Saturday, August 6, 2011

I'M BACK! Dapat Hadiah Dari Cinta Sayang .... Sangat SUKE!

Assalamualaikum ...



Alhamdulillah dapat juga bersua lagi! Sangat suke.  Tadi kul 8.30am masih kat Alor Staq. 9.15am dah sampai LCCT. Kul 10am dah sampai Putrajaya. Memang cepat. Rasa tak puas pun bercuti ... niat hati nak sambung lagi cuti pun ada. Sampai je rumah, rehat kejap ... belek segala bil yang patut then on lappy! Rindu nak update belog bagai dulu. cheeeewah!!

Sebelum nak cerita ceriti panjang-panjang, nak say thanks pada mereka yang sudi jenguk belog kedaung nie even tak hapdate pun sebab bercuti di kampung. Sorry ... kampung jauh menceruk! Broadband pun non hado. Kalau nak dail 1515 tu berejamlah jawabnya. Kalau ada broadband pun line dia pastinya macam menyelam je gayanya! Jap-jap disconnected. Memandangkan balik cuti nie memang nak spend time betul-betul dengan family ... memang tak bawa balik lappy pun!

Dekat 4 hari juga kat kampung! Memang fresh kepala otak dari segala masalah. Masa 4 hari tu sepenuhnya digunakan untuk bermesra ngan mak ayah, tidur, makan then layan tv sampai lembik. Tambah 1 lagi bermesra dengan Tok sekali. Seronoklah Tok bila ada cucu balik dari jauh nak layan dia sembang dan bergossip ala kampung. ha ha ha.

Kali ni yang bestnya balik kampung, 3 malam dapat tidur dengan Tok, layan dia makan, layan dia sembang ... biasalah warga emas nie kita kena layan dia betul2. Tambah-tambah Tok tak berapa kuat lagi. Umur pun dah 80 tahun. Alhamdulillah akal dan ingatannya masih baik dan kuat. Kudrat dan tulang 4 keratnya sahaja dah tak mampu lagi dah. Berjalan pun nak kena berpimpin. Sedih je bila tengok jari tangan dan kakinya yang membengkok. Sayu hati. Even dulu saya bukan pun cucu kesayangan dia. Tak pernah pun dapat tempat yang special. Tapi ... dah nama pun Tok sendiri, saya tetap layan dia dengan baik semampunya. Ingat esok-esok kita jua pasti akan melalui usia emas sepertinya. 

Rasanya Ramadhan kali macam best sangat sebab tak pernah pun berpeluang jaga Tok macam tu.
Maklumlah selalunya kalau ajak dia datang rumah, mesti dia tak nak. Macam-macam alasan diberi. Tak nak tinggal rumahlah ... nak bagi makan ayamlah ... padi takda sape tengoklah. Kali ni, pergi jenguk je, masa nak balik dia nak ikut. So, tunggulah Tok bersiap-siap.

Masa balik tadi, Tok siap teman mak and ayah hantar saya kat airport. Dia nak ikut ... agaknya dah lama sangat kot anak cucu yang jaga dia tak bawa dia jalan-jalan. Mesti dia bosan. Tengok dia happy je tadi.

Okey kita stop cerita pasal Tok saya nie. Cerita pasal hadiah dari cinta sayang plak. Bila balik nie ... dapat hadiah dari cinta sayang! Alhamdulillah ... sangat suke! Rasanya dah sebulanlah cinta sayang tak beri saya hadiah. Memang dok menanti aje hadiah dari cinta sayang yang satu nie. Berbaloi juga kesetiaan yang hampir setahun bersamanya. Sabar tu ada hikmahnya bukan? 

Haaa ini dia hadiah dari cinta sayang! Buffered Earnings bulan Ogos! Last month satu BE pun cinta sayang tak kasi saya tau.  Jangan salah anggap ... ini bukan cinta sayang yang boleh berkata-kata dok ucap I Love U hari-hari tau. Ini cinta sayang yang bagi BE hasil kesetiaan kita dengan dia. 



Terima kasih si cinta sayang Mr. Nuffnang! Buat tambah duit raya nie ... Alhamdulillah!


Seronok dan happy berganda-ganda skang nie lepas balik kampung. Dapat melayani Tok ... jumpa mak ayah. Makan menu mak masak hari-hari. Tup-tup dapat BE dari cinta sayang Mr. Nuff. Sungguh bahagia.

Oklah nanti kita sambung cerita lagi ye. Saya nak blogwalking plak. Rindu nau nak jumpa kawan-kawan alam maya nie. Apa khabarlah dorangkan?? Puasa mcm mana oke ke??



CK : Baru je balik dari kampung dan tak sabar nak tunggu Raya plak....nak balik kampung lagi! hu hu

2 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!