Sejak akhir-akhir nie rajin pula aku buat cerita pasal siri jalan-jalan sehari aku. Dan sejak masuk tahun 2012, rajin pula aku pergi jalan-jalan ke lokasi pelancongan yang dekat dan mudah untuk aku sampai. Tahun baru, aku pi ke Istana Negara dan Menara Kuala Lumpur dan weekend baru nie, aku pergi Taman Botani Negara Shah Alam, Selangor.
Sebut pasal Taman Botani Negara nie, baru aku tahu yang Taman Pertanian Malaysia Bukit Cerakah telah ditukarkan kepada Taman Botani Negara Shah Alam pada 1 Januari 2011. Puas jugalah aku memusing mencari Taman Pertanian Malaysia Bukit Cerakah pada mulanya. Mana tak confusenya, kejap-kejap nampak signboard Taman Botani Negara ... kemudian Taman Pertanian Malaysia. Pening kepala mencari. Tak tahu pun telah ditukar nama dan juga pengurusannya sekali. Kiranya Taman Botani Negara masih lagi dalam usia setahun jagung!
Padanlah, masih ada lagi kawasan-kawasan yang akan dibina dan dibaik pulih. Aku tengok pun banyak lokasi yang dah seakan uzur dan perlukan tindakan segera untuk dibaik pulih. Seingat aku, pertama kali aku sampai ke Taman Pertanian Bukit Cerakah dulu, dalam tahun 1996 ... masa tu masih budak sekolah menengah lagi. Datang pun kebetulan nak hantar abang aku sambung study ke Jepun. Sambil-sambil tu, melawatlah Taman Pertanian Bukit Cerakah nie. Selepas 16 tahun, aku datang kat sini semula ... setelah sekian lama berhajat nak datang. Tempat yang sama, tapi nama telah bertukar. Macam aku juga, orang yang sama .....tapi umur, saiz dan kematangan juga dah berbeza.
Jangan mengarut panjang-panjang, jom layan gambaq pulak. Entry pasal Taman Botani Negara nie rasanya tak banyak .... sampai part 2 je kot.
Kaunter tiket. Sila beratur ye. Tiket masuk RM3.00 dan tiket untuk masuk ke rumah iklim 4 musim kena beli dekat kaunter tiket di pintu masuk utama juga. Harga RM3.00 juga. Semuanya RM6.00 .... itupun kalau korang nak masuk ke rumah 4 musim itulah. Kalau tak nak masuk, cukuplah jalan-jalan tengok pokok dan binatang dekat taman haiwan je.
Map!
Sedang tunggu bas shuttle. Percuma sahaja. Masa aku pi, ramai sangat ... but nasib baik boleh naik. Tunggu nak naik bas ini pun dah sampai 15min. Nak berjalan atau sewa basikal macam malas nak keluarkan peluh pula. ha ha ha.
Untuk yang rajin, boleh sewa basikal di sini. Boleh pusing satu Taman Botani nie. Luas yang amat. Jika nak dibandingkan dengan Taman Botani Putrajaya, yang dekat Shah Alam ini lagi luas ... banyak pokok-pokok hutan dan lebih menghijau. Tapi Taman Botani Putrajaya .... cantik!!
Rumah empat musim! Sekarang nie musim sejuk ... best!
Pokok menghijau! Cantik ....
Nanti kita sambung part 2 ... aku masuk rumah 4 musim tu. Sekarang nie musim sejuk. Tercapai juga impian aku nak masuk rumah 4 musim nie ... ! Menggigil juga walau taklah sesejuk mana. Tapi seronok pula. he he he
Okeh pembacakusayang .... kita jumpa kat part 2 ye! Tata ...
CK : Bila kucing tiada, tikus berkeliaran!!
salam kakak..lm dh sy xmsuk blog..msti sy dh byk trlps entry akk..maaf..apa2 pun bla buka blog,xlupa utk bertndang ke blog akk..:)
ReplyDeletewahhh mcm best je,,bila leh nak gi ni,,huhu
ReplyDeletememang best tempat nie..lama dah tak g sana. Last pergi pun 7 thn lalu time zaman cintan2..
ReplyDeleteoh...kenangan bukit cerakah yg mencengkam jiwa...cewah.. :p
ReplyDeletebest2....mcm nak pi "menembak" di kawasan nie aje.
ReplyDeletesewa basikat tu berapa plak harganye?
teringinnya dni nak ke sana :)
ReplyDeleteDah add dah.
ReplyDeleteJom join bloglist kiera:
http://sayebuatblogini.blogspot.com/2012/01/bloglist-monster-rawr.html