2012, aku dan MB pergi jalan-jalan ke Jusco Bukit Tinggi. Dia yang ajak. Aku memang tak plan ke mana pun. Rupanya kat sana ada sale. Sale untuk tahun barulah kot. Jalan-jalan satu Jusco sampai kebas kaki. Keluar masuk keluar masuk, last-last aku ajak dia pergi kedai camera. Saja nak survey je pun. Sebelum ini aku dah survey dah, siap belek-belek segala spec camera yang aku nak beli. Tak caya, tengok entry ini


Aku dan MB keluar masuk Foto Flash nie sampai 2 kali, mula saja tengok dan ambil flyers. Lepas tu aku tengok Lumix FH25 tu ada promosi. Dari harga biasa RM799.00 jadi RM699.00. So, kurang RM100.00 di situ. Tapi, time tu tak beli lagi. Boleh masuk Jusco bahagian baju-baju segala. Keluar, pusing sana sini kemudian masuk balik Foto Flash. Itu pun setelah aku decide nak beli. Lagi aku simpan duit tu, nanti tak tahu jadi apa ... tahu-tahu duit dah habis, camera pun tak dapat!



Memang sebelum ini aku survey compact camera Lumix, but bila aku masuk Foto Flash, model Lumix yang aku nak tu tak ada. Sebelum itu, aku nak kenalkan promoter comel kat atas tu nama dia, NIZA. Katanya dah 3 tahun kerja dekat Foto Flash. Dia juga telah berjaya meracun aku untuk beli camera jenama lain. Aku teracun sebab, compact camera tu macam lebih bagus dari model Lumix yang aku nak!


Aku nak Lumix FH25, harga promosi dalam RM699.00. But, stok tak ada. Yang ada cuma Lumix TZ20, mahal pula ... beriban! Aku cuma bajet RM700.00. Lagipun duit nak beli camera nie sebenarnya nak beli TV LCD. Bila abang aku dah bagi TV, so tak jadi beli TV LCD. Sebahagian aku guna beli camera dan sebahagian lagi aku simpan.


Tengok abang nie, kusyuk betul dia dengan ipad. Serius je aku tengok. Abang nie nampak pendiam sikit. Yang peramah layan aku dan MB adalah si Niza. Dia sangat bagus. Aku memang suka promoter macam dia. Masa aku pegang Lumix TZ20, dia tanya aku betul-betul ke nak beli Lumix? Dia cakap walaupun Lumix tu bagus, tapi kualiti gambar yang kita print tak sama macam yang kita ambil. Katanya lagi, gambar Lumix hanya cantik pada lednya sahaja.   Lagipun, lumix yang aku nak pilih tu, video dia bukan full hd. 


Aku masa tu macam berbelah bagi. Yelah, selama ini aku lebih senang dengan jenama Lumix. Jenama lain aku tak pandai. But, bila bercakap dengan orang yang berpengalaman dia tentunya lebih tahu. Harap-harap apa yang si Niza bagi tahu itu adalah  betul.  Bagi aku, biarlah hasil yang aku dapat dari camera ini adalah berbaloi dengan harga yang aku bayar. Nak demand gambar cantik bebenor tapi bayar pun biasa-biasa, tak bolehlah. Sekarang, aku terima apa yang mampu dahulu, ye tak? Sekurang-kurangnya lepas ini, tak perlu lagi nak pinjam daripada kawan-kawan dan adik aku lagi. Itu paling penting!!


Apapun try dulu sebelum beli. Camera yang aku beli nie, ada special scene modes. Yang ini adalah scene mode "fish-eye". Si Niza tu yang try. Sampai hari ini aku belum kesempatan nak explore camera tu. Tak sempat. Ambil gambar aje tahu. Lain-lain belum belajar. Lepas nie, kalau aku gambar yang aku ambil tak cantik, bukan salah camera. Tapi salah aku yang tak pandai dan belum mahu nak belajar!


Harga yang perlu aku bayar! Berpatutan. Harga di atas adalah termasuk dengan screen protector. Harga camera sahaja RM649.00 dan harga asal adalah RM799.00! Setakat aku guna sampai hari ini, berpuashati! Aku harap tahan lama benda yang aku beli nie. Sorry Lumix ... walaupun aku dah lama idam, tapi aku terbeli jenama lain. ha ha ha! Kalau ikut hati membeli rasa nak ambil Lumix TZ20. Poket pula tak cukup kembong!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Inilah yang compact camera yang aku beli tu. CANON IXUS 115HS. Model simple. Senang guna. Sesuailah dengan aku yang baru nak belajar nie. So, untuk BFF aku tu .... "aku bukan beli DSLR ye!". Tapi aku boleh cuba ambil gambar ala-ala DSLR. Tunggu aku belajar pelan-pelan hokeh! Aku dapat memory card 8GB. Si Niza cakap, battery camera ini tahan untuk kita ambil gambar lebih kurang 350 keping gambar. 8GB boleh simpan 2000 gambar! Aku ingat nak beli battery spare, but mahal sangat! So, cancel ajelah!



Inilah si Niza Foto Flash yang peramah. Sama peramah macam Hafiz dekat HSL Kajang dulu tu. Aku suka promoter Melayu peramah dan baik hati macam ini. She's very nice. Sweet juga! Dia explain satu-satu apa yang aku tak faham. Dia siap tolong comparekan mana camera yang sesuai untuk aku. Kiranya dia tak banyak songeh layan aku yang macam-macam songehnya.


Inilah hadiah aku untuk diri sendiri. Sebuah compact camera. Biasa-biasa sahaja, tapi aku puashati sebab pakai duit sendirikan .... Alhamdulillah!



Tahun 2012, aku belum fikir lagi nak reward apa? Tunggu tengok prestasi diri dan kerjaya dulu, fikir kemudian. Lagi pun baru 3 hari di tahun 2012, masih terlalu awal untuk fikir! Azam dan wishlist 2012 pun aku belum buat lagi ... alahai!







CK : Puashati!

8 comments:

  1. rara pakai lumix.senang je kecik nk letak dlm bag.heeee.

    ReplyDelete
  2. huhu lepaas ni makin banyak gambar :)

    ReplyDelete
  3. askum .. ;) awk nie custmer yang mane ? sye niza dari foto flash ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w;salam .... customer yg dtg dengan sorang abang yg besar bdannye dan peramah...hehehhe

      Delete
    2. erk .. adoii mne nak ingat ... hanta gamba bole ? haha ;D Taapiiiii , napeee perlu posttttt -,- kenpa la skrng bru aku perasan ...

      Delete
    3. dah lama ... tu yg x ingat....heheheh

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!