Assalamualaikum ...
Heaven! Semalam dapat berbuka puasa kami 4 adik beradik ... dengan abang dan 2 orang adik saya. Berkampung kat rumah abang. Awal-awal lagi saya dah calling-calling dengan abang tercinta *abang pun sorang je yg ada ... itulah racun, itulah penawar*. Riuh rendah satu rumah dengan suara dan gelagat anak buah. Itu baru 5 orang ... lepas raya akan tambah lagi sorang!.
Semalam abang masak ... biasalah kalau pergi beramai, memang abang yang masak! Memang masakan dia the bestlah berbanding adik-adik perempuan dia. Lagi best kalau dia masak tak perlu tolong. Bukan pemalas ye ... tapi abang lebih selesa buat kerja di dapur sorang-sorang. Kalau tolong pun mungkin setakat potong-potong je. Selalunya part potong ni saya dan SIL je yang buat. Tapi semalam hanya SIL and abang je kat dapur ... everthing dah hampir siap. Tunggu masa berbuka, Bismillah dan ngap!
Menu semalam memang buat saya berbuka sampai muncet! Terus lupa hasrat nak berbuka dengan hanya makan kurma dan minum air suam. Abang punya pasal. Masak memang terbaiklah ... belum time berbuka aroma dah penuh satu rumah. Buat perut jadi lapar je. Menahan tutup hidung kang ada yang terbabas puasa. he he he.
Heroin and Hero! Dini and Danny
Sebelum berbuka ... PERANG dulu! Macam-macam hal ... macam nak ke medan perang dah anak-anak buah saya nie. Ini 10 minit sebelum time berbuka, memang jenuhlah jerit-jerit suruh berhenti main. Yang berlari sana sini. Nasib baik abang and kakak dah besar-besar. Kalau tak lagi riuh jawabnya. Ini pun abang tak masuk sekali ... si kakak sibuk layan lappy. Kononnya layan VC Hazama. Eeeey darjah 2 dah layan youtube Hazama .... pleaseeeelah! Geli ok pergi layan artis camtu! Saya tak berapa suka anak-anak buah saya layan sangat artis-artis nie, sebab saya sendiri tak berapa minat. Kadang-kadang dorang bab artis lagi advance. Itu baru sekolah rendah. Kalau sekolah menengah esok camne plak???!!?
Ramai! Jadi semua wajib makan kat lantai berlapik suratkhabar ajelah. Kerusi meja boleh muat 6 orang je.
Kang ada pulak yang terdampar depan TV.
Menu semalam memang berlambak. NAFSU! Menu utama masak sendiri. Kuih muih semuanya beli. Abang masak nasi daging, ayam masak merah, kerabu Arab dan acar timun beryogurt! Acar timun beryogurt dengan ayam masak merah memang terbaik! Siap minta resepi masa tengah makan lagi. Nasi daging tak sempat nak snap gambar. Azan Maghrib je .... terus anak buah saya baca doa, Bismillah dan ngap ramai-ramai. Lupa terus pasal nak ambil gambar. Memang heavenlah! Saat-saat terindah ...
Kuih muih yang dibeli ... tepung pelita *best giles!*, murtabak double *sedap!*, big samosa *terbaik!*, roti john Unan *terfemes di Putrajaya*, pulut panggang *tak sempat sentuh langsung*. Alhamdulillah kenyang. Masing-masing tersandar. Jam 8.00pm baru masing-masing ambil port solat Maghrib! Saya rasa macam dah tak boleh sujud dah. Perut penuh ... rasa macam nak jadi ular sawa kenyang. Mula nak berlingkar je.
Seronok berbuka puasa dengan adik beradik beramai. Bukan selalu dapat macam nie. Bila dah duduk beramai macam-macam hallah yang dibincang. Dan bila duduk beramai ... saya mula teringat pesan mak kat saya dulu ....
"Jaga Abang dengan adik-adik ... apapun jadi jangan nak berpecah!. Adik beradik tak ramai, 4 orang ini aje. Ini anugerah yang Allah beri!".
Disebabkan saya nie anak kedua dan paling lama tinggal dengan mak ayah dulu, so macam-macam pesan yang saya dapat dari mak ayah. Berbanding dengan 2 orang adik perempuan saya ... saya lebih rapat dengan abang. Lagipun dia yang jaga saya sepanjang saya tinggal di KL. Walaupun jarang nak bersembang sebab dia sibuk ... apa-apa hal pesan mak, saya akan dahulukan abang dalam hidup saya. Sejak kecil lagi memang macam tu. Tapi saya tetap sayang adik-adik perempuan yang berdua nie. Apa permintaan mereka, saya cuba penuhi mana yang mampu.
Kerisauan agak berkurangan bila adik sulung saya dah ada yang jaga dan adik bongsu saya pun akan ikut jejak yang sama. Alhamdulillah. Moga bahagialah mereka dunia dah akhirat. Adik bongsu saya tu harap-harap berubah dan menjadi lebih rajin buat kerja rumah bila dah kahwin. Amin ... moga Allah perkenanlah doa saya di bulan Mulia nie.
Kerisauan agak berkurangan bila adik sulung saya dah ada yang jaga dan adik bongsu saya pun akan ikut jejak yang sama. Alhamdulillah. Moga bahagialah mereka dunia dah akhirat. Adik bongsu saya tu harap-harap berubah dan menjadi lebih rajin buat kerja rumah bila dah kahwin. Amin ... moga Allah perkenanlah doa saya di bulan Mulia nie.
Oklah ... nak siap-siap pergi kerja. Dari bangun sahur tadi, siapkan kerja office dan update belog. Kat office memang tak mampu layan belog dah. Sampai juga lagi ya.
Tata ... terima kasih baca sampai noktah yang terakhir! (",)
CK : Isnin .... jangan gatal-gatal nak Monday moody! Bukan ke hari nie imbuhan dah dapat????!!! yeeeeaaaah. Alhamdulillah ...
meriahnya akak berbuka.. sy nk cenggitu gak..tp adik beradik rmai kt kg.. huhu
ReplyDeleteselamat berbuka ye cik kak
ReplyDelete