Aku suka makan daun sup. Kalau buat ulam sedapnyelah hye. Daun bawang pun aku suka juga, kalau goreng mee segera, aku memang potong daun bawang masukkan sekali. Sedap. Wangi. Kalau beli dekat Pasar Awam Presint 8, daun bawang dengan daun sup nie ... mahal sangat aku rasa.
Semalamkan aku pi mydin, so nampak daun bawang dan daun sup yang hijau dan segar. Murah plak tu. Tak sampai singgit pun rege dia. Rasa yummie sangat dengan kehijauan dan kesegaran daun tu. Tapi kan ... kadang tak boleh simpan lama. Cepat rosak. Nak-nak, bila terus masuk fridge ... 2-3 hari daun dia dah layu. Nak makan pun macam dah tak sedap kan?
So, kat sini aku nak share cara aku simpan daun bawang dan daun sup tapi still maintain hijau dan segar juga. Boleh la tahan dalam seminggu. Okeylah tu daripada 2-3 hari dah buruk kan ...
Pertama sekali, korang kena make sure bila beli daun bawang dan sup ini ... jangan bagi pekedai tu lipat masuk plastik. Nanti batang dia patah. Dah tak boleh nak simpan lama. Biar tegak je masuk plastik. Selalu orang beli daun bawang dan sup nie kan tak banyak kan ...
Bila dah sampai rumah apa yang korang perlu buat adalah, cuci sket kesan tanah pada akar dia. Please jangan potong akar dia hokeh! Bersih kan sket-sket dah le. Hati-hati juga jangan bagi batang daun-daun ini patah ye ;p
Bila akar dia dah bersih sikit, rendamkan keseluruhan tubuh badan daun sup dan bawang ini ke dalam besen yang berisi air. Rujuk gambar kat atas. Rendamlah dalam 30 minit camtu, bagi dia segar balik. Bila korang dah rendam dalam air ... daun ini akan kembali segar dan menghijau. Beli daun sup dan daun bawang jangan ambil yang busuk or buruk, memang takleh simpan lama lah. Pilih yang cun-cun aje tau.
Kemudian, ambil bekas minuman yang tinggi (rujuk gambar) masukkan sedikit air. Air nie sekadar tenggelamkan akar daun sup dan daun bawang sahaja. Jangan letak air banyak. Nanti rosak akarnye. Agak-agak dalam seinci air ... cukup lah kot. Pastu korang masukkanlah daun sup dan daun bawang dalam bekas minuman yang tinggi tu. Letaklah kat mana-mana sudut di dapur. Cari bekas yang tinggi adalah untuk menyokong batang daun-daun ini yang sedia maklum ianya mudah patah kerana kelembikan.
Aku selalu buat camnie. Selalunya bertahan jugalah 7 hari sampai habis masaklah aku guna. Nak beli selalu kan malas nak ke pasar. Sekali beli buat stok 4-5 hari. Sama juga dengan serai, aku rendam sket bahagian bawah dia tu tak kasi kecut. Tapi sampai berakarlah serai tu. Kalau ada tanah memang aku dah tanam dah tu.
CK : Tak menahan bagi tips kat korang ... cam baguihlah sangat. he he he
Ok jgk buat gini...kalau sayur2 daun bole x?
ReplyDeleteutk sayur2 hijau biasanye saya rendam skejap...pastu basuh bersih dan tapiskan bg air turun. bila air dh agak kering masukkan dalam bekas dan masukkan dalam fridge. boleh tahan kehijauan seminggu
Delete