Assalamualaikum ...
Nak kongsi sesuatu yang menarik hati aku bila membaca. Jadi, aku nak share dengan korang semua. Sila baca dan ambil dari sudut yang positif. Aku bukan setakat baca artikel yang disiarkan oleh penulis ini, tetapi juga segala komen dari pembaca.
Ada yang berterima kasih kepada penulis kerana menulis dan memberikan pendapat yang aku rasa amat baik diamalkan oleh setiap wanita yang bernama isteri. Seperti aku cakap tadi, sila baca dan ambil dari sudut yang positif. Apa yang ditulis oleh penulis ini adalah sesuatu yang bermakna dan jika diamalkan Insya-Allah, ia akan memberikan kesejahteraan kepada rumahtangga jika si pelakunya ikhlas melakukannya!
Tetapi tidak kurang juga ada komen-komen dari wanita bernama isteri yang melenting kerana artikel berkenaan, emosi menebal .... dan rasa seolah artikel berkenaan menganiayai wanita. Terpulang pada diri masing-masing! Kalau kita fikirkan ia negetif, maka yang negetif juga akan hadir dalam hidup kita. Tetapi jika sentiasa ikhlas dan berfikiran positif, Insya-Allah rasa positif serta kebahagiaan juga akan menyeliputi seluruh kehidupan kita.
Namun, jika kita melakukan kebaikan ini dan berlaku sebaliknya, anggaplah ia satu ujian kepada kita kerana kita adalah hamba! Sekurang-kurangnya kita telah melakukan sesuatu dan menghargai sesuatu dengan baik dan sesempurna mungkin (macam aku dulu ... telah hargai sebaiknya, tetapi dia tetap memilih yang lain, sekurang-kurangnya tiada kesalan kat hati aku. Cuma dia tak henti-henti luahkan rasa sesal kerana berpaling. Jodoh dah tiada, dan mungkin jalan takdir Allah begitu, jadi sebagai hamba terima sahaja ... sebak juga, kecewa teramat .... tapi aku sentiasa percaya "masa akan menjadi penawar segala duka!" .....)
Isteri cantik tetapi tetap diceraikan .... korang bacalah sendiri, dan ambil yang baik-baik sahaja. Binalah rumahtangga yang bahagia bermula dari diri kita! Berusahalah ke arah kebaikan, bukan sahaja untuk diri sendiri tapi jua untuk mereka yang berada di sekeliling kita. Terima kasih kepada Hamka Kereta Mayat kerana berkongsi pendapat yang baik ini kerana aku memandangkan dari sudut yang positif, kalau aku emosi juga ... pastinya aku merasai berat sebelah dalam peranan suami dan isteri. Apapun, aku tak boleh komen lebih ... sebab belum ijabkabul lagi. Nanti ramai yang cakap, "ko mana tahu, kahwin pun belum ....!!". Jadi bukalah minda sendiri ya, kalau rasa nak ambil baik, maka baiklah jadinya dan begitulah sebaliknya :=)
****************************************************
(Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang
cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik..soalan yang tak sabar
aku nak jawab)
Soalan pembaca:
Salam,
Terima kasih kerana masih ada lelaki seperti saudara
yang menulis blog kereta mayat yang banyak membari nasihat membina disamping
buat saye tergelak. Malam ini tiba tiba ada kemuskilan di hati saya yang
membuat saye tergerak hati untuk meminta sedikit pandangan dari encik Hamka.
Soalan saya, kenapa ada suami yang sanggup ceraikan
isteri yang cantik, dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik, sebagai
contoh pelakon Awiie, bini bukan main cantik, tapi cerai dan kahwin dengan bini
baru yang kurang cantik, sama jugak macam pengacara AC Mizal, bini pramugari,
tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, terbaru, Ustaz
Akhilhai, tinggalkan bini cantik, dan kahwin dengan wahida
wassini yang kurang cantik dari bini pertama, soalan saya, bukankah lelaki
memilih kecantikan?, tapi kenapa ada suami yang cerai isteri cantik dan kahwin
dengan perempuan yang kurang cantik.
Nampaknya, teori mengatakan lelaki memilih perempuan
cantik tidak benar, dan apa pendapat Encik Hamka tentang perkara ini, wah, rasa
bangga gila dapat tanya soalan kepada Encik Hamka.
**********************************
Hamka keretamayat jawab:
Banyak soalan yang belum aku jawab, tapi soalan ini
buat aku tak sabar nak jawab, ha ha ha!
Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang
cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik? Hmmmmm...
Aku tak tahu apa masalah Awie, AC mizal atau
Ustaz-Akhilehay bercerai dengan bini pertama yang cantik dan berkahwin dengan
bini baru yang cantik jugak, tapi tidaklah secantik yang pertama, aku tak tahu,
sebab artis bila di tanya kenapa bercerai? Jawapan mereka: “sudah tiada jodoh”
Sungguh betul jawapan mereka dan tak perlu kita nak
korek lebih lebih. Tutup aib orang tu adalah sifat orang islam yang bertakwa.
Amin.
Baik, balik pada topik, dulu.., aku sebagai
lelaki, juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas aku
dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang bukan artis tapi
kahwin bini lawa macam artis dan akhirnya bercerai macam artis dan kahwin
dengan bini baru yang kurang cantik macam bini artis yang bercerai tu dan bila
di tanya kenapa bercerai pada kawan aku yang bukan artis tapi jawab macam
artis, iaitu sudah tiada jodoh dan mahu bini baru yang beriman sambil menjawab
macam artis.. (aku sudah lost di sini-okey?)
Kat mana tadi?
Baik, dulu aku juga jenis pantang bila terpandang
wanita cantik, tapi lepas aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak
member aku yang kahwin bini lawa tapi bercerai, dan kahwin bini baru yang
kurang cantik, dan sebab mereka member aku, maka aku telah tanya secara serkap
jarang dan bahang gambang, akhirnya aku dapat kesimpulan kenapa mereka bercerai
walaupun bini lawa dan bila dikaitkan dengan Hadith Nabi, maka bertambah
yakinlah aku akan kebenaran hakikat ini.
Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau
perasan cantik!
Terdapat dua
perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di
anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.
Pertama: Sila teman suami waktu
makan. Tolong!
Kedua:
Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha(ganti
balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!
Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli
barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja.
Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat
kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur
dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada,
jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!
Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama
syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.
Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah
sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat
besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!
Aku dah rujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, ,
setelah aku selidik, hmmm, terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah:
selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi
suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri
berbanding suami yang selalu di teman isteri.
Puan Puan sekalian, kewajipan isteri bukan memasak,
anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika
tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda
akan mudah bergaduh dengan anda, dan bercerai-naduzubillah.
Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan
menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para
nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang
makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang
ceraikan korang talak lapan...jangan!
Korang bini orang semua ni masih ingat lagi tak?,
perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal
perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri
setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri
mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur
bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana
bercampur air mata dan air kecing syaitan!
Apa lagi nak di kata?
Aku ada kenal seorang pakcik yang mana bininya huduh,
mulut leser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup
dengannya sampailah bini beliau meninggal awal tahun lepas, selepas di korek
rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab
bekas suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri,
sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku makan
sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur hidup.
Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik
sekalian.
Ini adalah serius, wahai semua isteri diluar sana,
tolonglah menemani suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di waktu makan,
bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika lemah iman, boleh juga bercerita
tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap nasi,
membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami mencari teman di
luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi bergelora. Tolong jangan biarkan
suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah tangga di kacau syaitan.
Baik, itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur.
Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja,
mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami
mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga.
Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan
bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat
sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak
bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak.
Argh, tak perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua
faham sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah
tangga.
Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata
puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening
kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah
pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata:
“Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening,
sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”
InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan
fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.
Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang
belum kahwin baca bab ni,
Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari
Hamka keretamayat ini baik baik:
“Apa guna berbini cantik,
Bila makan tidak meneman,
Apa guna isteri romantik
Jika selalu mengelak di ranjang”
Woha!
Ps:
InsyAllah, isteri yang melayan suami makan dan tidur dengan baik, suami akan
fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai. InsyAllah. Semoga bini
aku dan semua bini orang dapat amal apa yang aku sampaikan. Chow!
Pps: Buku aku ada banyak lagi info berguna untuk laki bini...
Pps: Buku aku ada banyak lagi info berguna untuk laki bini...
**************************
Isteri suka dipuji suami,
Suami, pujilah isteri anda sebelum orang lain yang memuji dia
Isteri juga seperti suami suka ditemani dan dimanja
Suami, temanilah dan manjakan isteri anda sebelum ornag lain melakukannya!
Senang cakap, saling hargai menghargai antara satu sama lain seadanya :=)
Apa komen korang? Apa yang korang fikir .... positif atau negetif??
CK : Sedang cuba perbaiki diri dalam apa jua ...
walaupun belom kawen, tapi pada fikiran kite, ini memang satu pesanan yang amat baik...
ReplyDeleteyeas! saling menghargai :)
ReplyDeletemenarik!!!wlupn xkwin lg..sy xprnh tau pun info yg no 1 tu penting!!!almaklumla..mentah lagi..hehehehehe..nk mnta izin ltk dlm blog sy,jgn risau,sy akn ltk nm akk..nk abdikan mklumt ni ngn org lain..blhkn akk..akk blh msuk tgk blog sy,klu akk xizinkn,sy akn delete dgn pntsnya..:)
ReplyDeleteMenarik, now I realize y he's so attached with me. Walaupun kami tinggal berjauha, tapi bila berjumpa, makan tetap bersama. As bonus, siap bersuap lagi, even though anak dah besar panjang.
ReplyDelete