Baik aku up cerita pasal makan-makan nie cepat-cepat. Nanti June marah aku plak ... he he he! Minggu lepas dia dah tanya, "bila nak keluar cerita pasai ayam kampung kat Cyber??". Macam biasa, aku kan ikut turn suka hati aku. Kalau yang gambaq banyak je, lambatlah nak update ... sebab nak letak watermark tu yang leceh ... pilih gambaq lagi. Alahai ... tapi dah nama pun blogger, alah bisa tegal biasa je!! Cerita tetap up, cuma antara lambat dengan cepat je.
Bak kata Pizli kat komen aku, "update blog nie dah macam satu tanggungjawab dah ...!". Yes aku setuju ... sonok pulak jadi blogger walau tak sefemes mana pun ... kan Pizli kan kan kan ...
Dah merepek sket-sket, aku nak bawa korang makan ayam kampung untuk kali keseterusnya. June yang perkenalkan tempat nie kat aku. Lebih dekat dari tempat yang aku pergi makan hari tu dekat sini <---- Dari Putrajaya ke Cyberjaya dekatlah sangat, 15 minit pun dah sampai ... tapi yang susahnye nak cari parking dekat area Restoran Mat Ayam Kampung nie!
Masa aku pergi dengan June, berpusing 2 kali baru dapat parking. Lepas tu dalam minggu yang sama aku bawa si teman and geng pulak pergi makan. Parking takde ... jadi kami park je belakang kereta orang yang dekat dengan restoran dan tinggalkan no. hp kat cermin kereta. Apa-apahal senang orang tu nak call kalau dia nak keluar. Bukan kami je buat macam tu, ramai juga aku tengok park kereta berdouble. Janji korang tinggalkan nama dan no. hp dekat cermin kereta. Jangan menyusahkan pihak lain ...
Restoran Mat Ayam Kampung nie terletak di Lingkaran Cuber Point Barat Cyberjaya. Nak cari dia mudahlah sangat. Kalau dari Putrajaya, dari highway belakang tu ... nampak flyover terus je naik flyover tu. Sebelah kiri Sekolah Menengah Sri Puteri dan kanan ke Cyberjaya. Amek kanan ye anak-anak. Kemudian korang jalan je terus sampailah jumpa bangunan HASIL (LHDN) dekat sebelah kiri korang (Cyber 8), tapi jangan amek kiri je .... dekat simpang 4 traffic light bangunan Hasil tu, korang amik kanan. Selekoh pertama ... jalan terus lagi sampai jumpa selekoh kedua. Nampak Restoran An Naz Maju, jalan ke depan lagi sampai jumpa Wisma Mustapha Kamal (macam gambar kat bawah). Nanti korang akan perasan Restoran Mat Ayam Kampung sebelah kanan korang. Parklah mana-mana korang suka .... dengan berhemah. Senang cakap, restoran nie dekat area DOMAIN.
Domain!
Wisma Mustapha Kamal!
Ini dia Restoran Mat Ayam Kampung!
Ayam kampung 3 ketul aku dan si June makan ... sedap weh, panas-panas.
June amek ... masak lemak cili api siput sedut!
Menu orang diet ... sayur je pastu bantai lagi ayam kampung!! Memang terangkatlah!!
Restoran nie ramai pengunjung. Sila datang awal untuk makan tengahari ya. Kalau tak tunggu meja bagi orang lain sudah makan la baru dapat duduk. June kata Sabtu Ahad pun buka juga. So, bolehlah tapau lauk je. Makanan memang sedap2 kat sini.
Kat area Domain banyak restoran, so korang bolehlah pilih mana yang suka .... kat bawah nie yang sempat aku snap je.
Aku nak sambung keje kat Floria plak!! Bye bye
CK : Bencilah jumpa mamat officer sorang nie....dengki je kat aku!!!
spiut sedut! uwaaa terliur! gulp.. lama dah ngidam nih. b4 bersalin nak kena p cari gak
ReplyDelete@Ardini Humaira pi cari cepat...kang meleleh air liur bb tu
ReplyDelete@Ardini Humaira pi cari cepat...kang meleleh air liur bb tu
ReplyDeleteakak..sy blk nnt,bwk sy jln2 cr mkn skli ok..plsssss....>_<
ReplyDeletesalam...saya dah sampai semalam..thnks sebab tunjuk arah..sangat membantu..satu lagi nak mintak izin guna gambar boleh x...?2 keping jer...tq
ReplyDelete@cinda Salam .. ;=)sama-sama .... boleh je amik pic sy, nti link aje kt blog nie yek. tq tq
ReplyDelete