Alhamdulillah dah masuk hari ke-2 puasa. Puasa hari pertama berjalan lancar dengan keadaan yang agak penat dan kepala saya yang weeeeeeng sebab tak cukup tidur! Nak blogging pun tak sempat, jauh sekalilah nak blogwalking. Semalam langsung tak dapat hadap blog! Rindu sudah ... hu hu.
Weeeeeeng kepala nie pun belum hilang. Badan still rasa letih. Walaupun Jumaat saya cuti untuk beli barang-barang persiapan puasa then dapat rehat sikit, tapi Sabtu Ahad kena kerja! Rasa nak nangis dengan nak siapkan report bila last minute baru setkan meeting. huwaaaaaaa ... kerana meeting tu, Sabtu memang kerja seharian. Terus tak bangun. Ahad sambung lagi pun masih tak siap. But Alhamdulillah sebab before meeting semalam semua report dapat dikeluarkan. Selamat ...
Malam tadi balik rumah, terus pengsan. Selepas buka puasa kat De' Lanai Lakeview, Presint 10 ... terus balik tidur sampai tak sedar! Sedar-sedar dah time sahur. Betapa penatnya kali. nie Hari ini harap-harap boleh rehat dah siapkan semua kerja sebelum balik bercuti. Malam nie dah nak fly ke kampung! Cuti seminggu ... dan belog kedaung pun kena juga cuti!
Nak cerita sikit, semalam buka puasa kat De' Lanai Lakeview, Presint 10 tu sodap! Menu pun menarik. Malangnya perut saya kecik. So, tak boleh makan banyak-banyak. Ala kadar sahaja. Lagipun puasa ... selera pun kurang. Tengok kawan-kawan saya makan ... huh, bukan main lagi sedapnya. Selera dengan lajunya!
De' Lanai Lakeview nie ada buffet for Ramadhan! Murah dan berbaloi. Untuk dewasa RM21.90 dan kanak-kanak RM10.00 je! Menu dia untuk buffet nie ada lebih kurang 20! Berbaloilahkan dengan harga compare u'olls nak pergi makan kat hotel yang harganya RM80.00 dan ke atas tu!
Untuk early bird ... cuma RM16.90! Tapi u'olls kena beli voucherlah. Semalam boss cafe nie cakap last beli voucher hari Jumaat nie. So, geng yang dok Putrajaya ... apalagi terjahlah De' Lanai Lakeview ... Insya-Allah puashati!
Kalau korang nak pergi, meh sini saya sharekan addressnya. Kot-kotlah korang nak pergi. Tempat pun best! View dia ngadap tasik ... boleh nampak Istana Melawati, Pejabat Perdana Menteri (Kompleks Seri Perdana), Taman Botani Putrajaya ... bak kata aman damailah lepak sini.
Kalau korang nak pergi, meh sini saya sharekan addressnya. Kot-kotlah korang nak pergi. Tempat pun best! View dia ngadap tasik ... boleh nampak Istana Melawati, Pejabat Perdana Menteri (Kompleks Seri Perdana), Taman Botani Putrajaya ... bak kata aman damailah lepak sini.
de' Lanai Lakeview CafeLanai Neighbourhood Commercial CentreUnit 4f, Ground FloorNo. 2 Persiaran Seri PerdanaPresint 10, 62250 Putrajaya
016-2585 111 / 019 6343 111
Oklah ... nak pergi pack baju! dah nak balik kampung! Rindu nak makan cucur udang kuah kacang mak. he he he ....
SELAMAT BERPUASA YE KORANG!!
CK : Lapang sebelum sibuk! Dah sibuk semua benda jadi tak teratur ....
tahun ni mungkin tak dapat buka puasa kat luar.. kesian kat comel sebab kaki bersimen..
ReplyDeleteslmt blik kg kak...
ReplyDeleteselamat berpuasa
ReplyDeletewah bestnya dpt berbuka puasa diluar kan,
ReplyDeletebilalah wnaie dpt berbuka kat luar plak kan,
hihihihi