Monday, August 19, 2013

KENAPA PEREMPUAN, SELEPAS KAHWIN AKAN BERISI?

Assalamualaikum ...




Isteri : Kenapa perempuan, selepas kahwin akan berisi?
Suami : Biasalah perkara macam tu, Saidatina Aisyah RA pun selepas kahwin semakin berisi. (Dari hadith yang diceritakan oleh Saidatina Aisyah RA, diawal perkahwinan dengan Rasulullah SAW mereka berlumba lari, Saidatina Aisyah RA menang. Selepas beberapa ketika usia perkahwinan, Rasulullah SAW mengajak isterinya untuk berlumba lari dan berjaya mengalahkan isterinya. Lalu Saidatina Aisyah RA menceritakan bahawa ketika itu beliau sudah berisi.)

Nampak 'hikmahnya'.

1. Suami tidak meletakkan isu wanita hamil atau bersalin dan menyusukan anak sebagai alasan isteri menjadi gemuk kerana Saidatina Aisyah RA tidak memiliki zuriat (tidak hamil atau menyusukan anak).

2. Suami memandang kecantikan seorang isteri bukan pada fizikal, tetapi disebalik yang tersembunyi iaitu kecantikan dalaman seperti sifat keibuan, penyabar, penyayang dan santun dengan keluarga.

3. Seorang suami apabila melihat keindahan akhlaq seorang isteri, akan melihat nur di wajah isterinya yang mana akan mencantikkan wajah isteri dengan sendirinya. Kerana rupa yang cantik tidak menjanjikan akhlaq yang cantik namun akhlaq yang indah insyaAllah akan membiaskan nur di wajah isteri.

[sumber dari sini <----]


Bagi aku, berisi atau tidak itu bukan persoalan dalam mencipta bahagia dalam rumahtangga asalkan setiap orang menerima seadanya pasangan masing-masing dengan penuh rasa syukur, In Shaa Allah rumahtangga akan rukun damai. Kalau kau kurus, langsing ... muka cun, putih melepak tapi pemalas nak mam***, nak masak tak tahu, basuh baju malas, rumah bersepah ... harap jaga muke ngan badan je memanjang ... suami pun give up! Tapi kalau kau cantik plus rajin melampau ... kira bonuslah tu.

Kalau tak cantik mana pun, tak yahlah risau sangat. Bagi aku bukan semua lelaki memandang fizikal dan luaran. Ada juga saki baki lelaki yang tahu hargai keluhuran dan keikhlasan hati wanita yang sanggup susah payah dalam jalani kehidupan bersama. Kadang lelaki nie, dapat wife punyalah baik ... jaga dia cukup sempurna tapi maybe gemuk sket ajelah, terus nak cari lain. Sekali bila dapat yang lawo ... apa pun tak bleh, tak perfecto cam isteri sebelumnya! Kan dah nyesal tinggalkan isteri yang baik. Aku juga perasan lelaki nie kadang masa dia mude hensem bergaya je sibuk ngayat perempuan lain, tapi bila dia dah tua ... tak larat dah itu ini, dia akan balik kepada isteri yang boleh menjaga dia.  Apsal dia tak patah balik kat binis dia yang lawo tu? Sorry lelaki, aku tulis berdasarkan kenyataan depan mate. 

Berisi atau tak ... hargailah pasangan kita. Kalau dia berusaha menjaga kita dengan baik, sempurna ... kenapa kita tidak menjaga dia dengan baik dan sempurna juga? Ingatlah pasangan yang baik itu adalah anugerah Allah swt yang tidak terhingga nilainye. Sekali kita abai, perginye mungkin tak kembali lagi. Tak ke menyesal nanti.

Eh, fikir sendirilah kan ....



CK : Emo plak ....

4 comments:

  1. wahhh... entry yg bagus. lega tul kat hati ni bile baca.he3....

    ReplyDelete
  2. betul itu kak...yg penting kebahagian bukan bentuk fizikal ..syukur dgn apa yg ada

    ReplyDelete
  3. Berat maintain.
    Dah jenuh nak tambah berat walau mkn banyak gile, turun le pulak time 'berisi' ni huhu kompiyus!

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!