Saturday, January 7, 2012

KECIK HATI DAN KOMEN

Assalamualaikum ...



Tahun ini merupakan tahun ke-3 aku berblog di blog ini. Dan bermula akhir 2010 hingga sekarang aku memang serius dan agak rajin update entry. Paling koman sehari satu entry. Walau hakikatnya ia tak memadai. Kepuasan agak kurang di situ. Tapi 24jam yang diberi Tuhan bukan untuk aku habis masa dengan blog. Jadi pandai dan bijaklah bahagikan masa. Kalau tak ada entry tu, maknanya aku memang sibuk sesangat. Tapi, adakah sesiapa di luar sana yang nantikan entry aku yang agak alahai ini??


Secara jelasnya aku kenal blog dan tulis blog tahun 2005. 2 blog aku dah diam membisu. Yang tinggal cuma yang satu ini sahaja. Harap-harap dapat terus bertahan lama hendaknya. Dapat juga aku isikan masa aku yang terluang. 


Mula aku berblog di blog ini, kesemua entry aku, tiada satu pun komen! No komen but entry still ada. Hari-hari aku update. Sehinggalah satu hari tu entah macam mana aku boleh terbuka hati untuk expore "apakah dunia blog sebenarnya!". Hasil usaha explore inilah aku tahu, komen itu juga penting. Penting kerana ia seakan memberikan satu semangat dan kepuasan.


Bila aku buat entry, tiada siapa pun komen blog aku. Masa itu, sikit pun aku tak rasa kecik hati. Okeh, ini untuk newbie, akak pun new juga sikit-sikit kot .... kalau ada blog dan hari-hari update, tapi kalau tiada sebarang komen, janganlah kecik hati dan patah semangat. Teruslah menulis apa yang baik untuk ditulis dan dikongsi bersama. Akak pernah rasa dan lalui keadaan macam itu. Relaks dan bertenang! Tulis je apa nak tulis ...


Sekarang pun, ada juga entry aku yang tiada sebarang komen. But aku tak kisah. Mungkin yang masuk itu tak tahu nak komen apa. Tak tahu nak karang ayat macam mana. Asalkan dia masuk dan baca entry kita waima tengok gambar sekali pun, bagi aku itu dah cukup bagus. Itu dah cukup mengatakan, blog kita masih diterima oleh sesetengah manusia walaupun bukan semua.


Tak perlu nak kecik hati tau kalau tiada komen .... ! Kalau ada komen, maknanya satu bonus kepada kita. Dan satu semangat untuk terus menulis!



Pengakuan jujur, aku teruja bila entry aku ada komen. Kadang-kadang komen mereka buat aku senyum sorang-sorang depan lappy!


Terima kasih buat kawan-kawan blogger ini yang rajin komen dari dulu hingga kini .... dan jenguk belog aku.



Berblog itu satu kepuasan, walau entry tidak dikomen :) !!





CK : Seronok bila ada kenalan maya, walau tak bersua muka! Harap baik-baik semua.

4 comments:

  1. azzah kadang2 suka komen,kdg2 jadi silent reader je..

    ReplyDelete
  2. iyalah...jangan lah nak kecik hati kalo takde org komen...yang penting kita happy nak tulis apa jak yang kita suka...komen-mengomen tu belakang kira lah...(^_^)

    ReplyDelete
  3. ramai yg jadi silent reader =)

    ReplyDelete
  4. mereka yg ada blog ni cnfrm mgadap blog je..hehe

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!