Tuesday, November 30, 2010

Bantuan Khas Kewangan Boleh Dituntut Mulai Esok

30/11/2010 6:59pm Utusan Online

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Penerima pencen boleh mengeluarkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 melalui bank mulai esok.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam hari ini, penerima pencen tidak perlu mengisi Borang Tuntutan Pencen di kaunter bank (di bawah Skim B) bagi pengeluaran itu kerana bayaran dikreditkan terus ke akaun bank mereka.

Bagi penerima yang dibayar melalui waran pula, mereka akan menerima waran berkenaan melalui pos dan boleh menunaikannya serta merta.

Semakan boleh dilakukan melalui portal Bahagian Pasca Perkhidmatan di laman web .

Sebarang pertanyaan berkaitan Bantuan Khas Kewangan, penerima pencen boleh menghubungi Kamarudin Abd Ghani di talian 03-88854135/4160 atau emel kamarudin.ghani@jpa.gov.my. - Bernama


p/s : Alhamdulilah

Bila Power Puff Girls Menyerang Kami 3 Beradik!!

Power Puff Girls menyerang wall FACEBOOK saya adik beradik! Saya ada 2 orang adik perempuan dan mmg sesuailah karektor Power Puff Girls itu untuk setiap seorang termasuk saya. Ini semua gara2 kebosanan adik bongsu saya yang baru jerk dapat result examnya! Alhamdulillah resultnya cemerlang.

Sementara sebelum cari kerja...dia nk berehat sebulan! So, Januari 2011 baru dia nk mula cari kerja untuk dapatkan duit poket sambung belajar lagi! Alhamdulillah nasib baik dia sedar yg kami bukan dilahirkan dalam keluarga yang punyai 3-4 buah bunglo, 20 buah kereta BMW dan tanah ladang..estet yang ratusan ekar sebagai harta!

Demi melayan kebosanannya....dia suruh saya dan adik sulung menukar pic profile di Facebook masing2. Layan ajalah! Bukan rugi pun....! Apa lagi penuh lah Power Puff Girls tu kat wall saya dan dorang...hak hak hak! Mmg happylah ada adik2 mcm nie. Hilang stress kerja...

Semua watak diagihkan oleh adik bongsu...sbb diakan kepala....

Adik bongsu bg watak ini utk saya : Buttercup!

Watak ini utk adik saya yang sulung : Bubbles

Mestilah ini watak utk adik bongsu saya yg kebosanan tu : Blossom!!
(Sukalah dia bila adik sulung ckp watak ini lagi comel....abih sendiri pilih!)

Kami bertiga...ha ha ha dalam watak cartoon ini....shoooomelnya! hik hik hik


Adat adik beradik....kadang2 bergaduh jugak! ada je yg tak kena sana dan sini. Tapi carik2 bulu ayam lama2 bercantum jua!



p/s : Happy sgt arinie....hny kerana POWER PUFF GIRLS!!

Baru Dapat Pegang Pun dah Puas!! Belum Lagi Rasa....

Hu hu hu

Tajuk entry mmg tak boleh blaaah!! Entah apa2. Sila stabilkan kepala otak korang ok. Ini bukan entry 18sx ke ape! Saya nk tgk sejauhmana korang punya imaginasi walaupun hanya setakat baca tajuk. Harap2 imaginasi korang masih terkawal di had yg sepatutnya!

Saya mmg dah lama idam nk beli + guna hp BLACKBERRY BOLD 9700! Tambah2 sejak SONY ERICSSON K770i saya telah jatuh dan pecah screen dalamnya sejak 2 minggu lalu, Lagi la penyakit mengidam sy ntah hape2! Asyik rindu dendam dgn BB nie! Adus....sampai mimpi2lah. Tapi ttp sayangkan K770i sbb itu adalah hadiah! Hadiah ye...bukan beli! Sbb tu w/pun screen pecah pun sy guna lagi. Setakat boleh terima call ajelah. Nk hantar dan terima msg....neeehi...neeehi....

Dan akhirnya saya dapat beli opssss tidak....hanya dapat pegang sahaja....dan berteman tidokan si BB nie utk 12jam sajork! Terus buat saya jatuh cinta. Tapi cinta BB pada saya cukup mahal. Tak mampu saya utk menerimanya....

Hitam itu menawan...owh! sungguh buat saya teruja

Baru Dapat Pegang Pun dah Puas!! Belum Lagi Rasa....

Teringin giler nk pakai BB nie. Orang lama2 cakap "ukur baju di badan sendiri"...jgn kat badan beruang pulak, sbb beruang tak pakai baju, dia hanya spesies binatang yg suka tayang bulu byk2 kat badan dia yg gempal itu.

Tapi saya hanya mampu beli [.......] tunggu ajelah 2/12/2010 nie. Kita tengok apa yg saya mampu beli bagi menggantikan K770i itu. Masih sayangkan K770i...Encik Abie ckp boleh baiki. Lepas dapat yang baru akan dibaiki jugak nanti.

DAH PUASKAN DAPAT PEGANG!! KALAU DAPAT GUNA MESTI LAGI PUAS...ha ha ha ha


Sabar ajelah wahai diri!!


p/s : Telan air liurlah....tp manatau kot rezki!! Mesti nk capai jugak satu! Wah....hati besar kau yek..

Kes Liong Sik Dipindah Ke Mahkamah Tinggi KL

BEKAS Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, 67, keluar selepas Mahkamah Sesyen Putrajaya, hari ini membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor - Nov 30, 2010 10:03 am

2010/11/30 - Bharian Online

PUTRAJAYA: Mahkamah Sesyen Putrajaya di sini hari ini membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya kes membabitkan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, 67, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk perbicaraan.




p/s : No comment.....

Tip Untuk Blogger

Sharing is caring!!

Sy nk share tip berblog dgn semua blogger baru mcm saya! As usual ia bukannya copy paste ye. Sy nk linkkn kawan2 dgn url berkaitan tip2 utk berblog. Kalau sbl nie sy dah bg tip2 dari Encik Ben, tp hari ini tip2 dari Arena Siber.

Korang semua mesti nak tahu apa itu UV dan PV dalam berblogkan? So, sila klik DISINI untuk mengetahuinya. Berblog pun kena ada ilmu. Baru kita boleh maju! Apapun yg penting perlu ada minat dan kerajinan....


"SELAMAT BERBLOG & SELAMAT BERJAYA!!"



kredit : arenasiber.com



p/s : Masih byk yg tak tahu. Sedang mencari!!

Kajian Cadangkan Gabung PERODUA-PROTON Siap - Mustapa

29/11/2010 - BHarian Online

KUALA LUMPUR: Kajian mengenai cadangan penggabungan syarikat kereta nasional, Proton Holdings Bhd dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd, siap.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata laporan itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk pertimbangan

"Cadangan (Proton-Perodua) ini diilhamkan oleh Perdana Menteri. " ami kini menunggu untuk menetapkan tarikh bagi membentangkan laporan itu kepada Perdana Menteri," katanya kepada pemberita pada majlis perhimpunan bulanan inovasi dan kualiti kementerian itu di sini hari ini.

Sementara itu, Mustapa berkata eksport barangan buatan Malaysia dijangka meningkat sebanyak 5 peratus kepada RM447.09 bilion pada 2011 berbanding RM424.1 bilion yang dicatatkan pada tahun 2010. Kementerian turut mengunjurkan peningkatan eksport perkhidmatan, dengan sasaran RM106.15 bilion pada 2011 berbanding RM101.1 bilion pada 2010.

Selain itu, katanya satu jawatankuasa Pelaburan Program Transformasi Ekonomi (JPETP) telah ditubuhkan dan berperanan untuk mengenal pasti dan melaksanakan program dan aktiviti ETP.

JPETP juga akan memantau program-program pelaburan berkaitan MITI yang dikenal pasti dalam Rancangan Malaysia ke-10. - BERNAMA




p/s : Penggabungan yg cukup menarik. Semoga menghasilkan sesuatu yang terbaik utk rakyat MALAYSIA!!

Monday, November 29, 2010

Dibelanja Makan Juga Diberi Hadiah


Putrajaya adalah hujan selebat2nya petang tadi. Setibanya jam 5.30 petang hujan pun reda. Saya balik awal hari ini. Tak perlu bermalam2 lagi di pejabat seperti 9 hari yang lalu. Sudah penat. Letih. Juga menghilangkan segala mood yang ada. Keputusannya hari ini balik awal. 5.30 petang sudah mengangkat punggung dr workstation yg semakin kemas dan tersusun itu (baru lega mata memandang...nk sambut tahun 2011, sbb tu kemas semacam @ sbb ada audit ISO?)

Cadang2nya mahu berjumpa dengan ex-boss sy dan seorg kawan yg baik jugak. So, tempat yg dipilih oleh ex-boss adalah Pappa Rich @ Cyberjaya. 6.30pm seorang kawan dtg menjemput saya menaiki Persona barunya (teruja sket....cantik BF baru kau kan....diam2 saja dr aku!). Putrajaya ke Cyberjaya bukannya jauh sgt pun...15minit dh sampai.

Lebih kurang 6.50pm dah sampai ke Pappa Rich Cyberjaya. Sempat juga ex-boss order cuppacino yg kurang sedap itu. Dia cakap betapa lamanya tunggu kami. Sorry! Bukan sy yg lambat bersolek segala. Tapi kawan baik yg lambat jemput sy. Ini diakui oleh kawan baik sendiri.

Setibanya di sana saya terus order kuewteow soup with prawn n chicken. Boleh tahan sedap! Jujur. Ini 1st time makan di Pappa Rich. Boleh repeat nti! Borak punya borak sudah jam 8.45pm. Memohon utk mengundur diri adalah semestinya. Sbl bersurai mengikut haluan masing2 ex-boss sy mhulurkan hadiah. Oh! Amat berterima kasih. Dia gemar mberi sy hadiah.

Ex-boss memberikan sy sebuah mug besar dgn tertera nama sy sekali berserta 100 little strips of advice! Dengan kotak pink yg cantik!! Terima kasih yg tak terhingga. Selepas ini susah utk berjumpa dia lagi. Sbb dia bakal meneruskan perkhidmatannya di Kuala Lumpur sana. Tak jauh. Tapi bila org berpangkat nie...pasti akan sibuk dgn tugas2 barunya.

Sudahlah dibelanja makan. Terima kasih juga utk ini. Malah juga diberi hadiah juga! Amat2 berterima kasih.

Seorang kawan mghantar sy pulang....dgn ditemani pelbagai cerita dlm perjalanan. Entah bilalah kita bertiga akan bjumpa lagikan?? Terasa keciknya sy bila bersama mereka...maklumlah mereka org berpangkat...sy cuma biasa2 sj! Namun, tak semua org kisah ttg hal itukan. Begitu jgk dgn kami....moga silatur-rahim ini abadi selamanya. Amin.




p/s : Masih tak lupa kenangan hitam itu. Hanya kita bertiga yang tahu.

TETAP MENUNGGU KERISPATIH!

Sumber : Harian Metro 29/11/2010


p/s : Masih menunggu....

OPRAH Billionair pemurah!

Sumber : Harian Metro 29/11/2010




p/s : Kalaulah sy pun billionair mcm tu......ermmmmm

MAHA 2010 : 300,000 Pengunjung!

Sumber : Harian Metro 29/11/2010



p/s : Belum berkesempatan untuk menjengah apatah lagi untuk menjenguk!!

Talak Lugi Talak Untung Loooo

TAK RUGI KALAU KITA BERSATU

DAN

TAK UNTUNG PUN KALAU KITA BERGADUH





p/s : Rasa2 nk pilih yg mana satu?

Sultan Selangor Dukacita Orang Melayu Gadaikan Perkataan MELAYU!!


29/11/2010 - Bharian Online

SHAH ALAM: Sultan Selangor hari ini melahirkan rasa dukacita dengan segelintir orang Melayu yang tidak memiliki rasa megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan Melayu itu sendiri untuk dikuburkan serta lenyap dari dunia ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris ada menyatakan mengenai 'Tanah Melayu' , 'Negeri Melayu Bersekutu' dan Raja Melayu sekali gus membuktikan penulis Barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini.

Sultan Selangor turut melahirkan rasa bangga dan sukacita dengan langkah kerajaan Malaysia yang akan menjadikan subjek Sejarah sebagai syarat wajib untuk dipelajari oleh rakyat di sekolah negara ini. "Beta percaya dengan arahan ini ia akan membuka minda dan kefahaman dari pengetahuan berhubung peranan penting yang berlaku dalam sejarah tanah air untuk tidak timbulnya syak wasangka dan persoalan yang mencurigakan hingga timbul salah faham terhadap sesama rakyat di negara yang kita kasihi ini," titah Sultan Selangor pada Wacana Raja Berpelembagaan-Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di sini.



p/s : Orang Melayu...masih tidokah?? Sultan pun tahu dukacita...takkan kita yang MELAYU ini masih tido lena??

APAHAL NIE??

Belog nie demam ke tiba2??

nak menangis rasa bila yang diedit

"hilang ke?"

Adoi.... tolonglah!!

Gatal2 update blog time opis...

Padan muka saya!

Dah kena TULAH.... hu hu hu



P/S : Lain kali jgn bermain di waktu opis

Sunday, November 28, 2010

Pencapaian Gemilang Sukan Asia di Guangzhou


28/11/2010 - Bharian Online

Prestasi kontinjen negara berada di tahap tertinggi


PENCAPAIAN sembilan pingat emas, 18 perak dan 14 gangsa di Sukan Asia yang berakhir semalam, menutup tirai tahun ini dengan rumusan ia sebagai tahun paling cemerlang dalam sejarah sukan negara. Chef de Mission yang juga Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), berkata Datuk Zolkples Embong, kesimpulan itu dibuat berdasarkan jumlah pungutan pingat atlit negara dalam dua temasya besar berturut-turut iaitu Sukan Komanwel New Delhi XIX dan Guangzhou XVI yang menepati sasaran ditetapkan.

Ini satu sejarah dalam sukan prestasi tinggi kita, malah pencapaian di Guangzhou ini juga adalah yang terbaik sejak kita mengambil bahagian pada 1954, selain dapat memperbaiki kedudukan tangga keseluruhan daripada ke-11 di Doha 2006 kepada ke-10,” kata Zolkples dalam sidang media, semalam.

Berdasarkan pungutan pingat emas itu juga, Malaysia tidak jauh di belakang Thailand yang gagal menepati sasaran, selain mengatasi Indonesia, Singapura, Filipina dan Vietnam bagi negara rantau Asia Tenggara.

“Formula kejayaan ini ialah program jangka panjang yang efektif, kerjasama baik dengan persatuan sukan kebangsaan dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM); sistem sokongan kebajikan atlit dan khidmat jurulatih asing dalam sukan membabitkan aspek teknikal serta khidmat sains sukan menerusi Institut Sukan Negara (ISN),” kata Zolkples.

Namun, hakikatnya hanya sebutir emas diraih dalam acara sukan yang dipertandingkan di Sukan Olimpik iaitu trek berbasikal tetapi Zolkples pantas mempertahankan bahawa atlit negara juga mempamer banyak peningkatan berdasarkan 18 pingat perak yang sepatutnya boleh bertukar emas jika tidak kerana dominasi hebat China, pengadilan berat sebelah dan kegagalan atlit menangani tekanan pada saat genting.



p/s : Tahniah buat semua....

Tiga di tahan bersama dadah, senjata api di Kulim

28/11/2010 - Bharian Online

KULIM: Polis menahan tiga orang termasuk seorang wanita dan menemui pelbagai dadah bersama sepucuk pistol dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Bidara di sini Jumaat lalu. Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Mohd Asri Yusuf berkata dalam serbuan 2.30 petang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kulim Cif Insp A. Rajaram, polis menemui 126 biji pil Eramin 5, tiga biji pil WY, tiga biji ketamin dan 3.8 gram syabu, esemuanya bernilai RM5,620 dalam rumah itu.

"Pemeriksaan ke atas sebuah kereta (Proton) Wira Aeroback yang berada di luar pagar rumah itu, polis menjumpai sepucuk pistol jenis Smith & Wesson tersimpan dalam satu sarung pistol bersama enam butir peluru dan satu paket plastik lutsinar mengandungi 25 butir peluru yang disimpan dalam kasut keselamatan," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini. Mohd Asri berkata suspek lelaki berusia 28 tahun, yang dipercayai menjadi perancang utama kumpulan itu, mempunyai beberapa rekod kesalahan jenayah lampau termasuklah ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) selama dua tahun selain mempunyai beberapa rekod jenayah lain. Seorang lagi suspek lelaki berusia 26 tahun tiada sebarang rekod jenayah manakala suspek wanita 22 tahun itu yang sudah berkahwin serta mempunyai dua orang anak mempunyai beberapa rekod jenayah.

Mohd Asri berkata aktiviti mereka adalah memproses dadah yang dilakukan di sini dan menjualnya di sekitar Seberang Perai dan Pulau Pinang. Beliau berkata ketiga-tiga suspek, yang didapati positif dadah, akan disiasat mengikut Seksyen 39A(2), Seksyen 12(2) dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Senjata Api 1960. Mereka, yang merupakan penduduk tempatan, ditahan reman sehingga 2 Dis, katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Asri berkata pengedar dadah kini didapati menukar taktik menyeludup dadah jenis ganja dan heroin ke negara ini melalui Kedah dengan menggunakan rakyat asing seperti Nigeria, Myanmar dan Indonesia. “Ini terbukti berikutan lima kes apabila tiga warga asing ditahan membawa dadah ganja atau heroin sama ada melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi atau pada pintu masuk di Sempadan Bukit Kayu Hitam," katanya. -- BERNAMA



p/s : DADAH perosak bangsa & negara!!

Ke Kenduri Kahwin

Walaupun sibuk dgn kerja-kerja di pejabat, sy masih mampu luangkan masa untuk menghadiri kenduri kahwin Afadruskee & Zaihasra! Petang tadi amik masa ofis lebih kurang 2 jam untuk ke kenduri kahwin Afad di Sg Merab sana. Sekarangkan musim cuti sekolah. Dah pasti banyak jemputan ke kenduri kahwin.

Masa saya kecik dan remaja dulu, mak ayah saya kurang galakkan saya ke kenduri kahwin nie! Tak tahu apa alasannya. Disebabkan dah terbiasa, jadi saya rasa malu skit nk hadiri kenduri kahwin kat kampung. Bila dah bekerja pun jarang2 sgt saya pergi. Cuma untuk tempoh 2-3 tahun ni sahaja saya telah ajarkan diri utk membiasakan diri ke kenduri kahwin.

Rasa malu berhadapan org ramai di majlis kahwin pun dah kurang! Rasa seronok pulak! Kalau yg kahwin tu kawan2 sendiri....dah pasti hadiah perlu dibeli. Pemilihan hadiah tak perlu yg mahal, tp perlu ikhlas! Itu yang dipentingkan. Kalau pergi kenduri kahwin ke rumah saudara2 terdekat cuma bagi duit dalam sampul sahaja (untuk ringankan beban tuan rumah yang telah keluarkan belanja yg byk masa kenduri kahwin).

Makanan kat kenduri kahwin pun macam2 ikut tempat dan negeri!! Teruja sungguh. Kadang2 jumpa juga makanan yg tak pernah langsung dijamah!

Untuk Afadruskee & Zaihasra... "SELAMAT PENGANTIN BARU,
SEMOGA KEKAL BAHAGIA KE HUJUNG NYAWA!
JADILAH SUAMI ISTERI & IBUBAPA YANG BAIK"



Cantiknya....biru! Ini kenduri di Perak
Seputih salju...."aku mencintaimu, aku harap kau jua begitu!"
Ini gambar petang tadi


Sumber gambar : fesbuk encik afad



p/s : Suka melihat kebahagiaan kawan2....buat diri ini rasa happy jugak


Tip Untuk Blogger dari Ben Ashaari


Kebanyakan blogger pasti kenal dengan BEN ASHAARI! Dengan idea kreatifnya...dan juga tidak kedekut utk bagi tip-tip pada blogger baru untuk berjaya mcm dia. Maknanya dia bukan seorang blogger yg kedekut ilmu. Ilmu & pendapatan sampingan utk berblog dikongsi dengan semua blogger.

Memang sy salute!! Terima kasih yang tak terhingga Encik BEN ASHAARI.

Enrty ini sy buat sebagai rujukan kepada sy sendiri & juga kawan2 blogger! Sy nk berkongsi tip-tip yg Encik Ben dah publishkan kat blog dia. TAPI BUKAN DENGAN CARA COPY & PASTE!! Saya akan linkkan dengan url tip berkenaan shj! Tak baik ambil usaha titik peluh org lain. So, kawan2 blogger boleh click tip-tip ini nti dan ia akan link terus ke blog Encik Ben. Lepas nie sy tak perlulah menggodek terlalu lama mencari tip2 dr blog Encik Ben lagi....jenuh kalau nk mencari entry lama Encik Ben. Bukannya sikit....BERIBU2! Skang nie sy dan blogger hanya perlu click link yg ada utk terus ke sana.

Utk kawan2 blogger....just click tajuk2 entry kt bawah nie! Insya-Allah ada kelapangan sy akan update dari masa ke masa sbg panduan blogger!

Entri berikut mungkin dapat membantu kawan2 blogger! Selamat ziarah ke blog Encik BEN ASHAARI....
  1. Tip popularkan blog
  2. Mana nak dapat pembaca setia? Aku ada idea
  3. Siapa yang akan click iklan NUFFNANG?
  4. Aku benci NUFFNANG!!!
  5. Cara dapat menjana duit dari NUFFNANG
  6. Soalan untuk aku tapi tip untuk blogger
  7. Bagaimana aku popularkan blog aku
  8. Tip untuk blogger baru...Curi trafik
  9. Tip lagi untuk blogger??
  10. Blogger baru vs blogger otai

Rasanya cukuplah dulu setakat hari ini. Nanti sy akan sambung lagi tip-tip dari Encik Ben. Ada juga kebanyakkan entri Encik Ben tidak dapat ditemui lagi. Sy pun x tahu kenapa? Bila click...akan keluar ayat2 cinta di bawah nie.

"Halaman tidak ditemui

Maaf, halaman yang anda cari dalam blog BEN ASHAARI tidak ditemui".



Moga dgn tip2 dr Encik Ben...kita boleh jd sehebat dia! Mungkin dia idola pada kebanyakan blogger baru...spt saya!


p/s : Tip dia best + menarik!!

::Kalau::


Kalau CINTA itu bukan utk aku...
Untuk siapa CINTA itu akan disandarkan...

Kalau RINDU itu bertandang...
Perlukah aku membuka ruang...

Kalau KECEWA itu kau hadiahkan...
Perlukah aku KECEWA sepanjang zaman...

Kalau KASIH ini masih ada...
Perlukah KAU pergi tanpa kata...

Kalau aku sedang BAHAGIA...
Perlukah kau hadir menagih semula CINTA...

Kalau aku TERSENYUM...
Adakah kau yakin bakal ada PELUANG kedua...

Hidup ini MACAM-MACAM...
Aku rasa kau tahu SAYANG ini tidak pernah PADAM!!

Semoga SEGALA CINTA diberkati TUHAN!


~aku menulis bukan krn nama & ini tulisan aku- CIK KAMOO~




p/s : Peace!

::KF::



I hope life treats you kind..
And I hope you have all you've dreamed of...
And I wish to you, joy and happiness.
But above all this, I wish you love..

..Never mind how much you know,

the important thing is how much you can do with what you know..




Kredit : Mr. KF


p/s: Dia kreatif

Hapuskan Ketuanan Melayu - Wan Azizah


28/11/2010 - BH Online


PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu konsep Ketuanan Melayu dihapuskan yang menurutnya supaya anak-anak membesar dengan visi ‘bangsa bermaruah’ atau ‘Melayu Bermaruah’.

Isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata, beliau sebagai seorang Melayu beragama Islam yakin bahawa tidak akan ada satu bangsa pun akan menjadi agung dan dihormati hanya apabila menggelar diri sendiri sebagai ‘tuan’.

Sambil mendakwa Ketuanan Melayu adalah slogan digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu bagi kepentingan sendiri, beliau berkata: “Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan Bumiputera masih tetap terabai. Orang Melayu dan Bumiputera sedang mengalami nasib hidup sangat menyedihkan.

“Mereka dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan”.

Berucap menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini semalam, Dr Wan Azizah berkata, Anwar yang juga Penasihat PKR adalah ‘insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan kepada kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat’.

“Jika beliau insan biasa seperti kita, (Anwar) sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dan gelora yang berlaku,” katanya.

Beliau turut mengajak ahli PKR bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum sambil menyifatkan kongres kali ini mungkin yang terakhir sebelum tiba hari pengundian bagi mendapatkan mandat baru daripada rakyat.

“Kita berkumpul pada hari ini dalam kongres yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13... kalau desas-desus (pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh terdekat) yang kuat bertiup itu benar,” katanya.



p/s : Patut baca n faham perkara2 yg terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Wajarkah ketuanan Melayu dihapuskan??? Utk apa dan kenapa??? Jgn memperjuangkan sstu yg sia2. KETUANAN MELAYU TIDAK PATUT DIHAPUSKAN!!

Kerana politik org sanggup buat apa sahaja tanpa memikirkan kepentingan anak cucu cicit akan datang!!

MU Kenduri Gol Di Old Trafford

28/11/2011 - BH Online

LONDON: Penyerang antarabangsa Bulgaria Dimitar Berbatov meledak lima gol bagi membantu kemenangan besar Manchecter United menumpaskan Blackburn Rovers 7-1 di Old Trafford, awal pagi tadi.
Berbatov menjaringkan dua gol pada separuh pertama dan Park Ji-Sung memperoleh satu gol. Berbatov menambah tiga lag gol pada separuh masa kedua sebelum Blackburn memperoleh gol sag hati menerusi Christopher Samba.

Manchester United mendominasi hampir keseluruhan permainan dengan gerakan pant as dilakukan rangkianan penyerang Berbatov-Wyane Rooney-Nani-Park.

Dengan kemenangan itu, United kini memintas Chelsea sebagai pendahulu liga.



p/s : Pasukan kegemaran Emir....

Kereta Hibrid PROTON diuji untuk kegunaan KERAJAAN


27/11/2010 8:38pm (Sabtu)

SHAH ALAM 27 Nov. – Pengeluaran kereta hibrid Proton secara meluas akan hanya diputuskan selepas kereta jenis itu diuji untuk kegunaan kerajaan di Putrajaya dan Cyberjaya pada tahun depan.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir berkata, pihaknya perlu mendapatkan maklum balas positif daripada pihak kerajaan terlebih dahulu sebelum memasarkannya secara besar-besaran.

"Kami sekarang tengah buat persiapan untuk menghasilkan antara 50 ke 200 buah kereta yang bercirikan hibrid dan penghantaran akan bermula pada Januari depan. Ini ialah untuk dapatkan maklum balas positif dan data daripada pengguna.

“Kalau terus ke mass production takut ada masalah, jadi biar kerajaan menggunakan dan memperolehi maklum balas daripada mereka. Harap menjelang pertengahan tahun depan atau hujung tahun, kita buat keputusan untuk pasarkan secara besar-besaran,” katanya kepada pemberita selepas sambutan fiesta keluarga dan Pertandingan Inovasi Proton 2010 yang turut dihadiri Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh di Stadium Shah Alam di sini petang ini.

Syed Zainal Abidin berkata, kejayaan pemasaran kereta hibrid Proton di negara ini bergantung kepada kerjasama antara syarikat itu dengan pihak kerajaan. – Bernama


p/s : Gunakalan barangan BUATAN MALAYSIA!

Saturday, November 27, 2010

Tun M cadang ATM guna paramotor untuk operasi, pengangkutan


27/11/2010 - Berita Harian Online

LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mencadangkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya menggunakan paramotor untuk pengangkutan dan tugasan operasi mereka.

Katanya, penggunaan paramotor lebih mudah kerana tidak memerlukan banyak ruang landasan untuk berlepas dan mendarat.

"Adalah sesuai ATM menggunakan paramotor untuk pengangkutan termasuk tugasan operasi serta mencari dan menyelamat," katanya selepas menyambut ketibaan juruterbang yang menyertai cabaran Satun-Langkawi Paramotor Antarabangsa 2010 di perkarangan Kompleks Pekan Rabu Kuah di sini, hari ini.
Seramai sembilan juruterbang dari Malaysia tiba di sini dari Satun, di Selatan Thailand yang mengambil masa sejam membabitkan perjalanan sejauh 58 km.

Dr Mahathir berkata, ketika ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) antara yang menggunakan paramotor untuk tugasan pengangkutan.

Beliau berkata, paramotor itu juga boleh digunakan untuk operasi dan meninjau kejadian banjir.

Setiap paramotor dengan berat 30 kg berharga RM25,000 hingga RM30,000 dengan kelajuan antara 30 hingga 60 km sejam.
Selain itu, Dr Mahathir, menyarankan golongan remaja yang berumur 15 tahun ke atas supaya merebut peluang untuk menjadi juruterbang menerusi sukan paramotor untuk membiasakan diri dengan penerbangan.

"Kita mahu melahirkan ramai juruterbang kerana keperluannya meningkat memandangkan permintaan juruterbang terutama di Amerika semakin bertambah," katanya.

Beliau berkata, potensi menjadi juruterbang adalah baik dan oleh itu golongan muda patut merebut peluang itu.
Katanya sepatutnya sukan seperti itu mendapat galakan untuk memajukannya.

Beliau yakin sukan paramotor boleh menjadi tarikan pelancong untuk membawa mereka bersiar-siar mengelilingi Langkawi. - BERNAMA


p/s : Menarik idea nie....

::Bertemu Yang Salah!!::

~aku seolah-olah terperangkap di jaring kehidupan, perlu kuat utk dilepaskan~



Ada yang cakap pada saya, dalam kehidupan ini ada masanya Allah akan temukan kita dengan orang yang salah, supaya kita sentiasa sedar bahawa setiap yang salah pasti ada hikmah disebaliknya. Ada sebab Allah anugerahkan kita suatu ujian dan dugaan pada kita agar kita tidak terus lalai dan leka menjalani kehidupan ini. Dan Allah juga ingin kita berusaha lebih baik memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri. Sepertimana kita yang punyai kelemahan dan kekurangan...seperti itu jugalah dia.

Dengan adanya kita bertemu dgn orang yg salah, untuk menjadikan kita peka bahawasanya Allah sayangkan kita. Dan untuk Allah dekatkan diri kita dengan-Nya. Pertemuan dengan seseorang yang bukan jodoh kita untuk menyedarkan kita bahwa kasih Allah lebih besar dan lebih nikmat buat kita. Walaupun saya kecewa dengan apa yang berlaku dan pernah menuding jari pada kesilapan yang berlaku pada dia, saya sedar dia juga hamba Allah yang tidak berdaya. Gerak-gerinya juga dikawal oleh Allah. Itu pesan KF pada saya suatu masa dulu. Sampai hari ini saya pegang dan saya sentiasa menjadikan ia sebagai pedoman yang baik buat saya.

Untuk merasai kenikmatan hidup ini seadanya. Dan untuk merasai semuanya merasa cukup...BERSYUKUR adalah jawapannya. Pasti kita rasa senang, tenang dan tabah melaluinya. Orang kata cakap memang senang. Tapi payah dan penat untuk melaluinya. Ya..saya akui tentang itu, lebih mudah berkata-kata dari melaksanakan. Bak kata orang berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul! Itulah yang saya lalui...tapi saya berpegang kepada prinsip dan keyakinan diri. Saya yakin dalam setiap apa yang saya lakukan jika itu sememangnya saya inginkan. Prinsip hidup saya amat senang dan mudah...menerima seadanya sesiapa sahaja sekiranya hati kita ikhlas dan bersyukur dengan apa yang sedang kita miliki.

Keikhlasan akan membuatkan satu silaturrahim itu berpanjangan. Insya-allah. Memberi maaf juga harus dengan ikhlas. Ikhlas bila kita tidak lagi bersuara dan memikirkan apa kesilapan mereka buat kita. Bukannya memaafkan tapi tidak melupakan. Memberi maaf tida semudah yang diucapkan. Tidak perlu memberi maaf sekiranya hati masih berkata2 tentang keburukan dan kesilapan mereka...LEBIH BAIK JANGAN MAAFKAN. Saya akui dengan jujur yang saya sukar memaafkan seseorang yang membuat kesilapan yang disengajakan. Senang cakap...saya bukan seorang yg pemaaf....Saya hanya akan memaafkan kesilapan seseorang bila hati saya rela untuk memaafkan dan saya tidak akan mengungkit di kemudian hari. Itulah saya....Saya ingin memberi maaf dengan ikhlas. Selalunya kemaafan itu hadir dengan sendiri tanpa dipohon....

Bukan senang untuk melalui kehidupan ini jika kita tidak cukup kuat dan berani. Dulu, saya selalu ckp pada diri saya...dunia ini hanya untuk mereka yang kuat dan berani sahaja! Keberanian dan kekuatan itu terletak dalam diri masing-masing. Jadi terpulanglah bagaimana untuk mengendalikannya. Begitu juga bila kita dipertemukan dengan orang yang salah. Kita perlu kuat dan berani untuk menghadapinya. Kebahagiaan terletak dalam diri kita dan hanya bagaimana untuk mencari kita sahaja yang tahu. Usah dicemburukan kebahagiaan kehidupan insan lain sehingga kita tergamak melukai hati insan yang tidak bersalah untuk dilukai. Bila kita bersyukur dengan apa yang kita ada, bila kita menerima seadanya apa yang sedang kita miliki....kita akan merasakan kita lebih bahagia daripada mereka. Dan di situ kita tidak akan ada rasa untuk memiliki hati orang lain kemudian melukainya dikemudian hari.

Teruskan perjalanan hidup ini dengan senyuman..dengan doa..dengan usaha..dengan tawakal! Kerna Allah selalu menghadiahkan sesuatu yang terbaik buat kita, malangnya kitalah hamba-Nya yang tidak pernah tahu berterima kasih dan bersyukur. Sehinggakan kita memandang apa yang orang lain miliki lebih baik dan lebih hebat dari kita. Akhirnya kita tergerak meninggalkan apa yang kita ada dan berusaha memiliki sesuatu yang bukan kepunyaan kita. Bila yang bukan kepunyaan kita telah kita takluki dan jajahi....kita tinggalkan dalam keadaan terluka dan sememangnya dia tidak bersalah untuk dilukai. Adilkah kita? Hanya kerana kita tidak bersyukur dan menerima seadanya....kita telah membuatkan hati-hati yang tidak bersalah menderita dan terluka!

Wahai hati-hati yang terluka....kelukaan ini hanya sedikit. Dugaan ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan perjuangan dan dugaan Rasulallah S.A.W memperjuangkan dan menyebarkan Islam. Mengapa harus membiarkan kelukaan itu membaluti diri hanya kerana kita dipertemukakan oleh insan yang salah. Sabarlah....kerana sabar itu besar nikmatnya. Tidak salah untuk terus menyayangi...kerna kasih sayang itu juga sifat Allah. Semoga antara kita tiada benci dan dendam....dan moga kasih sayang ini berpanjangan. Insya-allah. Allah mengetahui setiap kemampuan hamba2Nya melalui dugaan dan ujian. Allah tidak akan lemparkan ujian yang tidak mampu untuk kita tanggung. Kerna kemampuan kita setiap ujian itu diturunkan hanya untuk kita sentiasa mengingatiNya. Kerna Allah sayangkan kita dan Dia rindukan suara kita untuk berdoa dan meminta2 padaNya.

Ada sebab kita dipertemukan dengan orang yg salah......percayalah dan yakinlah, hanya dengan keikhlasan yang dapat menyatukan 2 hati walaupun bukan dengan memiliki! Menerima dan memberi dengan kasih sayang dan bukannya menerima dan memberi dengan rasa kesian!

Allah itu Maha Adil. Allah itu Maha Penyayang. Allah itu Maha Pengampun.....sentiasalah memohon padaNya.....hanya Dia yang layak membantu kita di dunia ini. Seperti juga saya yg melalui beberapa jalan kejahilan dalam kehidupan ini kerna lemahnya saya menilai yang baik dan buruk...kerana kurangnya ilmu...kerana menurut rasa hati dan nafsu...ada masanya kehidupan ini melalaikan saya dan sehingga saya lupa tanggungjawab saya pada DIA. Semoga Allah ampun saya jua.......saya ingin kembali dan bahagia seperti dulu dan sebelumnya....malah ingin lebih baik dari itu....mudah-mudahan!



p/s : Bila seseorang yg melukai kita, yg merawatnya bukan dia tetapi MASA! Namun semuanya bergantung pada diri dan kekuatan hati utk melalui. Kelam malam bukannya 24jam begitu juga derita tak semestinya berpanjangan. Sekarang malam dan esok akan siang!! Mulakan dengan senyuman dan kesyukuran!!

REDAH AKU DAN KAU PUNYA!


Encik Ben buat segmen baru lagi! Join lagi. Rasanya baru jer join segmen SAYA SUKA BLOG AWAK LA! Kreatif betul Encik Ben kita. Mcm idea dia!

Kali nie segmen Encik Ben adalah REDAH AKU DAN KAU PUNYA! Memang menarik & tertarik! Malas nk mengarut panjang2...jom kita tengok apa yg patut korang baca!

5 entry Encik Ben yg saya SUKA!
  1. SAYA SUKA BLOG AWAK LA!
  2. Nak Tackle FOLLOWER?
  3. Bayar deposit rumah baru dengan duit blog?
  4. Cukupkan 1 atau 2 entri?
  5. Entri : Kualiti atau kuantiti?
5 entry saya yg saya suka & nak korang pun suka..berbaloi mungkin!
  1. Nuffnang lagi!!
  2. OSTEEN.com.my!! Again...
  3. Kejayaan - Saling kaitan dengan ibu bapa
  4. Aku Budak Kampung - Part Si Keli
  5. Resepi : Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan

Ok cukuplah tu....


p/s : Hanya utk suka2 saja....

::Jamu Mata::


Bukan resepi!!

Hanya gambar shj dpt sy sajikan utk jamu mata!
'Busy'....jd tak punya byk ruang masa utk menulis lebih panjang ttg RESEPI SUP TULANG!!

Sedang melapar SUP TULANG!
Bila pulak nk mengulangi masakan ini....??


SUP TULANG RESEPI BONDA!!



p/s : Dah malam tapi masih kat office...apa cerita nie???

::DELETE::

Sedang delete kisah2 lama dalam kehidupan
Untuk melupakan sstu yg menyakitkan
Walaupun orang sllu berkata...

"MEMAAFKAN MUNGKIN...MELUPAKAN...TIDAK MUNGKIN!"

Kalau boleh memaafkan ttp tidak boleh melupakan
Adakah itu dikatakan maaf!

Biarlah maaf dtg dr hati
Biarlah masa menjadi penawar kepada segala tragedi
Makin dipandang
Makin dibaca

Pasti hati terluka
Pasti airmata bercucuran!!

'DELETE'

Itu yg terbaik!!
Setelah bertahun2 ratusan sms itu bermukim di handphone sy!

Jalan yang terbaik ini
Sy temui setelah memikirkan
Hati tidak akan gembira bila kita mengenang kisah silam yg mendukacitakan!!

Kaki tetap perlu melangkah! Walaupun berhadapan dgn kepahitan...
Bahagia ttp dtg dgn kesabaran!!

&

KAWAN TETAP KAWAN walaupun ia melukakan!!

SMS...selamat tinggal!! Masa kamu sudah sampai utk dipadamkan utk selamanya!!






p/s : Time will heal everything....jgn merencatkan masa depan krn kisah silam! Setiap hambaNya ada dugaan yg tersendiri!

::Batu Delima Kebas Duit::



HARIAN METRO : 27/11/2010 SABTU

KOTA TINGGI: Seorang lelaki berusia lewat 30-an bersama dua ‘pelakon tambahan’ dipercayai menjadi dalang kepada dua kes penipuan batu delima merah palsu di sekitar daerah ini membabitkan kerugian RM26,000.

Lelaki berperwatakan alim terbabit menyasarkan warga emas dengan mendakwa batu delima itu boleh digunakan untuk upacara ‘tarik duit’.

Bagi meyakinkan mangsa, lelaki terbabit meletakkan batu delima itu ke dalam bekas tembaga berisi air sebelum ia mengeluarkan cahaya kemerahan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot berkata, siasatan polis mendapati batu delima itu sebenarnya palsu dan objek berkenaan dipasang lampu LED dan akan menyala apabila dipicit.


Menurutnya, dua individu yang juga teman subahat lelaki terbabit pula berlakon sebagai pembeli dan beria-ia mahu membelinya dengan harga RM350,000 daripada mangsa.


“Polis menerima laporan pertama pada 22 April lalu membabitkan seorang warga emas berusia 72 tahun yang menjadi mangsa sindiket ini.

“Mangsa berada di sebuah restoran makanan segera sebelum dihampiri dan ditawarkan batu delima merah yang kononnya diperoleh ketika menggali kubur di Melaka serta didakwa mampu digunakan untuk upacara tarik duit,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, semalam.

Menurutnya, mangsa yang mendakwa seolah-olah terpukau kemudian pulang ke rumah dan mengambil barangan kemas isterinya bernilai RM20,000 sebelum diserahkan kepada ketiga-tiga lelaki terbabit.

Pada Isnin lalu, seorang lagi lelaki warga emas, menjadi mangsa membabitkan kerugian RM6,000.

“Mangsa berusia 71 tahun dan suspek utama merendam batu delima itu ke dalam bekas tembaga berisi air sebelum ia mengeluarkan cahaya kemerahan.

“Suspek utama mengatakan dia hanya akan menjualnya kepada mangsa selepas mendapat firasat warga emas berkenaan individu paling sesuai menyimpan batu delima itu,” katanya.

Osman berkata, pada masa sama, seorang lelaki yang dipercayai rakan suspek tiba-tiba muncul dan mengatakan mahu membeli batu delima itu pada harga RM350,000.

Berikutan itu, mangsa terus ke Melaka untuk mengeluarkan wang pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah RM6,000 sebagai bayaran mendapatkannya.



P/S : Macam2 hal skang nie! Tapi kdg2 musykil org terpelajar pun boleh tertipu?? Kebanyakan orang dah tamak duit...impian nk jadi kaya raya! Manusia sudah lupa....!Kekayaan dan kesenangan tidak datang bergolek! Kena usaha, doa dan tawakal pada DIA!

::Cara nk lajukan broadband yg dah abis limit!::



Broadband @ berukband!!

Sy tak suka sgt guna broadband nie! Wat sakit hati. Slow manjang. Kadang OK kadang KO. Rasanya dial 1515 lagi laju kot..ha ha ha mcm kejam plak penyataan camtu! Tadi saje je sy blogwalking...sekali jumpa entry pasal cara nk lajukan b/band yg abis limit kat blog BUDAK BOTAK! Menarik & tertarik nk share ngan kawan2 semua!

Budak botak dah bg warning...dont...dont..."copy paste" ar! Tapi Budak Botak tak kedekut...kita boleh share link kat entry di blog dia! Makasih budak botak!

Jom...jom sesape yg guna broadband tu boleh jenguk kat SINI ya! Jenguk + tambah ilmu sekali!


Ini dah penah guna!

Ini pun dah!!

La nie sy guna yg nie ja! Senang hati...



p/s : Tak kisah apapun janji bahagia!!

::Tiada Tujuan::

Kadangkala kita senyum
Tapi hati kita perit
Kadangkala kita menangis
Tapi bukan beerti kita sakit

Dunia ini terlalu macam-macam
Hinggakan kaki tak keruan
Melangkah tanpa haluan

Aku menulis bukan kerana nama
Tapi kerana rasa
Aku membina tembok utk tidak mahu dijengok

Hidup perlu SABAR!
Tapi adakah sabar itu akan terus hidup!!




p/s : Kta lebih memikirkan apa yg manusia buat dan apa manusia ckp! Tp selalukah kita memikirkan apa yang Tuhan suruh buat dan apa yg Tuhan telah suruhkan?? Jgn menilai dari satu pihak kalau kita sendiri tidak tahu salah dan benar! Bukankah diam lebih baik....dr berkata2 yg sia2.

Friday, November 26, 2010

Keenakan Cendol Wahab


SIAPA yang tidak kenal dengan Cendol Wahab. Rasa-rasanya kebanyakan orang Kuala Lumpur tahu di mana hendak mendapatkan Cendol Wahab.

Cendol ini sudah wujud sejak tahun 1986 lagi. Ketika itu, pemilik asalnya, Abdul Wahab Mohd. Ismail hanya berniaga menggunakan beca di tepi-tepi jalan.

Kemudian dia bertukar kepada motor roda tiga. Melihat kepada cendol yang tidak pernah mencukupi setiap hari, Abdul Wahab membeli sebuah van dan berniaga di kaki-kaki lima kedai.

Bagaimanapun, itu pun masih belum mencukupi kerana setiap hari pelanggan semakin ramai membuatkan dia tidak menang tangan.

Oleh itu dua tahun lalu, Abdul Wahab mencari sebuah tapak tetap, iaitu sebuah restoran di Rampai Business Park, Taman Seri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur, untuk perniagaan cendolnya.

Jadi tidak perlulah lagi dia berpindah-randah ke sana ke mari. Dengan adanya restoran tersebut, pelanggan boleh menikmati cendol dengan selesa pada setiap masa.

Kini pengurusannya diambil alih oleh anaknya, Mohd. Reza sementara Abdul Wahab sebagai penasihat perniagaan.

''Sebenarnya telah tujuh tahun saya membantu ayah berniaga cendol memandangkan ayah pun sudah tua dan tidak larat lagi,'' kata Mohd. Reza yang ditemui baru-baru ini.

Menurut beliau, sejak adanya restoran itu, perniagaan cendol semakin laris dan restoran sentiasa penuh dengan pelanggan sejak mula dibuka pada pukul 10 pagi sehingga restoran ditutup pukul 1 pagi.

Tambahnya, cendol sekarang bukan hanya dimakan ketika cuaca panas malah waktu malam pun masih ramai yang mahu menikmatinya. Biasanya mereka yang balik daripada bermain futsal, badminton atau pulang kerja lewat akan singgah untuk menikmati cendol sebelum pulang ke rumah.

Menceritakan mengenai keenakan Cendol Wahab, kata Mohd. Reza, resipi asal cendol ini diperoleh daripada kawan bapanya yang juga berniaga cendol.

Kemudian bapanya mengubah sedikit resipi supaya menjadi lebih sedap.

Dia menjelaskan, untuk mendapatkan rasa cendol yang sedap, gula dan santan mestilah pekat.

Dia menggunakan gula Melaka sementara santan yang lemak manis diperoleh daripada kelapa muda.

Walaupun kelapa muda hanya mengeluarkan sedikit santan, rasanya lebih lemak apa lagi ditambah dengan manis gula Melaka. Apa yang penting, santan mesti segar dan tidak dicampur bahan lain.

Selain cendol asli yang cuma dicampur santan dan gula Melaka, terdapat juga pelbagai jenis cendol yang ditambah dengan bahan-bahan lain bagi melazatkan lagi rasanya.

Antaranya pulut, jagung manis, kacang merah, tapai, cincau, bandung, sagu, barli dan ais krim. Pun demikian, cendol asli yang berharga RM2.20 semangkuk masih tetap popular dan menjadi kegemaran ramai.

Kata Mohd. Reza, pada hari-hari biasa restorannya menggunakan sehingga 30 kilogram santan dan bertambah dua kali ganda pada hujung minggu atau jika cuaca panas.

Populariti Cendol Wahab bukan hanya di kalangan penggemar tetapnya, malah sering mendapat tempahan untuk majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan, rumah terbuka dan sebagainya.

Selain cendol, Restoran Wahab turut mempelbagaikan jenis makanan bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan.

Sambil menghirup cendol yang lemak manis itu, pelanggan juga boleh merasai makanan seperti rojak, mi goreng mamak, mi rebus, nasi goreng dan nasi ayam.

Keistimewaan sajian di restoran itu ialah sambal cili merupakan resipi keluarga yang dibuat sendiri oleh ibunya yang berketurunan Pakistan.

Mengenai perancangan masa depan Cendol Wahab, kata Mohd. Reza, dia kini dalam perancangan untuk membeli beberapa buah lori pick-up untuk berniaga di luar serta menambah cawangan Restoran Wahab.


Kredit : Utusan Online


p/s : Mesti try dulu baru tau enak ke tak Cendol Wahab nie...! Sy belum try lagi nie...sapa yg dah try cendol nie sila komen!!

Sukan Asia: Bryan raih gangsa dan pingat terakhir Malaysia

26/11/2010 9:36pm

GUANGZHOU 26 Nov. – Selepas berjaya merangkul dua pingat perak buat Malaysia, Bryan Nickson Lomas kembali ke Pusat Akuatik Aoti untuk menyumbang pingat gangsa melalui acara 10m platform lelaki.

Bryan menghadiahkan pingat terakhir untuk negara pada Sukan Asia ke-16 di sini hari ini.

"Secara keseluruhan saya berpuas hati dan gembira bila dapat pingat gangsa sebab sasaran saya pun hanya mahu bertanding untuk pingat gangsa,” katanya yang mengumpul 478.60 mata dalam acara tersebut.

Seperti dijangka, China terus mendominasi dua kedudukan teratas dengan penerjun berusia 15 tahun, Chao Yuan, mengejutkan rakan sepasukan, Hou Lian, yang juga pemegang emas Sukan Olimpik Beijing 2008.

Chao Yuan berjaya mengumpul 557.15 mata untuk pingat emas, manakala Hou Lian terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas mengumpul 552.50 mata. – Bernama


Kredit : Utusan Online


p/s : Tahniah!! Majulah sukan utk negara

::SAYA SUKA BLOG AWAK LA!::


Kenal tak nie sape?? Ni lah ben ashaari...seorang blogger tersohor yg sy kenal melalui belog Ah Mat Gebu. Encik Ben kita ni buat contest " SAYA SUKA BLOG AWAK LA!"


Mestilah teruja untuk sy join same kan....So, klu kawan2 pun rasa teruja mcm sy utk join sama sila click encik ben di sini. So, korang semua boleh dptkan semua syarat2 yg tertera di blog beliau ya!

Wokey..."SAYA SUKA BLOG AWAK LA!..."

  1. MAT GEBU - Suka ah blog Mat Gebu nie! Sbb suka mestilah resepi dia! Kedua sbb gambar makanan yg dia ambik! Buat sy terliur nk makan jer.
  2. RATNA - Ratna nie opismate sy masa sy keje sambilan kt MOCAT dulu. Sy suka blog dia sbb blog dia ada tips2 yg best! Pastu ada gambar yg menarik jugak. Paling sy suka sbb dia byk cerita aktiviti family dia terutama kedua2 puteri dia yg comel itew! Skang dia dah merantau kt London sana. Lagi la sy suka blog dia sbb citer2 dia kt London tu!
  3. MYA - MYA yg sy kenal dr x-roomate sy! Sy suka blog dia sbb dia nie amat rajin update blog! Mmg tak bosan klu baca. Pastu dia slu tulis ayat2 berani..ha ha ha...
  4. MIZZ SUE - Sy suka blog Mizz Sue sbb....ada gambar cantik2 y2! Paling suka sbb Mizz Sue nie kreatif dan suka pada seni....tengok gambar kt blog Sue mmg tak bosan! Cantik.
  5. YANIE - Sy sukabelog Cik Yanie....sbb belog dia gebus mcm tuannya!!


Belog Encik Ben pun mesti la sy suka! Tapi sbb Encik Ben yg wat contest...sy senaraikan la belog orag lainkan. Sy akan lawat belog Encik Ben slps jengah belog Mat Gebu!! Klu ada byk lagi mesti la sy sambung lagi. Tapi Encik Ben minta 5 jerk....

GOOD LUCK UTK SY!


p/s : Korang suka tak blog saya? ngeh...ngeh....

Thursday, November 25, 2010

Nuffnang Lagi!!

Encik Nuffnang!!

Sudah pandai bangun di siang hari! Sy sangat suka.
Encik Nuffnang buat sy tersenyum lebar!!
Sejak sy cerita Encik Nuffnang tido siang kat entry nie dan yang ini,
dia dah pandai bangun di siang hari

12.29pm td Encik Nuffnang dah bangun! ye ye ye
Suka sy tengok...kalau otai2 blogger mmg dah tak heran dah kan
Sbb maybe setiap masa Encik Nuffnang berjaga....he he he
Yang ini 12.37pm....Taylor's University menyinggah kt blog sy!
Dan yang ini 10.03pm td....best-best!

Thank You Encik NUFFNANG!
Berjagalah selalu kt sini ya!
Singgahlah dengan lebih kerap....



p/s : Di saat kita sdg bergembira, jgn lupa pada yg bersedih!! Di saat kau tiada kerja, ingatlah org lain yg byk kerja nie! Siang malam kerja! Tak gitu Encik Nuffnang....??

::Budak??!!!::


"Ada tak nak bagi surat @ apa2 yg nk dikirim kat BUDAK-BUDAK tu...?"

Ehh! hellooooooooo....
Sedapnya kau berkata-katakan!
Bukan sekali ni tau sy perasan dgn kata2 kau yg mcm riak semacam tu
Sy yg lebih kedudukan pada kau tidak panggil mereka BUDAK-BUDAK ok!
Mcm mana kau yg satu level dgn mereka tu kau boleh panggil BUDAK-BUDAK??

Jgn ingat bila dah baik ngan boss
Kau boleh kipas tak ingat
Sampai lupa kawan2 satu level
Sesedap rasa bercakap dan panggil orang yg satu level ngan kau
itu BUDAK-BUDAK!!

Rasa mcm nk beli cermin
Supaya kau boleh pandang diri kau itu
SIAPA sebenarnya!!


Tolonglah!! Jangan jadi....

KAKI...
KIPAS!!

Kau mengiya benda yg salah! Cium b****t boss pun sanggup!!

Bencinya budaya SATAY dalam bekerja!!
Cucuk + Kipas!!



p/s : Tak perlu takut pada manusia yg berkuasa & berpangkat klu kita dipihak benar!! Please lah jujur dn ckp benar dlm buat kerja....dah byk masalah timbul skang nie!!!

::Kotak Cantik::

Perlukah sy rasa marah?
Perlukah sy rasa bengang?
Perlukah sy rasa benci?
Perlukah sy rasa menyampah?

Perlukah sy buat semua ini?? Perlu ke?

Nak sgt jadi ::KOTAK CANTIK::! Tanpa memikirkan perasaan & hak org lain. Geram & Sakit Hati. Tapi sy cuba sabar dan menganggap tugas ini adalah amanah & kewajipan. Anggap tugas ini IBADAH juga! Kotak cantik hny diluar shj...tp KOSONG & BUSUK!

Sy tak marah kalau memang benar hajat di hati nak jd KOTAK CANTIK. Tapi biarlah cantik dari luar sampai ke dalam. Sy rasa amat keji lihat sstgh sikap manusia yg ingin jd KOTAK CANTIK tp isi dalamnya kosong @ busuk! Kau dah hias kotak kau cantik2...siap ada pembalut + reben! Mmg cantik dipandang. Tapi kalau nk dinilai harus dari luar kotak sampai di dalam kotak. Bila dah nilai luar dalam! Kotak cantik itu KOSONG & BUSUK! eeee earrrgk!

Mcm itulah sy ibaratkan kau di mata saya. KOTAK CANTIK yg kosong & busuk! Di depan Ketua Separa Besar (kalau Ketua Separa Besar pun kotak cantik+kosong+busuk....nk ckp apakan?). Hati sy jadi amat marah. Awal tahun & tengah tahun semuanya yg disuruh KSB kau amik dgn rela hati dan muatkan dalam sasaran kerja tahunan. Tapi kau tak buat pun semua itu, malah tidak juga deliver pada anak2 buah yg lain termasuk sy dgn betul. Apa yg kau buat hanya bersembang+menipu+bersembang+menipu! Bila kerja yg senang2..rasa2 nama kau akan naik dijulang oleh pengurusan tertinggi...langsung tak bgtau saya! Owh..kejamnya! Bila kerja itu menjadi masalah...kenapa campak pada sy? Sy penyelesai masalahkah? Sy officerkah? Sy bergaji 3K hingga 4K sebulankah?

Dah lebih 10 tahun sy bekerja...dari kerja sambilan di sektor awam kemudian swasta dan kemudian sektor awam semula secara tetap! Dari hanya seorang budak pejabat kemudian kerani dan kemudian adalah pangkat skit...tak pernah sy jumpa ketua seteruk ini! Owh Tuhan....kenapakah berlikunya perjalanan kerjaya sy sejak 2 tahun lalu.

Hinggakan sy terfikir...sy sepatutnya berada di tempat dia! Tapi...niat itu sudah tidak betul. Sy betulkan semula niat itu "bersyukur dgn apa yg ada & sentiasa berusaha utk berjaya dgn cara yg baik & mulia...Insya-Allah berkat rezeki yg diterima". Risik2 yg diterima kenaikan pangkatnya 2 tahun lalu kerana ini ..."BODEK!". Owh...padanlah dia hanya kotak cantik yg kosong + buruk! Padanlah hasil kerjanya...ermmmm sendiri nilailah! Apa yg mengecewakan sy...dia adalah seorang ketua yg ajar sy menipu dlm menyediakan laporan kerja hny kerana takut dimarah oleh Pengurusan Tertinggi Jabatan. Dia nak semua nampak CANTIK shj! Dia ingat sy nak ikut...SORRYLAH! Sbb klu setakat kena marah...tidak akan dibuang kerja. Jadi bekerjalah dgn jujur & bercakap benarlah anda dlm bekerja.

cantik...KOSONG!
Tak cantik...BERISI!
Pilihlah yg mana anda suka!

Sy rindu Datuk SUB sy dulu dan sy suka Encik KF ajar sy! Bg saya mereka adalah ketua yg baik.

Bila dah hujung tahun mcm nie...perkara yg tidak capai sasaran diberi pada sy! Layak ke saya nie? Sy bukan kedai makan mamak! Asal order teh tarik & roti canai terus sampai! Haisssh...Sy tidak suka memaki hamun malah carutan orang...jadi jgn buat sy hilang sabar!

Tak apalah...klu dia tak dapat selesaikan dgn jujur & benar di sini...sudah pasti dia akan selesai dgn jujur & benar di SANA nanti. Berjawablah....



p/s : Sudah penat dgn karenah dia! Tapi siapa sy nk ckp lebih2....sy tidak punya kuasa! Sy suka ketua yg kreatif-jujur-bekerjasama dlm melaksanakan tugas! Bila...bila...nk dapat ketua mcm nie lagi! Owh...rindunya

Petua : Mengharumkan Dapur

Mata dah rasa kuyu ala2 ayu dah nie! Seakan mula menangantuk pula. Sbl hanyut dibuai mimpi, sy dapat 1 lagi petua dari Pak Ngah Farit Esmith Emir *Tq Pak Ngah*! Petuanya adalah utk harumkan dapur. Dapurlah tempat yg plg sy suka....n paling sy jaga. Sbb sy tak pandai masak...n sy amat suka masak!

So, bg kawan2 yg rajin masuk ceruk dapur utk masak...mesti nk dapur sentiasa bau wangikan? Sy nk kongsi petua dr Pak Ngah nie dgn kawan2 semua. Sila buat ya kt dapur masing2!

Pada kebiasannya pada bahagian dapur anda akan berbau yang kurang menyenangkan, terutamanya apabila anda menyiang ikan. Bagi mengatasi masalah ini, rebuslah beberapa keping kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur. Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau lain yang kurang menyenangkan.



Boleh mula buat ya! Bagi dapur kawan2 semua wangi semerbak! Tak payah beli pewangi yg kt kedai tu. Dgn cara nie boleh jugak kita jimat duitkan di zaman yg serba mahal nie.




p/s: Sayang dapur sy tu.....


Petua : Buang Angin Dalam Badan

Seawal pagi mcm nie sy nk share petua dgn kawan2! Petua nie sllu sy amik dari Pak Ngah Farit Esmith Emir. Kredit utk Pak Ngah ya!

Petua yg kawan2 leh amalkan adalah spt di bawah nie;-

Pilihan 1:

Ambil beberapa helai pucuk mengkudu dan sedikit halia. Rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tadi setiap pagi dan petang. Amalkannya selalu.

Pilihan 2:

Ambil 5 ulas bawang putih kemudian bakar tetapi jangan sampai hangus. Setelah itu makanlah bawang itu atau anda juga boleh menjadikannya sebagai ulam.

Sape2 yg rasa sllu berangin tu...amal2kanlah ya!


p/s: Angin kus kus....

Owh! Nuffnang Sayang!!

Cuba lihat betul2....sy membuktikan ttg citer Nuffnang sy yg asyik tido siang....hukhukhuk!


Tak abis2 sy dgn Encik Nuffnang nie. Jgn marah yak. Malam nie mcm tak boleh tido awal cam semalam. So, sy pun online la. Dah golek2 segala masih belum dpt tido. Apalagi jenguk belog lah! Encik Nuffnang bangun jam 1.27am...huhu...haibat...haibat!

Di kala semua org dah berdengkur mengalunkan irama. Entah mimpi sampai South Africa sana. Encik Nuffnang celik mata pagi2 camnie....makasih...makasih! Tapi time2 skang sape lagi yg lom tido nie....



p/s : Terima kasih krn sudi berjaga seawal pagi mcm nie....he he he

Wednesday, November 24, 2010

Alergik Makanan Laut Bercengkerang...

Sy adalah alergik kepada kebanyakan jenis makanan laut/sungai yg bercengkerang! Makanan laut bercengkerang yg boleh dimakan shj! Amat rugi sesangat bg sy even kekadang tu saya amat teringin tahap Ultraman 3. Klu sy makan bermakna sy membawa diri ke arah penderitaan yg memakan masa 1-2 hari! Tempoh masa penderitaan tidaklah lama...tp kesakitan penderitaan itu buat sy insaf sekejap!

Nak dijadikan cerita pagi tadi...ini semua gara2 nk isi petrol kt Shell Presint 8. Alang2 dah ke sana pepagi yg dingin sy pun menjengah ke Restoran Beriani Idaman yg bersebelahan Bank Rakyat Presint 8 sana. Hajat hati memang nk beli breakfast lah! Asik makan menu dan rasa yg sama kt kafe office busan jugak! Nak masak------> FRIDGE KOSONG!! Takkan nk wat kari tupperware plak kan! Jejak je kaki kat Restoran Beriani Idaman sna...terus teruja pada mee gorengnya dan kepah goreng kunyit! Serius masa tu sy lupa yg sy amat tidak digalakkan makan2 makhluk halal mcm nie. Nampak sedap! Terus beli dalam keadaan kealpaan itu. Memandangkan apa yg saya beli dan makan itu adalah secara perkongsian dgn geng sy...makanya takdalah byk sgt kepah goreng kunyit tu masuk perut sy.....klu dalam kiraan sy adalah lebih kurang 4-5 ekor kot?!!!?

Lunch hour sy & Yuyue ke Alamanda. Minta dia temankan sy sbb nk tukar bateri jam kat City Chain. Dah abis segala penukaran bateri jam berkenaan....sy terus ke Chamelon ke hape ntah nama kedai yg jual2 benda perhiasan pompuan tu. Terus ke Watson...& TIBA-TIBA....perut sy mula sakit, kepala dah pening, badan berpeluh segala & terasa amat pening mahu pitam! Oh!Tidak....Terus sy ckp kt Yuyue sy mahu ke toilet....dalam perjalanan ke toilet tu dah rasa nk pitam. Bersandar sy kat dindiing toilet yg cantik tu.

Agak2 blh bertahan balik sampai opis....sy ajak Yuyue beli roti kt Cold Storage then kitaorg terus balik. Sampai opis duduk shj! Nk makan dah tak boleh...sbb nk muntah sgt2! Perut semakin sakit! Dan mula mencari punca kenapa sy jd mcm tu....Fikir punya fikir....tink******SAYA MAKAN KEPAH GORENG KUNYIT PAGI TADI!! Owh tak sanggup kisah lama2 berulang....harus muntah sampai lembik. Perut sy sememangnya tak boleh terima makanan sebegini. Klu kerang masih ok! Tp kena letak dalam makanan lain....x boleh makan kerang semata2, harus masuk wad! Kepah pun sama ----kadang2 teringin giler nk makan! Terpaksa sabar & tahan nafsu. Pepahat, lala, lala retak seribu ------LANGSUNG TAK BOLEH MAKAN!! Klu makan harus kena bawa gi clinic dgn kadar segera.

Sedih! Ada masanya sy nak makan semua nie dgn byk sekali....tp tak boleh!!


Pepahat...nampak sedap! Cuma sedap di mata...nk jamah jauh sekali
Kupang nie klu masak sambal...sedap! Tapi makan skit jer lah
Kepah! Sy amat suka kepah masak lemak dgn belimbing buluh
Tapi kerana alergik ini...sy tak boleh makan kepah byk2! Hukhuk
Kerang rebus cicah sos sedap!! Tapi.....dpt makan 2-3 ketul pun jadilah kan...

MAKAN SIPUT SEDUT @ SIPUT PAHIT (org Utara panggil camnie) jer sy ok!!
Lain2 K.O


Sumber gambar : Google [Terima kasih kepada tuan punya gambar]



p/s : Nikmat Allah yg ditarik balik.....jd bersyukurlah dgn apa yg ada dan yg mampu. Bila teringin sy ttp makan...tp bila sakit...seakan serik di situ!!