Saturday, February 12, 2011

Berblog Sampai Lebam!

Assalamualaikum...

Best ke jadi blogger? Walaupun sekadar blogger picisan. Menulis sebab minat. Sebab seronok. Sebab nak berkongsi macam-macam [maklumat, gambar, perasaan, emosi, pengalaman dan ... ]. Tambah best bila kita berblog dapat galakan dan kerjasama dari mereka yg kita sayang. Hu hu hu berbunga-bunga hati ini.

Bukan senang nak jadi blogger. Sekadar buat blog sebab orang lain ada blog. Macam tak guna di situ. Macam sayalah dulu-dulu. Buat blog utk diri sendiri dan kawan-kawan terdekat. Sekejap-sekejap asyik nak private. Nak update malas. Bila kita melakukan sesuatu dengan minat, macam manapun kita akan usahakan sesuatu yang terbaik.

Pernah juga saya dengar orang ckp-ckp pasal kita yang jadi blogger....
  • Buang masa laaa tulis blog...[Kau ado kira bapo banyak masa den terbuang kat sini? Yang kau skodeng den takdo buang maso ko?]
  • Alaaa blog dia tu blog syok sendiri....[Yang syok tu den, jangan riso lah...takdonya nak berjangkit ngan ekau ar]
  • Hai...citer mcm ni pun nak buat entri ke...huh! macam budak2! [Ada den kisah, blog den...den punya sukolah]
  • Dia tu memang takda keje...sbb tu ada masa tulis blog [Sekarang ni baik juga tulis blog sbb pertama otak tak beku sbb asyik memikir cari idea dan kedua....ada juga side income. Ntah2 esok kau jadi jutawan macam Red Mummykan...hu hu. Habis yang setakat baca blog je korang takda plak nak kisah. Tapi pembaca blog penting utk blogger utk up traffic dan utk klik segala iklan yang ada dgn ikhlas gamaknye. he he he]
  • Cerita dlm tempurung sendiri pun nak tulis jugak ke? [Rasa cam nak lempang je!!]
  • Alah..dia tu tulis blog sebab nk kutuk/perli orang lain je...[Ada ke blog saya nie kutuk kawan2 saya? Ish...rasanya takda! Sila semak entri lama2 tu...entri emosi byklah itu pun pasal diri sendiri ngan orang2 yg I sayang hu hu hu...]
  • Berangan nak jadi Red Mummy lah tu! Tak pun ada hati nak jadi Hanis Zalikha ngan Irine Marcello. Mimpilah kau! [Eh! yang berangan kepala otak saya, yang kepala hotak kau rasa berat tiba2 apsal plak...hu hu hu]

Hah! macam tulah antara perkara yang kena hadapi bila jadi blogger separa tegar! Jangan fikir orang akan suka apa yang kita suka dan minat. Mula-mula untuk mendapat pemahaman orang lain amat sukar. Tambah-tambah kalau kita gedik-gedik nak minta orang yang kita sayang supaya dapat menerima kita sebagai BLOGGER PICISAN!! Disebabkan minat haruslah pekakkan telinga dengan apa orang lain cakap. Berbloglah sampai lebam. Selagi korang mampu! Selagi korang terdaya! Selagi korang rasa idea sedang melimpah ruah!

Satu perkara yang saya dapat kebaikan dari menulis blog sejak 3-4 bulan ini dengan rajin adalah OTAK SAYA BANYAK BERFIKIR! Walaupun kadang-kadang apa yang saya tulis mungkin "kosong" atau "merapu" bagi pembaca blog....tapi ada masanya ia buat saya rasa otak saya masih hidup lagi.

Tambah semangat saya bila INCIK BABAH telah memahami minat dan kesukaan saya tentang blog. Walaupun dia tahu saya tak adalah pandai sangat nak design blog ni cantik2. Tapi dia sememangnya tahu saya suka menulis. Sebab bila dia buka buku-buku saya semua ada ayat yang bukan2. Jiwang2. Bunga2. Nampak sahaja saya nie keras di luar tapi macam agar-agar sebenarnya...lembut di dalam. Ha ha ha...

Alhamdulillah...berkat kesabaran saya memekakkan telinga selama ini sekarang dia pula yang membantu saya ambil gambar! Dia pun tahu saya suka ambil gambar. Tapi dia takdalah cakap kat saya macam ayat-ayat kat atas kecuali yang pertama tu..."buang masa tulis blog!". Itu cakap dia dulu...sekarang tidak lagi!

So, sekarang ini semuanya terpulang pada saya....nak berblog sampai lebam atau pun tidak! Orang dah bagi semangat bunga-bunga takkanlah nak dicampak begitu sahajakan...dulu masa orang merungut sana sini...tergedik-gedik nak suruh faham. Skang nie orang dah faham dengan ikhlas, tunggu apalagi...BERBLOG SAMPAI LEBAMLAH!!!



CK : Hati bunga2 ok...

3 comments:

  1. yupp!!! btul tu.. mnade buang mse.. kadang2 blog kite boleh jdi sumber info and mklumat.. mne la tahu tempat yg kite pg tu dorang xprnah pg pastu kite amek gmbar lawa2.. dorang suke dorang nk g tmpat tu.. kan dh dpat faedah dri blog! bnyak lg kbaikan brblog.. org yg otak negatif je pk sume tu.. chaiyo2 okay!! kite sme2 picisan.. i.allah akan setaraf ngn blogger otai satu hari nnti! amin~~ ^^


    jemput singgah sini ANASAURUS :)

    ReplyDelete
  2. setuju sgt! usaha lift kejayaan...hahahah

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!