Friday, January 6, 2012

KLINIK KESIHATAN DAN AKU

Assalamualaikum ...




Baru minggu pertama tahun baru 2012, tapi aku dah menjejakkan kaki ke Klinik Kesihatan Putrajaya. Bagusnya! Awal lagi dah check kesihatan? Jangan haraplah muka aku nie nak melawat klinik/hospital kalau tak sakit atau tak melawat orang sakit. Aku pergi pun sebab sakit kepala yang berlarutans ejak 3-4 hari nie. 


Bayangkan, tengah-tengah malam tidur dibuai mimpi, boleh sakit kepala tiba-tiba. Sakit kalau sikit, aku boleh je tahan tak pun telan actifast 2 biji. Tidur, selesai masalah. But, sakit ini berulang-ulang. Nak kata aku tension dengan kerja office, memang takda maknalah. Sebabnya awal tahun nie, tempoh "sucikan hati" dengan hal-hal office. Tension pasal hal-hal lain pun, rasanya tak ada kot. Sebabnya, takda orang yang cari pasal. So, aku memang berada dalam kondisi yang tenang dan amat menenangkan ketika ini. Alhamdulillah.


So, awal pagi lagi selepas breakfast aku terus ke klinik. Sambil menahan sakit kepala yang berdenyut, leher yang sakit, telinga yang seakan rasa berdengung dan mata sebelah kiri yang tak boleh berkelip. Bila berkelip je rasa sakit.  Sampai klinik, mak aih ... ramai bebenor umat! Aku terus daftar dan dapat nombor 1060 dan aku kena tunggu giliran untuk 30 orang lagi. Masa itu, baru giliran yang ke-1030! Bercinta macam nie.


Memang aku sabar sambil menahan sakit. Dah sampai turn aku, doktor dah check bagai dan menjawab segala persoalan aku. Aku kecewa bila dia hanya cakap, "mungkin migrain ... awak tak boleh kena cahaya lebih, tak boleh minum minuman berkafein dan banyakkan berehat!".


Apakah??? 


Sebab itulah aku malas lagi nak pergi klinik kerajaan, swasta dan hospital kerajaan. Kalau sakit yang sama berulang, aku rela lagi makan ubat tahan sakit. Dah berbelas tahun lamanya, tapi jawapan yang aku terima tetap sama. Macam baca skrip je! Masing-masing dapat skrip yang sama ke??


Aku bukan minta aku ada penyakit lain yang kronik ke hape ... tapi aku risau, risau kalau doktor tak check betul-betul kang muncul pulak penyakit lain. Kalau setakat migrain, Alhamdulillah ... asal sakit aku cuma ke klinik dan minta ubat tahan sakit je. Tak perlu nak jumpa doktor dan check lagi. Jimat masa doktor tu. Mudahkan.


Balik dari klinik aku terus makan ubat tahan sakit 2 biji. Dah nama ubat tahan sakit, sejam sahaja dah baik (",). So, lepas itu aku sambung kerja dengan kepala yang dah sihat dan ringan. 


Cuma lepas nie, kalau sakit lagi aku tak perlu pergi klinik yang selalu aku pi untuk beli ubat. Klinik Kerajaan dah cukup, sebab ubat tahan sakit dia dah cukup bagus!!



Ya-Allah sembuhkanlah sakit kepala ini. Amin ....



#pagi tadi beriya je aku buat entry pasal kesihatan ... xoxoxoxox!!






CK : Ingat nak balik awal, nak buat kek ... tapi, kat office nie ada kerja pula.

3 comments:

  1. Terlebih mkn mcd kah? Get well soon kak ann!!

    ReplyDelete
  2. @ratna hahahah...nak kata ye memang tak patut sebab sakit sebelum makan MCD lagi.. tq ratna

    ReplyDelete
  3. selalu jugak sakit kepala.risau tkut ada pyakit kronik.like u said, bukan kita mintak nak ada penyakit kronik, tapi prevention is better than cure.kalau nak puas hati, check kat swasta.buat scan. =)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!