Rasanya aku dah lama juga tak share recipe kat sini. Bukan recipe aku, tapi recipe blogger masakan yang aku cuba. Kali ini aku cuba buat snack yang simple tapi sedap! Sangat sesuai untuk kanak-kanak. Kalau mak bapak kanak-kanak lagi suka aku rasa sampai berebut!
Pagi semalam, tinggal sensorang ... adik aku pi kelas. Mak ayah pun dah fly balik Kedah. Walau tinggal sensorang perut sentiasa lapar dan celik mata je minta diisi. Belek-belek fridge nampak tauhu yang si teman beli hari Jumaat baru nie ada lagi 2 ketui. Elok lagi. Nak buat apelah? Tinggal dapur sekejap terus pi on lappy, ingat nak buatlah entry autopublish, idea plak tak datang!
Sekali terjebak singgah dekat belog Dapur Ibundo. Melepeklah dekat belog tu lelama ... godek sana godek sini, then terjumpa resepi Ayam Merindu yang guna tauhu! Apa lagi dengan pantas aku meniru recipe berkenaan. Memang puehhatilah recipe nie, simple tapi sedap. Sesuai buat untuk minum petang aku rasa. Eh, tak kisahlah pagi ke ... petang ke ... malam pun ok jugak kot. he he he
Nama recipe nie menarik je ... aku tak pastilah Ibundo nie rindu kat sapolah yoooo! Curi sketlah rasa rindu tu. he he he. Jom kite belek recipe yang aku dah cuba nie. Untuk Ibundo terime kasih bebanyak sebab share recipe nie. Sedap tau, minta halal ye recipe berkenaan :=)
Ayam merindu yang dah siap dikepal bujur ... tapi belum kukus lagi! |
RESEPI : AYAM MERINDU
RESEPI ASAL : DAPUR IBUNDO
CUBAAN : CIK KAMOO
Bahan:
200 gm daging ayam di kisar halus (boleh guna ayam kisar ramli kalau malas nak kisar sendiri)
2 keping tahu dihancurkan halus
1 biji bawang besar bersaiz sederhana didadu halus
segenggam daun saderi dan daun bawang yang telah dihiris halus
1 sudu besar serbuk stok ayam knorr
1 sudu besar lada hitam ajishio
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
sedikit garam
bahan salut: - yang ini aku tak buat ... telur dan nestum dah habis. Telur cukup2 ada sebiji je pun.
1 biji telur dikocok
1 cawan nestum dikisar
Baru diangkat dari kuali |
Cara membuatnya ;
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata. Bentukkan melonjong
- Susun di dalam kukusan dan kukus selama lebih kurang 10 minit.
- Keluarkan dari kukusan dan panaskan sedikit minyak dalam kuali leper tidak melekat.
- Golekkan satu persatu di dalam telur dan salutkan dengan nestum. Goreng sebentar sehingga kekuningan.
Lagi sedap kalau aku dapat cicah ayam merindu nie dengan sos. Tapi sos yang kurang carbo takde kat rumah. So, aku macam saja je. Dengan 2 ketul tauhu aku dapat dalam 20 ketui ayam merindu nie. Kena 5 ketui dah rasa kenyanglah sangat. Alhamdulillah ....
Aku rasa korang patut cuba, anak-anak pasti suka. Lagipun recipe nie sangat mudah disediakan dan berkhasiat. Aku ambil masa dalam 30 minit untuk siapkan. Boleh dikirakan cepat jugalah. Kalau dalam 30 minit boleh dapat 20 ketui ... kira cukuplah untuk satu family yang ada dalam 4 orangkan. Sorang 5 ketui. Oklah tu ... ye dak??
Bulan puasa nie ... kena fikir menu apa yang sesuai untuk atkins!!
CK : Kembali ke landasan Atkins ....
Salam kenal.
ReplyDeleteSedapnya.
nmpk mcm vadeh.sedapnyaaaa~
ReplyDeletemesti cuba! :D
ReplyDelete