Asal weekend je, bangun pagi teringat blog. Terus rasa nak update. Kalau hari kerja tak dapat buat macam nie. Update blog kat office kang ramai pula mata yang memandang. "Hey ... tak buat kerja ke? Ngadap blog je!". Takut juga kena sergah camtu ... he he he. Di office kalau nak update pun kena tunggu time rehat tak pun time semua orang dah berambus balik umah around 5.30pm. Hari minggu camnie mai kite layan blog sambil-sambil buat kerja lain. Satgi nak kuar jap ...
Masa puasa aritu aku dapat maggi magic meals. Alah perencah untuk masak ayam cam iklan dalam tv tuh. Masak ayam yang gaul dengan rencah maggi perasa ayam kicap berempah, ayam beraroma masak merah ngan ayam apa ntah satu lagi. Dah lupa. Gaul-gaul ayam dalam rempah, pastu masuk dalam plastic then masukkan pula dalam periuk nasi. Kiranya masak 2 dalam 1 lah nie. Untuk species yang tiada banyak masa nak masak. Taknaklah cakap malas, aku pun tak cukup sangat kerajinannye. he he he. Aku jarang masak guna rencah segera nie, kecuali masak mee segera ajelah.
Memandangkan maggi magic meals nie ada kat rumah, apasalahnye try kan? Excited nak tahu sedap ke rasanya. Cuma aku tak ikutlah instuction dekat pembungkus tu. Sebelum tuh, meh aku tunjuk rupa maggi magic meals yang semua orang dah tahu.
Nie maggi magic meals ayam kicap berempah. Tapi aritu aku masak tak guna ayam pun. Stok ayam dah habis. Sekali tengok dalam fridge ada ikan kembung. Ah, bolehlah ... kita ubah style. Disebabkan aku tak makan nasi, so takdelah nak follow sebijik-sebijik ajaran maggi nie. Kita buat sendiri ajelah.
Mula-mula, aku gorengkan dulu ikan kembung tu. Lebih kurang macam nak masak ikan siakap sweet sourlah. Pastu rencah magic meals nie aku bancuh dengan 2 cawan air putih. Gaul sebati, then tumiskan sampai rencah tu masak. Kenalah alter-alter sket ye ... letak garam ke, gula ke hape. Sebabnya rencah magic meals ayam kicap berempah nie bau rempah dia kuat la pulak. Tak selesa aku dibuatnye. Maybe sebab kalau guna ayam kan kite gaul je ayam tu dengan rencah. tak perlu nak bancuh-bancuh bagai. Tapi sebab aku guna ikan, so kenalah bancuh dan tumis.
Korang boleh bancuh rencah tu lebih kurang dalam gambar kat bawah nie. Letak air banyak sikitlah, sebab rencah dia nie bila kita dah tumis dia jadi pekat semacam je. Make sure kacau sebati, kalau tak ia berketul-ketul dalam kuali korang.
Gambar No. 1 tu adalah plastic yang sepatutnya korang masukkan ayam yang dah dipotong dadu. Aku guna ikan, so takdelah nak pakai plastic tu. Lagipun aku tak masak nasi pun. Main tumis-tumis camtu je. Gambar No. 4 tu bila rencah dah dicampurkan dengan air. Pastikan gaul sebati. Kalau tak ia akan berketul-ketul dalam kuali nanti. Pengalaman akulah tu .. ;p
Hasil masakan ikan kembung magic meals. Dari ayam kita tukar kepada nama ikan kembung kicap berempah magic meals. Ok jugalah. Nak kata sedap sangat rempah nie tak sangat la. Bagi lidah aku yang tak berapa nak prefer masakan yang guna rencah segera nie ... biasa-biasa ajelah rasanya. Boleh makanlah.
If takde masa tu bolehlah guna rencah nie. Kat rumah aku nie ada lagi sekotak maggi magic meals pelbagai perisa. Hye ... entah bilalah nak masak. Orang bagi aku amek ajelah. Benda free. Rezeki takkan nak tolakkan? Prinsip aku, rezeki jangan ditolak ... musuh pulak jangan dicari, tapi kalau orang nak buat aku musuh dorang, ikut suka pi la kat dorang. Apa ada halkan? Bukan masalah aku. Next time bila ada masa aku akan share recipe lain pulak. Maybe guna ayam juga kot. Baru kesedapan dia menjilat jari. Agaknyelah .. ;p
#kalau kita sibuk nak memusuhi orang, buat hati jadi busuk je. abaikan orang yang anggap kita musuh, buang masa je melayan orang cmnie. Kalau kita gatal pi layan, kita pun sama bodoh ngan orang yang memusuhi kita tu. Ye dok? - takde kena mengena ngan entry nie ;p
So, untuk haritu ... last week aku rasa, aku makanlah ikan kembung masak kicap berempah dan sayur bayam tumis sebagai menu untuk lunch. Semangkuk sayur bayam aku. Untuk sape-sape yang diet boleh tiru style aku. Walaupun korang diet, kenalah juga pelbagaikan menu ye. Jangan sekat-sekat makan. Aku nie cuma tak makan nasi aje pun ... lain-lain aku makan je dengan penuh berhemah dan sopan santun ;p. Bukan tak makan nasi langsung, makan juga seminggu sekali. Itupun kalau mengidam sangat ataupun bila pi kedai dah takde menu lain selain nasi ... so hadap la juga.
Kalau rasa nak try magic meals nie bolehlah mendapatkannye di kedai-kedai runcit atau pasaraya berhampiran anda ... he he he he
CK : Sejak 2-3 menjak nie, malam minggu je mesti susah nak tidur. Dah 2 malam aku tidur 3.00am ... dah tu bangun pun lewatlah dari biasa. Nak kena lempang diri sendiri juga rasanye!hah ....
Wah.. X pnh try g.. Blh try paa nih ni..
ReplyDeleteye sila cuba .... mana tahu sedap di lidah nanti...hehehhe
Deletekalau chot...mesti dah tambah cili dlm rencah tu..hehe..xsedap xpe..janji pedas..msti licin jugak
ReplyDeletewakaka