Floria 2012, Putrajaya Flower & Garden Festival. Tahun 2012 dengan Bougainvillea - Enduring Beauty!!
Bermula dari 30 June hingga 8 Julai 2012
Lokasi di Persisiran Tasik Presint 2, Putrajaya
Waktu Dibuka :
9.00am hingga 10.00pm (Isnin hingga Khamis)
9.00am hingga 12.00 midnight (Jumaat hingga Ahad)
Masuk adalah PERCUMA!!
Sape pulak yang termasuk dalam pic nie .... muncung mulut bagai. ha ha ha ha |
Dirasmikan oleh Permaisuri Agong! Sempatlah tengok Permaisuri secara live semalam walau hanya sipi-sipi aje. Semalam ramai sangat VVIP, so Pavillion tak boleh masuk awal. Bagi keutamaan kepada VVIP dulu.
Ini sahaja gambar yang mampu aku ambil dengan E5 ... gambar pun blur-blur la ..! Kalau si teman tak pinjam kamera mesti banyak lagi gambar yang aku ambil. Semalam pun sampai full memory handphone tu. Tak dapat nak amek semua pic. Tapi bolehlahkan ... dari takdooooo!
Komen aku pasal Floria 2012 nie, deco-deco taman dekat luar lebih cantik dan meriah berbanding tahun sebelumnya. Memang banyak bunga dan nampak agak happening. Cumanya, bunga kertas kuranglah sangat. Kata theme bunga kertas, tapi kenapa bunga lain plak yang banyak?? Komen sket!!
Dalam Pavillion pula, sangatlah biasa. Bagi aku dan citarasa aku ... langsunglah tak menarik hati. Bila masuk tu, rasa kecewa sangat. Macam lengang, tahun lepas macam ok sket. Ok je lah!! Tahun-tahun sebelum tu lagi best kot bunga-bunga Pavillion nie. Tahun nie tak menarik hati aku langsung. Sooowwwy, mungkin orang lain suka. Tapi tidak aku ....
Taman yang dekat tasik aku belum amek gambar, so .... tunggu camera dipulangkan aku ingat akan round lagi taman-taman dekat floria. Insya Allah!!
CK : Penat round floria semalam ... sakit kakikakiku ini!!
seronoknye pegi jalan2 tengok bunga
ReplyDeleteInsyaALLAH mgkn dapat dtg kesana sabtu ni hehehehe....
ReplyDelete@cik najihah tiap2 tahun pergi, taklah seronok sgt pun ... heheheh biasa2 je
ReplyDelete@Telor Power akak kerja kat floria sabtu nie, petang sampai malam...
ReplyDeletePertama kali saya dan famili ke Floria Putrajaya 2012. Puas hati dapat membidik beberapa gambar ketika disana.
ReplyDelete