Baru nak cerita pasai aktiviti semalam hingga buat aku kepenatan. Setelah 8 hari berpuasa, barulah aku masuk dapur. Asyik berbuka dengan juadah dekat Pasar Ramadhan je ... kalau masak pun dekat kampung masa aku balik hari tu. Dok umah sendiri belum start masak pun lagi. Aku kena kerja, so ... kenalah beli juadah tunjuk-tunjuk je. Hati nie dah teringin nak makan sup, tomyam dan menu-menu air tangan sendiri. Tapi apakan daya, kerja punya pasal ... relakan hati menjamah menu di pasar ramadhan. Alhamdulillah, ada gak rezeki!
Semalam, aku berligat dekat dapur menyiapkan tempahan roti jala. Dekat 100 keping jugalah aku menjala. Masuk dapur start kul 11am sampai 2.30 petang baru siap. Letih kaki berdiri menjala roti nie. Sakit tak hengat. Tapi orang dah nak dan memandangkan aku takde aktiviti pape ... terima ajelah tempahan tu. Aku terima tempahan roti jala tanpa kari. Kari dorang wat sendiri. Ada roti jala lebih aku sedekahlah dekat adik aku and kengkawan. Yang dorang nie aku wat kari sekali. So tak banyaklah kari nak kena masak. Ayam 1/4 pun dah cukup!
Aku buat roti jala 3 colour. Sebab ada satu botol muncung tiga tu aku baru je beli dekat Bangi Seksyen 7. Satu beli dekat Daiso dan 1 lagi beli melalui pos. Beli pos sebab masa tu dah cari merata takde plak juai botol muncung 3 nie. So kenalah beli yang pos punya. Aku beli yang pos 2 botol, satu aku kasi mak aku.
Walaupun dekat rumah, kebersihan perlu diutamakan. Siap bersarung tangan plastik lagi. Si teman dah pesan siap-siap, kalau nak terima apa-apa tempahan makanan ... kena jaga kebersihan lebih-lebih lagi. Extravaganza!!! Bukan bermakna kalau masak makan sendiri tak jaga kebersihan, kebersihan tetap diutamakan cumanya bila kita nak bagi orang lain makan ... kenalah pakai sarung tangan cam dalam gambar tu.
Inilah hasilnya yang mampu aku jala sepenuh hati. Penuh sebekas. Lepas siap-siap menjala baru aku buat kari seperiuk kecik. Kari nie untuk diagih-agih dekat adik and member aku. Kat dorang takkanlah nak bagi roti jala je kan. Yang order nie nak roti je, kari dia buat sendiri. Lagi baik camtu, time-time puasa nie nak masak kari yang diorder kang rasa dia tak semenggah plak ;=)
Susun cantik-cantik, lepas tu startlah hantar. Free delivery! he he he. Komen dorang tak tahulah camne. Aku tetap guna resepi yang sama cam tempahan sebelum nie. Takde lebih takde kurang. Buat roti jala nie best, tapi yang penat ...... kaki! Asyik berdiri je. Lepas nie kalau ada yang tempah, aku nak ambil satu colour je, buat dua colour nie kerja jadi lambat. he he he
Hari nie aku ingat nak pergi kerja jap lagi, pastu nak berbuka puasa kat rumah adik aku. Balik dari office nak masak ayam bakar halia dengan udang masak tempoyak. Kang adik aku tak yah masak lagi dah. Pergi bawa makan sendiri je, sian adik aku dengan nak jaga anak bagai ... menyusahkanlah plak.
Untuk petang nie nak berbuka puasa, korang nak masak apa ye?? share le ... ;=)
CK : Lepas pencen nie leh le aku niaga kuih ... he he he
Wahhhh cantiknya roti jala dia buat, syg kot klu nak mkn, boleh laa try cam ni, erkk botol tu memg khas tuk buat roti jala kerr.??
ReplyDeletemenu ptg ni, cik mama nak buat popia goreng berlada..
@Cik mama taklah, botol tu botol mayo and sos kot rasanye ... pelbagaikan guna ... hehehe.
ReplyDeletekite borong 6 botol sekalii gus masa gi daiso sapporo. susah nak jumpa kat tempat lain melainkan daiso
ReplyDeleteya Allah, cantiknya! ni idea untuk dni buat roti jala nih.. nak try lah wat kalerful :D
ReplyDelete1st time tgk roti jala 2warna. siyes syg nk makan tersusun elok pulak tu..hihi
ReplyDelete@Nuwairani Ismail itulah, mula2 beli dulu kat daiso ... pastu order online. pastu pi seksyen 7 bangi ada satu kedai kelengkapan alat dpur pun jual., beli lagi
ReplyDelete@Ardini Humaira jala dni jangan tak jala. nti share ngan akak oke
ReplyDelete@dak eina warna2 pun kena makan gak nie ... dah ngap takde sayang dah.hahahah
ReplyDeletecantiknya kueh jala dye.
ReplyDeletewah..1st time tengok roti jala warna warni..sayang nk makan ni
ReplyDelete