Assalamualaikum ...
Semalam buka puasa macam berkelah. Baru je chatting nak berkelah dengan si Lavender, tapi saya dulu berkelah awal. "Sorry ya awak ... Kita berkelah lepas puasa ya!". Semalam buka puasa di jalanan macam orang tak ada rumah. Kesian. Biasalah orang bujang. Yang ada kawan-kawan ajelah. Adik beradik pun ada, cuma bila mereka dah bekeluarga, kenalah kita pandai-pandai bawa diri. Rindu nak buka puasa ngan abang sekeluarga. ermmmmm ....
Tempat bertapa setiap kali bulan puasa sejak 3 tahun dulu. Saya and the geng! Kerusi cinta dulu-dulu ... ahaks! Kenangan-kenangan
Memandangkan hari ini dan mungkin seterusnya saya kena keje dan akan balik lambat, makanya peluang semalam digunakan sebaiknya untuk tawaf Bazaar Ramadhan, Bangi yang dekat dengan Kompleks PKNS tu. 3 kali saya tawaf...errrr bukan saya nak tawaf lebeh, Inchik Babah saya ajak tawaf sampai 3 kali. Kalau ikut hati saya dah time puasa ... gerai kat depan kereta tu sahaja nak beli makanan then terus balik. Terasa nak minum dan-dan tu juga! Dah la tengok ayam golek dia yang beratur perut terus bunyi-bunyi. Sabar ajelah!
Dari jam 5.40pm sampai kat Bazaar tu sampailah 6.40pm baru sudah beli. Aiyak ... nafsu benar makan. 2 kali tawaf untuk tengok-tengok je ... dan tawaf yang ke-3 baru beli. Mahu tak longlai kaki nie. Positifkan diri, maka saya anggap ia senaman. Padahal kaki dah tak larat berjalan. Untuk tahun ini, baru 1st time shopping makan kat Bazaar Ramadhan dan tempat pertama Bazaar Ramadhan Bangi jadi pilihan (lupa pulak snap gambar makanan yang sedap-sedap tuh!).
Hidup ini ibarat satu pelarian. Sebelum disuruh berlari, baik kita berlatih untuk berlari. Nanti bila terpaksa berlari, kepenatan tidak akan terlalu terasa sangat. Tak ada kena mengena dengan gambar pun caption nie! hu hu
Memandangkan hari tu saya cuti lama dan tak berpeluang berbuka secara besaran dengan Inchik Babah, makanya kali ini saya kasi chance kat dia ... pilih menu segala. Suka benaulah sahabat den yang sorang nie. Makan apa yang dia suko. Den bayooo apo yang diboli tapi duit dia. ha ha ha. Sejak dilantik jadi Menteri Kewangan (Makanan) awal tahun yang lalu ... rasa kaya sket pegang duit orang. ha ha ha. Beriya beli nasi tomato ayam sambal, popia basah n goreng, masak lemak ikan keli, ayam goreng kunyit (asal nama je ayam ... menu saya punya), daging goreng kunyit, air 5 buah dan air epal asam boi (sedap!!). Nafsu makan saya tak cukup kuat ... so, saya akan stop pembelian cepat-cepat. Kalau ikut dia satu Bazaar nak borong. Selalu orang cakap perempuan nie boros bab membeli, saya pulak bab beli makan saya kureng sket. Semua buat lemak je!
Makan ini dah cukup ... tak jadi lemak kot. Tapi kalau dah bantai nasi tomato ayam sambal selepasnya, lemak akan bertambah dengan tiba-tiba!
On da way balik Putrajaya, adik saya sms "Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara!". Rasa macam ok lagi ... dapat control cun segala. Antara percaya dengan tidak. Lagi-lagi saya tak berharap Kerajaan bagi bonus. Takut nanti kecewa. Memang dah prepare duitlah untuk persiapan raya dan servis kereta. Cun sendiri dah tak boleh control bila kat radio berkumandang perkara yang sama! Alhamdulillah ... syukur! Terus rasa kenyang even belum buka puasa pun lagi. Rasa nak turun dari kereta dan berlari ke lokasi perkelahan. ha ha ha. Teruja dengan rasa syukur yang teramat. Duit raya lebih untuk anak-anak ye! Sabar-sabar ... memang rezeki korang!
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini (Ogos)", kata Najib dan juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini (8 Ogos 2011).
Syukur Alhamdulillah kerana rezeki dari Allah Ta'ala ini akan lebih memudahkan lagi urusan mereka yang kurang berkemampuan dan terima kasih kepada KERAJAAN terutama kepada Perdana Menteri kita kerana bermurah hati memberikan bonus ini. Kita patut bersyukur dengan apa yang diberi. Rasa sedih bila ada yang komen macam-macam perihal bonus nie ...
Kerana perihal bonus ini, malam tadi tidur langsung tak sedar! ha ha ha ... nasib baik sempat berjaga 4.30am untuk sahur! Sempat minum dan makan kurma. Perut dah penuh sebab makan masa berbuka tu banyak sangat kot. he he he.
Terima kasih baca sampai noktah yang terakhir!
Ada yang komen ...
- "Lebih baik bagi sebulan gaji sebab keadaan ekonomi dan harga barang naik!"- Lebih baik ada dari tak ada tau ... jadi bersyukulah!
- "Ermmm ... bolehlah kot! Tapi kita harap lebih dari tu, bagi 2-3 bulan bonus ke... !" - Ish ... ada juga orang camnie, bagi betis nak peha!
- Alah ... Kerajaan tu ada niatlah bagi, pancing undi la tuh ... bla bla bla ... Kerajaan nie...pot pet .... (tapi bila Kerajaan masukkan duit, dia lagi awal beratur depan ATM)! - Jenis manusia nie saya pernah jumpa dulu. Ramai yang macam nie. Kerja dengan KERAJAAN tapi kutuk KERAJAAN dan tak sokong KERAJAAN. Masuk haluan satu lagi. Kutuk tempat cari rezeki sendiri. KERAJAAN macam inilah macam itulah. Semua KERAJAAN tak kena sebab dia berhaluan sebaliknya cuma kerja dengan KERAJAAN. Bagi bonus pun dia banyak bunyi, kalau KERAJAAN tak bagi bonus pun bertambah-tambah bunyi. Last2 saya cabar dia berhenti kerja dengan KERAJAAN dan kerja dengan haluan satu lagi kot-kot dia boleh merasa keadaan macam sekarang nie. Entah2 gaji pun bayar lambat kot. Jadi belajarlah bersyukur dan menghargai. Berterima kasihlah!
Kerana perihal bonus ini, malam tadi tidur langsung tak sedar! ha ha ha ... nasib baik sempat berjaga 4.30am untuk sahur! Sempat minum dan makan kurma. Perut dah penuh sebab makan masa berbuka tu banyak sangat kot. he he he.
Alhamdulillah dengan rezeki diberi Tuhan! Ini Malaysia ... bukan Somalia sebab tu ramai asyik merungut apa yang diberi ... tak cukuplah, itulah, inilah! Kalau Somalia ... merungut pun tak sempat sebab leka cari sebutir nasi! Jadi fikir-fikirkanlah ... renung-renungkan!
Korang dah bangun sahur belum nie????
Terima kasih baca sampai noktah yang terakhir!
CK : Masak lebih jimat ... semalam banyak juga pulus yang habis. he he he
sedapnya mkanan tu..pling teruja tgk popia tu..alahai..meleleh air liur sy..waaaa.....satu lg,kan sy dh ckp,bekas tunang sy tu mmg hensem..hahaha
ReplyDeletewahhh, bestnye berkelah.. sy selalu gak mcm ni kak.. msk pastu mkn kt luar..
ReplyDeletepsst, bonus ni leh la bg sy duit raya.. sy xde bonus.. hukhuk
huwwwaaa korang dah berkelah dulu...tak aci tak aci. hehehe okeh, plan kite after puasa yeh.. janji taw? ;p
ReplyDeleteisk ==" dah lama gila tak berkelah2 ni. jeles =="
ReplyDeletemakanan itu kelihatan sedap ye..huhuhu
ReplyDeletesilalah ke sini
BACA DAN CLICK TAU
SEGMEN PERTAMA EDDY SYROL
INI BLOG EDDY SYROL
Nice view ekk!
ReplyDelete