Saturday, August 17, 2013

MEE GORENG UDANG DI HUJUNG MINGGU

Assalamualaikum ...



Weekend dok umah. Berehat dan juga kemas rumah. Baru kemas sikit, berehat je lebih.
Tetiba macam merajin sket arinie. Alih meja makan dari sudut sana ke sudut sini.
Day bed dari hujung sana ke hujung sini.
Kertas terpakai semua kumpul dalam plastik tunggu masa nak hantar pi pusat kitar semula.

Aku cuma ada masa lebih dah kurang 2 bulan 14 hari. Nak settle bab rumah dan urusan masa depan ;=)
So, aku pun merajinkan diri dok rumah dan kemas apa yang patut.
Tak cantik sangat pun takpe, asal rumah nie nampak kemas dan teratur. Plus bersih ;p
Sambil mengemas rumah, campak baju dalam washing machine ... biar dia pun buat keje juga.

Dah siap 30% kemas rumah, melepek la juga sekejap. Penat weh angkat meja makan sorang
Bukan angkat sangat la ... tolak dengan hati-hati agar lantai tak calar.
Lepas tu seret plak daybed letak tepi dinding depan tv.
Ish rasa rugi plak tak amek gambar sebelum dan selepas, kalau tak .... leh tempek sini.

Rehat kejap. Perut lapar. Tengok ada mee lagi setengah bungkus.
Mee yang tak habis mak buat mee bandung 3 hari lepas.
Buat mee goreng udang sedap juga nie. Semalam beli udang dekat area rumah si teman.
Kalau si teman ada boleh gak ajak dia makan same. Gi berkelah kat Taman Ampangan P5 ke ..
Tapi malangnye, dia sibuk urus majlis rumah terbuka kat kampung dia.
Esok plak dia kena jadi penyambut tetamu kat open house boss dia .. ermmmmm ;(
*awak ... napelah dalam saat2 genting dan masa yng singkat nie awak sibuklah plak .... huk huk*

Esok-esok kalau masak lagi dah takde rupa dan rasa sedap camnie dah. Ke laut semua ... he he he

Terliur tak tengok mee goreng udang aku nie. Nampak sedapkan?
Bukan nampak je sedap, memang sedap pun. Okeh, masuk lift tekan sendiri ... ;p
Macam mee goreng mamak pun ada, siap pecah telur bagai dalam mee tu
Menambahkan kesedapan nie sebab aku taruk kicap indo ...

Recipe? Ermmm tak yah le, cara aku goreng mee same je cam korang goreng.
Bahan lebih kurang je pun. Main campak, goreng sat dah tu siap. Mai sepinggan ....
Maybe yang korang buat lagi sedap. Akunye nie sedap kat mulut sendiri je.
Actually, mee goreng nie juga jadi makan tengahari aku
Tengahari tadi aku tak makan pun ... petang baru start lapar
Dekat 3.30pm baru aku goreng mee ... kul 4.00pm baru makan.

Tapi kalau korang nak juga recipe, leh check kat sini <----
Cumanya yang nie korang kena pecahkan telur ajelah ngan udang

Sementara nak habiskan sisa-sisa kehidupan bujang nie, eloklah masak sekali je
Breakfast, lunch ... minum petang sekali harung! Dasarkan!! ha ha ha ...
Esok-esok dah bersuami ko tak masak breakfast, lunch and dinner... memang nak kena lah ...
So, ada masa yang berbaki untuk kehidupan bujang nie ... buatlah sesuka hati
Pasnie nak buat apepun dah nak kena minta izin suami ... hu hu hu ...


Aku harap korang terliur dengan hidangan mee goreng udang aku petang nie ... he he he he





CK : Asal aku dok umah je, semua cerita kat TV hareeem tak besh ....

2 comments:

  1. mee.. tp knpa nmpak macam megi.? Eh. Awak pakai magik ye? Tapi mee + telur mmg sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Magis la sangat..hehehhe sebab sy dah pecahkan telur, so mee tuh dah kerinting cm maggi dah ...

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!