Bila seorang ibu kasihkan anaknya, apapun sanggup dilakukan. Itu kasih ibu pada anak, kasih anak pada ibu mcm mana pulak? Sendiri jawab ye! Selalunya ibulah yang lebih banyak menunjukkan kasihnya pada anak, tapi bukan bermaksud seorang bapa itu tidak sayangkan kita. Sayang. Tapi lelaki kebiasaannya susah menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak dan isteri jugak. Sayang seorang bapa disertai dengan menjalankan tanggungjawab yang sempurna kepada keluarga. Lebih banyak berdiam. Jarang meluahkan perkataan sayang. Kalau ada pun bukannya hari-hari.
Saya tak tahulah sama ada korang pernah lalui atau tak keadaan saya lalui ini. Saya memang perasaan perkara ini dari Tok saya masa zaman saya kecik-kecik lagi. Dan sekarang saya lalui sendiri perkara yang sama Tok buat pada mak ... dan kini mak buat pada saya. Dan saya nampak apa yang Tok buat dan cakap pada mak.
Pernah tak dengar, "mak simpan kat anak maklah...tunggu anak mak balik! tu mak simpan cepat-cepat takut habis. kot orang lain minta nanti tak merasa anak cucu mak!".
Bukan mak sahaja tolong simpankan. Ayah juga. Tapi ayah amat jarang nak cakap ayat-ayat kat atas tu. Jadi mak adalah perantara. Mak menyampaikan pada anak-anak. Tak pastilah ayah nie memang mungkin mempunyai sifat sebegitu. Kerana sifat ayah tu, tak hairanlah kalau anak-anak lebih rapat pada mak berbanding ayah. *rasanya saya lebih pada ayah kot ... heeee*.
Berbalik kepada perkara yang disimpan oleh mak .... ia lebih kepada menyimpan makanan terutamanya simpan buah-buahan! Tambah-tambah kalau anak dia tinggal jauh dari dia. Rindu tak keruan. Makan minum asyik ingat anak-anak. Tak pastilah anak-anak ini kalau makan ingat tak mak ayah? Sendiri jawab!
Macam mak saya baru-baru nie bila saya balik kampung. Siap simpan atas pokok untuk anak dia. Simpan atas pokok? Dah pastinya simpan buah ye tak?
"Mak simpan buah moktan (orang Kedah yang merujuk kepada rambutan) atas pokok kat kakak! Mak ingat sempatlah kakak balik makan buah nie. Adalah dalam 80 biji lagi kot! Nanti kakak kait ye, boleh makan buka puasa nanti"
Buah moktan yang mak saya simpan kat saya. SIMPAN ATAS POKOK! Itulah mak. Semua yang ada nak simpan. Ingat anak-anak. Petang saya sibuk memasak. Tak sempat pun nak kait buah moktan tu. Tup tup dah ada kat atas meja. Rupanya ayah dah tolong kaitkan. Kasih ayah kat anak pulak. Mak tolong simpankan atas pokok, ayah tolong kaitkan. Nak nangis rasa. Jap-jap lap air mata dulu.
Kasih sayang dengan simpan buah pada anak. Anak simpan apa kat mak ayah? Sendiri jawab!
Rambutan tu memang tak banyak, manisnya bukan pada buah tapi pada kasih yang ditunjukkan oleh mak dengan ayah (buah pun memang manis juga sebenarnya). Memang buat hati boleh cair. Mula meleleh jernih putih kat pipi. Saya memang jenis sensitif. Cepat touching semacam dan cepat aje nak menangis.
Terfikir saya dengan cakap-cakap mak dulu, "kalau ibu bapa dapat hidup 1000 tahun sekalipun, anak-anak tetap tak akan mampu balas jasa dan perngorbanan ibu bapa sendiri. ibu bapa tak meminta anak-anak memberi tapi cukuplah dengan menjadi anak yang dengar cakap ...."
Masa mak cakap nie dulu kat saya, muka dan-dan berpaling ke lain, laju je airmata keluar! wuaaaaa wuaaaa ....
Takmolah taip panjang lebar. Kang ada yang mengalir airmata berlebihan. Tiba-tiba teringat sahur dengan mak, ayah dan Tok baru-baru nie .... sedapnya makan dengan mereka!
Terima kasih baca hingga titik yang terakhir!
CK : Sekarang nie update entry setiap kali habis sahur! Kat office dah tak sempat menjenguk belog lagi dah jauh sekali nak update. Lepas nie kena buat autopublishlah.
betul tu! love my parents so much. :)
ReplyDeleteowh soooooo tacing...sob3~
ReplyDeletewaaaa..sdhnya...:(
ReplyDeletesobs sobs sobsss
ReplyDelete