Assalamualaikum ...
Petang tadi saya ke SOGO, Jalan TAR dan Jalan Masjid India. Lokasi yang memang menjadi agenda utama sejak 5 tahun kebelakangan ini setiap kali tiba bulan puasa. Walaupun hari bekerja, masih ramai orang. Jalan tetap jammed. Hon sana sini. Bingit! Jalan tengok orang, nak makan pun masih belum time.
Kaki nie melangkah je. Membuntut orang yang kat depan. Jalan pun dengan langkah pendek. Hari ini bukan berjalan 10,000 langkah dah ... rasanya berpuluh-puluh ribu langkah. Naik turun SOGO. Jalan ulang alik dari Jalan TAR ke Jalan Masjid India. Mahu tercabutlah tumit kaki nie. Penat!
Dalam penat lalu kat bazaar Ramadhan di Jalan TAR, terjumpalah seorang ibu dengan anak kecil dia. Rasanya anak dia dalam umur 3-4 tahun camtu ... anak-anak zaman sekarangkan tak sama macam dulu. Bebas bersuara. Anak-anak dulu rela berdiam. Sebab takut. Atau mungkin sebab hormat! Dan atau mungkin dah diajar sebegitu. Budak kecik tu demand t-shirt angry bird kat mama dia.
Saya pun teringin t-shirt nie ... cantiklah jugak! Boleh jugak buat pergi jogging ke ... heeeeeeee
"Mama ... mama .... nak baju angry bird. Nak baju angry bird!", sambil tarik-tarik tangan mama dia. Banyak gerai yang jual macam-macam t-shirt. Cantik-cantik. Saya pandang je! Pandang gelagat anak kecil dengan mama dia. Untung! Memang untung. Kecil-kecil dah boleh demand. Boleh minta apa yang dia suka. Bestnya!
Kalau saya dulu masa kecik, memang tak merasa nak demand bukan-bukan. Apa sahaja mak ayah beli itulah yang diterima dengan suka hati. Seronok bila dapat baju atau kasut baru. Jangan nak merepek bukan-bukan or nak mengada-ngada nak itu ini lebih-lebih. Baju raya and kasut raya pun sepasang je dapat. Alhamdulillah. Apapun masa tu tetap punya keinginan nak dapat baju dan kasut raya lebih dari sepasang. Cuma mak ayah tak mampu. Sekarang nie saya tengok anak-anak buah saya, baju and kasut raya sampai 3-4 pasang. Untung sungguh!
Zaman dah berubah. Tapi tak semua kita perlu berubah mengikut zaman. Kadangkala terlalu mengikut kehendak dan keinginan anak-anak pun akan merosakkan juga. Mak saya cakap, berpada-pada memanjakan anak. Kalau boleh biar mereka berdikari dan biar mereka merasa susah untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Jangan bila disebut, terus sediakan. Bila dah diajar begitu, risau hingga dewasa mereka hanya tahu meminta tanpa berusaha. Apapun terpulang pada diri masing-masing ... anak-anak acuan ibubapa! Orang sekeliling hanya penambah rasa sahaja! Fikir-fikirkanlah ....
Terima kasih baca sampai noktah yang terakhir! Bubye ... (",)
CK : Mungkin saya tak layak memberi nasihat tentang anak-anak, tapi saya memandang apa yang berada di sekeliling saya. Mungkin saya tidak merasai dan melaluinya ... tapi saya belajar dan mengambil iktibar daripadanya! Maaf jika ada yang tidak boleh terima ....
sy pun nak baju ry angry bird la..hehehe..
ReplyDeletebudak zaman sekarang ni ramai dah spoile kan? :/
ReplyDeletebudak sekolah banyak pegi sekolah bawak beg angry bird. dah xmacam nak p sekolah dah macam nak p shoping pon. =.='haha
ReplyDelete