Saya tahu awak tidak pernah baca pun blog saya. Terjah pun masa saya ada. Bila saya bukakan sendiri untuk awak tengok. Tengok pun sekejap-kejap sahaja. Walaupun awak rajin ambil gambar bila saya suruh. Terima kasih. Mungkin awak cuba jaga hati saya. Mungkin. Saya sendiri tak pasti.
Dulu awak rajin mengomel bila saya tulis blog. Awak fikir saya buang masa. Saya cuba usaha perlahan-lahan untuk awak faham minat saya. Menulis. Kadang-kadang awak bising bila saya suka bermadah di facebook. Saya faham, antara ramai kawan yang pernah kita ada. Yang pernah jadi satu geng. Sekarang yang tinggal hanya kita berdua. Jadi pada siapa lagi awak nak mengomel kalau bukan saya. Bila dah lama-lama awak mula terima saya dan blog saya. Terima kasih.
Saya tak pernah sedih dan terasa hati pun bila awak tak punya masa baca blog saya. Saya faham awak sibuk. Saya faham awak lebih suka fikirkan hal-hal politik, ekonomi dan negara. Isu semasa. Tanyalah apapun pasti awak tahu. Mungkin awak rasa tulisan blog saya buang masa. Mungkin. Itu hanya anggapan saya. Bersemangat saya menulis blog bila awak kadang-kadang tolong ambil gambar. Awak beri pada saya dan pesan, "jangan lupa masukkan gambar ini dalam blog awak ya!". Senyum. Suka! Rasa berbunga hati.
Kalaulah awak baca blog saya sekarang ini (saya tahu ia tidak berlaku), cuma nak cakap saya terharu tentang hal selepas kita berbuka petang tadi. KFC Seri Kembangan. Hujan renyai. Jalan becak. Lopak air. Banyak hal yang awak buat sepanjang hampir 8 tahun kita kenal sebagai sahabat dan teman. Macam-macam. Bergaduh. Berdiam. Jangan cakaplah. Terlalu banyak. Putus. Berbaik. Senyum. Menangis. Semua ada.
Sebab tak nak kasut dan kaki saya basah, awak boleh hulur kaki awak untuk saya pijak! Saya bukan ringan. Berat. Fikir 10 kali saya. Teragak-agak nak hulurkan kaki. Saya tahu kalau saya pijak lopak tu, kasut dan kaki saya basah. "Cepat pijak kaki nie! ... ". Saya pijak dan kasut awak kotor. Dalam banyak-banyak hal berlaku sepanjang hampir 8 tahun, hal petang tadi buat saya terfikir sebab awak tak pernah buat pun sebelum ini.
Saya selalu buat entri tentang mak dan ayah saya. Pesan mereka. Hari ini giliran awak. Awak juga racun dan awak juga penawar dalam ikatan persahabatan kita sekian lama. Awak pernah menjadi racun dalam hidup saya. Dan masa menjadi penawar pada cerita semalam. Setiap masa awak menjadi penawar, dan saya berdoa moga awak menjadi penawar untuk selamanya! Jangan jadi racun lagi!
Bila awak tak mampu tunaikan impian kita. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya hati ini. Tapi saya tahu sebagai hamba Tuhan, kemampuan kita terbatas. Kita merancang. Tuhan menentukan segalanya. Tapi tak sangka hari ini, kita menjadi sahabat paling rapat! Dan kita lupakan impian dan cerita semalam untuk orang lain. Demi orang lain. Mungkin orang lain lebih berhak. Mungkin. Sebaliknya kita tak pasti bagaimana.
Saya tak pernah lupa bila awak buat cucur udang dan mee goreng. Malam-malam buta awak hantar. Awak gantung dekat grill rumah saya. Kemudian awak sms, "Cucur udang dan mee goreng yang awak nak ada dekat grill depan rumah. Jangan lupa makan!". Awak tidaklah 100% baik dan sempurna. Begitu juga saya. Tapi bila kita saling melengkapi kekurangan dan kelebihan masing-masing. Saya rasa selesa. Tapi tak pastilah kalau awak mempunyai sahabat lain yang lebih baik dari saya??!??
Terima kasih kerana memenuhi kebanyakan permintaan saya. Penuhi hasrat saya. Saya tak mampu membalas. Tapi pasti Tuhan akan membalasnya! Saya tak pasti awak masih ingat atau pun tidak, saya pernah cakap, "saya tak mampu berikan awak apa-apa sebab saya tiada harta dunia, tapi saya mampu berikan awak kasih sayang dan perhatian yang termampu jika diizinkan Tuhan".
Satu lagi, awak minta saya abaikan cakap-cakap mereka. Sebab hanya kita yang tahu kisah kita! Saya senyum. Ya ... hanya kita tahu kisah kita. Dan hanya saya tahu peritnya bagaimana! Tapi saya sentiasa percaya ... Tuhan sentiasa adil buat semua hambaNya!
Ciplak "Kasih yang suci, tiada noktahnya. Salam Syawal TV3"
CK : Mungkin sekarang awak tengah tidur lena sebab esok awak kena kerja dan saya kena kejutkan awak lagi dan lagi.
waaa..sdhla cik kamoo..klu sy ada kwn cm tu,next time sy nk dia dukung sy smpi rumh..xyh jln xyah guna keta,,jimat peluh,jimat duit minyk..huhuhuhu..
ReplyDeleteConan > itu dah kes mendera sahabat sendiri
ReplyDeletei'm touched, enough said.
ReplyDeleteHani > huuuuuuuuuuuuu awak tahukan....
ReplyDeleteyup...kite tahu. pray the best for you guys. owh, us too! ehehehehe.
ReplyDeleteHani > doa utk awak juga. cepatlah sy ke mersing.
ReplyDeletetq doa utk saya ... tp segalanya ketentuan Allah. Sy dah semakin redha. huuuuuu