Wednesday, August 31, 2011

Merdeka! Moga merdeka hati dan akal juga

Assalamualaikum ...


SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-54!




Alhamdulillah ... negara kita Malaysia telah menyambut kemerdekaan ke-54. Susah payah pejuang-pejuang negara dahulu menuntut kemerdekaan dan hasilnya adalah hari ini. Keamanan. Kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Malaysia makin dikenali. Sebuah negara membangun yang makin menempa nama di persada dunia!



Perdana Menteri-Perdana Menteri Malaysia. Credit SINI.


Walaupun saya bukanlah lahir sebelum Kemerdekaan Malaysia, tetapi sejarah menuntut kemerdekaan tetap dipelajari dan difahami sebaiknya. MERDEKA! bukan hanya pada jeritan dan mengibarkan jalur gemilang. Tapi merdekakanlah akal serta hati kita ... jangan biar dijajah tanpa kita sedari! Penjajahan tanpa disedari akan buat kita semakin lalai dan lupa. Penjajahan minda menyebabkan kita ... tidak bebas dalam segala hal!


Saya bangga jadi ANAK MALAYSIA, biar pun menjadi anak selepas Merdeka! Hargailah kemerdekaan negara yang telah menjadi milik kita! Kita lupa. Kita lalai. Sekejap sahaja pasti akan dijajah semula. 


Untuk Malaysia dan pemimpin-pemimpin NEGARA MALAYSIA ... semoga terus aman dan makmur, dijauhkan dari segala huru hara dan perhimpunan haram dan semoga kestabilan politik, ekonomi, sosial terus menjadi milik kita dan negara. Amin ....


Buat pemimpin-pemimpin NEGARA MALAYSIA .... memerintahlah dengan adil dan saksama, amanah, bertanggungjawab .... jauhi rasuah!!


Bapa Kemerdekaan Malaysia. Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj



MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!




CK : Merdeka dan Raya di kampung .... bahagia!!

Saturday, August 27, 2011

Sebab Makan Garam Lebih Ke?

Assalamualaikum ...


Tiba-tiba teringat pula kisah masa lepas habis study dulu. Member-member sibuk cari tempat praktikal termasuk saya. Tapi saya lebih suka buat endah tak endah je. Praktikal kat mana pun ok je. Janji ada. Cukup jam credit. Habis praktikal. Cari keje cepat-cepat. Itu je yang ada dalam kepala masa tu. Nak cari kerja. Nak pegang duit sendiri. Nak bagi duit kat mak ayah. RM50 sebulan pun tak pa. Janji ikhlas.


Masa orang lain sibuk-sibuk cari tempat praktikal. Saya dah pun dapat. Dekat agensi pelancongan di Kedah yang aman. Itu pun sebab saya pernah kerja sebulan dekat situ masa cuti semester. Setiap kali cuti semester pasti saya akan kerja. Termasuk pernah kerja kilang selama 3 bulan. Nak cari duit poket sendiri bila daftar semester baru. So, ayah tak perlu keluarkan duit yang banyak nak bagi saya. Loankan selalu masuk akaun lambat.


Bila dapat tempat praktikal kat Kedah, ayah tak berapa suka. Dapat elaun tau! Ayah tetap tak nak. Masa tu saya sembunyi hal yang saya dapat tawaran praktikal kat Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. MOCAT!. Sekarang nie kementerian ni dah berpecah jadi Kementerian Pelancongan Malaysia dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Tapi kawan saya sendiri dah membocorkan rahsia berkenaan. Rahsia saya dapat praktikal di MOCAT! Akhirnya dari Kedah saya ke Kuala Lumpur! Orang lain beriya nak jejak kaki ke KL ... tapi saya, ermmmm alahai ... tidur malam tak lena memikirkan kehidupan yang tak pernah ditempuh dan tidak juga terjangka langsung akan datang ke sini. Berat hati!


Jujurnya saya datang KL macam terpaksa. Kata anak ayah. Heeee susahnya nak berjauhan. Tak mahu lukakan hati ayah kononnya. Akhirnya jejak juga kaki ke KL. Mungkin sebab ayah makan garam lebih kot! Ada hikmahnya. Ada pengalaman yang menarik di sini. Ada kehidupan baru. Ada ilmu baru. Ada cinta baru? Kui kui ... yang nie tambah je. he he he.


Kadang terfikir juga ... adakah sebab orang tua kita makan garam dulu, maka setiap apa yang dimintanya ada hikmah yang terbaik?? Dan sebab makan garam dulu juga, ayah dapat darah tinggi jugak kot ... ermmmmm




Terima kasih baca! (",)



CK : Kalau mampu apa sahaja permintaan mak ayah akan saya akan ikut, tapi kalau tak mampu hanya maaf yang dapat dihulur! Syukur dapat mak ayah yang memahami ... cuma ada masanya agak sukar untuk diyakinkan dengan keputusan sendiri.

Friday, August 26, 2011

Happy Birthday In Advance Katanya ...


Assalamualaikum ....


Seronok! Teruja dan amat suka. Ada 2 entry saya asyik cerita pasal my new toys. New toys ya. Si Lavender dah bagi signal untuk saya menciwi pasal toys yang saya dapat. Tak sangka dan syukur sangat. Memang dah lama saya idam nak beli toys nie sendiri. Sebab minat nak main-main ngan toys nie. Nak cuba benda-benda baru.


Minggu lepas ikut Inchik Babah cari barangan elektrik. Bab mengekor memang laju. Pantang ajak pergi tengok barangan elektrik cepat je setuju. Inchik Babah sedang survey fridge dan TV LCD. So, saya pun mengekor dengan rela dari sebuah ke sebuah electrical shop. Penat juga keluar masuk dari satu kedai ke satu kedai. 


Tapi tak sangka penat tu berbaloi! heeee. Dia sibuk-sibuk tengok TV LCD dan fridge ... dan saya menyibuk tengok toys yang saya idamkan sekian lama. Tengok je ... pendam hasrat nak beli hujung tahun kononnya. Tapi bila ditanya, "nak ke? amiklah ...".


Eh! biar betul dia nie. Saya kan pantang dipelawa. Pelawaan dari mereka yang rapat dengan saya je. akan dilayan. Yang tak berapa rapat dan kurang kenal tu ... pelawa pun masih ada istilah jual mahal. Tak tahu apa niat orangkan. Yang rapat nie kita dah kenal hati budi sikit-sikit. 


Toys yang saya maksudkan tu ... ELECTRIC OVEN DAN  HAND MIXER! Cornell and Phillips. Suka yang amat. On the way balik, dalam kereta Inchik Babah cakap ... "Ini hadiah hari lahir!". Aiks ... rasanya hari lahir saya lambat lagi. Rupanya saya dah lupa birthday sendiri. 11 hari lagi. Lambat apanya. Dah masuk usia remaja purba dah. hu hu




Electric oven yang dah berada kat rumah. Cuma belum rasmi. Memang puashati la bila dapat. Cuma katanya jangan lupa ayam panggang dan kek untuk dia nanti. Okeh yang tu kena tunggu la. Bagi masa untuk belajar. Sebabkan saya suka makan ayam ... maka lepas nie akan makan ayam panggang hari-hari. hu hu





Lepas dah nak bayar electric oven tu ... terpandang pulak hand mixer dengan harga promosi. Apa lagi dia up satu lagi toys. heeee terima kasih awak. Red Velvet mesti sampai depan rumah awak lepas nie. he he he.  Tu .. salesman HLK Plaza Citra Kajang yang sangat baik. Peramah. Memang kitaorang suka dengan layanan dia. Nama dia AFIQ. Takdalah macam salesman kat Courtmammoth tu ... serius je bagi penerangan. Sepatah tanya sepatah jawab. Macam nak tak nak je layan. Sama juga dengan Sen Heng kat Bangi tu, tak sporting langsung. Pandang orang pun senget-senget je. Si Afiq nie bagus sangat ... dia bagi banyak info. Kami decide nak beli barang kat HLK nie selepas survey lebih dari 7 buah kedai elektrik sekitar Kajang dan Bangi. HLK Plaza Citra Kajang nie yang terbaik buat kami setakat nie. Thanks ya Afiq ... awak memang cukup bagus. Sesuai sangat jadi frontliner. Sebelum kenal Afiq nie ... kami dah kenal dengan seorang chinese, Jason. Tapi dia cuti hari tu. Dia pun sangat bagus jugak.





TV LCD yang bakal menjadi milik sendiri. Tengah kumpul-kumpul tin kosong nie. Buat tukar dengan duit. he he. Insya-Allah ... hujung tahun ni dapatlah sebijik kot. Tapi yang nie ... memang beli sendiri. Nak orang bagi je memanjang memang kena lepuklah. ha ha ha.


Apapun ... terima kasih awak bagi saya hadiah tu! Tak sangka awak nak kasi. Memang buat saya teruja. Dah tak sabar nak guna toys tu nanti. Birthday lambat lagi tapi hadiah dah sampai dulu. yehaaaa.




Oklah ... Lavender....meh main-main ngan toys saya nanti. he he he




CK : Sedang siap-siap nak balik kampung dah!

Sungguh Gigihnya Aku Sebab Nak Raya!

Assalamualaikum ...


Raya punya pasal, semalam cabut awal dari office. Bila fikir banyak lagi benda yang saya dan Inchik Babah tak settlekan. Pergi teman Inchik Babah amik baju raya ... beli barang-barang sikit, singgal beli ayam golek dara kat Nilai Lama. Azab okeh semalam. Dengan penat malam sebelum tu belum hilang. Seminggu sebelum raya mesti penat terlampau sebab banyak benda nak kena settle.


Ini pun baju belum pack, rumah belum mop, dapur belum betul-betul kemas, baju yang berbasuh belum lagi sidai, petang kang nak pergi ambil anak-anak buah pulak ....  Penat! Ini baru kehidupan bujang. Esok-esok dah ada family mahu lembik dibuatnya! Nasib baik kereta saya yang hampir tranform dari hitam kepada warna ala-ala kelabu telah dicuci malam semalam.


Semalam lepas kami berdua settle segala yang sepatutnya dibuat, 12.30 malam keluar pergi cari car wash. Dengan harapan masih ada yang buka. Saya semakin geli tengok Mybee saya yang dah jadi ala-ala kelabu tu. Kotor yang amat. Hujan. Mana boleh basuh. Nanti sia-sia. Dari Putrajaya terus kami ke Serdang ... dengan penuh harapan akan ada car wash yang masih buka!


Alhamdulillah memang ada pun! Nasib baik India cuci kereta tu mahu juga terima kereta saya untuk dibasuh. Tak rela rasanya nak bawa balik kampung dengan kereta kotor tu. Geli plus malu! Kadang-kadang terpaksa je bawa kereta kotor kalau hujan hari-hari! Sebab tu lah saya wish dari dulu sampai sekarang saya akan mampu beli rumah teres. Nanti senang, dapat cuci kereta sendiri depan rumah.



Mybee digosok-gosok! Kereta terakhir India nie basuh, habis je vacuum and lap segala. Terus dia kemas-kemas barang di car wash dia. Alhamdulillah sempat gak cuci di malam-malam buta.


Malam buta semalam, sampai je kat car wash terus sorong je! Rupanya ramai juga yang ambil kesempatan cuci kereta malam-malam camtu. Persediaan balik kampung. Dekat 1.30am jugalah kereta tu siap dicuci. Selagi tak cuci selagi itulah saya akan 'menyanyi' sampai bingit telinga Inchik Babah ..."kereta kotor...kereta kotor....nak cuci...nak cuci!". Bila dah cuci baru saya diam. Huuuu sian dian. Dah lah semalam dia penat. 2 kali ulang alik balik Seremban. Sanggup petang semalam dia ajak saya pergi ambil baju raya dengan alasan kot saya tak sempat tengok baju tu sebab dah nak balik kampung. Kelakarnye awak ni!




Duit raya pun dah tukar! Alhamdulillah. Tunggu masa untuk diagih-agihkan aje. Sungguh gigih buat persiapan raya. Sampai tak sempat nak try new toys tu. Nampak gayanya lepas balik rayalah jawabnya baru try. Rupanya banyak betul persiapan raya bila dah jadi orang perantauan. Tambah-tambah bila dah tinggal sendiri. Kadang-kadang rasa kelam kabut! Tapi sebenarnya aku gigih nak sambut raya. he he he


Lepas habis update entry nie, saya nak mop rumah, sidai baju, pack baju sikit-sikit then siap-siap pergi kerja! Penatlah kalau macam nie selalu. Tapi nak buat macam mana. Kalau diri sendiri tak buat siapa lagi nak buat! So, kena merajinkan diri dengan rela.


Hokehlah ... nanti kita sambung ye. Nak siapkan kerja! Thanks baca ... nanti singgah lagi tau! (",)



CK : Lavender dah minta update pasal my new toys ... sabar yek! Tak menyempat pulak kita ... he he he

Thursday, August 25, 2011

Macamlah Makan Kat Hotel LIMA Bintang!

Assalamualaikum ....


Semalam berbuka puasa di Pizza Hut Jusco Seremban 2 dengan Si Lavender. Eh! bukan ... berbuka puasa dalam kereta je, makan kurma dan air mineral. Masa tu penat pusing cari parking kat Jusco. Penuh. Masuk Jusco ... semua restoran fast food penuh! Ye lah dah masa berbuka. Mana ada yang shopping ar, semua leka baca doa dan isi perut masing-masing. Ke Pizza Hut tu untuk makan malamlah kiranya.


Saya dan Lavender decide nak jalan-jalan dulu kemudian baru makan. Nak makan macam mana kalau takda tempat dudukkan. Takkan nak berdiri pulak. So, amik masa berjalan sampai restoran fast food lengang. Jalan punya jalan dalam Jusco tu ... sedar-sedar dah 8.15pm. Perut saya dah mula berkeriuk. Sudahnya ajak Lavender pergi cari makan. Masing-masing decide nak ke Pizza Hut depan KFC. Masing-masing decide ke ... saya je yang decide then Lavender follow??? Ah! Lantaklah ... saya teringin nak makan spaghetti meatball tuh! Terliur.


Sampai kat Pizza dalam 8.20pm camtu. Tunggu jap then amik order.  Pastu terperasan ada couple dekat dengan meja kitaorang. Couple yang bajet hot and ntah pape di bulan puasa! Banyak nau songeh dia ... hantar pizza salah la ... ayam tak macam dia order la. Macam bajet nak menyusahkan pelayan Pizza tu je. Ish! Sampai 2-3 orang staff pizza berlonggok kat meja dia dengar complaint minah and mamat nie. Ada sorang staff tu tunjuk form order segala apa yang dia dah order sebelum nie. Tapi buat muka tak puas hati. Si minah tu pula macam berlagaklah bila boyfie dia camtu ar. Macam up lah konon. Sorry saya tengah mengumpat sebab macam geram!


Jangan bajet makan kat hotel lima bintang. Kau order sendiri ... kau nak complaint benda tu salah. Dia hantar ayam dah betullah tu ... bukan dia hantar burung kasawari atas meja ko! Minta pizza kecik dah tu complaint nak yang besar. Awal-awal tadi nape tak order yang besau punya. Dah tukang masak pizza tu nak kena bake sekali lagi. Sudahnya kami nie mencongok tengok karenah mamat and minat berdua nie. Sebab koranglah kami berejam tunggu makanan datang. Lambat! Tapi takdalah nak kecah macam korang. Cuma kalau lambat sikit lagi, saya terus ke dapur buat spaghetti sendiri ... ha ha ha. Bajet bagus!!


Oklah ...sudah-sudahlah lepas geram! Rasa macam terbayang je muka mamat and minah tu. Hu hu ... nak mengada-ngada tak kena tempat sebab ramai yang pandang korang! Takdalah modern sangat tengok korang nie sebab tu cam gitu agaknye.


Okeh la ye ... bubye!



CK : Teringin nak test new toys! Tapi entah bila kesempatan ... esok lusa dah nak balik kampung

Promosi Modern Jubah !!! Sale ... Sale ....

Assalamualaikum ...




STICKY POST! PROMOSI MODERN JUBAH ...

ENTRY TERKINI SILA SCROLL KE BAWAH YE ... TQ



My younger sis minta saya promotekan MODERN JUBAH with gorgeous style nie ...

Design made of quality chiffon

Price : RM230.00 (nego)

Interested?? 

Boleh tinggalkan comment kat entry ini atau leave comment kat FB Cik Kamoo Kamie.


SERIOUS BUYER ONLY!!!







CK : Bisnes raya katanya ... heeeee

Wednesday, August 24, 2011

Petua : Menjaga Hati Orang Tersayang ...

Assalamualaikum ...



Morning gengs! Dah lama saya tak share petua. Teringin pulak nak share setelah sekian lama berdiam diri dari memaparkan petua memetua nie. Petua nie dishare oleh Pak Ngah Farit Ismeth Emir. Petua menjaga hati orang tersayang. Amal-amalkanlah ye ... moga-moga hubungan korang berpanjangan hendaknya! Jom ... sharing is caring!!


1. Mendengar: Berikan ini kepada yang memerlukan, dan andau hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana anda hendak membalas.

2. Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri anda.

3. Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Puji-Pujian: Sesuatu yang mudah seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang anda sayang.

6. Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dan lain-lain.

7.  Bersendirian: Ada ketika anda hanya mahu bersendirian. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya anda sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, anda masih menang.

10. Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa anda.


 Tq baca ye! (",)



CK :  Selamat beramal! Nanti nak cerita pasal my new toys ... heeee sangat suke!

Tuesday, August 23, 2011

Comot-Comot Pun Jadi Jugak! Heeeeee

Assalamualaikum ....



Kalau yang selalu datang belog kedaung nie, pasti perasan ... belog saya dah ada header! Puas saya godek sana sini macam mana nak buat header transparent. Selagi tak dapat selagi itulah saya godek sampai jadi. Usaha tangga kejayaan!


Berkat kesabaran akhirnya dapat juga satu header untuk belog yang dah bertukar warna template nie! Setelah sekian lama tak berheader. Macam comot-comot sikit, tapi bolehlahkan ... namapun budak baru belajar. Inilah buah cempedak di luar pagar ambil galah tolong jolokkan .... sambung ... sambung ....!!




Saya sendiri pun tak pasti entah macam mana terbuat header Rapunzel nie. Bila nampak macam ala-ala cute ... terus lekatkan kat belog je. Eh! cute ke ... ??? Ke haku sedang perasan!! Huuu lantak le. Apapun saya suka header nie. Seakan comel je! Setelah siap header nie, my pren pun request nak header juga dari budak baru belajar nie. Jeng ... jeng ... jeng ...




Ini header si June! Dia request nak header Beauty and The Beast! Siap satu untuk dia, siap  minta tukarkan warna template dia sekali. Dari pink kepada pepel. Bab yang mudah-mudah tahulah saya buat. Kalau template grand-grand and comel yang amat-amat ... memang tak pandailah! Kena bagi masa untuk belajar.


Lepas nie tak tahulah apa lagi saya nak godek-godek perihal belog nie. He he he. Memang jenis tak reti duduk diam punya olang. Ada sahaja benda nak dibuat. Tapi seronok dan rasa puas hati. Comot pun usaha sendiri, so ... kena upgrade lagi nih! Bagi masa ... bagi  masa ....


Oklah dah time nak siap gi kerja! Harap-harap mood tak ke laut hari nie. Mood raya makin mendatang dengan rela! Nak balik kampung ... nak balik kampung .... hu hu



Bubye ... tq baca ye! (",)



CK : Nak buat entry siap-siap sepanjang cuti raya!

Monday, August 22, 2011

Hati Dah Sampai Kampung Berhari Raya!

Assalamualaikum ...


Siang tadi kat office busan yang amat! Mana taknya ... ramai yang tak ada. Office lengang. Mulalah mood nak buat kerja macam nak tak nak ja sebenarnya malas. Pandang fail kiri kanan yang menimbun. Terus rasa nak siap kerja cepat-cepat. Petang nak relax. Bila ramai yang tak ada sebenarnya lebih aman buat kerja. Gangguan kurang. Sangat kurang!


Bila dah tengahari sibuk pergi ambil baju kurung pahang yang ditempah. Akak tailor tu cakap dah siap. Tak sabar-sabar pergi ambil. Semangat! Semangat nak raya mengalahkan budak-budak  7 tahun. Berbanding tahun-tahun lepas ... tahun nie persiapan saya agak berlebih rasanya.  Macam lepas geram pun ada setelah sekian lama tak pernah nak kisah perihal raya. Siap beli kasut raya semua. Sebelum nie tak pernah kisah pun perihal kasut. Kasut kerja pun boleh dibuat kasut raya. he he he. 




Seminggu sebelum balik kampung, hati saya dah sampai kampung lebih awal. Macam sekarang nie. Jasad je kat Putrajaya. Hati dah bersama ngan mak ayah kat kampung nun jauh di sana. Rindu. Setiap tahun, seminggu sebelum raya ... mood kerja memang ke laut. Mood ke laut menangkap ikan. Buat itu ini kat office semua serba tak kena. Asyik teringat nak pasang pelita depan rumah di kampung. Asyik teringat balik nie pasti kena tolong mak tukar langsir. Kena kopek nyior. Kena potong daging. Belajar buat ketupat palas yang setiap tahun tak pernah jadi dengan sempurna! 


Malam-malam macam nie, kalau kat kampung dah lepak depan rumah. Siap pasang pelita minyak tanah. Main bunga api dengan anak buah! Bestnya .... sungguh buat diri nie jadi tak sabar nak balik. Boleh makan ramai-ramai ... seronoknye! Time nilah keluar macam-macam perangai ... yang rajin, yang malas, yang mengelat buat kerja ... semua ada!

tq mr google ... curik gambar yew



Cepatlah hari Jumaat .... dah tak sabar dah nie! Apapun kena sabar jugak. 2-3 hari je lagi nak balik kampung. Tapi siang tadi perasan, kerja macam bakal menimbun sehari dua nie! Ini yang buat spoil mood raya. hua hua hau ...


Oklah ... nak pergi beradu! Kalau sempat bangun sahur kita jumpa lagi yeeeew. Terima kasih baca. Bubye (",)



CK : Tengah buat kira-kira piutang untuk hari raya!

Sunday, August 21, 2011

Air Yang Dicincang Tak Akan Putus ...

Assalamualaikum ...



Ini bukan cerita carik-carik bulu ayam, tapi kisah air yang dicincang tidak akan putus. Berbeza tuh. Dia artis. Ramai yang kenal dia. Saya juga kenal dia. Mereka popular! Kemelut rumahtangga mereka yang retak dan terus berkecai satu Malaya tahu. Dan si bekas suami akan menamatkan zaman dudanya. Sebenarnya bukan ini yang ingin saya perkatakan. Bukan kisah rumahtangga mereka. Bukan! Saya tak selesa untuk bercerita hal rumahtangga orang lain apatah lagi artis. 


Yang saya nak perkatakan adalah ... KASIH SAYANG! Bukan kasih sayang suami dan isteri. Tapi kasih sayang ayah dan ibu pada anak ... selepas masing-masing bukan lagi suami isteri. Gambar-gambar ini buat hati kecil saya tersentuh. Biar berantakan pun pelbagai cerita dan rekaan kisah rumahtangga mereka ... tapi gambar-gambar ini seolah menceritakan lebih dari sejuta perasaan yang tak tergambar dengan kata-kata!!



Walaupun jodoh antara Norman Hakim dan Abby Abadi telah bernoktah .... moga-moga hubungan ayah dan anak-anak tidak akan putus. Amin ...


Gelak ketawa anak-anak dan ayah. Mungkin mereka rindu belaian ibu dan ayah sama bagai dulu


Buat saya menangis! Teringat masa kecik-kecik ayah selalu peluk cium pipi saya! *nangis*


Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah. 


Norman Hakim nampak kurus!


Mungkin anak dia rindukan dia ...

 Layan karenah anak .... Mesra!


Semoga hidup mereka dilindungi Tuhan. Amin. Bila melihat anak-anak kecil ini, hati saya menjadi sayu. Perpisahan kadangkala tidak perlu, tapi ketentuan Allah tertulis begitu, mungkin ada hikmah yang hamba-hambaNya tidak tahu.



Credit : Gambar dari FB Abby Abadi.



CK : Hanya mereka yang tahu kenapa dan mengapa?? Tapi masyarakat lebih suka menghukum.

Untung-untung Jugak!!! Tapi ...

Assalamualaikum ...


Jumaat baru ni, saya dan Inchik Babah ke Bazaar Ramadhan Shah Alam ... yang dekat Stadium Malawati tu! Memang menjadi rutin setiap tahun, kami akan ke sana. Sepanjang sebulan puasa pasti sekali akan jejak kaki ke sana dan tengok menu-menu yang lebih menarik. Bazaar Ramadhan Bangi sudah. Sekarang Shah Alam ... esok lusa akan ke Serdang pula.


Tahun nie, Bazaar Ramadhan Shah Alam ... amat-amat mengecewakan! Rasa membazir membeli. Dengan harga makanan dia yang mahal sekali ganda dari Bazaar Ramadhan Putrajaya dan Bangi! Pertama kali kami makan tak habis bagi semua menu yang dibeli kecuali cendol dan popia  SS Ali sahaja yang sedap.


Dengan peniaganya yang kedekut. Bukan semua. Fikir untung aje kot! Jumaat tu kami beli ikan keli salai masak lemak cili api, masak lemak pucuk kayu, ikan kering, sambal tempe ... nasi putih 2. Semuanya RM14.50. Rasa terkedu je masa tu. Kalau Putrajaya baru dalam RM10.00. Dah tu ikan keli dia seekor RM5.00 ... mak aih mahal sungguh! Biasanya beli RM3.00 je. Nama je masakan Negeri Sembilan, tapi langsung tak sedap.  Tak pedas. Tak lemak. Last-last ikan keli makan separuh  ... pucuk kayu tu pun separuh juga makan. Sangat-sangat tak sedap. Sedangkan tahun lepas beli pun pada akak yang sama juga jual. Erghhhhhh.


Masa kat bazaar tu, beli juga maggi goreng. Time nie lah rasa macam nak angin je dengan sikap peniaga. Fikir untung sahaja. Bukan nak fikir kehendak pelanggan. Masa beli maggi goreng tu, siap sound nak maggi goreng lebih. Kalau tak lebih harga dia RM2.00. Macam kitaorang jenis tak kisah ... kalau minta lebih, kami memang willing nak bayar harga pun lebih. Bila cakap lebih, memang dia letak lebih ... tapi hanya 2-3 urat maggi je yg lebih! Erghhhhh saling berpandangan saya dan Inchik Babah. Last-last bayar terus blah. Macam nie punya sikap peniaga pun ada. Dahlah sombong. Senyum pun tidak. 2-3 urat maggi goreng lebih tu dia caj RM0.50! Ini bukan bohong punya cerita ... memang 2-3 urat maggi je dia letak.


Dah habis part maggi goreng, kami jalan lagi. Rasa macam nak up satu lagi menu. Alang-alang dah datang dari jauh, siap redah jammed segala, harus beli menua yang jarang dimakan ... jalan punya jalan jumpa rojak singapore. Ini pun peniaga dia tak reti nak senyum. Jualan takda tanda harga. Sengal okeh! Bulan-bulan puasa menyumpah peniaga yang ambil kesempatan cekik darah nie! 


Time beli rojak singapore nie, kami cuma ambil fishcake satu, fishball dua, sosej satu, tempe kecik 2, keropok satu, telur rebus satu. Total semua RM11.00!! Adui laaaa ... mahal! Selalu saya beli  kalau ambil macam nie ... kat mana-mana punlah ... KL atau Putrajaya harga dia cuma RM6 - RM8 sahaja! Tak pernah cecah lebih dari RM10.00! Mahal plus tak sedap. Kuah kacang hangus. Makan sikit je pastu buang. Membazir amalan syaitan. Sila jangan tiru!


So, dipanjangkan cerita ... memang spoil betullah peniaga-peniaga yang kami beli makanan kat depa. Untung-untung juga, tapi fikir-fikirlah berniaga sambil beramal. Buat masakan tu elok-eloklah. Harga tu janganlah main cekik darah orang je! Kan lebih berkat jika berniaga sambil bersedekah ... untung dapat pahala pun dapat. Mana tahu kalau-kalau Allah beri rezeki lagi murah. Lagi satu, nak berniaga tu senyumlah sikit. Layan customer macam nak tak nak je ... jauh pergi rezeki tu nanti baru tau!


Hari tu pelaburan sebanyak RM35.00 di Bazaar Ramadhan Shah Alam amat-amat tak berbaloi. Rugi sangat! Menyesal tak sudah sebab terpaksa membazir. Nak teruskan makan tekak dah tak boleh terima dah. Kesudahannya tong sampah juga jadi pilihan. Tahun depan mungkin akan blacklist peniaga-peniaga berkenaan ... sorry la! kami memang cam muka punya! ha ha ha. 


Berbelanja kat Putrajaya dan Bangi tak sampai pun RM25.00 dengan menu  yang hampir sama. Paling penting sedap!!!


Cerita pengajaran ... korang hati2lah semasa membeli ye. Tengok yang ada tanda harga, senang nak kira kalau bawa calculator sendiri. heheheheh.


Oklah bubye ... (",)

"Cepat pijak kaki nie! ... " Entri Untuk Awak Tapi Awak Tak Baca!

Assalamualaikum ...



Saya tahu awak tidak pernah baca pun blog saya. Terjah pun masa saya ada. Bila saya bukakan sendiri untuk awak tengok. Tengok pun sekejap-kejap sahaja. Walaupun awak rajin ambil gambar bila saya suruh. Terima kasih. Mungkin awak cuba jaga hati saya. Mungkin. Saya sendiri tak pasti.


Dulu awak rajin mengomel bila saya tulis blog. Awak fikir saya buang masa. Saya cuba usaha perlahan-lahan untuk awak faham minat saya. Menulis. Kadang-kadang awak bising bila saya suka bermadah di facebook. Saya faham, antara ramai kawan yang pernah kita ada. Yang pernah jadi satu geng. Sekarang yang tinggal hanya kita berdua. Jadi pada siapa lagi awak nak mengomel kalau bukan saya. Bila dah lama-lama awak mula  terima saya dan blog saya. Terima kasih. 


Saya tak pernah sedih dan terasa hati pun bila awak tak punya masa baca blog saya. Saya faham awak sibuk. Saya faham awak lebih suka fikirkan hal-hal politik, ekonomi dan negara. Isu semasa. Tanyalah apapun pasti awak tahu. Mungkin awak rasa tulisan blog saya buang masa. Mungkin. Itu hanya anggapan saya. Bersemangat saya menulis blog bila awak kadang-kadang tolong ambil gambar. Awak beri pada saya dan pesan, "jangan lupa masukkan gambar ini dalam blog awak ya!". Senyum. Suka! Rasa berbunga hati. 


Kalaulah awak baca blog saya sekarang ini (saya tahu ia tidak berlaku), cuma nak cakap saya terharu tentang hal selepas kita berbuka petang tadi. KFC Seri Kembangan. Hujan renyai. Jalan becak. Lopak air. Banyak hal yang awak buat sepanjang hampir 8 tahun kita kenal sebagai sahabat dan teman. Macam-macam. Bergaduh. Berdiam. Jangan cakaplah. Terlalu banyak. Putus. Berbaik. Senyum. Menangis. Semua ada.


Sebab tak nak kasut dan kaki saya basah, awak boleh hulur kaki awak untuk saya pijak! Saya bukan ringan. Berat. Fikir 10 kali saya. Teragak-agak nak hulurkan kaki. Saya tahu kalau saya pijak lopak tu, kasut dan kaki saya basah. "Cepat pijak kaki nie! ... ". Saya pijak dan kasut awak kotor. Dalam banyak-banyak hal berlaku sepanjang hampir 8 tahun, hal petang tadi buat saya terfikir sebab awak tak pernah buat pun sebelum ini.


Saya selalu buat entri tentang mak dan ayah saya. Pesan mereka. Hari ini giliran awak. Awak juga  racun dan awak juga penawar dalam ikatan persahabatan kita sekian lama. Awak pernah menjadi racun dalam hidup saya. Dan masa menjadi penawar pada cerita semalam. Setiap masa awak menjadi penawar, dan saya berdoa moga awak menjadi penawar untuk selamanya! Jangan jadi racun lagi!


Bila awak tak mampu tunaikan impian kita. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya hati ini. Tapi saya tahu sebagai hamba Tuhan, kemampuan kita terbatas. Kita merancang. Tuhan menentukan segalanya. Tapi tak sangka hari ini, kita menjadi sahabat paling rapat! Dan kita lupakan impian dan cerita semalam untuk orang lain. Demi orang lain. Mungkin orang lain lebih berhak. Mungkin. Sebaliknya kita tak pasti bagaimana.


Saya tak pernah lupa bila awak buat cucur udang dan mee goreng. Malam-malam buta awak hantar. Awak gantung dekat grill rumah saya. Kemudian awak sms, "Cucur udang dan mee goreng yang awak nak ada dekat grill depan rumah. Jangan lupa makan!". Awak tidaklah 100% baik dan sempurna. Begitu juga saya. Tapi bila kita saling melengkapi kekurangan dan kelebihan masing-masing. Saya rasa selesa. Tapi tak pastilah kalau awak mempunyai sahabat lain yang lebih baik dari saya??!??


Terima kasih kerana memenuhi kebanyakan permintaan saya. Penuhi hasrat saya. Saya tak mampu membalas. Tapi pasti Tuhan akan membalasnya! Saya tak pasti awak masih ingat atau pun tidak, saya pernah cakap, "saya tak mampu berikan awak apa-apa sebab saya tiada harta dunia, tapi saya mampu berikan awak kasih sayang dan perhatian yang termampu jika diizinkan Tuhan".



Satu lagi, awak minta saya abaikan cakap-cakap mereka. Sebab hanya kita yang tahu kisah kita! Saya senyum. Ya ... hanya kita tahu kisah kita. Dan hanya saya tahu peritnya bagaimana! Tapi saya sentiasa percaya ... Tuhan sentiasa adil buat semua hambaNya!



Ciplak "Kasih yang suci, tiada noktahnya. Salam Syawal TV3"




CK : Mungkin sekarang awak tengah tidur lena sebab esok awak kena kerja dan saya kena kejutkan awak lagi dan lagi.

Saturday, August 20, 2011

Berbuka Puasa di Tomyam 3000, Kampung Baru KL

Assalamualaikum ...


Cerita berbuka puasa 2 hari lepas. Penat berjalan SOGO, Jalan TAR dan Jalan Masjid India. Bila time berbuka cuma minum air twister dan kurma coklat sahaja dalam kereta. Dah pusing-pusing area Kampung Baru KL, semua restoran penuh. So, decide makan lepas orang lain dah berbuka.


Lebih kurang 8pm baru kami terus ke Kampung Baru sekali lagi. Repeat makan kat Restoran Tomyam 3000! Kali pertama makan kat sini Mr. Z dan Lavender yang bawa. Selalunya kalau kami ke KL, puas pusing dan shopping pasti slot makan tu akan balik ke Kajang atau Bangi! Sekarang ni dah tak perlu. Baru tahu kat Kampung Baru tu ada restoran makanan yang sedap dan harga memang berpatutan.




Kalau nak tahu Restoran Tomyam 3000 ini sebaris dengan Masjid Kampung Baru. So, kalau pergi tak perlu masuk ikut gerbang Kampung Baru, boleh terus masuk ikut simpang ke masjid. Senang je nak cari! Restoran ini nampak macam biasa sahaja. Tapi selesa jugak dan luas. Paling penting menu dia sedap dan harga memang berbaloi!





Gambar kat atas nie menu pertama kali saya jejak ke Restoran Tomyam 3000. 2nd time datang kami tetap order kerapu sweet sour! Ikan dia segar dan rasa dia sama jer macam sebelum nie. Kemudian up dengan sup ayam kampung. Memang sedap!! Sorry gambar takde ... masa tu dah lapar sangat. Sampai je makanan terus Bismillah dan ngaaaap dengan penuh selera! Alhamdulillah ....


Kalau korang rasa nak berbuka puasa kat luar, bolehlah cuba makan di Restoran Tomyam 3000 nie. Memang berbaloi rasanya!! Harga pun takdalah menyekat nyawa ... he he he/


Oklah nanti sembang lagi. Nak gi keje. Bubye! (",)




CK : Apa nak masak petang nie???




Friday, August 19, 2011

Hidup Aku Bukan Lagi Kiasan Sebuah Lagu

Assalamualaikum ...


Kehidupan ini bukan sebuah lagu. Yang boleh dituju-tuju. Untuk mengubat hati yang pernah dilukai. Ia hanya sebuah lagu yang hanya sedap didengar. Bila kesyahduan menjelma, sebuah lagu boleh menitiskan airmata. Kau boleh gambarkan cerita hidup dalam sebuah lagu yang sudah sedia tertulis oleh penulis yang hebat. Tapi aku tidak perlu gambarkan kehidupan yang telah berlaku sebegitu. Ia sememangnya realiti. Yang telah aku genggam, yang telah aku tangis, yang telah aku rintih, yang telah aku bangun, yang telah aku ubati dan yang telah aku langkahi dengan senyuman kedua.


Dulu memang kecewa itu milik aku. Hari ini senyuman aku telah kembali. Menyesal meratapi pada ketentuan Tuhan dulu. Menyesal membazirkan bergelen airmata tanpa caj sehelai bil sekali pun. Tapi nama pun aku manusia. Sempurna dari segi kejadian Tuhan. Ada masanya lemah dari hati, emosi dan pemikiran. Tersentak bila terlalu macam cerita lahir dari bibirmu. Aku senyum kerna kau sendiri pernah tahu dan kau masih tahu. Sayang aku tetap sama. Cinta aku tidak pernah berubah. Tapi aku senang untuk lebih percaya. Jodoh milik Tuhan, jika ingin Dia berikan buat aku miliki kamu. Ia semestinya sudah berlaku atau mungkin akan berlaku.


Aku senyum. Aku lebih senang bersandar pada kenyataan. Aku lebih selesa berdiri pada kehidupan sekarang. Aku senyum, rupanya bukan kau sahaja yang sayangkan aku. Tapi juga Tuhan. Tuhan sayangkan aku. Hingga aku masih mampu melangkah. Merentasi masa. Dan belajar menerima rasa kecewa. Siapa tahu ... tapi Tuhan tahu. Segalanya berlaku dengan rahmat. Segala yang berlalu dengan nikmat. Aku lupa. Kasih sayang Tuhan tidak pernah jemu buat hambaNya seperti aku yang seringkali alpa. Dan masih alpa!


Aku tahu hati aku dan kau kadangkala sama. Kita bergaduh. Kita senyum. Kita menangis. Kita ketawa. Aku kurang. Kau melengkapkan. Kau susah. Aku menyenangkan. Itu kehidupan kita. Suara-suara kiri kanan. Suara-suara depan belakang. Berbisik-bisik. Bercerita-cerita.Tentang kita. Memandang sinis. Berkata-kata sesama sendiri. Ketawa-ketawa kecil. Mereka tidak tahu dan tidak pernah akan tahu. Kita tersenyum. Seakan sentiasa bersama. Seakan bahagia sempurna milik diri sendiri. Tapi kita pernah saling menangisi takdir Tuhan. Kau dan aku sama. Pernah ditinggalkan. Bermula dengan aku dan kemudian kau merasainya. Dunia tidak kejam. Tapi ini adalah satu pengalaman. Sakit yang diberi Tuhan, pasti indah akan datang kemudian. Biarpun kita kadangkala lupa merindui Tuhan, tapi Tuhan tidak pernah lupa merindui kita.


Kita bangun. Sedang bermula satu kehidupan baru. Ingin buang jauh cerita semalam. Sesekali meniti di bibir sendiri. Kau dan aku. Kenapa terjadi? Mereka sedang berbisik. Kau salah. Aku salah. Tapi mereka tidak tahu kita hanya mungkin mangsa. Alasan untuk satu cerita. Alasan memutuskan satu ikatan. Alasan untuk meletakkan kesalahan di bahu engkau dan jua di bahu aku sendiri. Mereka menghukum kita seakan merekalah hakim di dunia jua akhirat! Meletak salah tanpa perbicaraan. Kesian!


Aku nekad. Biar jatuh. Biar luka. Aku harap kau tidak lupa. Kehidupan sementara. Aku punya impian. Tersimpan sekian lama. Saat kau dan aku mengenali erti rindu. Biar pun hari ini tidak lagi sama. Aku tidak pernah lagi ingin tuntut setiap tutur janji kau dulu. Kerana aku tahu, sampai masa, tepat ketika, betul caranya ... lengkap dalam izinNYA. Yang dua pasti menjadi satu. Tapi, jika hanya kita menginginkan ia berlaku tanpa izinNYA ... mimpi pasti akan jadi milik kita semula! Dan ketika itu ... tak perlu tangisi apa-apa lagi. Yang tertulis oleh DIA. Yang ditentukan oleh DIA. Baik semuanya buat kita! Senyum ... pasti kau tetap akan rasa bahagia biarpun aku tidak menjadi milikmu. Percayalah. Ia cuma satu perjalanan kehidupan ... untuk kita kenal erti rindu dan kasih manusia yang sementara!


Saat kau berikan aku sebuah lagu ... aku tersenyum! Ini bukan soal cinta. Juga bukan soal hati. Tapi aku lebih mementingkan persahabatan kita dari cinta yang terdampar sekian lama. Kehidupan aku bukan lagi sebuah lagu.


Aku masih bahagia hari ini. Semakin bahagia. Kerana kita saling melengkapi. Kerna kau masih di sisi saat aku lemah dan kecundang kerana kehidupan sementara. Kerna kau masih mampu memarahi setiap tindak tanduk ku yang cacat dan ngeri. Kerna kau masih mampu menjadi tongkat saat aku dilumpuhkan oleh mereka!


Aku doakan kau bahagia. Aku doakan impian kau tercapai. Aku doakan segala keindahan dan segala kebaikan menjadi milik kau. Agar kau tersenyum kembali! Percayalah ikatan yang Tuhan berikan buat aku ini ... tidak akan dan tidak pernah akan aku lupa. Selagi aku tidak nyanyuk dan ingatan dimamah usia.


Aku tidak pernah berpaling biarpun sekali .... dan kau pernah tahu tentang itu bukan?? Jika kau tidak mampu untuk menghargai, tapi aku harap kau tidak pernah akan lupa!!




CK : Tulisan semata ....

"Nak Baju Angry Bird!"

Assalamualaikum ...


Petang tadi saya ke SOGO, Jalan TAR dan Jalan Masjid India. Lokasi yang memang menjadi agenda utama sejak 5 tahun kebelakangan ini setiap kali tiba bulan puasa. Walaupun hari bekerja, masih ramai orang. Jalan tetap jammed. Hon sana sini. Bingit! Jalan tengok orang, nak makan pun masih belum time.


Kaki nie melangkah je. Membuntut orang yang kat depan. Jalan pun dengan langkah pendek. Hari ini bukan berjalan 10,000 langkah dah ... rasanya berpuluh-puluh ribu langkah. Naik turun SOGO. Jalan ulang alik dari Jalan TAR ke Jalan Masjid India. Mahu tercabutlah tumit kaki nie. Penat!


Dalam penat lalu kat bazaar Ramadhan di Jalan TAR, terjumpalah seorang ibu dengan anak kecil dia. Rasanya anak dia dalam umur 3-4 tahun camtu ... anak-anak zaman sekarangkan tak sama macam dulu. Bebas bersuara. Anak-anak dulu rela berdiam. Sebab takut. Atau mungkin sebab hormat! Dan atau mungkin dah diajar sebegitu.  Budak kecik tu demand t-shirt angry bird kat mama dia.



Saya pun teringin t-shirt nie ... cantiklah jugak! Boleh jugak buat pergi jogging ke ... heeeeeeee

"Mama ... mama .... nak baju angry bird. Nak baju angry bird!", sambil tarik-tarik tangan mama dia.  Banyak gerai yang jual macam-macam t-shirt. Cantik-cantik. Saya pandang je! Pandang gelagat anak kecil dengan mama dia. Untung! Memang untung. Kecil-kecil dah boleh demand. Boleh minta apa yang dia suka. Bestnya! 


Kalau saya dulu masa kecik, memang tak merasa nak demand bukan-bukan. Apa sahaja mak ayah beli itulah yang diterima dengan suka hati. Seronok bila dapat baju atau kasut baru. Jangan nak merepek bukan-bukan or nak mengada-ngada nak itu ini lebih-lebih. Baju raya and kasut raya pun sepasang je dapat. Alhamdulillah. Apapun masa tu tetap punya keinginan nak dapat baju dan kasut raya lebih dari sepasang. Cuma mak ayah tak mampu. Sekarang nie saya tengok anak-anak buah saya, baju and kasut raya sampai 3-4 pasang. Untung sungguh!


Zaman dah berubah. Tapi tak semua kita perlu berubah mengikut zaman. Kadangkala terlalu mengikut kehendak dan keinginan anak-anak pun akan merosakkan juga. Mak saya cakap, berpada-pada memanjakan anak. Kalau boleh biar mereka berdikari dan biar mereka merasa susah untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Jangan bila disebut, terus sediakan. Bila dah diajar begitu, risau hingga dewasa mereka hanya tahu meminta tanpa berusaha. Apapun terpulang pada diri masing-masing ... anak-anak acuan ibubapa! Orang sekeliling hanya penambah rasa sahaja! Fikir-fikirkanlah ....


Terima kasih baca sampai noktah yang terakhir! Bubye ... (",)




CK : Mungkin saya tak layak memberi nasihat tentang anak-anak, tapi saya memandang apa yang berada di sekeliling saya. Mungkin saya tidak merasai dan melaluinya ... tapi saya belajar dan mengambil iktibar daripadanya! Maaf jika ada yang tidak boleh terima ....



Thursday, August 18, 2011

Puasa Kecik - Kocik!

Assalamualaikum ...


Sedar tak sedar atau memang sedar ... hari ini dah 18 Ramadhan. Memasing dah masuk mood raya dalam diri rasanya. Ada yang siap bershopping untuk raya dah pun. Saya? Belum shopping apa-apa lagi. Setakat tempah 2 helai baju je. Sikit je? Ok itu je yang mampu setakat nie. Banyak lagi benda lain nak dibuat dengan duit imbuhan Kerajaan tu! Nasib baiklah tempah baju kurung baru RM35 sehelai  itupun kadang-kadang rasa ruginye tak belajar menjahit! Next plan ... Insya-Allah!


Bila dah dekat-dekat penghujung puasa nie, teringat zaman puasa masa kecik-kecik! Dulu, balik je dari sekolah sampai rumah terus tidur. Penat. Haus. Panas. Semua ada. Pergi balik sekolah naik "gherek". So, memang terbaiklah punya penat. Dengan sekolah jauh dari rumah. Berpeluh satu badan. Kalau iman tak kuat masa kecik tu ... memang sampai rumah terus teguk air!


Dulu belajar puasa masa umur 6 tahun, kadang penuh selebihnya tidak. Sama juga bila masuk darjah satu. Kadang puasa penuh dan selebihnya tidak! Bila dah meningkat 8 tahun dan seterusnya kebanyakan puasa adalah penuh. Tapi bila dah sampai umur tertentu tu ... for sure kena tinggal atas sebab-sebab anda perempuan. Seminggu tinggal puasa adalah perkara biasa bagi perempuan. huuuuuuuuuuuuuuuu!


Masa kecik dulu, ayah cakap "siapa tak puasa tak boleh makan bersama!". Huaaaahuaaaa. Kena duduk je kat tangga dalam rumah tu. Sebab rumah saya masa tu batu plus papan. Rumah atas rumah papan. So, ada tangga tempat lepak orang tak berpuasa. Nak tengok TV tak boleh ... time Maghrib. Kena hormat. Makanya duduklah kat tangga tu menongkat dagu dengan segelas air. Sadis je rasa time tuh. Kalau hari tu mak masak sedap .... telah air liur dululah! Lepas semua yang berpuasa makan. Barulah dapat makan. Mak pastinya akan simpan makanan untuk anak dia, cuma tak dapatlah rasa kemeriahan berbuka secara beramai.


Dulu disiplin ibubapa terhadap anak-anak memang ketat! Macam ayah saya yang amat tegas melampau kadang-kadang. Bulan puasa pun ketegasan dia tetap sama dengan bulan tak puasa. Kena rotan memang perkara biasa. Sebab degil! Biasalah budak-budak. Tapi takda pun nak call teledera ke apa? Sebab apa?? Dah tahu diri sendiri salah ... dan rotan tu bertujuan untuk mengajar! Kalau kena rotan kat sekolah janganlah sesuka ringan mulut nak mengadu kat mak ayah, silap haribulan dapat tambahan rotan lagi adalah! Takdanya ibubapa dulu nak serang cikgu sekolah and bersaman bagai! Tahu kenapa? Mak ayah hormat kerjaya guru dan tahu mereka buat macam tu sebab nak mengajar! Asal anak tak cedera plus cacat sudah! Alhamdulillah ... sebab pernah rasa peritnya kena rotan tu, jadi juga "orang"! 


Korang paham tak apa maksud jadi "orang"?? Orang tua-tua dulu selalu cakap, "jadi orang jugak budak nie, dulu masa kecik kecik bukan main nakal bukan main jahat lagi! tengok skang ni dah jadi doktor!". Ini contohlah ... maksudnya lebih kurang, orang tu ... berguna kepada keluarga, masyarakat, agama ... pada negara! Lebih kurang camtulah kot.


Okeh ... sambung cerita di bulan puasa plak, dah penghujung puasa selalu tolong mak buat kuih. Kalau masa umur tak cukup tu ... tolong plus rasa sekali. Sampai mak cakap ... "tak sempat rayalah kuih tu!". Mana taknye, mak buat kuih lepas berbuka puasa. Saya and abang memang tolonglah ... abang saya tu asal tolong je, siap makan lebih-lebih sekali. Memang tak sempat balang kuih raya penuh! Penuh dalam perut dia ajelah. Dulu mak rajin buat kuih samperit dengan kuih buah jambu inti kacang! Ini memang peberet satu familylah. Sekarang? Dah tak merasa semua kuih tu lagi.


Dulu-dulu kuih cun bercoklat macam nie memang takda! Ihsan gambar dari Mr. Google


Malam-malam pulak dah penghujung puasa. Siap beli pelita kecik ... pakukan dekat kayu. Sebelum berbuka tu isi minyak tanah siap-siap. Then pacak depan rumah! Meriah. Lepas Maghrib tu semua bersantai luar rumah. Main bunga api dan mercun katak. Dalam garang-garang ayah tu, baik lagi siap belikan bunga api kat anak-anak dia. Memang main dengan pengawasan orang dewasalah. So ... takdelah jadi pape. Ayah akan pantau ... dan kadang-kadang dia tolong cucuh bunga api sekali. Erghhhh rindunya time tuh!!



Upin Ipin dulu-dulu pun takda ....heeeeee



Time dah dewasa cenggini, memang teringat sangat zaman kecik. Makan sahur dan berbuka dengan mak ayah, abang and adik-adik. Macam-macam hal. Tapi sebab ayah tu tegas plus garang macam-macam hal anak-anak agak terkawal. Sekarang nie, zaman tu dah berlalu. Takda lagi suara kami adik beradik riuh rendah beramai. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Tapi Alhamdulillah ... kami masih rapat!


Tahun nie, abang saya tak raya pertama kat kampung, raya kat rumah abang ipar dia dulu sebab SIL saya anak yatim piatu. Cuma ada abang-abang je yang jaga dia. Adik saya pula raya rumah MIL dia. Tinggallah saya dengan yang bongsu, mak dan ayah. Sunyilah jawabnya!



Okeylah nanti kita sambung lagi. Idea menulis makin lama makin kering pulak rasanya. Nak kuar pergi cari idea jap. Terima kasih ye baca sampai noktah terakhir! (",) ... bubye!




CK : Nasib baik E5 dah pulih ... kalau tak mahu nangis guling2!!

Wednesday, August 17, 2011

Perancangan Persiapan Raya!

Assalamualaikum ...



Last entry saya dah bagi hint nak kongsi perkara yang selalu saya buat menjelang raya. Sejak berdikari dan mengendalikan hampir 90% kehidupan sendiri, setiap perkara akan saya rancang. Berjaya capai atau tidak, terpulang pada ketentuanNya. Hak manusia adalah USAHA!.


Hari ini dah hari ke 17 kita berpuasa. 17 Ramadhan. Ada lebih kurang 2 minggu lagi kita akan sambut Hari Raya Aidilfitri. Perancangan persiapan raya adalah wajib biarkan saya adalah anak bujang. So, bagi memastikan tiada yang tercicir ... saya buat mind mapping untuk persiapan raya!.


Ingat zaman belajar je ke ada mind map? Nak raya pun boleh buat mind map ok! Kalau setakat nak fikir dan simpan dalam kepala ... berapa lama sangat boleh ingat? Terlanggar batu ... mungkin akan ada satu dua benda yang terus buat kita lupa. Tak ke susah macam tu ...





Selalunya saya akan buat mind map macam kat atas. Kalau nak buat senarai macam karangan kang ... tak larat pulak nak baca. So, perancangan persiapan ini telah disimplekan sebaik mungkin. Yang saya senarai adalah perkara wajib bagi saya and mak ayah. Disebabkan masih menjaga diri sendiri, so item dia memang tak banyak. Ada pun 7 item je. Tapi bagi yang dah bekeluarga tu bolehlah tambah ... untuk anak-anak sekali. Balik kampung tu mungkin kena buat senarai 2 kampung ... family sendiri dengan family mertua.


Sejak saya dah kerja, memang saya tak bagi mak buat kuih. Lebih rela tempah. Dan tak suka beli yang main tunjuk-tunjuk tu. Nak buat sendiri? Memang tak pandai. Bab buat kuih muih untuk raya memang saya agak gagal. Macam biasa mak akan pesan ... "jangan tempah kuih banyak-banyak!". So, every year akan tempat 3-4 jenis sahaja. Bajet kuih akan habis pada hari raya kedua. Kalau tak nak kena bawa balik Putrajaya pulak. Satu hal plak ...


Itu ajelah saya nak share ngan korang pun ... he he he. Moga boleh digunakan korang juga. Manatau teknik list raya nie lebih mudah dan senang untuk faham serta ingat. Ye dak??


Oklah nak cau cin cau dulu. Bubye ... terima kasih baca! (>"<)




CK : HP kena air ... screen terus gelap! erghhhh duga kesabaran betul. Pleaselah jangan buat hal.

Tuesday, August 16, 2011

Terbabas ...

Assalamualaikum ...


Kepenatan. Semalam balik lambat sebab pergi beli barangan dapur. Beras dah habis. Kemudian pergi cari barang-barang yang dijanjikan untuk orang lain. Janji perlu ditunaikan. Sampai melanggar sempadan negerilah mencari. Berbuka puasa pun dengan twister grape dalam kereta. Semalam juga saya dah beli sarang buat karipap besar. 4-5 hari ini asyik berangan nak buat karipap ala IKEA! Cari sejak minggu lepas lagi. Tapi asyik lupa memanjang. Rasa macam makan semut api je bila dah kerap sangat lupa. haisssh!


Mata saya masih mengantuk ketika nie. Boleh ke macam tu? Sedangkan dah cukup time kena pergi kerja. Pagi tadi memang terbabas sahur. Kesian untuk diri sendiri. Nasib baik lepas minum twister semalam dah niat puasa hari ini. Kalau tak ... dah buat nasi goreng USA bekal pergi kerja! he he he.


Semalam lepas berbuka dengan twister grape ... lepak dalam kereta sekejap sebab penat berjalan. Kemudian menghala ke KFC sebab nak redeem kupon hot ticket Maxis! Asyik mengumpul, nak dibuang sayang. Kebetulan memang semuanya terkumpul dalam kereta ... bolehlah ditukar ganti dengan 2 ketul ayam. Oh! lupa ... semalam juga saya makan malam dengan si Lavender. Lavender lagi ... sian dia sebab selsema. Batuk dan berhingusan katanya. Suara pun dah lain benau rasanya. Ala-ala penyanyi Ella dah! Ayam 2 ketul tu kongsi sorang satu ... mesralah sikit kongsi-kongsi! he he he


Galak sangat kumpul hot ticket skang nie ...


Gigih saya menukar hot ticket semalam di KFC! Geram dekat satu India perempuan main sedap je potong line! Hampeh ... nasib baik bulan puasa, mood saya baik. Agak-agaklah saya sampai dulu selamba je dia potong. Tahulah itu kampung halaman kau ... tak perlulah tak beretika sangat! huh ... geram-geram! Geram dalam hati je lah!


Oklah nak tata dah sekarang! Nak gerak pergi kerja ... nanti kita sambung lagi! Tapi sebelum tu nak bagi special thanks buat pengunjung belog kedaung nie, sebab koranglah belog nie dah cecah 1000 UV seminggu! Teruja ahkak okey ... 1st time nie! Kembang-kembang hidung walaupun bloggers lain sikit pun tak heran  UV kecik camnie ... he he he!



Kerana pembaca ... BIG thanks!
Nanti saya update lagi pasal planning untuk persiapan raya saya. Mungkin ada perkara yang boleh di kongsi dengan korang semua. Merancang untuk pastikan tiada yang tercicir atau yang tidak tersenarai dalam list! Mana tau cara yang saya guna turut berguna untuk korang nanti. Yang tu lain entry kita cerita ... yang pasti sebelum raya kita kongsi ye!


Bubye ... terima kasih baca! (",)




CK : Sempat update sambil tunggu masa dijemput ... he he he

Monday, August 15, 2011

Memang Heavenlah!!

Assalamualaikum ...


Heaven! Semalam dapat berbuka puasa kami 4 adik beradik ... dengan abang dan 2 orang adik saya.  Berkampung kat rumah abang. Awal-awal lagi saya dah calling-calling dengan abang tercinta *abang pun sorang je yg ada ... itulah racun, itulah penawar*. Riuh rendah satu rumah dengan suara dan gelagat anak buah. Itu baru 5 orang ... lepas raya akan tambah lagi sorang!.


Semalam abang masak ... biasalah kalau pergi beramai, memang abang yang masak! Memang masakan dia the bestlah berbanding adik-adik perempuan dia. Lagi best kalau dia masak tak perlu tolong. Bukan pemalas ye ... tapi abang lebih selesa buat kerja di dapur sorang-sorang. Kalau tolong pun mungkin setakat potong-potong je. Selalunya part potong ni saya dan SIL je yang buat. Tapi semalam hanya SIL and abang je kat dapur ... everthing dah hampir siap. Tunggu masa berbuka, Bismillah dan ngap!


Menu semalam memang buat saya berbuka sampai muncet! Terus lupa hasrat nak berbuka dengan hanya makan kurma dan minum air suam. Abang punya pasal. Masak memang terbaiklah ... belum time berbuka aroma dah penuh satu rumah. Buat perut jadi lapar je. Menahan tutup hidung kang ada yang terbabas puasa. he he he.


Heroin and Hero! Dini and Danny


Sebelum berbuka ... PERANG dulu! Macam-macam hal ... macam nak ke medan perang dah anak-anak buah saya nie. Ini 10 minit sebelum time berbuka, memang jenuhlah jerit-jerit suruh berhenti main. Yang berlari sana sini. Nasib baik abang and kakak dah besar-besar. Kalau tak lagi riuh jawabnya. Ini pun abang tak masuk sekali ... si kakak sibuk layan lappy. Kononnya layan VC Hazama. Eeeey darjah 2 dah layan youtube Hazama .... pleaseeeelah! Geli ok pergi layan artis camtu! Saya tak berapa suka anak-anak buah saya layan sangat artis-artis nie, sebab saya sendiri tak berapa minat. Kadang-kadang dorang bab artis lagi advance. Itu baru sekolah rendah. Kalau sekolah menengah esok camne plak???!!?


Ramai! Jadi semua wajib makan kat lantai berlapik suratkhabar ajelah. Kerusi meja boleh muat 6 orang je. 
Kang ada pulak yang terdampar depan TV.


Menu semalam memang berlambak. NAFSU! Menu utama masak sendiri. Kuih muih semuanya beli.  Abang masak nasi daging, ayam masak merah, kerabu Arab dan acar timun beryogurt! Acar timun beryogurt dengan ayam masak merah memang terbaik! Siap minta resepi masa tengah makan lagi. Nasi daging tak sempat nak snap gambar. Azan Maghrib je .... terus anak buah saya baca doa, Bismillah dan ngap ramai-ramai. Lupa terus pasal nak ambil gambar. Memang heavenlah! Saat-saat terindah ... 


Kuih muih yang dibeli ... tepung pelita *best giles!*, murtabak double *sedap!*, big samosa *terbaik!*, roti john Unan *terfemes di Putrajaya*, pulut panggang *tak sempat sentuh langsung*. Alhamdulillah kenyang. Masing-masing tersandar. Jam 8.00pm baru masing-masing ambil port solat Maghrib! Saya rasa macam dah tak boleh sujud dah. Perut penuh ... rasa macam nak jadi ular sawa kenyang. Mula nak berlingkar je.


Seronok berbuka puasa dengan adik beradik beramai. Bukan selalu dapat macam nie. Bila dah duduk beramai macam-macam hallah yang dibincang. Dan bila duduk beramai ... saya mula teringat pesan mak kat saya dulu ....



"Jaga Abang dengan adik-adik ... apapun jadi jangan nak berpecah!. Adik beradik tak ramai, 4 orang ini aje. Ini anugerah yang Allah beri!".



Disebabkan saya nie anak kedua dan paling lama tinggal dengan mak ayah dulu, so macam-macam pesan yang saya dapat dari mak ayah. Berbanding dengan 2 orang adik perempuan saya ... saya lebih rapat dengan abang. Lagipun dia yang jaga saya sepanjang saya tinggal di KL. Walaupun jarang nak bersembang sebab dia sibuk ... apa-apa hal pesan mak, saya akan dahulukan abang dalam hidup saya. Sejak kecil lagi memang macam tu. Tapi saya tetap sayang adik-adik perempuan yang berdua nie. Apa permintaan mereka, saya cuba penuhi mana yang mampu. 



Kerisauan agak berkurangan bila adik sulung saya dah ada yang jaga dan adik bongsu saya pun akan ikut jejak yang sama. Alhamdulillah. Moga bahagialah mereka dunia dah akhirat. Adik bongsu saya tu harap-harap berubah dan menjadi lebih rajin buat kerja rumah bila dah kahwin. Amin ... moga Allah perkenanlah doa saya di bulan Mulia nie.


Oklah ... nak siap-siap pergi kerja. Dari bangun sahur tadi, siapkan kerja office dan update belog. Kat office memang tak mampu layan belog dah. Sampai juga lagi ya.


Tata ... terima kasih baca sampai noktah yang terakhir! (",)




CK : Isnin .... jangan gatal-gatal nak Monday moody! Bukan ke hari nie imbuhan dah dapat????!!! yeeeeaaaah. Alhamdulillah ...