Sunday, July 15, 2012

LEBUR

Assalamualaikum ...






Mood aku untuk blogging macam mendung sikit akhir-akhir nie. Tak tahu kenapa? Buka blog ... setakat baca, blogwalking then tutup balik. Pastu ulang lagi benda yang sama. Kalau nak diikutkan banyak benda aku nak cerita. Pasai mak ayah aku datang jumpa anak-anak dia, pasai diet aku yang lebur, cerita pasai opis yang huru hara sebab si penghasut tua, cuti tergendala di PD ... dan macam-macam bendalah! Gambar pun banyak, tapi nak letak label tu yang malas bebenor.


Hari Khamis baru nie aku update banyak-banyak entry then set masa untuk publish. Tak terdaya dah nak update pagi-pagi  macam dulu. Semalam langsung takda entry (-bagusnyeee-). Aku skang rasa sedikit tekanan sebabnya diet atkins aku dah ke laut dah. Senang cakap dah lebur sejak 2 minggu lepas. Banyak giler langgar pantang larang tok nenek atkins.


Bermula pada minggu Floria aritu ... aku bertahan 3 hari sahaja diet atkins. Bila pandang gerai F&B yang jual macam-macam makanan, aku telah air liur je. Masuk hari ke-4, iman aku terus tergugat (memang tak kuat iman langsung). Ia bermula bila ada orang tu asik nk makan laksa, aku pun ngetest laksa yang dia beli. Sedap sungguh!! Nak tengok kat sini <------- Sejak itu, kalau pergi floria asyik makan laksa dan pekena karipap. Sekali makan laksa semangkuk ... karipap 5 ketui! Atkins memang sah-sah tak boleh makan menu tu. Leburlah!


Untuk pujuk hati, aku cakaplah ... lepas Floria start atkins balik. No langgar-langgar pantang lagi. Memang baik punya tekadlah masa tu. But, mak ayah aku pula datang Putrajaya hujung minggu Floria tu. Mula sampai tidur rumah aku semalam. Time tu masak biasa-biasa je. Mak aku pujuk, "kakak, makanlah nasi sikit". Aku cakaplah tengah diet. Heeeeee. Lepas tu mak ayah pergi tidur umah abang aku 2 malam, lepas umah abang aku .... umah adik aku plak 2 malam. Masa mak ayah ada kat umah adik, time lunch aku pergilah jenguk depa. Time tu pun mak aku pujuk suruh makan nasi. Yelah, mesti dia nak makan dengan anak diakan :=). Kuat la jugak iman masa nie, sebabnye macam dah tekad giler lepas Floria takmolah kantoi lagi.


Rupanya tekad itu hanya khayalan semata-mata :=)!! Bila mak ayah datang tidur umah aku last week, malam tu siap buat laksa. Sapa yang tahan tengok laksa kalau memang aku nie hantu laksa!! My SIL datang dengan anak-anak dia tidur umah aku. Kiranya berkampunglah semua. Dorang makan mulanye aku tengok je, penghujung dia memang aku belasah semangkuk!! Nikmat yang mana perlu didustai ... he he he


Sempat ambil tanpa kuah je. Letak je kuah terus makan dengan nafsu serakah!!


Dah .... lebur lagi! Jumaat malam makan laksa, bangun pagi mak aku pulak masak nasi lemak kuning pastu aku plak pi dok jala roti. Hah, kan ramai tetamu kat rumah, so menrajinlah jamu tetamu. Aku buat roti jala setengah kilo tepung pagi semalam. Habis licin. Penat menjala dan mengah makan. Lebur lagi .... Tak tahulah nak cakap camne. Lepas breakfast semalam, mak aku suruh masak lunch lambat sket. Aku nie asal suruh masak ada je menu baru nak try bagi mak ayah aku makan. Kitaorang lunch kul 3pm, aku masak tomyam ayam, udang petai masak tempoyak dengan ikan kembung goreng. Selera giler bila pandang tempoyak udang tu! Makan juga nasi sesenduk. Dan lebur lagi .....


Masa masak udang petai tempoyak nie aku risau kalau kalau mak ayah aku tak suka makan. Sebab dorang tak pernah makan masak tempoyak. Tapi Alhamdulillah, dorang suka ... dan makan bertambah!! Senang hati aku :=) Resepi nanti aku share....lambat sket la kot. he he he



Petang semalam pi pulak umah Mak Teh aku dekat Taman Equine, dia pula buat bihun sup ayam. Aku call dia nak pi petang-petang sebab kalau pergi tengahari menyusahkan dia masak nasi plak. Pergi pun dah kul 5pm. Sampai rumah dia, dia dah jamu air dengan keropok lekor. Fikir selamatlah takde makan berat-berat sebab time tu memasing muka kenyang je. Sekali habis keropok lekor 2 pinggan, Mak Teh aku keluarkan bihun sup ayam plak!! Utara style .... habis takkan ko nak pandang je. Orang tu dah masak banyak-banyak sebab nak sambut tetamu dari jauh!! Pergi 2 kereta, ingat abang aku and family nak pergi same, upernye dia terus balik kajang. Patutnya 3 keretalah, sekali Mak Teh aku masak selambak bihun. Memang banyak giler sebab masa aku call dia, aku cakap nak buat rombongan.


Makan lagi. Aku pun turut lebur dengan bihun sup sedap mak sedara aku nie. Giler ko tak makan, bihun sup yang letak sambal merah tu memang style utara. Tak sempat nak snap gambar, sebab asyik melantak je. Aku sorang je 2 pinggan ... he he he!! Kata kenyang tadi, aku rasa ini memang nafsu! Aku dengan anak buah aku sama naik lawan bertambah termasuk adik aku yang bawa perut tu sekali. Dia okeylah makan banyak sebab untuk 2 orang. Yang aku nie menjamu cacing dalam perut gamaknye!! Alang-alang dah lebur semalam, biar kasi lebur terus! Yeeeee.



So, start hari ini aku kembali ke landasan asal sampai capai target baru. Kali nie siap bawa buku nota untu catat apa yang dimakan. Badan aku dah rasa semacam, bila timbang 58kg! Naik sekilo ke? Aku rasa dah lemah badan nie sebab makan tak terkawal. Dah 3 bulan jaga baik punya diet sekali kau lebur dekat 2 minggu! Minggu depan pun dah bulan Ramadhan. Dah nak puasa dah pun. Harap-harap dipermudahkan urusan aku nie mencapai target yang diidamkan! Amin ...



Korang yang diet ... jangan nak ngelat cam aku! Nanti nyesal ....



#terpanjang plak entry nie, kata malas tadi ... he he he! Dari kepanjangan cerita ini, kesimpulan yang dibuat adalah aku memang kuat makan sebab tu berat naik sampai 65kg sebelum atkins!! he he he






CK : Senaman pun aku tinggal dekat 2minggu .... baguskan??

3 comments:

  1. Assalamualaikum :)

    Maaf mengganggu . Nak minta tolong sikit boleh ?

    Minta tolong LIKE page n gambar nih . Kalo sudi share & promot skali la naa . Mohon kerjasama awak & rakan blogger sekalian. 1 LIKE mampu membuat ibu & anaknya tersenyum bahagia. Terima kasih ,Jasa anda amat dihargai :)

    1. LIKE this page , https://www.facebook.com/Mumnbabycom


    2. LIKE this photo , https://www.facebook.com/photo.php?fbid=344849685583802&set=a.332350763500361.70545.111646315570808&type=1&theater&notif_t=photo_comment_tagged


    TARIKH TUTUP : 31 JULAI 2012

    ReplyDelete
  2. haha..bese la tu klu dgn parents.dats y masa sy diet mmg x suke blk kg.sure melantak nasik berpinggan2.pdhal mak masak bese je kot.tp skrg da bebadan 2..x mmpu nk diet g.muke pun da mkin bolat!

    ReplyDelete
  3. bulan puasa nti bley diet blik. ye dak ? hehehe

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!