Saturday, February 12, 2011

Cuti-Cuti Malaysia : Pulau Pinang [Day 1 - Part 1]

Assalamualaikum....

Akhirnya berjaya jugak saya buat entri tentang percutian saya masa cuti 9 hari sempena CNY! Incik Babah dok tanya pasal entri ini...dah update ke blom. Update sudah!! Ini percutian bajet. No bermalam ke hape. Sekadar singgah menyinggah sebelum sampai ke Alor Staq. Jalan-jalan ni memang dah lama dirancang dgn Incik Babag. Saya balik kampung dan Incik Babah akan bermalam di bandar Alor Staq.

Dalam perjalanan balik ke Alor Staq, kami singgah ke Pulau Pinang. Nama sahaja saya nie orang utara...tapi belum pernah pusing satu Pulau Pinang. Malu sungguh! Kalau pergi Pulau Pinang pun...setakat pergi rumah mak saudara kat Balik Pulau then terus balik Kedah....takdanya nak jalan2. So, kali ini memang saya nak lepaskan kempunan saya jalan-jalan di pulau nie. Dan Incik Babah pulak nak jenguk tempat dia belajar masa muda2 dulu....

Dah melalui Jambatan Pulau Pinang. Sayangnya sekarang dah tak boleh berhenti di sini. Nak bertenggek jauh sekalilah. Ini mesti takut kes putus cinta + cubaan bunuh diri...ha ha ha

Ikut arrow Gelugor ... USM ... Bayan Lepas

Sempat singgah amik gambar di USM....dah lalu rugi tak singgah! Asyik pandang-pandang sahaja nak jugak pegang-pegang...opssss....

Saya memang teringin sangat nak naik Bukit Bendera dengan keretapi. Incik Babah cakap best! Dia tahulah...dulu kat sini tempat dia bermain2...bercintan cintun. hahahahahaha...kantoi sudah!!

Tapi malangnya....underconstruction! Insya-Allah Mac 2011 ni akan dibuka semula. Giler sedih weh....mak kempunan lagi! Sib baik ada yg pujuk dengan janji..."takpe nanti kita datang lagi!" .... ha ha ha ... mak suka noq!!

Kemudian kami teruskan perjalanan ke Kebun Bunga...

Sempat rakam rumah usang ini! Menarik pada pandangan mata saya...

Kita ke Taman Botani Pulau Pinang ya anak-anak!! Tengok apa yang best kat sini..

Ada monyet tengah layan perasaan

Jom naik tram! RM2 sahaja...

Masa saya pergi memang ramai jugaklah orang kat sini....

Antara view di Taman Botani Pulau Pinang

Serupa hutan pun ada. Siap ada yng golek2 bagai filem hindustan di sini...

Sebab ada yang bagi makanan....apalagi terus diekori monyet!
Nasib baik tak lompat naik tram sama..

Malangnya tempat ini tidak begitu terurus....sedih tengok!
Lawa lagi TAMAN BOTANI PUTRAJAYA

Malu kat pakcik nie....dia yang tua pun jalan kaki! Saya yang muda belia naik tram!
Oh...not good sungguh. Bukan malas jalan ya...tapi nak kejar masa.
Namapun percutian bajet...byk tempat nak pergi

Taman ini turut dijadikan lokasi penggambaran...nampak model cun dari belakang sahaja...

Pihak bertanggungjawab sila ambil perhatian....amat2 tidak terurus!!

Tengok pagar dia...sungguh memalukan! Dahlah...ramai pelancong...! Tipulah kalau cakap takda bajet nak baiki. Pagar ni macam dah lama rosak. No action ke?? Talk-talk only???

Layan aiskrim kampung....perghhh dah lama tak jumpa aiskrim mcm nie.
Teringat zaman budak hingusan

Menarik weh!!

Selamat Tinggal TAMAN BOTANI PULAU PINANG....pelancong ramai tapi lokasi pelancongan ini tidak terurus sepenuhnya!


Sekian untuk day 1 part 1...akan menyusul nanti....kita naik feri plak....weeehaaaa!!! Banyak lagi yang nak update....jalan2 ke Chuping dan Padang Besar, Perlis. Pusing Alor Staq...walaupun orang Alor Staq tapi nak pusing jugak...hu hu. Bawa Incik Babah jalan2 A.Staq sbb dia bukan orang utara pun. Dia cakap bosan kena dok hotel sorang2...ha ha ha....sian! Tapi berbaloi jugak percutian bajet ini.


CK : laparlah pulak...

3 comments:

  1. Lawarnya gambar kat blog ni... macam mana nak buat gambar jadi lawar macam ni?

    ReplyDelete
  2. Thanks Ammar .... saya dah komen kt blog awak

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!