Kawan-kawan aku majoriti dah kahwin. Dah ada suami dan ada anak. Rezeki korang. Tapi aku belum melalui rezeki macam korang. Aku single. Takda suami. Takda anak. Belum rezeki. Dalam proses tu ..
Even aku takda anak, tak beerti aku tak tahu jaga anak. Aku kadang tak selesa bila kawan-kawan sendiri bercakap soal anak, sampai aku rasa sentap. Hei, cakap pandang kiri kanan la ... aku pun ada perasaan. Fine, memang aku takda anak ... tapi tak beerti aku tak reti menjaga baby or budak kecil. Aku dah lalui semua tu dari anak buah aku umur sebulan sampai lah umur dah dekat 6 tahun. Bukan sorang aku pernah jaga .. tapi 3-4 orang.
Memang aku bukan seorang ibu. Tak pernah melahirkan. Tapi aku ini ibu saudara. Ibu saudara yang tahu rasa tanggungjawab. Aku pernah jaga anak-anak buah aku siang malam. Masa sakit demam. Hantar dan amek dari nursery. Bawa bercuti (kadang-kadang). Melayan karenah macam-macam. Memang tak sama anak saudara dan anak sendiri ... tapi bila keluarkan kenyataan aku mengharapkan kawan-kawan aku memahami dan tahu menjaga hati manusia macam aku.
Tipulah kalau aku tak terasa tengok kawan-kawan ada anak. Main-main dengan anak bagai. Tapi takkanlah aku nak ikut hati dan perasaan meraung tak bertempat sebab belum ada anak. Kalau aku meraung bagai nak giler sekalipun, akan adakah seorang anak kecil yang jatuh dari langit untuk aku? Tentu tidak bukan? Ini bukan zaman sakti sakti bagai. Aku belum kahwin pun. So, nak datang anak dari mana?
Sapa-sapa yang ada isteri/suami ... ada anak (walaupun sorang) bersyukurlah ... daripada orang lain yang takda suami/isteri dan juga takda anak. Jagalah anak tu elok-elok, didiklah sebaiknya. Cumanya janganlah sampai perlekehkan orang lain yang takda anak. Jangan anggap orang takda anak nie takda perasaan kasih sayang kat budak-budak (walaupun ada juga manusia yang tak kasih budak-budak). Jaga dan hargai juga pasangan tu baik-baik.
Si suami, hargailah isteri yang melahirkan zuriat kamu. Ucaplah terima kasih ... atau tak pun sekurang-kurangnya hadiahlah sejambak bunga bila dia melahirkan zuriat untuk kamu dengan susah payah. Si isteri pasti akan tersenyum walau hanya setakat terima kasih dan sejambak bunga sahaja ....
"hye mommy ....!" |
Jangan ingat orang yang takda anak nie tak tahu langsung bab-bab jaga anak! Aku cuma tak melahirkan anak, tapi menjaga anak ... In Shaa Allah ... aku boleh. Aku dah lalui pengalaman itu ... walaupun hanya sekadar beberapa peratus daripada 100% yang ibu-ibu lain lalui.
Aku sedih sangat bila orang lain mengeluarkan kenyataan yang benar-benar menyentuh hati aku bab-bab anak nie. Mak aku selalu pesan, jangan terlalu bangga sangat dengan apa yang kita ada ... sebab apa yang kita ada ini semuanya pinjaman dari Allah Ta'ala. Bila-bila masa Dia boleh ambil balik. Jadi, hati-hatilah bila berkatakan tentang sesuatu.
Tipulah, kalau kata aku tak tersentuh hati ... bila melihat sebuah keluarga bersama anak-anak kecil. Kadang sampai aku bisik kat hati sendiri, "bilalah aku akan berada dan lalui pengalaman indah itu .... bila?"
*lap airmata yang menitis laju kat pipi sendiri*
CK : Aku juga punya hati dan rasa .... jadi hati-hati bila bersuara
Cik kamoo...
ReplyDeleteRamai yg belum ada anak ..SA plak dlm dilema belum ada suami... untuk kali ke 2...umur dh 35 tau....
Akak yang ada anak pun satu dunia kecoh tanya kenapa tak nak tambah. Sekarang takder reply lemah lembut dah. Sakit hati dikkk. Akak tembak tepat jer kat muka si penyoal. Tak kiralah pangkat, usia sekali pun. Baru diam and sesiapa yang dah pernah kena tembak tak berani tanya lagi sampai sekarang.
ReplyDelete