Monday, December 31, 2012

RESEPI : CUCUR JAGUNG UDANG

Assalamualaikum ...





Last day di tahun 2012! Azam ... berazam!



Untuk entry di hari akhir 2012, cerita pasai recipe la pulak. Dah lama tak cerita pasai makan-makankan? Yelah, sejak-sejak dok atkins nie ... masak pun asyik sup dan tomyam je. Pastu ayam goreng ... ikan goreng ... daging goreng. Takkan goreng camtu pun nak up entrykan. Korang pun terror masak kan menu camtu kan?


Okeh, nak cerita pasai menu dinner malam tadi. My simple dinner je. Sabtu, semalam dan hari ini aku cuti dari atkins. 3 hari cuti ... ada sape2 nak belanja aku makan? Apa-apapun boleh! Nak sambut tahun barukan ... so, cutilah sat. Masuk tahun baru, sambung balik. Lagi pun stress sket berat maintain 58kg. Lepas majlis adik aku aritu. Berat turun, pastu naik balik 3kg. Hu hu hu sedih, sketlah! Dah capai 55kg, tapi tak boleh nak maintain. So, sambut tahun baru pun kekallah dengan berat 58 tu. But okehlah kan ... dari asal 65kg! Turun juga dari tak usaha pape kan ... kan  .... (ayat penyedap hati sendiri)


Malam tadi, untuk dinner aku buat cucur jagung udang. Simple jew. Janji perut aku kenyang. Lagipun Jumaat lepas time lunch, aku pi Carrefour kat Alamanda. Jumpa jagung sekilo RM0.99. Beli dua puntung jagung. Teringin nak makan cucur jagung sebenarnya plus rindukan cucur jagung mak!


Jom share recipe ... he he he


Resipi : Cucur Jagung Udang
Sumber : Bonda Cik Kamoo


Bahan-bahan ;

  • Sebatang jagung - disebabkan aku sorang je makan, aku guna separuh je jagung (Jagung dihiris halus)
  • Secawan tepung gandum
  • 5-6 ekor udang - potong kecik-kecik
  • Sedikit yis - bancuh dengan air suam
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Air suam secukupnya
  • Sedikit air panas - Tips nak bagi cucur sentiasa lembut
  • Daun bawang - kalau ada boleh masukkan. Hiris halus.
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya ... rujuk gambar lah, aku rajin sket letak gambar kali nie. hu hu

  •  Hiris jagung halus-halus ... udang pun hiris halus.
  • Bancuh tepung gandum dengan sedikit air suam
  • Masukkan bancuhan yis
  • Masukkan air panas secukupnya
  • Masukkan gula dan garam
  • Gaul adunan hingga sebati .... jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat sangat. Agak-agak eloklah.
  • Kemudian masukkan hirisan jagung dan udang.
  • Gaul sebati kesemuanya

  •  Gaul sebati bahan-bahan di atas macam dalam gambar kat atas nie yew!
  •  Jemput bulat-bulat dengan menggunakan jari jemari yang mulus dan basah. Jemput comel-comel yew! Kemudian masukkan dalam minyak panas ....
  •  Okeh, siap di masak ... nampak udang tu? Sedap ... sbb udang segar tau ai guna.
  •  So, semalam dapatlah sepinggan cucur jagung udang!
  • Minum dengan habbatus sauda ... cucur jagung udang cicah dengan sos cili! Sedap ... aku sorang je, habis sepinggan ... sambil layan tv tak sedar dah habis. Hu hu pelahapnyelah hai ...


#habbatus sauda baik untuk kesihatan ... jadikan amalan!



Selamat mencuba resepi aku  neh ye ... hu hu






CK : Malam nie ada Ambang Tahun Baru di Putrajaya, Presint 2 ..... ada retis weh, jom datang. Nanti jumpa aku dekat booth jualan makanan yew.

Sunday, December 30, 2012

CUTI ATKINS!

Assalamualaikum ...



Dinner malam tadi .... 
Aku cuti dari atkins untuk 3 hari
Semalam, hari ini dan esok!

Cuti sebab nak sambut tahun baru 2013 plus sedikit stress kerana berat statik pada 58kg!



Malam tadi aku masak nasi putih - separuh je! Tetap separuh. Sebab bila dah lama tak makan nasi, perut aku dah tak boleh menerima nasi dalam kuantiti yang banyak. Cepat kenyang! Dan tak boleh hadap  nasi hari-hari macam dulu lagi. Kalau aku cheat pun, aku ambil nasi separuh seminggu sekali je.


Sedapnye nasi putih plus kicap nie
Sebab lama tak makan nasikan .... rasa dia sedap sangat. Walhal nasi je pun! he he he


Then, aku masak ikan gelama sambal campur dengan brocolli
Malas nak goreng sayur, terus campak dalam sambal ikan tu
Eh, cam boleh layan pulak sedap dia . hu hu hu


Rupa bentuk ikan gelama sambal brocolli buatan aku. he he he ... recipe sambal cam biasa, cuma campak brocolli je di dalam nye! Dua dalam satu ... ada lauk dan sayur juga. Versi kurang rajin nie.


Okeh, aku nak sambung layan Konsert JOMHEBOH! Bila layan konsert nie baru aku tahu, hero cerekarama citer Ady Valentino tu Hazama rupanya! Apsal aku tak kenal rupa paras si Hazama ni yek?? Musykil aku .... hu hu







CK : Elok habis type entry nie, konsert pun habis ... APTB!!

MACAM MANA NAK REVIEW AZAM 2012 NIE?

Assalamualaikum ...



Esok tinggal sehari lagi ... hari dalam tahun 2012! Time flies ... cepatnye masa berlalu pergi. Umur makin meningkat. Amalan tak tahulah adakah ia meningkat sejajar dengan umur. Tepuk dada tanya iman yang tu. Sendiri jawab! Kalau tak cukup pertingkatkan!



Dari pagi tadi aku dok cari entry-entry lama perihal azam tahun 2012! Tak jumpa .... aku tak entry azam 2012 ke dalam blog nie? Sampai sudah tak jumpa! Sah .. memang aku tak cerita ngan korang apa azam aku. Yang ada setakat wishlist sebelah blog aku je ... itu wishlist untuk tempoh 5 tahun tu! hu hu


Bila dah tak up entry, camne aku nak review azam 2012 semua tu? Hu hu hu .... Okeylah, nanti aku review mana yang aku ingat. Mana yang aku jumpa dalam diary aku. Pastu aku kena lah up entry azam dan wishlist 2013 plak. Senang hujung tahun nak review n belek-belek semula! Mana yang tercapai ... mana yang dalam proses ... mana yang digugurkan ... mana yang mati kat situ je!


Penting juga up entry azam dan wishlist nie, kita boleh check mana yang perlu dibaiki berkenaan diri kita. Ye tak??



Eh, korang dah buat azam tahun baru ke nie???? Esok tinggal sehari lagi je tau 2012 ...






CK : Debaran 2013! Kalau same je ... memang tak ke mana lah hidup aku! hu hu

ALHAMDULILLAH ... & TERIMA KASIH AWAK SERTA KELUARGA!

Assalamualaikum ....





Berkongsi kegembiraan dengan semua ;=)! 



Semalam aku sibuk buat senarai bagi majlis 2013 (In Shaa Allah, moga dipermudahkanNYA). Si teman dah suruh buat siap-siap dan letakkan anggaran bajet yang perlu. Planning nie hanya melibatkan kami berdua sahaja tanpa pengetahuan family buat masa sekarang. Nak prepare apa yang patut, then 2-3 bulan sebelum engage baru nak inform family kedua-dua pihak. Yang tahu cuma Allah, kami berdua, my BFF yg tahu cerita di sebaliknya dan korang yang baca blog aku nieh .... ngeh ngeh ngeh


Aku takdelah nak bagitahu awal-awal my family, sebab nak confirmkan betul-betul dulu. Belajar dari pengalaman lalu plus taknak lagi terluka buat 2nd time. So, aku decide biar aku dan si teman prepare apa yang patut barulah khabarkan niat suci murni kami mendirikan masjid. In Shaa Allah! Sebenar-benarnya, kami hanya merancang dan selebihnya hanya pada Maha Pencipta kami berserah.


But semalam, si teman dah up dekat wall FB dia tentang mesyuarat keluarga untuk majlis adik dia hujung Januari 2013! Aku pun like je ... tanpa ada apa-apa perasaan di sebaliknya. Dan tanpa ada apa-apa untuk aku fikirkan masa tu. Kosong.


Sebelum aku start makan malam semalam, si teman call, "saya baru habis mesyuarat pasal majlis kahwin adik saya dan majlis kita juga!"! Boleh dengar suara dia disusuli dengan senyuman dan kegembiraan. "Boleh nampak!".


What???


Dan aku pula di hujung talian ... rasa sebak dan terharu tetiba datang! Alhamdulillah ... Dia cakap bro and SIL dia dah tanya pasal masa depan dia (mean kahwin). Bila dan siapa? Siap ada pesanan, jangan buat dalam tempoh terdekat .... sebab nak settlekan dulu majlis adik dia. Family si teman semuanya dah kenal aku. Kenal tapi tidaklah serapat mana. Bila jumpa pun setakat senyum, walhal sebelum kami serius aku dah kenal family dia. Aku juga lebih kenal kawan-kawan rapat kampung dia sahaja.



Tapi, family aku tak kenal sangat dengan si teman. Mak & abang aku pernah jumpa dia. Itupun dulu-dulu punya cerita! Yang kenal cuma rapat cuma adik aku yang sulung. Itupun dulu-dulu punya cerita juga! After kami stop relationship suatu masa dulu-dulu, aku dah tak pernah story mory about him to my family. That time aku dah pasrah and redha atas apa yang berlaku atas hubungan kami. Namun, baru aku tahu ... setiap apa yang berlaku dan menimpa kami, rupanya ada hikmah tersembunyi di sebaliknya. Hanya Allah swt, family si teman dan kami berdua sahaja yang tahu .... mengapa dan kenapa? Dan yang lebih-lebih dan Maha Mengetahui hakikatnya cuma Allah swt.



Sebelum letak phone .... aku cakap, "Terima kasih awak!". Sambung rasa sebak, dan airmata gembira mengalir dengan sendirinya! Ya-Allah, anugerah apakah ini?? Syukur padaMu, walaupun aku tahu tersembunyi cabaran di dalamnya. Aku perlukan kekuatan mental dan jiwa sebenarnya!



Kegembiraan dan rasa terharu aku bukan kerana perkhabaran soal perbincangan majlis kami, tetapi kerana family si teman menerima aku yang In Shaa Allah akan menjadi suri hidup kepada si teman. Syukur Alhamdulillah ... restu dan izin fmly amat penting buat aku. Sebab itu yang diajar oleh mak ayah aku sejak kecil.


Namun,


Yang menjadi cabaran buat aku adalah .... "macam mana aku nak cakap dekat mak ayah aku perihal ini??"! Satu cabaran! Macam mana nak mula? Apa benda nak cerita? Reaksi mak ayah aku lagi? Penerimaan mereka? Setuju ke tidak? Kenapa dia menjadi pilihan?


Kerana aku adalah anak ayah, menjadi kesukaran aku untuk meluahkan segalanya. Setiap kali mula bersuara, airmata yang turun dulu! So, aku kena fikirkan cara yang terbaik untuk bercerita dengan mereka nanti. Tenang. Tenang. Tenang.


Pelbagai persoalan bermain di kepala aku semalam ... beserta airmata yang mengalir tanda syukur bila cerita kami mendapat respon yang baik dari fmly si teman. Selama ini, kami menyembunyikan banyak perkara. Terutama kelukaan! Biarlah kami hadap berdua. Cakap-cakap orang yang bersuara hingga menjadi fitnah. Susah senang ... yang hampir pejam celik pejam celik memakan masa hampir 8 tahun. Bertemu berpisah ... bertemu berpisah ... kasih beralih arah kembali semula. Macam-macam! Allah swt banyak memberikan kami dugaan untuk kami perbetulkan banyak kesilapan dan memberikan kami pengajaran yang tiada siapa tahu. Kenapa dan mengapa?


Dan kerana perkhabaran gembira itu, barulah aku nekad menukar status aku di FB ... kepastian itu penting buat aku. Kerana aku memberi ruang dan peluang bukan untuk suka-suka. Hidup aku bukan untuk suka-suka dalam soal hubungan kasih sayang. Tapi untuk membina jalan yang halal dan mendapat rahmat dari Allah swt.





Sesungguhnya baru kini aku faham akan hakikat Jodoh. Kenapa cepat dan kenapa lambat? Salah satunya, biar pun kita merancang sehebat mana sekalipun, perancangan Allah swt jua yang terbaik buat kita sebagai hamba. Jika kita telah membuka hati dan pemikiran kita sepenuhnya soal ijabkabul ini, In Shaa Allah jodoh itu akan datang dengan mudah. Dan moga dipermudahkanNya! 



Namun, jauh di sudut hati aku .... biarlah segalanya dalam ketentuanNya! Hanya DIA lebih tahu ... semuanya segalanya! Aku mendoakan yang terbaik ... terbaik dalam ketentuan Allah swt.



#Buat awak dan keluarga, terima kasih atas segalanya! Moga yang mudah ini dapat dipermudahkan dan dilancarkan semua. Doakan saya moga ada kekuatan dan ketabahan ... dalam menghadapi setiap perkara yang baik ini. Ameeen.




#Doakan aku! Terima kasih ....






CK : Bila kita meniatkan untuk mendirikan masjid ... sedang membeli batu-bata, simen, pasir dsbnya ... di dalamnya penuh dengan dugaan. Moga aku dan dia kuat untuk menghadapinya. Paling penting moga segalanya dipermudahkan Allah swt! Ameeen ...

Saturday, December 29, 2012

FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA

Assalamualaikum ....




Takde apa nak buat sangat ... so, layan Fear Factor Selebriti Malaysia. Abang macho jadi hos dia. Siapa laie kalau bukan Aaron Aziz! Aku tengok Aaron Aziz nie memang cukup ensem dan macho dah! Sasa la juga. Cuma tang suara dia je macam tak kena dengan kemachoan dan kesasaannye ....



Berkali-kali aku dengar ... suara dia cam 'halus' jer! Tak macam suara jantan la bagi aku. Jadi suwet plak aku dengar. he he he ... kesian dia  macam kena jerit-jerit plak dalam Fear Factor nie! Apapun, walau suara bro halus ... tapi tetap lunak aku dengar! muahhahahaha ....


Dan bro tetap hensem di mata gua. muahahahaha ... marah plak si teman baca. Takpe, si teman tetap hensem di mata dan hati gua!  Pujaan hati gua ....


Tengok Fear Factor nie cam seram lah plak dengan ketinggian. Aku ingat rancangan nie wat kat Malaysia, tapi rupanya kat Cape Town sana. Jauh benor le! Jom tengok retis mane yang join program neh ...


Eh, Elfira Loy ... Dalam Hati Ada Taman pun ada juga. Aku suke kecomelan dan lakonan dia. Dia sangat comel kat mata aku. Jehan Miskin pun ada. I like! Jehan nampak sangat macho bila dia masak ... he he he. Sebab tu aku terlebih suka dia. Lelaki yang pandai masak nampak macho beb! 


Alamak Gambit Saifullah pun ada juge ke ... oh, aku tak berapa suka dengan Saiful nie. Lakonan dia tak berapa sangat .... gossip je lebih. Sowwy ... 


Okeylah, nak sambung tengok Fear Factor nie .... 






CK : Seram la plak dengan ketinggian dalam fear factor nie. hu hu hu

APA AKU BUAT HARI INI??

Assalamualaikum ...




Pagi tadi plan nak ke Alamanda lagi ... tapi .....


Kurang rajin nak keluar rumah arini ... rasa nak lepak rumah, walaupun anak buah kat office aku call berkali2 tanya perihal kerja. Rajinyekan weekend pun call aku. Tanya itu ini. Ikut hati malasnya nk jawab call sebab nak cerita ceriti soal kerja. Weekend nie bai, nak rehatlah! Kang tak jawab macam tak bagus plakkan! Nanti bila aku minta tolong siap itu ini, dorang tak nak plak ... so, baik jawab jew! hiks ...



Arini weekend yang bermakna juga untuk aku, walaupun aku bangun lambat sangat pagi tadi. Terbabas dari waktu biasa. Apa aku buat hari nie yek???? Jenguk sket ... he he he



8.00am - Bangun tidur! Bagusnye kau kan!!!! Skip jogging sebab dah lewat sangat ....

8.15am - Gosok wajah (amalan menggosok wajah bila bangun tidur, utk awet mude ... dah mengurangkan kedutan. Normally bila kita bangun tidur, wajah akan berminyak ... so u'olls gunakan jari jemari gebus tu mengurut wajah - urutan ke atas!) lepas tu gosok gigi dan minum 500ml air suam! Lagi bagus, minum air suam sebelum gosok gigi. Nak tahu kenapa google sendiri!! Jangan nak geli-geli plak yek ...

8.30am - Check FB ... say hi! bagai kat FB then ... perah otak nak hapdate blog

9.00am - Basuh pinggan ... kemas dapur!

10.00am - Breakfast ... secawan old town white coffee + 2 biji telur rebus + mayonis! nyummmmm

10.30am - Layan tv! Of course la AFC channel jadi pilihan ;=)

11.30am - Angkat pakaian di ampaian dan mula membasuh baju yang 2-3 hari lepas. Tak susah ... on je washing machine, masukkan sabun ... kemudian baju. Okey start! Boleh buat keje lain plak ...

12.00pm - Mula menyapu sampah dari bilik ke bilik hingga ruang tamu .... cuci kipas .... okeh, start mop rumah! Anggaplah sebagai exercise sebab pagi nie tak jogging dan tak sempat workout pun macam selalu!! 

2.30pm - Baru siap kemas mengemas ... kemudian take a bath! Emmmbekkkk bau kambing kampung sudah. hahhahahahah

3.15pm - Solat Zohor .... qada la kau punya Subuh yang terbabas tu ye nak!!!


3.30pm - Sambung tengok TV lagi ... okeh, kalau aku dok rumah memang jadi hantu TV memanjang ;=). Sesambil menjawab call dari si teman yang jauh di mata ... hu hu hu

4.00pm - BLOGGING la, apalagi kan .... habis rehat aku nak sambung kemas bilik belakang plak! Nak susun sume buku .... sebelum tu, oldtown white cofee secawan!!!


Jemput minum! Arini aku skip lunch sebab perut tetiba rasa kenyanglah sangat .... hu hu. Jangan tiru amalan ini tak bagus ... jgn skip makan.









CK : Tak jadi pi Alamanda .... Putrajaya ujan!


INAI DI JARI!!

Assalamualaikum ....






Title tak boleh blah ... rasa macam nak naik pelamin jew ;=)




Aku ingat lagi, masa aku pergi kursus awal bulan aritu ... ada seorang manusia nie terperasan aku pakai inai di jari! Pakai inai kat jarilahkan kebiasaannye ... ade ke pakai inai kat perut? muhahaha, okeh tak lawak!!


Bila pakai inai di jari, teruslah ditegur, "baru kahwin ke?". Huh, ceteknye pemikiran! Asal pakai inai je mesti dah kahwin. Pakai 3 jari je kahwin ke bendanye! Walhal aku dulu kecik-kecik mak dah ajar pakai inai setiap kali nak raya. Esok nak raya, malamnye mak aku sibuk giling daun inai. Dulu, mak aku siap tanam pokok inai lagi ... sekarang pun masih ada lagi pokok inai tu depan rumah. Cuma aku je tak rajin nak giling! Dasar pemalas ...


Orang yang kahwin pakai inai penuh jari tangan dan kaki, aku cuma pakai inai dekat kuku je ... itupun 3-4 jari. Sebelah tangan je pun! Masih ada hati nak tegur dah kahwin. Alahai, nampak sangat jenis menyibuk tau dengan apa orang buat. Huh!! Manusia nie takde masalah, tapi suka jadikan apa yang manusia lain buat tu sebagai masalah dalam hidup dia. Nampak tak betapa menyibuk tak kena tempatkan! Bila orang lain susah tak nak tulun, bab menyibuk no. 1!!!


Malam tadi, aku selongkar drawer almari solek aku. Sekali terjumpa inai tiub yang mak aku beli dekat Makkah 3 tahun lepas. Lama dah! Cuma inai tu belum expired je lagi. Bila dah nampak inai tu, jejari mulus mula rasa gatal nak berinai. hu hu hu




Tatau apa nak buat. Nak blogging malas tahap tak ketahuan aku skang nie. Jari mari kita berinai! Macam biasa, aku lebih selesa letak inai dekat kuku jew. Bukan keliling jari cam orang kahwin tu. Yang tu, nanti-nantilah kan bila sampai masa dan ada rezeki aku. hu hu


Sebelum sibuk berinai, meh kita main conteng muka. Apa lagi testing make up lew! he he he. Sebelum nie aku ada pergi kelas make up ... simple make up la. Entah nape skang nie hati asyik nak makeup2 jew. Walhal pergi keje setakat letak bedak je pun kat muke dengan lipgloss. Kalau kat rumah, galak nau nak make up bagai. Huh! Takde sape la tengok kau kan ...


Inai yang aku maksudkan tu.... korang tengok kat atas compact powder pixy tu. Tiub camtulah. Senang pakai. Tapi aku pakai tetaplah selekeh sket. Kalau orang lain tolong pakaikan mestilah cun kan! Aku nie bubuh kat jari sendiri, habis tertib dah nak bagi nampak tak selekeh ... tapi ada jugalah calit calit tepi tuh. Sket ajelah. Takpe, yang tu nanti lelama ilang la ... pastu dah jadi cantik dah ;=) Cantik ke?????


Okeh, siap dah ... sejam je. Kaler dia memang merah bangat! See the comot-comot kat jari ai tu. Dun worry .... soon ilanglah tu. So, will tinggal yang merah-merah dekat kuku je. Time tu baru nampak shantek kuku kau! Aku nie sangat suke tengok kuku orang yang berinai ... merahnye so sweet! Lagipun, pakai inai nie boleh di bawa solat. Boleh solat dengan senang hati ye anak-anak! Tak payah la ekau nak pakai pewarna-pewarna kuku bagai tu.


Kalau nak warna inai yang cun, kena cari inai daun tu giling ... merah dia sangat cun bagi aku. Tapi kena tengok jenis pokok jugalah ... kadang ada juga merah dia tak  menyerlah sangat.


Okeh, aku nak sambung basuh baju. Pagi nie  tak dapat pergi jogging sebab aku sangatlah mengantuk. SO, kebiasaannye aku akan workout dalam rumah je la kalau tak jogging. Jom bersenam!!







CK : Kenapa entah skang nie kurang rajin nak hapdate blog? Citer belambak ... gambar beriban ... tapi mood non hado!!





Friday, December 28, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU ... APEX & LUNIEY!

Assalamualaikum ...




Alhamdulillah ...




Apex dah selamat menjadi suami kepada Luniey! Berakhirlah segala gossip yang diperkatakan. Kalau dah jodoh memang tak ke mana.. Aku doakan semoga mereka kekal bahagia hingga ke syurga sana! Luniey nampak sangat cantik. Bila pandang lelama, eh .. eh ... ehhhhhhhhhhhhhhh ... warna tema yang si teman pilih la plak. Ermmmmm....







Cantikkan Luniey nie?? Lagi cantik bila dia bertudung litup! Comel lotey sungguh!!








CK : Nak pi Poh Kong .... tukar cincin dan beli cincin ... hati munge-munge!!

3 HARI LAGI ...

Assalamualaikum ...




Hari ini, hari Jumaat terakhir dalam 2012! Apa korang rasa? Bersyukurkan ... sehingga Jumaat terakhir 2012 ini kita masih dipanjangkan usia. Masih bernafas dengan rahmat dan nikmat dari Maha Pencipta. Alhamdulillah ....



Ini adalah Jumaat terakhir aku keliru tentang hari. Hari ini dengan berbangganya aku dan si teman sudah mendaftar sebuah syarikat enterprise. Untuk memenuhi impian aku yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan dahulu. Mulakan dengan kecil ... kemudian usaha sampai jaya! In-shaa Allah!! Promosi pendaftaran syarikat dengan bayaran sebanyak RM60.00 selama 5 tahun. Jangan lepaskan peluang ... kalau korang berminat untuk daftarkan SSM, sila gegas ke KPDNKK Presint 2, Putrajaya  .... promosi sehingga 31 Disember 2012 sahaja. Maknanya last Isnin next week jer.


Itu, step pertama aku dalam perniagaan. Selalu jual jajan kecik-kecik je. Entah macam mana aku terfikir untuk berbisnes dengan adanya syarikat sendiri. Membuka company sendiri tiada pun dalam wishlist 2012. Tapi, mungkin hati dah terbuka ... setelah sekian lama memendam hasrat.



3 hari lagi nak tinggalkan 2012, aku sedang sibuk buat wishlist dan azam 2013! Kemudian nak review azam dan wishlist 2012 yang bakal berlalu. Ada ke yang tercapai???



Kita tunggu yek camne nanti .... aku story mory ... ekekekekek






CK : 9/10 punca rezeki adalah perniagaan!

Thursday, December 27, 2012

CONFUSE

Assalamualaikum ...






Seminggu kebelakangan nie aku asyik confuse soal hari ...

Hari Khamis aku ingatkan Jumaat!

Macam hari nie ... aku ingatkan hari nie dah Jumaat dan esok dah Sabtu.

Sabtu cuti la!

Tadi, siap plan ... esok bangun Subuh, pastu sambung tido balik!

Padahal ... esok baru Jumaat la, keje lagi!!!









CK: Kenapa dengan aku nie? Tak sabar jejak 2013 ke? ...

Tuesday, December 25, 2012

MERRY CHRISTMAS @ BROGA HILL

Assalamualaikum ...






Alhamdulillah ... aku selamat mendaki dan menuruni Puncak Broga, Semenyih dengan selamatnya! *senyum*

Rasa bangga ... kali kedua mendaki dan menuruni Broga Hill tanpa masalah yang berat-berat. 
Terima Kasih Ya-Allah permudahkan urusan hari ini. 

Merry Christmas kat Puncak Broga ... siap jumpa mat salleh anak beranak dengan topi santa claus laie! Tapi aku tak sempat nak bergambar la pulak.



Daki Broga time cuti umum ... memang mencabar!
Bapaaak ramai manusia ... hu hu hu!


Okeh, nantilah citer kalau rajin ... mood nak berehat nie! Penat tapi best! Eh ...






CK : Suke dengan kawan2 yang sporting sangat hari nie ....

Sunday, December 23, 2012

Keyboard Shorcuts (Microsoft Windows)

Assalamualaikum ...




Morning! Happy weekend yooooo!!



Hari ini aku bangun awal, pergi jogging! Semalam pun bangun awal juga ... tak jogging, tapi pi naik Broga Hill. Akhirnya sampai jugas hasrat aku nak naik Broga Hill nie. Terus jatuh cinta! Bila naik Broga Hill nie telah mengembalikan segala kenangan masa kat U dulu. Rajin mendaki dan masuk utan. Okeh stop. Pagi ni nak cerita pasai lain. Pasai Broga Hill nanti aku share gambo hokeh!



Actually this morning, aku wanna share ilmu sketlah dengan korang yek .... ilmu IT, walhal aku takdo la nak terror sangat pun bab-bab IT nie. Mangkuk semayun lagi ade le. xoxoxoxo! Okeh, aku nak share pasai keyboard shorcuts ngan korang. Aku nie guna juga shortcut2 nie. Senang. Cumanya tak semuanya aku hafal. Mana yang mampu ingat je lah!



Untuk memudahkan aku terutamanya, dan korang jua ... maka aku sharelah ilmu yang aku dapat pada timeline FB aku. Sama-samalah kita manfaatkan yek! Manalah tahu, bila dah terror bab shortcut nie kerja aku dan korang akan jadi lebih cepat dan pantas sekali! Produktif .... tak gitu mak jemah??



Sila print dan tampal depan korangnye lappy or desktop ... selamat bershorcut!!




1. CTRL+C (Copy)
2. CTRL+X (Cut)
3. CTRL+V (Paste)
4. CTRL+Z (Undo)
5. DELETE (Delete)
6. SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
7. CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
8. CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
9. F2 key (Rename the selected item)
10. CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
11. CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
12. CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
13. CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
14. CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
15. CTRL+A (Select all)
16. F3 key (Search for a file or a folder)
17. ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
18. ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
19. ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
20. ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
21. CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents opensimultaneou sly)
22. ALT+TAB (Switch between the open items)
23. ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
24. F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
25. F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
26. SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
27. ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
28. CTRL+ESC (Display the Start menu)
29. ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu) Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
30. F10 key (Activate the menu bar in the active program)
31. RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
32. LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
33. F5 key (Update the active window)
34. BACKSPACE (View the folder onelevel up in My Computer or Windows Explorer)
35. ESC (Cancel the current task)
36. SHIFT when you insert a CD-ROMinto the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)



 

Dialog Box - Keyboard Shortcuts
1. CTRL+TAB (Move forward through the tabs)
2. CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)
3. TAB (Move forward through the options)
4. SHIFT+TAB (Move backward through the options)
5. ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
6. ENTER (Perform the command for the active option or button)
7. SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)
8. Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
9. F1 key (Display Help)
10. F4 key (Display the items in the active list)
11. BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)

Microsoft Natural Keyboard Shortcuts
1. Windows Logo (Display or hide the Start menu)
2. Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)
3. Windows Logo+D (Display the desktop)
4. Windows Logo+M (Minimize all of the windows)
5. Windows Logo+SHIFT+M (Restorethe minimized windows)
6. Windows Logo+E (Open My Computer)
7. Windows Logo+F (Search for a file or a folder)
8. CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)
9. Windows Logo+F1 (Display Windows Help)
10. Windows Logo+ L (Lock the keyboard)
11. Windows Logo+R (Open the Run dialog box)
12. Windows Logo+U (Open Utility Manager)
13. Accessibility Keyboard Shortcuts
14. Right SHIFT for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)
15. Left ALT+left SHIFT+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)
16. Left ALT+left SHIFT+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)
17. SHIFT five times (Switch the StickyKeys either on or off)
18. NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)
19. Windows Logo +U (Open Utility Manager)
20. Windows Explorer Keyboard Shortcuts
21. END (Display the bottom of the active window)
22. HOME (Display the top of the active window)
23. NUM LOCK+Asterisk sign (*) (Display all of the subfolders that are under the selected folder)
24. NUM LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)
25. NUM LOCK+Minus sign (-) (Collapse the selected folder)
26. LEFT ARROW (Collapse the current selection if it is expanded, or select the parent folder)
27. RIGHT ARROW (Display the current selection if it is collapsed, or select the first subfolder)
 


Shortcut Keys for Character Map
After you double-click a character on the grid of characters, you can move through the grid by using the keyboard shortcuts:
1. RIGHT ARROW (Move to the rightor to the beginning of the next line)
2. LEFT ARROW (Move to the left orto the end of the previous line)
3. UP ARROW (Move up one row)
4. DOWN ARROW (Move down one row)
5. PAGE UP (Move up one screen at a time)
6. PAGE DOWN (Move down one screen at a time)
7. HOME (Move to the beginning of the line)
8. END (Move to the end of the line)
9. CTRL+HOME (Move to the first character)
10. CTRL+END (Move to the last character)
11. SPACEBAR (Switch between Enlarged and Normal mode when a character is selected)
 


Microsoft Management Console (MMC)
Main Window Keyboard Shortcuts
1. CTRL+O (Open a saved console)
2. CTRL+N (Open a new console)
3. CTRL+S (Save the open console)
4. CTRL+M (Add or remove a console item)
5. CTRL+W (Open a new window)
6. F5 key (Update the content of all console windows)
7. ALT+SPACEBAR (Display the MMC window menu)
8. ALT+F4 (Close the console)
9. ALT+A (Display the Action menu)
10. ALT+V (Display the View menu)
11. ALT+F (Display the File menu)
12. ALT+O (Display the Favorites menu)

 

MMC Console Window Keyboard Shortcuts
1. CTRL+P (Print the current page or active pane)
2. ALT+Minus sign (-) (Display the window menu for the active console window)
3. SHIFT+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)
4. F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)
5. F5 key (Update the content of all console windows)
6. CTRL+F10 (Maximize the active console window)
7. CTRL+F5 (Restore the active console window)
8. ALT+ENTER (Display the Properties dialog box, if any, for theselected item)
9. F2 key (Rename the selected item)
10. CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)
 


Remote Desktop Connection Navigation
1. CTRL+ALT+END (Open the Microsoft Windows NT Security dialog box)
2. ALT+PAGE UP (Switch between programs from left to right)
3. ALT+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)
4. ALT+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)
5. ALT+HOME (Display the Start menu)
6. CTRL+ALT+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)
7. ALT+DELETE (Display the Windows menu)
8. CTRL+ALT+Minus sign (-) (Place a snapshot of the active window in the client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)
9. CTRL+ALT+Plus sign (+) (Place asnapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboardand provide the same functionality aspressing ALT+PRINT SCREEN on a local computer.)

 

Microsoft Internet Explorer Keyboard Shortcuts
1. CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)
2. CTRL+E (Open the Search bar)
3. CTRL+F (Start the Find utility)
4. CTRL+H (Open the History bar)
5. CTRL+I (Open the Favorites bar)
6. CTRL+L (Open the Open dialog box)
7. CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)
8. CTRL+O (Open the Open dialog box,the same as CTRL+L)
9. CTRL+P (Open the Print dialog box)
10. CTRL+R (Update the current Web )









CK : Mari menambah ilmu <3

Saturday, December 22, 2012

ANNE NGASRI DAH SELAMAT DIIJABKABUL

Assalamualaikum ...






Alhamdulillah, dengan sekali lafaz .. Anne Ngasri selamat sah menjadi isteri kepada Mohd Sumali!


Selamat pengantin baru, semoga berbahagia hingga ke syurga Allah! Ameeen ....






CK : Wajah anne tetap cute dan berseri ... pandang tak jemu!!!

Wednesday, December 19, 2012

SRP : KERANA BUKU TERBANG DARI TANGAN AYAH

Assalamualaikum ....



Hye sumer!


#dapat juga bersua dan update blog. Alhamdulillah ...


Results PMR 2012dah keluar hari nie ... best2 la adik-adik yang dapat gred yg cun cun tu. Aku dulu amek SRP, so ... ada pangkat dan aggregat. Nasib baik dapat pangkat A! Cuma aggregat je ke laut sket. Itupun aku tak sangka dapat pangkat A tau, aku nie dulu malas study tapi sangat sangat rajin tengok TV! Sangat rajin! 


Kerana rasa tak percaya aku dapat pangkat A tu, ayah aku hadiah motor Honda C70! Plat KAD59xx.  Saya menang motoooooooooooooooor! he he he. Serius aku plak tak percaya ayah aku beli hadiah sejibik moto. Abang aku yang dapat straight A's pun tak dapat motor tau. Nampak sangat aku nie anak ayah. hiks hiks!! Study tak hebat mana ... tapi hadiah gempak giler. 


Itu aku dululah ... sekarang nie apa aku nak aku usaha sendiri. Motor tu sekarang ayah aku yang pakai ... buat angkut baja dan benih padi pi bendang. Masa aku sambung study ke IPTA, ayah ngan mak plak hadiah motor Kriss. Siap tanya nak color ape? Semestinya biru jadi pilihan. Actually semua adik bradik aku mak ayah belikan motor sorang satu ... dari abang aku sampailah adik aku yang bongsu. Mak ayah cakap bagi adil utk semua anak-anak. Cuma aku je dapat 2 jibik motor ... atas sebab ketidakpercayaan ayah aku pada result SRP time tu. Eh, nampak tak adil plak kat situ. Takpe ... adik bradik aku dah menang part lain dah. Kalau nak dikira ... adil je semua!


Aku ingat lagi, kemalasan aku belajar ... sampai tahap ayah aku baling buku lagi. Bleh fikir tak tetiba buku tu ada sayap dan terbang sendiri. Cuma nasib baik tak terbang kat muke aku je. Nasib baik sangat. Kalau tak rasanya dah telefon teledera kot. he he he. Anak-anak dulu mana berani nak telefon teledera ke hape ... dah tahu kena pukul tu sebab mak ayah nak mengajar. Lagipun, maka ayah dulu-dulu kalau pukul pun dengan kasih sayang ... pukul sebab nak jadikan anak dia 'orang'! 'Orang' kat sini maksudnya nak jadikan insan berguna la suatu hari nanti. 



Aku ingat lagi satu malam tu, kiranya sebulan sebelum SRP ... aku tunjuk dekat ayah aku result trial exam SRP. Sekali dia tengok matematik aku merah! Gagallah tu! Aku memang lemah mate dan BI ... sangat lemahlah. Keje asyik tengok TV je kan. Asal balik sekolah je tengok TV, sampai ayah aku nak buanglah TV tu. Tak tahan dengan perangai anak dia yang asyik gila dengan rancangan TV bukan-bukan. Nasib baik time tu belum ada Astro lagi. Kalau ada, aku rasa TV aku dah tercampak ke luar rumah dah! Rasanyelah ...


Bila ayah aku tengok matematik aku gagal, terus dia suruh pi amek buku latihan dan teks sekali. Dia nak jadi cikgu matematik la konon malam tu. Ayah aku memang terror matematik, tapi rezeki dia cuma setakat kerja kilang je. Alhamdulillah. Malam kejadian tu masih segar dalam kepala aku. Rasanya susahlah aku nak lupa sampai bila-bila. Bila ayah aku soal macam-macam ... aku tak boleh jawab. Buat latihan asyik salah. Sekali, angin sudah naik kepala daaaaaaaa .... ayah mulalah menengking, aku plak jenis cepat je chemey kan. Apalagi menitik ayaq mata kat buku! Sekali kau, buku aku terbang dilempaq oleh ayah aku time tu!! Ko bayangkan ... ayah aku dah lah tak pernah marah sampai macam tu skali. Itulah yang pertama dan terakhir dalam hidup aku. Cikgu kat sekolah pun tak buat aku camtu ... tapi cikgu kat rumah lempaq buku!! Haiiiiiiiiiiisssssssssssssssssshhhhhhhhhhhhh ....



Ayah aku punyalah hangin ... dia suruh amek buku tu dan kata dia jangan study. Exam tinggal sebulan je lagi baru nak pulun. Selama nie dok relaks tengok TV ja. Okeh, salah anakanda!! Aku dengan nagis teresak-esak .... terus masuk bilik. Menangis sampai tertidur!! 


Esok malamnya, sebab takut kena marahkan .... korang tau apa aku buat? Ayah aku dah tak bagi study dah, exam sebulan je lagi ... sebab selama nie dia dok suruh baca buku aku buat tatau je kan. So, aku beli lilin dengan mancis ... malam je aku study bawah meja. Tingkap bilik aku aku tutup dengan kain ... tak bagi cahaya keluar bilik. Nanti ayah aku perasan plakkan .... kang kena marah lagi. Selama sebulan tu, setiap malam aku study bawah meja study dalam bilik bertemankan lilin. Aku rasa bersalah giler kat diri sendiri dan ayah aku. Sangat rasa bersalah. Jadi, aku rasa sebulan tu masih mampu untuk aku usaha ... belum nak mati lagi la aku rasa! Masih ada jalan dan ruang la .... memang study gilerlah!


Lebih menyedihkan, sebulan tu ayah langsung tak kisahkan aku ... marah punya pasal kepada anak dia yang degil nie. Dalam degil tetap jadi kesayangan juga ;=) he he he. Aku pun keras hati juga ... buat je tatau. Study je ... maklah yang bagi aku semangat. Ayah macam dah give up lah dengan aku. Aku rasa macam dia sesungguh hati kecewa dengan kegagalan aku dalam trial exam. Bagi sape yang amek SRP, korang mesti tau ... kalau matematik gagal, ko akan dapat pangkat S!! S tu ... macam ko gagallah SRP ko tu. Repeatlah form 3 balik!! Tahap tulah kiranya ...



Tapi, bila diumumkan result keluar ... akulah manusia paling takut!! Bukannya nak bangun awal-awal pi amik result .... tapi rasa ngeri giler nak pi amek result. Kalau dapat S, malu lah  nak kena repeatkan!! Suka tak suka, kena pi amek result gak. Kayuh gerek lalu bendang ... bawa gerek pun slow slow je, biar lambat sampai sekolah. Degup jantung jangan cakaplah, macam nak luruh je jantung aku nie.


Sampai depan pintu sekolah, baca doa tak hengat! Janganlah gagal ... janganlah gagal ... janganlah gagal!! Dulu cikgu sekolah tampal result kat notis board. Ko tengoklah reramai ... result orang lain pun ko bleh tengok. Sekali tengok, aku dapat pangkat A dengan aggregat belas-belas juga! Rasa nak pengsan ko ... walhal aku gagal tau masa trial!!



Fuuuuuuhhhhhhhhhhhhh lega!! Usaha sebulan aku sangat-sangat berbaloi!! Sangat-sangat!! Ayah akulah manusia yang tak percaya dengan kelulusan aku. Nak tulis kejayaan macam aku dapat semua gred A1 plak kan. Bagi ayah aku keputusan tu dah terbaik dan cemerlanglah ... walaupun abang dapat straight A1 pun ayah taklah happy macam aku dapat result yg sangat biasa. Walhal ... abang aku tu best student negeri lagi tuh. Aku nie best student sekolah pun tak dapat ... ha ha ha. Dasar pemalas baca buku!!



Setiap kali keluar result PMR aku akan terkenang kisah 'buku terbang dari tangan ayah'. Buku terbang tu buat aku jadi manusia yang bergunalah juga. Berguna yang tak menyusahkan dia la dok minta duwet ke hape ke. Aku boleh sara diri sendiri dan bagi ayah sket kalau ada rezeki lebih ... lebihlah ayah dapat ;=)



Moral of the entry tonite ....


#aku tetap tak terror  matematik dan BI sampai sekarang, okeh ini bukan moral cerita ye ... he he he

#gagal sekali bukan gagal untuk selamanya

#usaha tangga kejayaan - walaupun tinggal detik-detik akhir, teruskanlah usaha.

#jangan mudah putus asa - terutama ibubapa ... jangan cepat mengalah bila tengok anak gagal, teruskan bagi semangat dan berusaha bangunkan semangat anak-anak.

#bila gagal sekali, jangan anggap masa depan kita terus gelap gulita .... cuba dan cuba lagi!!






Sekian, cerita nie mungkin dapat jadi semangat untuk adik-adik untuk terus berjaya .... harap-haraplah!! Untuk mak ayah, selalulah memotivasikan anak-anak untuk berjaya. Mak ayah aku orang kampung, bab motivate nie kurang sket lah ... sekolah pun tak tinggikan.


Okeh, nak tidurlah ... ngantuk dah nie. Goodnite goodpeople!!!





CK : Lega hati dapat update blog. Aku tengah busy sekarang nie .... kalau aku tenggelam lagi dari blog, faham-faham ajelah. Nak kejar SKT hujung tahun nie ....

Saturday, December 15, 2012

45 MINIT BERSAMA JILLIAN MICHAELS

Assalamualaikum ....






Hye morning korang ;=) Happy weekend!
Hari nie walau bangun agak awal ... tapi telah terlari dari waktu sebenar 


So, takdelah aku nak jogging mengelilingi bukit depan rumah aku nie.
Buntu kepala nak buat apa pepagi weekend nie kan ..
Selalu jogging + jalan kaki je ...
Memandangkan aku dah pulih sepenuhnya (Alhamdulillah) dan hari ni start balik Atkins ...
Maka aku decide workout dalam rumah je. Okelah kan dari tak buat pape langsung.
Kalau ko bersenam ... yang sihat dan fit diri ko juga ... bukan sesape pun. 
Asyik cakap je, tak wat papepun rugi diri sendiri juga ...
Fikirlah sihat, fit dan berstamina untuk diri sendiri dan orang2 sekeliling yang kita sayang ;=)


Walaupun aku rasa nak kurus dan capai target 48kg tu macam jauh lagi
Takpelah usaha tangga kejayaan!! Pelan-pelan kayuh sampailah!!


Pagi nie aku workout dalam rumah je 
Tapi aku rasa lagi better dari aku jogging + jalan kaki
Sebabnya workout dalam rumah dengan Jillian Michaels nie buat peluh aku mencurah bagai mandi
Walhal ... 45 minit aje kot aku workout.
Peluh meleleh ... fuuuuuuuuuuuuh .... segar rasanya!!


Actually aku dah lama tak workout dalam rumah sejak jogging + jalan kaki nie.
Balik rumah dok tengok tv, masak, blogging ... tidur je yg kerap!
Sebelum nie aku dah pernah cerita pasal Jilllian nie kan ... dah pernah share entry ngan korang pun.
Kali nie aku share lagi .... 
Sebab aku skang tengah usaha hafal step dalam Jillian Michaels 30 days Shred Day 1
So, kalau dah hafal tak pelu lagi la nak belek youtube setiap kali nak workoutkan ...
Pejam mata pun bleh buat!! Cheeeeeeewah ... nada riak di situ. Sila jangan tiru!! muahahahha





#aku rasa dah gemuk! erghhhhh semua bermula selepas kenduri kahwin adik aku haritu ... disiplin out! paaaaaaaaang diri sendiri 100x pergibalik. huh!!!!

#come to me atkins .... and come to me workout !! lepas ni nak jadi sahabat karib dua dua perkara ini.



Okeh, till then...tatatatattata







CK : Berubahlah kepada yang lebih baik, bukan untuk sesiapa ... tetapi untuk diri sendiri. Untuk maju dan berjaya kena usaha ... tiada keberhasilan tanpa usaha. Ingat tu!!

Friday, December 14, 2012

MAJLIS RESEPSI FARID - DIANA DI KEDAH

Assalamualaikum ...




Hye sumer ....


Malasnye nak bercerita ... hu hu, tapi gatai nak update ... bleh camtu? har har har! Blogwalking sebab boring pastu terjumpa gambar farid dan diana ... majlis resepsi di Kedah. Kedah tang mana aku tatau la kan.

Dorang nampak berseri seri sangat. Tapi kan kenapa warna baju pengantin dengan pelamin sama warna? Tak menonjol la plak tang tu. Eh, pandai plak aku komen lelebih kang. Esok ko kahwin orang komen ko pulak yek! Hiks ... hiks ....





Apapun dorang tetap berseri-seri!! Bersanding bertigalah nie kan ...? Macam Raja Ema dengan Sheqal dulu - dulu.


Sumber Gambar dari sini <-----






CK : Si teman dah sibuk pilih warna tema ... hu hu. Aku yang menurut aje kot ... muahahahahahah

Thursday, December 13, 2012

HARIMAU MALAYA THE BEST!!!

Assalamualaikum ...




Hye ...



Sedang layan Piala AFF Suzuki 2012 ... Malaysia vs Thailand. Score terkini Thailand 2-0 Malaysia. Setiap kali Malaysia lawan di padang lawan, pastinya tiada layanan istimewa. Tak sempat uji padang lawan contohnya. Takda tempat nak training.


Sedangkan pasukan manapun yang datang ke Malaysia pasti dilayan sebagai tetamu istimewa... ditatang! Tetapi kenapa Malaysia tidak dilayan sedemikian??


Malam ini Malaysia kalah dengan Thailand. Bagi aku kalah Malaysia masih bermaruah .... teruskan usaha dan cuba lagi pada masa akan datang!!  Malaysia main malam ini lebih baik daripada game dengan Singapura haritu. 


Kecewa dengan layanan yang diterima oleh pasukan Harimau Malaya. Kenapa selalu jadi macam nie?? Apapun .... Biar buruk orang lain lakukan kepada kita, janganlah kita balas keburukan .... tetap usaha membalas dengan kebaikan!! Love Malaysia ....





CK : Harimau Malaysia ... tetap terbaik!!!

KEDEKUT WIFI ?

Assalamualaikum ...




Hye .... selamat pagi!



Setahu aku kebanyakan wifi ada password ... kecuali kadang-kadang kat kedai mamak dia bagi free wifi sebab nak tarik pelanggan. Satu hari tu aku ada la lepak satu kedai makan nie ... memandangkan hp aku non hado tenet, so refresh la kot-kot ada wifi free. Kalau ada Alhamdulillah ... bleh update status FB. Kalau takda ... aku tak kesah, bleh makan dengan senang hati. Memandangkan kerja aku takdelah memerlukan aku berkepit dengan internet 24jam ... rasa rugi plak nak langgan internet kat hp nie. Hp pun bukan android ... rasa tak berbaloilahkan ....


Masa dok kat kedai makan tu .... ini yang aku dapat ..."NakInternetByrla"! hu hu .... walhal ko nye wifi ada password lagi. So, takyah la letak id ko camtu ar. Eh, aku komplen kat sini ... sure nti ada yang akan cakap, "sukahati la id dia ... nk letak papepun!".




Takdelah ... cuma nak gelaklah ... menonjol sangat kedekutnya tu. Kalau share pun ... dapat pahala pe? he he he itupun kalau ikhlaslahkan.

Bila aku pandang je berkali-kali ... buat geleng kepala berulang kali. Haish ... macam-macam oranglah! Apa-apa jelahkan, asalkan tuan punya wifi nie happy hidup dia.




#peacenowar!!





CK : Semakin ceria ;=)

Wednesday, December 12, 2012

BENCI FATIN LIYANA!!

Assalamualaikum ...




Hye sumer ...



Baca tajuk tu! Takmo benci-benci ye ... takmo takmo! Not good tau mencik mencik nie. Tuhan pun tak suke kita mencik-mencik orang lain. huuuuu ... kalau tak suka, belajarlah suka. Suka kepada perkara yang baik. Dan jangan mencik-mencik dekat orang tahu ....


Nie, nk leter sket. Sapa plak dok google 'benci fatin liyana' kat blog aku nie. Bila masa plak aku dok buat entry benci fatin liyana. Bile? Bile? Bile? Cer citer sket kat haku. Hoh, wat haku hangin satu badan neh. Aku tak pernah la dok wat entry benci fatin liyana nie. Lagi suke dia adalah. Dahlah cantik ... doktor plak tu ... blogger femes weh! Suke lagi adalah kat dia. Suke dia sangat sebab dia kurus! Okeh, idola tu kot esok-esok aku kurus macam fatin liyana.


1st entry aku pasai fatin liyana kerana aku terpengaruh dengan cleverbot yang dia main tu. Baca kat sini <--- Hebatkan dia boleh buat aku terpengaruh untuk main sama cleverbot tu. ha ha ha. Tapi sakit hati tau main dengan cleverbot tu. Menyampah la. Aku plak yang rasa sengal time tu. hak hak haks....


2nd entry pasal fatin liyana masuk Mega Utusan. Bestkan dia ... glam kooo!! Nak baca entry tu, semak sini <--- Bila aku nak masuk paper cam dia nie? he he he berangan dah aku nie. Haks perasan nak glam gak ko yek!


So, bila masa aku buat entry benci fatin liyana. Biler? Biler? huh .... marah sekejap nie!! Nak google agak-agaklah kan ... Cer korang tengok bukti di bawah ini. Keywords bulan Disember aku yang kat bawah sekali tu ... benci fatin liyana. Tak nampak lagi? Haaa siap aku arrow merahkan dia. Nampak jelaskan?



Nasib baik sorang je google kebencian ni. Sapelah agaknye  tu? Aku rasa manusia nie memang dah takde keje nak buat dah. Tak pun dia jeles dengan kejayaan fatin liyana yg suweeeeeeeeeet tuh! Nak bergossip agaknye, tu yang rajin gugel mende yang tak best tuh. 


Okeh, pasni jangan nak mencik-mencik lagi. Not goooood!! Kita patut bangga dengan kejayaan orang lain, dan cuba untuk berjaya seperti mereka. Cheeewah ... cam motivator plak dah! haks haks. Aku nie skang dah macam-macamlah plak. 


Moral of the entry .... benci tu tak bagus! 






CK : Makan bubur je arini ;=)

DOA MURAH REZEKI

Assalamualaikum ...



Hye ... morning!



Just nak share dengan korang doa murah rezeki yang wajar diamalkan semua. Ayat 1000 dinar. Aku baca juga doa nie ... kadang2 bila ingat. Belum dapat menjadi rutin lagi. Sepatutnya baca hari-hari, lepas solat 5 waktu ke atau waktu-waktu doa mustajab. Aku pulak biasanya baca doa nie waktu pagi. Disebabkan aku nie lambat menghafal, setiap kali nak baca bawa keluar kertas. Walhal doa pendek je! heeeeeeeee



Alhamdulillah, sejak amalkan doa nie .... rezeki makin murah. Tapi bukanlah bermaksud kau amal baca doa kat atas nie kemudian duduk saja goyang kaki tunggu rezeki turun dari langit. Tidak ... tidak begitu ye tuan-tuan dan puan-puan! Kenalah mencari peluang, merancang dan berusaha kemudian berdoa serta bertawakal kepada Allah Ta'ala. Cheeeewah mirip ustazah ye kamoooo! heeee heeee



Okehlah, selamat beramal!





CK : Kesihatan masih terganggu. Mood berehat lagi ;=)


Tuesday, December 11, 2012

AKU DAN SAKIT

Assalamualaikum ...



Hye ...


Dapat juga aku update blog! Setelah terlantar 2 hari. Entry semalam pun autopublish je. Dah malam baru terdaya layan blog. Sudah 2 hari terlantar. Tajuk entry pun dah macam tajuk masa sekolah rendah dah ... 'aku sebatang pen ...', 'aku sebuah kereta' .... ha ha ha cam kelakar!


Baru hari tu aku dok sibuk cerita pasal 'aku dan kesihatan'. Bangga kot sebab sihatkan. Alhamdulillah. Tapi dalam dok syok-syok sharing dengan korang soal kesihatan. Tup tup aku jatuh sakit! Alhamdulillah. Sakit disebabkan kesilapan aku juga. Sibuk nak layan karenah office, lupa nak makan. Sekali kau ... menderita hampir 2 hari. Masa dok menggagahi diri menaip entry nie pun masih lagilah sakit-sakit.


Rasanya ini kali kedua aku sakit agak teruk tahun nie. Dan kali ini paling teruk. Aku nie species jarang sangat MC. Tahun nie pun baru 2 kali kot MC. Setiap tahun macam tulah. Kalau setakat sakit sket-sket memang aku akan gagahi juga pergi kerja. Tahap terlantar barulah aku gagahi diri pergi klinik amek ubat dan MC skali. Memandangkan aku nie bukanlah jenis tahan sakit, skali sakit meraung panggil mak. Yelah, kalau demam aku boleh tahan lagi. Tapi ini sakit kat dalam perut ... setiap setengah jam sakit, sampai nak tidur pun tak boleh. Makan muntah ... walhal perut melapar je manjang. Makan boleh, tapi kejap lepas makan sure muntah gak sket. Ruginye! Bila sakit teringatlah waktu sihat ... untungnya sihatkan!


Nasib baik ada si teman, dialah yang bawa aku pergi klinik. Belikan makanan. Buat itu. Buat ini. Alhamdulillah. Takdelah aku sendirian. Walhal, depan-depan dia aku nangis meraung panggil mak aku. Depan-depan dia aku cakap, "kenapa sakit neh ... tak pernah sakit macam nie?". Walhal aku patutnya bersyukur, bila sakit nie orang kata dosa-dosa kecil kita berguguran. Sambil airmata berjurai tak hengat. Dialah yang lap airmata aku. Serius masa nie tak fikir dah ko romantik ke hape ke .... sebab sakit tu dah mengatasi segalanya. Dan masa sakit kali inilah dia tak perlu pujuk aku sangat-sangat untuk makan ubat. Kerana aku species tak suka nak telan ubat. Sebab sakit sangat, walau ubat tu tak sedap ... tapi aku rasa macam nak telan semua bagi cepat baik!!


Dari semalam aku sakit, ingatkan pagi tadi boleh baiklah. Sebab sakit dekat perut tu menyerang sekejap-sekejap je. Bangun tidur tu nak pergi kerjalah. Pagi tadi memang hati nak sangat pergi office. Walhal diri sendiri sakit tuh. Sekali kau sakit berulang, terus tak terbangun. Meraung lagilah sorang-sorang. Tengahari si teman datang bawa lagi pergi klinik. Mulut dah pucat lesi dah. Sampai dia cakap, "alahai ... awak nampak cam dah kecik ...". Baru masuk 2 hari sakit dia cakap aku dah kecik. Senyum pun tawar time tu.


Balik dari klinik, singgah beli nasi. Patutnya tak boleh makan nasi lagi. Doktor suruh aku makan bubur nasi tak pun roti bakar je. Perut nie lapar sangat. Degil plak tu. So, singgah warung dekat Dengkil belikan nasi juga. Tengok lauk pauk semua sedap-sedap ... tapi semuanya aku takleh makan sebab menu pedas-pedas. Last-last amek nasi putih separuh, sayur, ikan keli goreng dan kuah kicap. Sakit ... lupakan soal atkins. Kesihatan penting! hiks ....



Balik rumah, duduk sekejap ... pastu lunch. Makan sekadar rasa sket-sket kat perut je. Tak habis juga nasi. Semuanya rasa tawar!! Adatlah sakitkan ... semua rasa tak best. Sambil termenung, rasa nyesal sangat aku tak jaga makan 2 hari lepas sampai aku bleh sakit neh. Selalunya aku akan makan ikut time. Jarang sangatlah waktu makan aku terabai. Sekali terabai ... sakit nie hanya Allah sahajalah yang tahu.



Tapi dalam masa yang sama, bersyukur sangat ... dengan sakit nie aku boleh juga rehat ;=). Rehat pun tak rehat sangatlah, sekejap-sekejap mengerang je bila sakit menyerang. Sampai merengkok diri sendiri macam udang kena bakar dah. Untuk korang ... jaga kesihatan, jaga makan sebelum sakit datang menyerang!! Cegah sebelum parah ... hu hu



Harap aku cepatlah sembuh. Tolong doakan aku .. ye, maksud aku doakan aku cepat baik dari sakit nie! Tq ye ... ;=)





CK : Terima kasih si teman ... ada waktu sakit dan senang saya! Maklumlah, family jauh nun di mata. Hanya Allah sahaja dapat balas budi baik tuan ;=)