Wednesday, August 21, 2013

AKU, FACEBOOK DAN BLOG

Assalamualaikum ...



Aku selalu luahkan perasaan aku dekat facebook dan blog. Sebab aku rasa ia lebih senang, lebih senang untuk aku luahkan apa yang terpendam. Sebenarnya perasaan aku ini banyak menderita dengan apa yang orang dah buat pada aku. Orang sekeliling. Nak luahkan pada orang, tak semuanya akan faham. Kadang apa yang aku cakap akan disalahtafsirkan. Maksud sebenar tu tak sampai. Dan lebih memburukkan keadaan ia boleh menjadi sengketa. So, aku ambil keputusan menjadikan facebook dan blog sebagai teman kala aku 'duka'. Walaupun ia tidak menyelesaikan kekusutan hati, tetapi sekurang-kurangnya aku rasa lega bila ia terluah dan tidak bersarang dekat hati sendiri. 

Aku suka hidup yang happy. Aku tak suka fikirkan masalah. Sebab itulah bila orang sakitkan hati aku, lukakan hati aku, atau khianati kasih sayang aku ... aku boleh baik balik jika aku tahu sebab musababnya. Aku boleh terima kesalahan sesetengah orang sebab aku tak suka cari musuh. Aku boleh maafkan dengan rela hati sebab aku bukan seorang pendendam. Aku suka kehidupan yang sentiasa buat aku senyum ... walaupun aku tahu, kehidupan itu ada turun naiknya, ada dugaannya yang tersendiri. Cuma kadang bila orang pulaukan aku tanpa sebab atau aku tak tahu di mana salah aku ... memang aku akan blah dari hidup orang tu. Sebab tak worth it nak menjadikan orang-orang ini kawan aku. Buang masa!

Aku suka kawan atau teman yang boleh give and take dan menerima diri aku baik buruk seadanya! Yang boleh terima diri aku yang kadang garang, kadang cakap banyak, kadang pendiam, kadang malas, yang suka blogging, yang suka luahkan rasa dekat facebook, yang suka menangis bila kena marah, yang tak suka tension, yang tak suka menipu, yang suka merengek, yang asyik nak buat muke serius, yang tak boleh bergurau kasar kadang-kadang ... bla bla bla bla .... ermm aku sebenarnya takdelah baik sangat pun. 

Dari kecik, aku memang suka pendam perasaan aku sendiri. Sebab aku rasa orang tak akan faham sikap dan perasaan aku. Kadang-kadang aku pendamkan apa yang aku suka, minat dan pilihan semata-mata nak tengok orang-orang aku sayang bahagia dan gembira. Sejujurnya aku kurang memberi perhatian kepada hati sendiri kerana aku tidak mahu orang terluka dengan keputusan dan kehendak hati aku. Sebab aku taknak orang lain sedih bila aku buat keputusan itu ini yang dorang tak suka tapi aku suka. 

Lagi satu, aku tak suka kena marah atau kena hentam bila keputusan yang aku ambil menjadi pertikaian sesetengah orang. Kalau aku salah buat keputusan, cakap baik-baik dengan aku. Bukan hentam atau marah. Sebab aku akan jadi manusia yang paling down sangat-sangat bila benda tu berlaku. Dan bila aku terlampau tertekan kadang-kadang aku boleh tertinggi suara dengan orang tanpa aku sengaja. Benda nie aku selalu elak, tapi kadang-kadang ia terjadi. Amat jarang jadi, tapi sesekali ia tetap berlaku.

Disebabkan teknologi yang sekarang nie ada facebook dan blog ... inilah tempat yang aku selalu luahkan rasa hati aku. Apa yang aku pendam. Aku nak orang faham aku macam mana aku sentiasa berusaha  untuk faham orang lain. Aku layan apa sahaja kehendak orang lain sebab aku sayang. Tak kira mak ... ayah ... adik-adik atau si teman sekalipun. Sampai satu tahap aku tak kisah pun aku penat. Tapi aku tetap juga cuba penuhi kehendak mereka yang aku sayang. Aku suka tengok orang-orang yang aku sayang tersenyum bila apa yang dorang nak dorang dapat atau hajat dorang dipenuhi. 

Aku tahu, hidup aku pun sekejap ... kalau boleh aku nak bahagiakan dorang semua. Itu adalah salah satu impian aku dalam kehidupan ini. Selagi mana orang-orang yang aku sayang tidak mencederakan diri aku, maka aku akan cuba layan sebaik mungkin.

Siapa sahaja termasuk aku, mahukan urusan hidup dipermudahkan Dia. Dan diakhiri dengan kebaikan.



Cuma kadang aku fikir ... sampai bila aku nak pendamkan perasaan aku? Sampai bila aku tidak boleh buat pilihan atas kehendak hati sendiri? Sampai bila aku perlu makan hati atau terasa hati ...

Aku nak juga orang beri pandangan bila aku minta ... bukan mengiyakan segalanya yang aku kata. Macam mana aku selalu bagi pandangan bila orang lain minta sampai mereka puashati dengan apa yang mereka pilih. Tapi aku tak faham kenapa situasi itu tidak berlaku pada aku?? Aku sedih sangat .... tapi dalam sedih aku sentiasa harap Allah menyabarkan aku. Kalau tiada siapa faham aku, mungkin cukup Allah swt sahaja yang mengerti derita hati aku. Aku tahu aku akan kuat hadapi segala situasi. Aku tahu Allah swt sentiasa memudahkan urusan hidup aku dan akhirkan semuanya dengan kebaikan. 

Aku tahu, suatu masa nanti ... dorang akan faham aku, sikap aku, kehendak aku, walau mungkin bila dorang faham ketika itu, aku dah takda kat dunia ini. Siapa tahukan?

"saya bukan pengganti sesiapa ... saya adalah saya, jadi terima saya sebagaimana diri saya yg sebenarnya ...!"






CK : Aku sayang semua orang, aku bersyukur Allah swt bagi aku peluang untuk jalani kehidupan baru nanti.

3 comments:

  1. hahaha takdelah saya nak marah akak komen. Ok je la kak. betul akak cakap tu, kadang kita ni pandang sisi buruk orang je. sebab tu kita susah nak terima pendapat dan pandangan orang. tapi saya suka ingat yg manis2 indah2 untuk buat saya terus sayang kat orang, sebab sy sentiasa perlukan orang yg saya sayang bagi pendapat walaupun ada masanya macam sakit juga hati. Lebih baik bg pendapat yg menyakitkan hati daripada hanya mengiyakan atau cakap 'ok la tu' .... itu lagi sakit hati kak.


    cuma saya nie kalau marah ke, sakit hati ke ... biasanya saya tak pinggirkan orang. saya diam sekejap je bagi hati sendiri sejuk ... pastu ok lah balik. saya tak suka nak marah lama-lama, nanti jiwa sendiri yang seksa ... dalam hubungan ngan sesiapa pun, kena buang ego jauh-jauh supaya hubungan tu bertahan lama sampai bila-bila.

    ReplyDelete
  2. Lebih baik luahankan apa yg terbuku dari aimpn dan pendam...Tapi x semua luahan blh diluahkn di fb dan blog... Yg rahsia tu byk luah ditempat sujud je lah.. Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah semua benda diluahkan kat FB dan blog ... berpda2lah. ada juga disimpan sbg rahsia hati ;)

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!