Monday, February 21, 2011

Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan...

Assalamualaikum....

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Baik. Buruk. Jahat. Cantik. Molek. Gagal. Berjaya. Dan macam-macam lagi. Sedar atau tidak, apa yang kita fikirkan itu membentuk diri kita hari ini dan akan datang. Dengan minda sedar serta minda bawah sedar! Tapi apa pun yang kita fikirkan tentang apa yang kita inginkan dalam kehidupan ini....jawapan terakhir ia tetap ketentuan ALLAH!

Kita mempunyai angan. Punyai impian. Punyai harapan. Juga punyai keyakinan bagi memastikan apa yang kita angankan, impikan serta harapkan menjadi satu kenyataan yang kita genggam. Sejak kecil kita sudah punyai angan dan impian yang kita canang-canangkan di hati dan pemikiran kita. Sedangkan ketika itu kita tidak pernah sedar bahawa apa yang kita fikirkan menjadi angan dan impian kita sedikit sebanyak akan menjadi realiti! Bukan semua...tetapi sebahagian daripada apa yang kita benamkan dalam pemikiran serta hati akan menjadi milik kita suatu hari nanti.

Kita adalah apa yang kita fikirkan! Jika kita fikir kita bahagia. Maka bahagialah kita. Minda sedar dan bawah sedar akan bekerjasama bagi menjadikan kita manusia yang bahagia. Dan jika kita sering memikirkan kita sengsara dan derita maka minda sedar dan bawah sedar akan bantu membantu menjadikan kita manusia yang derita!

Apa yang kita fikirkan akan menjadi satu niat! Niat yang membuat kita berusaha untuk mendapatkannya. Menjadikan apa yang kita fikirkan satu kenyataan untuk kita genggam.

Teringat saya tentang seorang teman [tapi mesra], bila dia meluahkan isi hatinya [bukan tentang cinta] tentang apa yang difikirkan sejak kecil. Dan bila direnung-renungnya kembali apa yang difkirkan itu menjadi satu niat yang akhirnya menjadi kenyataan dalam kehidupannya. Tetapi apapun semuanya tetap berlaku dengan kehendak dan ketentuan ALLAH [wajib percaya]! Kata teman [tapi mesra] saya ...


"Dulu saya teringin sangat untuk melalui pengalaman hidup di sawah padi.
Masa kecil-kecil saya pergi ke Taman Pertanian Malaysia Bukit Cerakah di Shah Alam saya siap ambil lagi pokok padi yang ada kat sana. Saya suka sangat tengok pokok padi. Sampai saya terfikir saya mahu melalui keadaan hidup di kawasan yang ada pokok padi yang banyak [teman saya ini orang selatan]"

"Awak tahu akhirnya saya dapat melanjutkan pelajaran saya ke utara Malaysia! Suka sangat saya. 3 tahun saya melalui pengalaman hidup di kawasan yang ada pokok padi!"

"Dan hari ini saya terfikir, Allah sebenarnya menjadikan apa yang kita fikirkan dan niat itu satu kenyataan walaupun bukan semuanya!"


Itulah penceritaan teman [tapi mesra] kepada saya. Ada banyak lagi. Tapi cukuplah contoh yang mudah-mudah! Sebenarnya bila kita mengambil masa untuk duduk dan renung semuanya kembali tentang apa yang kita fikirkan. Sebenarnya Allah telah banyak memakbulkan setiap apa yang kita fikirkan, niatkan, angankan serta impikan. Allah tidak pernah menjadikan harapan kita itu terkulai-kulai begitu sahaja. Malangnya kita adalah hamba-Nya [termasuk saya] yang jarang dan mungkin amat jarang sekali menyatakan rasa syukur! Tidak pernah ingin merenung kembali sejarah yang ditinggalkan. Dan kita amat jarang menginsafi kekhilafan diri sendiri!

Kita adalah apa yang kita difikirkan! Percayalah! Itu adalah kita. Macam saya. Bukan niat untuk membuka pekung di dada. Saya pernah terfikir sejak dahulu. Sejak zaman boleh berfikir. Zaman yang agak bijak menggunakan akal. Saya mahukan jodoh @ suami dari lelaki yang tinggal di selatan sahaja! Huh! nampak macam memilih bukan. Tapi tipulah kalau kita tidak pernah niatkan sesuatu tentang jodoh dalam kehidupan kita! Saya percaya dan saya yakin. Akhirnya saya jumpa seseorang yang menjadi cinta hati saya [maaf dalam hati ada taman] dari selatan! Walaupun saya dan si dia tidak berjodoh, tetapi sekurang-kurangnya ia berlaku seperti apa yang saya fikirkan!! Tentang tidak ada jodoh antara saya dengan si dia, Allah lebih tahu sebab musababnya. Ada hikmah yang tersembunyi yang saya belum dapat selongkari sehingga hari ini. Mungkin sebab doa-doa saya selama ini tidak sempurna dan ada cacat celanya maka jodoh saya bukan dengan dia. Titik.

Bila saya renung. Dan bila saya diam seorang diri. Saya berfikir. Baru saya sedar. Bahawa apa yang berlaku kepada saya hari ini adalah hasil daripada apa yang saya fikirkan sebelum ini.

Saya fikirkan saya seorang yang tabah! Dan akhirnya saya dapat lalui banyak perkara dengan tabah walaupun saya terpaksa merangkak dan menangis [saya mudah sangat menangis!]. Tapi saya tetap dapat apa yang saya inginkan dengan usaha serta doa daripada mereka yang menyayangi saya.

Saya fikir yang saya akan memiliki kereta sendiri selepas 5 tahun bekerja tetap. Alhamdulillah saya berjaya memilikinya. Tapi terlewat setahun. Tahun ke-6 baru saya dapat.

Saya fikir yang saya mempunyai kemampuan dan kebolehan untuk dinaikkan pangkat dalam tempoh 2 atau 3 tahun selepas dapat kerja tetap. Alhamdulillah saya dapat! Syukur sangat!

Ada bermacam-macam perkara yang saya fikir telah saya miliki walaupun bukan 100% yang saya fikir menjadi milik saya, tetapi sekurang-kurangnya saya berjaya memiliki dengan apa yang saya fikir, niat, impikan dan usahakan!! Allah Maha Mengetahui. Ingatlah ketentuan akhir adalah hak Allah tetapi usaha adalah hak kita sebagai hambaNya/manusia. Fikir dan usahalah untuk mendapatkan setiap apa yang kita inginkan dengan cara yang betul!

Tapi ada satu perkara yang saya fikirkan belum menjadi kenyataan! Agaknya usaha kurang atau terlalu tenggelam dalam kecewa kasih sayang lama. *Jodoh* ... tapi saya sentiasa percaya ia tetap ada!! Cuma hati belum berani ...



CK : Fikirlah yang baik-baik buat diri sendiri! Jangan terlalu banyak buruk sangka pada orang lain. Sentiasa memaafkan orang lain dengan ikhlas biarpun mengambil masa yang lama. Sentiasa menyemat rasa sabar dalam hati. Insya-Allah apa yang kita fikirkan akan menjadi milik kita. Cuma antara cepat dan lambat ... semuanya atas kehendakNYA jua!! Jika tidak dapat dimiliki apa yang kita fikirkan bermakna Allah telah menggantikan ia dengan perkara-perkara lain yang tidak kita sedari. Kerana Allah lebih tahu mana yang baik dan buruk kepada setiap hambaNYA!


4 comments:

  1. jodoh..sentiasa ada..bila dan di mana? Allah ada rancanganNya sendiri untuk kita.

    ReplyDelete
  2. Betul . We are who we think we are. Sangat setuju. Sarah selalu guna benda ni tapi sarah tak reti nk fikir bahagia. mcm mana nk bahagia?
    heeeeeee

    ReplyDelete
  3. Chinta > jodoh biar ditentukan Allah...tp kita tetap kena berusaha bukan...

    Sarah > Fikir seolah kita tiada masalah. Walaupun ada kita hadapi dgn tenang. sentiasa cakap dengan diri kita boleh hadapi masalah yang datang. Dan mohon semua perkerjaan kita dipermudahkan Tuhan.

    ReplyDelete
  4. salam,
    melawat dn mengunjungi rakan segmen;p
    dtg dr blog abg ben;D
    slmt berkenalan=D
    blog apisv2

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!