Soal umur dan kesihatan menjadi perbalahan. Kadang orang tak faham, bila umur seorang wanita telah berada di dalam lingkungan 30-an, soal kesihatan amat perlu dititikberatkan. Perlu memberikan perhatian serius kepada penjagaan makanan terutamanya. Banyak perkara perlu dikurangkan dan kalau boleh hapuskan terus ... lemak, minyak, garam dan gula yang tinggi. Sila sayang diri daripada melayan perut dengan semua jenis makanan sebegitu.
Bila umur berada dalam lingkungan 30-an, banyak perkara dan nikmat telah ditarik balik oleh Allah. Hakikat. Tubuh badan ini adalah anugerah Allag buat kita, jadi perlu jaga baik-baik. Ada orang bertanya, "kenapa dulu saya umur 25 tahun dan berat 60kg ... saya ok sahaja. Tapi sekarang bila umur dah 35 tahun dan berat masih 60kg, saya rasa sakit-sakit. Tak boleh berdiri lamalah, sakit kepalalah, cepat penatlah ....!"
25 tahun dan 35 tahun mempunyai beza sampai 10 tahun, jadi cepat-cepatlah cari jawapan kenapa penyakit datang menyerang sebelum terlambat! Dari situ dah nampak, 25 dan 35 itu tidak sama ... jadi cara melayan tubuh badan juga tidak sama! Cara perut bekerja untuk menghancurkan makanan yang dimakan mungkin dah perlahan. Kalau dulu, tak bersenam pun masih ok, tak semput ... sekarang ini, bawa-bawalah bersenam atau berjalan 10,000 langkah dalam sehari atau seminggu dua kali. Mudahkan??
Kalau boleh, kurangkan makan makanan cepat (fastfood), makanan cepat selalu mengundang penyakit kalau diamalkan berpanjangan. Sesekali mungkin tidak mendatangkan kesan. Tapi, berulangkali yang akan menyebabkan sesuatu yang terkesan pada tubuh badan. Sendiri fikir! Kalau sesekali macam di bawah ini, aku rasa ok kot ....
Big Mac, sedap! Aku rasa ok kot .. sebab dia ada sayur, daging dan roti! Aku makan ini pun selepas 4 bulan. So, sesekalilah nie kan? Kesihatan dan duit perlu dijaga. Poket tak selalunya kembong!
Bila orang lain cerita, aku nak try. Setahun sekali je pun. Aku tahu aku tak suka prosperity burger ... bila beli aku akan cakap pada diri, "tahun depan tak nak beli dah ... pedas!". But, bila masuk tahun baru dan hampir tahun baru cina ... aku beli juga, walau tahu big mac lebih sedap. Kenapa ya??
Better order bubur ayam McD lain kali, but kalau nak order bubur ayam nie baik pergi dekat McD The Mines. Bubur ayam dekat McD Kota Warisan ..... TAK SEDAP, BUBUR BANTAT!!
Itulah aku nak cerita pun .....
CK : Pergi kerja ... bubye!
sodap nyeeeee :')
ReplyDeleteadoi, tringt.. lme dh x mkn McD nih.. kasi blnje bole? hehe
ReplyDelete