Sepatutnya aku buat entry pergi ke Menara Kuala Lumpur di Bukit Nanas. Gambar ada yang belum edit. BB aku pulak slow tiba-tiba. Okeh, aku nak share gambar sebelum aku pergi ke destinasi yang sepatutnya. Hah! Nak tunjuk Ferrari Merah yang cantik, tapi macam tak pandai guna signal atau kereta ferrari didesign tanpa signal? Aku kurang pasti ...
Asalnya, ferrari nie kat sebelah kereta kami. Tetiba, boleh dia mencelah di lorong depan aku. Okeh, ferrari ... memang cantik dengan warna kegemaran aku. But, boleh tak beri signal ketika nak belok or masuk ke lane kiri atau kanan?
Terima kasih Encik Ferrari yang cantik kerana tak bagi signal. Nasib baik masa itu kereta dalam keadaan slow memasing. Kalau tak, ada yang berlaga montot kereta.
Cantiklah sangat ferrari nie ... warna merah dia memang buat aku teruja. Kalau aku yang dapat pandu kete nie ... pastinye aku akan bagi signal kalau nk bertukar lane atau yang sewaktu dengannya. Nampak kestabilan dan ketegapannya di jalanraya.
Aku dan ferrari ini menuju ke arah yang sama. Disebabkan dia adalah ferrari ... berdesup pergi dan hilang dari pandangan. Aku cuma terkebil-kebil dekat belakang! Nak juga tengok driver dia, tapi takda kesempatan. he he he.
Gambar-gambar dekat Menara KL aku dah edit 3-4 keping. Kat sini banyak gambar aku ambil, almaklumlah benda baru.
BFF aku si June, ada request suruh cerita pasal kenangan dekat Istana Negara, Jalan Istana ... cerita 5 tahun lepas. Nanti aku buat entry ringkas tu. Tengah cari gambar lama. Kalau jumpa gambar baru aku up entry berkenaan ... kalau tak, bubye abang pengawal istana! he he he ... bila ingat balik, kelakar! Entry yang June request maybe aku buat selepas cerita pi Menara KL kot ... tak pasti lagi!
CK : Semangat tahun baru yang lain macam, harap-harap sampai hujung tahun dan tahun-tahun seterusnyalah! amin ....
mantap!!!
ReplyDeleteamboi kak, cite 5tahun lepas??
kebanyakan kereta mewah sangat kedekut untuk memberi signal kan?
ReplyDeletefuhhh. :)
ReplyDelete