Friday, January 20, 2012

DIA KATA SEDAP! MANA BELAJAQ?

Assalamualaikum ....





Inilah yang dikatakan tiada rotan, akar pun berguna. Sejak aku makan masak tempoyak ikan patin di majlis pertunangan kawan sekolej bulan 11 lepas, aku rasa memang dah jatuh cinta sangat-sangat dengan masak tempoyak ikan patin. Dekat Putrajaya aku tak tau mana nak cari ikan patin nie. Dah tu, rasa sedap pula buat masak tempoyak. 


Nak makan punya pasai, aku sanggup belajaq dan google resepi. Uih! Nasib baik jadi ... menjadi jadi!

Disebabkan nak makan sangat masak tempoyak dan kebetulan, aku jadi mangsa tipu oleh penjual durian dalam entry ini. Maka durian yang si penipu tu juai, semuanya aku buat tempoyak. Dapat juga sebekas. Disebabkan keinginan yang tinggi nak makan masak tempoyak, dah ikan patin pula tak ada ... aku suruh adik aku beli ikan kembung ja. Asal jadi sudah! 1st time cuba masak tempoyak ni, Alhamdulillah menjadi. Rotannya adalah ikan patin dan akarnya adalah ikan kembung!



Bila dah masak tempoyak ikan kembung nie, aku bagilah dekat si MB merasa. Diakan juri tetap untuk setiap masakan aku. Juri yang amat susah nak puji bab apa sahaja aku masak. Komen bertambah-tambah lagi adalah. Kadang-kadang, komen dia menikam sukma aku. Rasa macam tak sedap sangatlah aku masak. 


Kali ini, tengah dok makan ..... "eh! awak belajar mana masak nie? pernah masak ke dulu ... sedaplah!". Cheh, kau saja nak bagi kembang bontot aku kan? Ingat aku mudah percaya, nak percaya pun kena tunggu kau sudah makan dulu. Komen-komen pedas kau sebelum ini pun belum hilang lagi rasa pedasnya. Bila kau puji aku rasa macam mimpi! ha ha ha ...


Pernah masak apanye? Ingat aku orang Pahang ke hape. Den oghang Kedahlah. Manalah mak den pernah masak semua camnie ... gulai kawah adolah. Eh! Oghang Kedah loghat nogori pulak. Cam buruk plak aku rasa.




Alhamdulillah, bila dia dan kawan aku puji sedaplah ... kira luluslah kot masakan kembung tempoyak aku nie gamaknye. Hilang juga kempunan aku sekejap dekat ikan patin. Tapi aku plan nak pergi Temerloh. Nak pi cari masak tempoyak ikan patin dekat sana. Tak pun beli ikan patin terus, balik masak sendiri.


Apa yang aku masak tak boleh lawanlah tukang masak istana Pahang, sebabnya masa majlis tunang kawan aku tu .... yang masakkan ikan patin tempyak adalah tukang masak istana. Memang sedap sesangat!!! Sedap tak terkata-kata seperti ini.



Macam biasa, resepi nanti aku letak. Sekarang nie aku tak tau pasai apa ... malas sangat nak taip resepi. Asal bukak lappy je mata dah kuyu. Camne nak taip resepi panjang-panjangkan. Walaupun ada juga resepi cedok and paste, tapi tetap nak kena sengkang mata sebab aku bukan tiru resepi sebiji melainkan dimaklumkan sedemikian.



Okelah, kita sambung lain entry plak. Cerita pasal makan je, manalah tak bernafsu makan dan kesudahannya gemuk. Sape yang salah ... entry aku? atau korang yang baca entry nie kemudian bernafsu nak makan?? Eh, yang bam-bam itu akulah, sebab aku yang masak dan aku yang makan. Takda kena mengena ngan korang. Setakat tengok gambaq ja, jangan risau tak gemuklah!






CK : Sekejap je dah Jumaat. Awat aku rasa sekejap sangat ar??

5 comments:

  1. patin tempoyak kar RnR temerloh pun layan jugak..seketol RM7...tapi nnt nak blajar jugak masak yg ini..incen tunang suke patin tempoyak..tapi patin tu hanyir kan..ekh....eh.bt la entry step masak tmpoyak ni..

    ReplyDelete
  2. Wah, lamanya saya tak makan masak tempoyak.. Kalau tesco dgn giant kadang2 diaorang ada jual patin.

    ReplyDelete
  3. saya tengah lapar...ikan patinmasak tempoyak memang sangat heaven..:D

    ReplyDelete
  4. wow...nmpk sedap...masakan kegemaran aku...hik3..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!