Thursday, July 12, 2012

BUSUK HATI

Assalamualaikum ...









Aku tak faham kenapa perlu ada sifat busuk hati bagi sesetengah manusia
Usik orang sana usik orang sini
Laga orang sana laga orang sini
Sebar fitnah sana sebar fitnah sini
Buat tohmahan itu ini
Sampaikan manusia lain yang tak guna hati dan akal mempercayainya!


Aku sedih sangat
Manusia yang buat semua nie dah tua pun
Rumah kata pergi kubur kata mari
Tapi si tua nie masih lagi nak melaga-lagakan semua orang yang ada
Kali ini menimbulkan kemarahan dan kebencian orang sekeliling
Kemudian, buat kesilapan dan melemparkan tuduhan kepada manusia lain
Ibarat, kentut dalam bas diam seribu kata ...
Kenapa ya? Kenapa mesti kentut dalam bas ... dan ketika itu hujan lebat pula dengan penumpang yang ramai
Kenapa keji sangat kentut dalam bas??? Kenapa ya!! Ibaratnya begitulah.


Aku pelik sangat
Dah tua-tua masih nak kejar pangkat, nama dan wang
Siap perturunkan ilmu pada anak buah yang 'yes boss!'
Kecewa aku, bangsa aku sendiri ... tapi menikam bangsa sendiri
Sedih sangat, satu agama dengan aku ... tapi mempunyai niat hati yang tidak jujur
Sembahyang tonggeng terbalik ... kenapa hati masih kotor??
Aku tak cakap aku rajin sembahyang ... ada masa culas jua
Aku tidak cakap hati aku bersih dan suci ..
Tapi aku tak usik sempadan orang. Ngerti kamuuuu???


Aku ingat ... bila usia meniti tua, kematangan penuh di minda, akal dan hati
Rupanya tidak, makin tua makin menjadi sifat keji
Makin menjadi agenda tersendiri ... agenda busuk hati!


Hati aku sakit
Aku cuba sabar dengan apa yang terjadi
Aku rasa jijik memandang wajah si tua keji
Tapi, aku terpaksa memandang ... terpaksa bermakna takda rasa ikhlas di hati


Tuhan,
Si tua yang satu ... punyai hati yang busuk
Dan menghancurkan keriangan milik kami
Tuhan,
Dia cuma seorang ... busuk hatinya menghancurkan kami semua
Kami mula berlaga-laga sesama sendir
Dan si tua mulai suka ...


Tuhan,
Aku mohon ... keluarkan si tua ini dari sini
Seberapa segera ... sesegera yang mungkin!!
Jika tidak, berikanlah dia hidayah
Moga dia sedar ... banyak yang salah
Banyak keji yang membuatkan kami sesak dada ... dan semakin hari semakin benci memandang dia


Tuhan ...
Aku mohon ... 
Bijakkanlah dan waraskanlah mereka ini serta bersihkanlah hati mereka dari segala benda yang keji! 
Amin ...







CK : Kalau boleh aku teringin nak pelempang kau ... itu sahaja!!

7 comments:

  1. sabar ye,biasa lah tu manusia.mmg x leh tgk org senang.

    ReplyDelete
  2. CK,

    Saya merasa terpanggil untuk bagi komen, buat masa ini bersabar dan berdoa.

    Dalam hidup ni mmg ramai orang yang busuk hati....mereka sentiasa sakit hati tengok orang bahgia dan senang hati...saya sendiri dah terkena dengan rakan pejabat last week masa di Langkawi....

    Umur saya pun dah byk.....kawan saya tu pomppuan dah nak pencen lagi 3 bulan pun masih busuk hati....mereka ni lupa pasal dunia dan akhirat....dah pergi haji dan umrah pun masih tk sedar diri....begitulah adat dunia jika mereka lupa pasal akhirat....

    Saya selalu pesan pada kawan saya ni....kakak " ni semua dunia sahaja"....tp dia masih tidak faham.

    Sekali lagi bykakn bersabar dan berdoa....berlapang hati. Insyallah.

    Begitulah cabaran hidup kita setiap hati.....kita tak kacau orang....tp akan ada orang kacau kita

    ReplyDelete
  3. kena sabar byk2 alahai apalah yg bestnya berdengki2 ni.

    ReplyDelete
  4. kena sabar byk2 alahai apalah yg bestnya berdengki2 ni.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!