Assalamualaikum ...
Tamat waktu sahur. Tunggu azan Subuh berkumandang. Mata seakan masih segar. Sekarang nie memang tidur awal sangat-sangat. Memang tak mampu nak update di malam hari. Ruginya dibiarkan malam di bulan Mulia ini berlalu begitu sahaja. Memang teramat rugi.
Semalam saya masak. Tengahari sibuk pergi beli ikan dan sayur untuk dimasak. Malas nak balik kerja lambat dan beli juadah kat Bazaar Ramadhan. Sesekali nak juga tekak nie merasa hasil air tangan sendiri. Walaupun setakat goreng telur dadar dan sambal ikan bilis pun mungkin sedap dijamah. Siapa tahukan?
Di kedai semalam, saya beli ikan, bunga kobis, carrot, kacang panjang, cili api dan macam-macam termasuk kacang bendi yang saya tak berapa nak gemar untuk makan. Ada orang yang akan makan. Makan setakat rasa tapi selebihnya amat jarang saya nak makan kacang bendi nie. Berlendir! Disebabkan Tuhan Pencipta Alam menjadikan makhluk di bumi ini berbeza-beza, maka tidak hairanlah kalau kita perasan ada yang suka ini dan ada yang tak suka itu.
Ada masanya saya tidak kisah orang macam bersungut kenapa saya tak suka ini dan itu. Dan selebihnya bila benda berulang kali saya jadi kecik hati. Ada manusia akan faham keadaan orang lain dan ada yang tak faham atau buat-buat tak faham. Seperti saya ... sebaiknya cuma memahami terutama apa yang tidak disukai oleh mereka yang rapat dengan saya.
Contoh terdekat mak saya ... dia tak suka makan ikan sardin dalam tin. Hanyir katanya. Dia juga tak suka makan mee segera. Dan adik saya pula tak suka makan ikan sardin segar. Biarpun digoreng sahaja atau dimasak sambal. Sememangnya tidak akan dimakan olehnya. Kawan baik saya, Incik Babah dia tak makan langsung organ dalam haiwan seperti hati, paru, perut dan lain-lain. Katanya tidak pernah diajar untuk makan sejak kecil. Jadi tidak boleh diterima tekak.
Saya hormat apa yang tidak disukai oleh orang lain yg terdekat dengan saya. Malah bila makan bersama-sama, saya akan cakap .... "dia tak makan semua nie ....". Jadi saya taknak orang lain yang tak tahu paksa sesiapa yang rapat dengan saya untuk makan apa yang dia tak biasa makan atau memang tak suka makan makanan yang dipelawa. Hormat apa yang orang lain tidak suka!
Tapi bila part saya, orang lain yang rapat dengan saya suruh saya makan apa yang saya amat jarang atau tak biasa makan! Wajarkah?? Saya tak minum air tebu ... saya tak makan kacang bendi ... saya juga tidak suka mencuba makanan yang pelik-pelik atau kuih muih yang manis.
Manusia itu berbeza bukan? Kehendak ... keinginan dan bermacam perkara tidak sama! Tahu kenapa kita semua berbeza? Setiap apa yang Allah ciptakan berbeza dengan sebab tersendiri. Sebab yang kita sendiri tidak pasti secara jelas.
Dan saya cuba memahami perspektif perbezaan manusia dari pemerhatian sendiri dan pembacaan. Cuba fikir ... kalau kita ini sama sahaja! Lengkap! Sempurna! Seluruh hamba Allah ini suka dan tidak suka perkara yang sama. Apa jadi??
Jadinya kita tidak akan saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Jika kita semuanya sama. Lengkap. Sempurna. Tiada istilah saling lengkap melengkapi. Tiada istilah kasih sayang sesama manusia dan makhluk Allah yang lain. Sebabnya kalau serba serbi kita ini sama sahaja, lengkap dan sempurna ... perlu lagikah kita berdampingan dengan orang lain? Perlukah perhatian dan kasih sayang manusia atau makhluk lain? Perlukah kita memohon bantuan pada manusia lain? Tapi kalau kita semua sempurna dan lengkap maknanya kita tiada kesusahan dan sememangnya tak perlukan bantuan dari sesiapa! Sebab diri kita sudah cukup lengkap.
Bagi saya indahnya Allah jadikan setiap makhluknya berbeza. Ada lebih. Ada kurang. Ada tinggi. Ada rendah. Ada gemuk. Ada kurus. Dan bermacam lagi! Kita sahaja mungkin terlepas pandang tentang keindahan kejadian makhluk Allah yang tidak sama ini. Kita semua tidak sama ...
Berbeza itu indah bukan??
Menu berbuka puasa semalam ; Asam pedas ikan parang. Bendi tu bukan untuk saya. heeeee
Menu 2 ; ayam masak paprik. Peberet nie!
Terima korang baca sampai noktah terakhir!
CK : Puasa. Bulan mulia ... perlu ke sikap suka mengumpat berganda-ganda? Sendiri fikir ...
kariiii rara suke kari.
ReplyDeletenice entry hehehe..and pics tue memang menggoda hehehe
ReplyDeleteasam pedas tu feveret saya tu!! kalau ditukar kpd ikan pari lagi saya suka...pastu latak bendi byk2...hehe...
ReplyDeleteops sori, sis tak mkn bendi lak..hehe...