Sunday, August 21, 2011

Air Yang Dicincang Tak Akan Putus ...

Assalamualaikum ...



Ini bukan cerita carik-carik bulu ayam, tapi kisah air yang dicincang tidak akan putus. Berbeza tuh. Dia artis. Ramai yang kenal dia. Saya juga kenal dia. Mereka popular! Kemelut rumahtangga mereka yang retak dan terus berkecai satu Malaya tahu. Dan si bekas suami akan menamatkan zaman dudanya. Sebenarnya bukan ini yang ingin saya perkatakan. Bukan kisah rumahtangga mereka. Bukan! Saya tak selesa untuk bercerita hal rumahtangga orang lain apatah lagi artis. 


Yang saya nak perkatakan adalah ... KASIH SAYANG! Bukan kasih sayang suami dan isteri. Tapi kasih sayang ayah dan ibu pada anak ... selepas masing-masing bukan lagi suami isteri. Gambar-gambar ini buat hati kecil saya tersentuh. Biar berantakan pun pelbagai cerita dan rekaan kisah rumahtangga mereka ... tapi gambar-gambar ini seolah menceritakan lebih dari sejuta perasaan yang tak tergambar dengan kata-kata!!



Walaupun jodoh antara Norman Hakim dan Abby Abadi telah bernoktah .... moga-moga hubungan ayah dan anak-anak tidak akan putus. Amin ...


Gelak ketawa anak-anak dan ayah. Mungkin mereka rindu belaian ibu dan ayah sama bagai dulu


Buat saya menangis! Teringat masa kecik-kecik ayah selalu peluk cium pipi saya! *nangis*


Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah. 


Norman Hakim nampak kurus!


Mungkin anak dia rindukan dia ...

 Layan karenah anak .... Mesra!


Semoga hidup mereka dilindungi Tuhan. Amin. Bila melihat anak-anak kecil ini, hati saya menjadi sayu. Perpisahan kadangkala tidak perlu, tapi ketentuan Allah tertulis begitu, mungkin ada hikmah yang hamba-hambaNya tidak tahu.



Credit : Gambar dari FB Abby Abadi.



CK : Hanya mereka yang tahu kenapa dan mengapa?? Tapi masyarakat lebih suka menghukum.

9 comments:

  1. kasih mak dan ayah takkan hilang sampai bila2..1 lg,blog awk nmpk elegentla cik kamoo..smart!!

    ReplyDelete
  2. conan > tq dear ... x pandai pun. saja godek2 he he he

    ReplyDelete
  3. satu lagi..lupa nak cakap..elegent,smart&simple..:)

    ReplyDelete
  4. jgn terlalu memuji...kang jatuh terduduk...biasa2 sahaja. ada yg lebih hebat dr belog ssaya

    ReplyDelete
  5. amin..seburuk-buruk bapa tapi dia tetap bapa untuk anak2 die :)..manusia boleh berubah..mungkin dia dh insaf kn heheh

    ReplyDelete
  6. harap2 nnt pun dia mcm ni..
    sayu plak hati tengok taw.

    ^_^

    ReplyDelete
  7. JMR > gambar puasa tahun nie dari FB Abby

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!