Apa yang chomel nie?
Nak cerita sikit tentang seorang penyanyi dari Singapore nie. Buat aku tertawan giler dengan suara dia. Sedaplah sangat. Cuma suara dia yang sedap tak boleh dimakan ajelah ..... maybe korang semua dah kenal dengan dia, aku je baru nak kenal. Penyanyi Chomel ... muke pun comel gak la. Kiut miut ... suke aku tengok muke smiley dia. Suara dia pun suwet.
Lagu Chomel sumer lagu jiwang. Buat aku teringat zaman-zaman sekolah dulu. Aku nie stok jiwang gak kadang. Dululah, skang dah kurang banyak bab jiwang nie. Lagu jiwang pun dah jarang nak dengar dah. Sekali ko, terjumpa plak lagu-lagu si Chomel nie, terus terjiwang sekejap. Mengimbau nostalgia lama dan dan tu juga! haish .... mulalah teringat zaman cinta monyet dan zaman kenal dengan si teman.
Mula-mula jatuh cinta pandang berkali-kali ngan si teman, dia ada tujukan lagu kat aku. hah, kelakar siot bila ingat balik. Aku plak jenis yang tak reti nak berkias-kias, dan tertanya napelah dia asyik dok nyanyi satu lagu nie memanjang. Rupanya dia dah bagi hint dalam diam. Uweeekkkkk jangan korang muntah hijau dah le. Ini semua kenangan mula-mula kenal dia. Bila terkenang boleh senyum sowang-sowang.
Pestime dia dok nyanyi lagu nie kat aku, Seribu Bayangan-Damasutra .... antara lirik yang dia suka sangat dok nyanyi. Mula dia nyanyi lagu nie masa dekat Pulau Pangkor 8 tahun lepas rasanya. Masa tu family day. Time tu aku cuma kawan se'office' yang takda perasaan cintan cintun pun ngan dia. hu hu dululah .....
"Kau masih menduga sehingga kini
Andai ku bersenda dengan teka teki
Seribu bayangan aku gambarkan
Masih lagi kau tak mengerti"
Andai ku bersenda dengan teka teki
Seribu bayangan aku gambarkan
Masih lagi kau tak mengerti"
Pastuh, bila dok kenyit-kenyit mata manjang ... dok i love u - i love u celah-celah pintu office sampai kantoi ngan boss, dia bagi lagi satu lagu. Nasib baik dapat boss sporting. Masa dia dok i love u dekat pintu office, time tu juga aku cuma officemate dia je. Takde feeling hape pun. Aku ingat dia main-main le ngan aku. Gurau kawan-kawan, takdelah aku amek serius yang dia tu ada hati ngan aku. Sebab serasanya masa tu dia dah ada GF. Tak beranilah potong line orang. Jadi kita wat tatau ajelah walau berlonggok lagu pun dia bagi. Lagu yang dia bagi nie cam best jugalah layan. Suatu Masa-M.Nasir.
"Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku
Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan
Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan
Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku
Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya
Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima"
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku
Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan
Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan
Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku
Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya
Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima"
Dia pernah cakap ngan aku, "saya selalu nyanyi lagu nie tapi awak nie tak paham-paham jugakkan?". Ler aku ingat hobby dia memang menyanyi ke hape ke. Manalah aku nak faham. Cer jangan nak berkias. Aku nie walaupun stok jiwang tapi bab luahan hati, direct to the point ajelah senang. Aku ingat lagi Cikgu Bahasa Melayu aku masa kat form six dulu kat Sek. Men. TM. Nama cikgu tu, Cikgu Abu Hassan, dia kata "orang Melayu nie banyak sangat berkias ... cuba tengok orang nak meminang, pantun sana pantun sini ... cuba direct je cakap, SAYA SUKA AWAK, SAYA NAK KAHWIN DENGAN AWAK!".
Akhirnya aku couple gak ngan dia selepas 2 tahun kenal. Masa tuh, dia dah single. Pastu kitaorang pun kena tukar department lain-lain. Padan muke. Kisah cinta kitaorang macam drama dah, sampai dipukul gelombang, hanyut dan karam bagai. Pasang surut dalam hubungan tu semua aku dah rasa. Sampai satu tahap aku dah redha bila tak berjodoh ngan dia. Sooobssss sooooobssss. Nak cerita pasal penyanyi Chomel je, tapi melalut sampai kisah cinta aku plak. hua hua hua ... over gedebas aku nie. Sila jangan muntah hijoo ye.
Inilah lagu yang Chomel nyanyi buat aku jatuh hati terlampau. Andai Hatiku Bersuara. Suara dia dah la sedap. Lirik lagu nie best sangat. Lagu nie kalau dengar time aku putus cinta dolu-dolu sure berkotak-kotak tisu habis rasanya ;p
Meh layan lirik lagu nie plak. Pepagi aku suruh korang jadi jiwangkan. Sorrylah, entry pagi nie terpanjang plak. Autopublish nie. Malam tadi aku dah siap karang dan dok ulang dengar lagu si Chomel nie. Sentap jiwa ahkak okeh.
Andai Hatiku Bersuara
Oh Tuhan, berikanlah aku,
Kekuatan menempuhi dugaanMu,
Aku percaya ada hikmahnya,
Di setiap dugaan yang ku terima.
Andainya hatiku bersuara,
Pastinya ia akan berkata,
Cukuplah sayang aku tidak berdaya,
Mengharungi segala sengsara.
Berapa kali harus aku terluka,
Barulah kan ku sedar,
Cintaku tidak layak untuk dirinya,
Mengapa masih aku setia disisinya,
Tidak ku mengerti, tidak ku fahami.
Seperti insan biasa ku ingin bahagia,
Menyintai dan dicintai tiada duanya,
Andai terlampau permintaanku ini,
Maafkanlah kasih.
Komposer: Rya Rahman
Oh Tuhan, berikanlah aku,
Kekuatan menempuhi dugaanMu,
Aku percaya ada hikmahnya,
Di setiap dugaan yang ku terima.
Andainya hatiku bersuara,
Pastinya ia akan berkata,
Cukuplah sayang aku tidak berdaya,
Mengharungi segala sengsara.
Berapa kali harus aku terluka,
Barulah kan ku sedar,
Cintaku tidak layak untuk dirinya,
Mengapa masih aku setia disisinya,
Tidak ku mengerti, tidak ku fahami.
Seperti insan biasa ku ingin bahagia,
Menyintai dan dicintai tiada duanya,
Andai terlampau permintaanku ini,
Maafkanlah kasih.
Komposer: Rya Rahman
Dah-dah layan jiwang. Jom sambung keje. Happy reading yaaawwww!
CK : Akhirnya bakal bersatu juga ... after bertahun2 lamanye. Betul orang cakap, jodoh tu semua kerja Allah swt. Manusia hanya ada hak untuk berusaha sahaja.
assalamualaikum.
ReplyDeletebest kan ? the lyric credit to rya rahman, bak kata peminat chomel, suara emas. eloknye chomel n kak rya trus krjasama cpta lagu sebab dua2 pun sahabat so senang la sikit [bagi pndapat je haha] . btw lagu ori chomel, adakah kerna dia best jgk. :) na ckp tu jep. ok bye.
w'salam .... ah' tahu tu bukan lagu chomel....dh ada nama komposer kat bawah tu...hehhe thanks
Deletememang best sangat suara dia.. lagu-2 dia superb !
Delete