Sunday, August 14, 2011

K.O.M.A

Assalamualaikum ...



Asal selamat berbuka puasa, 2-3 jam selepas tu mesti saya seakan koma. Terus tak sedar. Semuanya terabai. Cheeeh ... buruk perangai. Semalam saya habis kerja 6.30 petang. Terkial-kial cari tempat berbuka puasa. Sudahnya tempat pilihan Riza Tomyam di Dengkil. Kalau nak ke Pasar Ramadhan di Putrajaya ... harus tiada apa lagi nak dibeli kalau sampai ke situ pun mungkin dekat-dekat jam 7 pm. Lainlah kalau dapat mengorat anak Pakcik yang jual ayam golek madu tu, untung-untung dapat ayam madu sebelah pun cukup! erghh ... bukan ke anak pakcik tu perempuan ke? Pekejadahnya nak ngorat ... haisssh!


Pantang nampak bantal ... belum sempat menguap dah mimpi!


Dan kebetulan Inchik Babah mahu tukar benda-benda wajib kat motor kecik dia, maka Dengkil adalah lokasi yang sesuai sebab banyak kedai motor cabuk kat sana. Saya bertapa kat Riza Tomyam dan dia ke kedai motor. Dekat time berbuka baru motor dia siap. Semalam order nasi goreng USA *menu wajib orang besar nie* dan saya order nasi goreng ayam kunyit plus sup ekor. Nescafe O panas dengan limau panas. Cukup. Kalau makan kat sini dengan keadaan saiz perut saya ... nasi goreng tu boleh makan 2 kali. Bagi saya banyak melampau. Bagi orang sebelah saya memang cukup sangat-sangat ... tiada lagi istilah order, "kak ... nasi goreng tu bagi lebih ye!".


Sampai rumah lepas berbuka, 8.30 pm. Masuk je rumah terus tukar baju and buat apa yang patut. On lappy kononnya nak hapdate la dan on tv  konon nak layan cerekarama. Harus ... belum apa-apa saya dah hanyut. Rasa macam dah sampai Korea la konon ... then merayap ke Jepun. Mimpi ke?? Last-last TV tu tengok saya manjang. Sebelum tidur saya sempat balas 1 je mesej Inchik Babah bagitau dah sampai rumah ... yang 3 lagi mesej langsung tak berbalas. Sian dia. Last sekali dia mesej. "Dah tido ke?"  ermmmm saya dah mimpi dah.


Sebab tidur awal ... 4.30am saya dah bangun. Sudahnya tak boleh tidur. Orang lain bulan puasa kumpul pahala banyak-banyak, tapi saya kumpul lemak ... makin gemuk even makan sikit walau sehari sekali je makan tapi kalau lepas makan tidur, lemak memang suka berkumpul! Menciknye ...


Akhir-akhir nie saya jadi tensen dengan perangai sendiri ... cepat sangat mengantuk! Penyudahnya saya sekarang tengah cari jalan penyelesaian. Lepas nie rasa nak berbuka dengan kurma dan air suam je kot, pastu bersenam lebih sikit. Harus tak koma awal-awal. Kalau malas bersenam, nak mop satu rumah setiap malam kasi cun! *heh ... jangan gebang lebeh ye!*.

Jadi maid di rumah sendiri ... ehhh, bukan ke sekarang pun dah rasa macam maid rumah sendiri ke? hu hu


Cerita KOMA di bulan puasa ini adalah perkara yang terlalu kerap berlaku tahun ini, sebab tulah saya jadi tension ... tahun-tahun sebelum ni tak adalah macam nie. Bila fikir balik mungkin sebab faktor makan dan terus tidur dan sebab terlalu letih kerana tugas yang sentiasa berdepan dengan nombor. Kepala terlalu banyak fikir hingga jadi letih. Hari-hari layan 1, 2, 3, 4 ..... sampai entah berapa banyak nombor! Perkara yang saya tak sukalah yang jadi milik saya sekarang nie .... NOMBOR! Belajar menerima dengan hati terbuka. Belajar untuk suka dah pujuk hati untuk mencintai dan dibelai dengan kasih sayang sejati! cheeewah ....



Oklah ... nak pergi sapu sampah! Vacuum belum beli jadi kita buat cara tradisional ... sapu kasi BERSIH 2.0! Rumah sendiri, jadi sapu sendiri ... letih dan semak mata tengok rambut dan habuk berterbangan sana sini. Siapa lagi nak diharapkan kalau bukan diri sendiri ... nak cantik pun rumah sendiri juga, yeee dak?? Tapi kalau ada yang membantukan best .... hik hik!


Tata ... terima kasih baca sampai noktah terakhir ye! (",).



CK : Tak sabar nak berbuka puasa kat rumah abang petang nie! yeeeee ... adikmu datang dengan senyuman. Kasi masak sedap-sedap yeeeeew!

3 comments:

  1. bila perut kenyang, memang nampak bantal terus dapat mimpi ;)

    ReplyDelete
  2. cara nk elakkan ngantuk

    p terawih.syok woo p detim 11 rakaat pn jd laa

    ReplyDelete
  3. den plak jenis susah nak tidur
    heheheheh

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!