Sunday, August 18, 2013

HARI MINGGU DAN BLOG

Assalamualaikum ...


Morning u'olls ...

Korang tak update entry ke weekend camnie?
Aku perasan kalau weekend kebanyakan blogger jarang update blog
Aku plak kalau weekend dok umah, mahu berentry-entry aku update
Walaupun entry berlambak, susah la plak nak dapat UV
Coz memasing dah kuar dating di hari minggu, aku je terjelepok depan pc
Takdelah orang nak baca entry yang aku update. Ish .. kesian ...

Ada masa biasanya aku blogwalking pun hari minggu ajelah. Tu pun kengkadang.
Semua blog aku terjah, kadang-kadang sampai berejam mengadap blog je.
Bila time busy, berhari-hari barulah jumpa blog. Tapi bukannya update.
Setakat baca ulang tayang entry lelama je ;-D

Tapi aku gak perasan, mana yang blogger tegar tu mesti update blog kurang-kurangnya 3 entry sehari
Hebat tul dorang nie. Banyaknye la idea.
Kan best kalau aku dapat jadi cam korang ... tapi dah cam full time blogger plak
Dah tak leh nak wat keje lain. Takmolah camtu. Aku nie part time blogger je pun
Sebab tu update ikut suka hati sendiri jerk.

Skang ni pun aku dah jarang wat auto publish entry. 
Bila taip entry je terus rasa tak sabar nak publish. Camne nak wat auto publish kan?
Aku plak yang jadi jenis tak sabar baca entry sendiri...uwwwweeeekkkk *cam la entry sendiri best*

Dah sorang-sorang tak buat apa ... ngadap blog ajelah sampai lebam.
Semalam aku dah kemas ruang tamu, hari nie plan nak kemas bilik belakang
Baru plan, tapi tak tahulah berjaya ke idak plan nie ... he he he
Kalau tak berjaya, nak kuar sat pi car wash. Kete dah bersalut kotor dah. Geli nak naik.

Kadang aku fikir, menulis blog nie lagi best dari dok ramai-ramai pastu mengumpat orang.
Buat dosa je. Tapi tulis blog pun jangan lah ngata orang juga ... ye dak? Kalau tak sama je dosanye.


Takda kene mengena dengan entry nie ;-D




CK : Tengah fikir nak masak apa for breakfast ...

2 comments:

  1. selamat hari raya
    akak ikut mood tapi skrg ni memang hari sabtu dan ahad dah jarang update blog..virus M berlambak

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!