Monday, July 2, 2012

SETELAH GENAP 3 BULAN BERDIET ATKINS

Assalamualaikum ...





Hari Sabtu baru nie, 30 June ... genap 3 bulan aku berdiet atkins. 3 bulan dan hanya mampu turun 8kg sahaja. ermmmm target nak capai 55kg sehingga akhir June tinggal angan-angan. Aku hanya statik pada 57kg!! Adus ... sedih kat situ.


Tapi takpe, fasa seterusnya akan aku jayakan sebaik mungkin. Insya Allah. Namun, setelah genap 3 bulan aku diet, petang Sabtu my adik sms ajak makan laksa! Laksa??? Memang peberet maka aku pantang untuk menolak sama sekali. Kalau tolak rezeki, rugilahkan!!!


Bukan sepinggan, tapi 2 pinggan aku belasah makan laksa. Karbo tu!! Tapi bila fikir, dah 3 bulan aku berdiet, apa salahnye aku cheeeeat sehebat mungkinkan untuk satu atau 2 hari je. Lepas tu aku akan start atkins dengan riang ria semula serta dengan disiplin yang sebaik mungkin. Insya Allah!!


Pestime adik aku buat laksa. Semua okey cuma kurang pedas je. Lain-lain semua ok je!! Memang rezeki dan amat mengenyangkan. Alhamdulillah ...



Korang pagi2 jangan dok terliur plak tengok laksa nie ... untuk jamu mata semata-mata!!





CK :  Tengah cari tarikh sesuai untuk start atkins fasa seterusnya!!

6 comments:

  1. akak diet camne???hebat lahh turun 8 kg

    ReplyDelete
  2. @mizz miaizzati akak try atkins diet ... cer join kelab diet atkins dekat FB

    ReplyDelete
  3. nyammmiiii... dni suka laksa penang... tetambah yang pedas menyengat hehe

    ReplyDelete
  4. kalau dapat turun sampai 8 kilo tu kira ok la tu kak. nani pun dah lama cheat sebenarnya. tapi alhamdulillah tak naik sangat. statik lagi 55. harap2 bulan puasa ni boleh turun lagi.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!