Thursday, January 12, 2012

MENARA KUALA LUMPUR - SELAMAT DATANG LAGI! [Part 1]

Assalamualaikum ...







Semalam aku nak update pasal jalan-jalan ke Menaral Kuala Lumpur di Bukit Nanas. Sempat update dengan sekeping gambar sahaja. Dah kena panggil balik. Malam tadi pun sampai rumah lewat. Dengan hujannya, sejuk lagi ... sudah mandi aku on lappy sekejap. Konon nak updatelah ... tapi hanyut dibuai mimpi!



Pagi ini aku terjaga lepas dengar azan Subuh, terus bangun. Okeh sambung pasal Menara Kuala Lumpur. Selamat Datang lagi! Masa sampai kat sini memang ramai pelancong dalam dan luar Malaysia. Mungkin sebab Isnin 2 Januari tu kan cuti ganti. So, masing-masing ambil kesempatan untuk jalan-jalan macam aku juga kot.

 

 Inilah Menara KL berkenaan, bagi yang tak pernah tengoklah. Eh! Ada ke yang tak pernah tengok menara nie? Musykil pulak aku. Sebab ini adalah salah satu mercu tanda yang terdapat di Malaysia. Untuk pengetahuan korang, menara ini terletak 515 meter dari aras laut dan ketinggiannya adalah 421 meter! Tinggikan! Pening kepala kalau dongak nak tengok puncak menara lama-lama. Dirasmikan oleh bekas PM yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1 Oktober 1996.


Aku baru sekali naik ke menara ini, kalau tak salah pada tahun 2001. Memang dah lama. Itupun masa lawatan universiti dulu. Aku pergi kali ini tak naik la ke menara, but plan akan pergi lagi untuk naik ke atas. So, aku cerita apa yang ada dekat bawah-bawah ajelah!



Kemudahan meletakkan kenderaan disediakan. Sebelum aku lupa, fee entrance adalah RM3 sahaja. Kalau tak mau bayar fee ini, parkinglah dekat bawah bukit sana. Kemudian menapaklah naik ke atas. Memang free! Kira macam senaman jugalah nanti. Kebanyakan pelancong luar negara terutama mat salleh, rela berjalan kaki. Pelancong orang tempatan?? Lebih suka naik kenderaan ... termasuk aku!




Juga disediakan kemudahan kereta kuda. So, bolehlah korang sewa! Harga? Aku lupa pula nak bertanya. Kuda ini memang nakal, melepas ikut suka sahaja. Elok aku melepasi kuda ini, dia pun buang najis dijalan. Amboi, sesedap kau wahai kuda! Bila dia berak je, terus orang yang bekerja di menara ini cepat-cepat simbah air. Sebab itulah, keadaan dan kawasan persekitaran dia sentiasa bersih dan kemas.



 Kenderaan F1 di hadapan ruang lobi. Kira macam menyambut kedatangan koranglah nanti. Aku sempat jugalah bergambar dekat sini. Kenangan nie. Kalau pergi Sepang Circuit, korang ingat dapat ke nak ambil gambar dan pegang tayar dia? Jangan harap kot .... biasalah akukan kadang2 menjakun lebih!



Okeh habis part 1, takda apa sangat. Nanti kita cerita dekat ruang legar menara pula .... gambar banyak, nak letak watermark yg leceh tu! Tapi takpa, dah ada aku akan update untuk korang. Kalau korang dah pernah pergi aku rasa takda beriya sangat kot nak baca cerita nie, kan ... kan ...!



Nanti kita buat part 2 pulak! Tata, thanks sudi baca!








CK : Semalam belum sempat taip apa-apa dah tidur! Bagusnya ....

3 comments:

  1. alhamdulillah seronok nye die g menara KL.....enjoy urself k hehehe

    ReplyDelete
  2. sangat best..;)

    p/s :: hehe..ada yg ucap tahniah tak tahan..:p

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!